Thursday, June 25, 2009

Reda: Tiada lagi bincang Kerajaan Perpaduan -Presiden PAS

K.LUMPUR, 22 Jun 09. Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.


ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

ImageMenyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.
Harakah daily-bumiperak

3 ulasan:

surau al-falah pandan jaya said...

Kita akan ditanya siapa saudara kamu adakah kita mengatakan saudara saya ialah mamat,raju dan ahchong.

Lebai Mangkuk said...

PAS cuma mengharaf pertolongan dari DAP.

Pemimpin2 PAS semua tahu siapa itu DAP - serpihan parti PAP yang sedang berkuasa di Singapura.

Kedatangan Lee Kuan Yew bermakna besar bagi Lim Kit Siang. Sokongan padu diantara satu sama lain.

Sanjungan LKY terhadap Tn Guru PAS juga bermakna besar - kerana kesudian PAS berkerjasama dengan DAP@PAP.

Kini kita harus sedar bahawa kuasa politik melayu Singapura sudah berjaya dihapuskan oleh LKY.

Sekarang mereka sedang berusaha untuk menghapuskan kuasa politik melayu di Malaysia pula.

'InshaAllah, mereka akan berjaya dengan berkat pertolongan PAS dan PKR'.

PeNgEmiS dUniA said...

PAS tidak akan bekerjasama dgn DAP jika mereka bertentangn dgn Islam..DAP bknnya memperjuangkn utk menentang Islam tp utk keadilan..
pada hakikinya umNO yg bertentangan dengan Islam sdgkn umNO parti kalangan Islam yg sbnarnye bekerjasama ats muslihat meraih sokongn..