Tuesday, May 12, 2009
Raja Nazrin perkenan Nizar mengadap dan sambutan Ulangtahun UMNO yang suram
Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah berkenan menerima mengadap DS Nizar yang diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
DS Nizar akan mengadap Raja Nazrin Shah jam 8.30 pagi esok untuk memohon pembubaran Dun Negeri Perak untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri.
Sultan Perak, Raja Azlan Shah kini berada di Amerika.
Esok dijangkakan hari yang agak sibuk dengan DS Nizar mengadap Raja Nazrin Shah manakala BN akan ke mahkamah untuk memfailkan rayuan. DS Nizar juga akan cuba memasuki pejabatnya di Bangunan SUK yang kini telah dikawal ketat oleh polis sejak jam 4.00 petang tadi.
Sementara itu di PWTC KLumpur, 11 Mei malam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan ulang tahun Umno yang sepatutnya meriah malam ini agak suram berikutan keputusan mahkmamah Mahkamah Tinggi berhubung isu Menteri Besar Perak yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).
"Ini bukan penghujung jalan, masih ada jalan untuk difikirkan langkah-langkah. Saya dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi (MT) akan fikir dengan semasak-masaknya apa yang terbaik untuk Umno dan BN yang kita kasihi," katanya berucap ketika berucap pada majlis Ulang tahun ke-63 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Isnin malam.
Presiden Umno itu berkata, ini kerana masih ada ruang untuk parti memikirkan langkah-langkah yang wajar dilakukan dalam menghadapi kemelut itu.
Najib bagaimanapun gembira melihat Dewan Merdeka dipenuhi penyokong Umno dan BN termasuk mantan Presiden Umno dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketua-ketua sayap parti dan pemimpin parti komponen BN....-bumiperak
Baca Seterusnya...
NASIHAT TOK GURU NIK AZIZ
" Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembhyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini"
-anaksengat blog
Baca Seterusnya...
YAB DATO' SERI HJ NIZAR MULAKAN TUGAS SEMULA DI PEJABATNYA
Pagi ini lebih kurang 7.45 pagi YAB Dato' Seri Hj Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar. Beliau diiringi oleh EXCO-EXCO Pakatan Rakyat, Setiausaha Politik dan pegawai-pegawai khasnya. Kedatangan Dato' Seri disambut oleh En. Asri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pintu pagar masih dikawal dengan ketat oleh pihak polis dan FRU.
Sesampainya Dato' Seri di pejabatnya, beliau disambut oleh En. Shamsuzaman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga beberapa pegawai yang lain. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri tidak ada di pejabatnya ketika Hj Nizar memasuki pejabat MB.
Kembalinya semula YAB Dato' Seri dan seluruh exco dialu-alukan oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan kerajaan negeri. Mereka turut melambai-lambai tangan dari koridor pejabat menyambut ketibaan kami.
Antara tugas pertama YAB Dato' Seri Hj Nizar sebaik masuk pejabat ialah menyampaikan surat pengantungan kerja Dato' Abdul Rahman Hashim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dato' Ahmad Kamal bin Md Shahid sebagai Penasihat Undang-undang. Penggantungan ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Beliau turut melantik Pegawai Kewangan Negeri Dato' Jamaluddin Al Amini untuk menjalankan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri.
Baca Seterusnya...
SYUKUR ALHAMDULILAH
Syukur alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.
Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.
Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.
Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.
Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.
Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.
Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.
Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato' Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.
Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.
Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR.-MB Perak
Baca Seterusnya...
Drs. Khalil : Tingkatkan keselamatan ADUN PR Perak.
GOMBAK : Semasa menyampaikan ceramah di Taman Melewar malam tadi, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah mengeluarkan beberapa kenyataan berupa pandangan dan sikap dalam menghadapi situasi terkini Isu di Negeri Perak seperti dibawah :
1. Mengecam tindakan Polis yang mengadakan kawalan keselamatan sejak jam 4.30 petang kelmarin dan memberi amaran jangan menghalang ADUN PR masuk ke dalam bangunan SUK sepertimana pada 7 Mei yang lepas.
2. Memohon supaya penyokong Pakatan Rakyat bersyukur, khusus yang beragama Islam supaya menyahut seruan Muursyidul Am untuk berpuasa sunat hari ini.
3. Semua ADUN Pakatan Rakyat mesti mengutamakan keselamatan dalam suasana sekarang.
4. Jaminan bahawa semua ADUN Pakatan Rakyat Perak bersedia bila-bila masa bagi menghadapi pilihanraya semua di Perak bila adanya pembubaran DUN.
-cinaIslam
Baca Seterusnya...
Monday, May 11, 2009
Nizar Jamaluddin MB Perak Yang Sah
UNTUK hari ini dan sehingalah Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan dibuat Zambry Abdul Kadi, Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Perak yang sah. Beliau juga berhak mendapat semula gelaran Yang Amat Berhormat (YAB) yang yang diberikan kepada seseorang Menteri Besar berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistyharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sekejap tadi.
Walaupun Zambry Abdul Kadir merayu supaya menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara pihaknya mengemukakan rayuan, namun dengan keputusan itu mengesahkan bahawa setakat hari ini Nizar adalah MB yang sah.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu memberi kemenangan kepada Nizar dan juga rakyat yang selama ini menyokong tindakan Nizar dan beranggapan perlantikan Zambry sebagai MB tidah sah. Pastinya keputusan berpihak kepada rakyat itu disambung dengan penuh kegembiraan.
Keputusan itu dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.
Sudah pasti dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu menyebabkan segala keputusan berhubung pentadbiran kerajaan Perak dilakukan Zambry sejak lebih dua bulan lalu menjadi pertikaian. Ianya akan berhadapan dengan implikasi undang-undang. Demikian juga dengan perjalanan sidang DUN yang kecoh beberapa hari lalu mungkin tidak sah.
Bagaimana pun disebabakan keputusan itu dirayu di Mahkamah Persekutuan kemelut politik tempoyak di Perak itu masih belum muktamad. Seperti mana dibayangkan sebelum oleh banyak pihak kemelut politik di Perak tidak akan selesai selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak dibubarkan dan satu plihan raya baru diadakan.
Sebagai rekod Nizar, 52 dilantik menjadi Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, DAP dan PKR mendapat majoriti dalam pilihan raya berkenaan. Sultan Azlan Shah perkenan untuk melantik Nizar sbagai MB.
Bagaimana pun kerusi MB Nizar itu dirampas oleh satu kudeta oleh BN pada 4 Februari lalu. Rampasan kuasa ini dengan bantuan tiga Adun yang sebelum ini berpihak kepada Pakatan Rakyat lari kepada BN.Tunggu ulasan selanjut.
- msomelayu-lagiberita blog
Baca Seterusnya...
Friday, May 8, 2009
Siapa Menteri Besar ditentukan mahkamah Isnin ini
KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai siapa antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin ini.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim akan mengumumkan pada 2.30 petang keputusan mengenai permohonan Mohammad Nizar pada 13 Februari lepas agar mahkamah mengisytiharkan beliaulah Menteri Besar yang sah dan Dr Zambry tidak berhak memegang jawatan itu.
Mohammad Nizar, 52, dilantik pada 17 Mac tahun lepas setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum pada 8 Mac tetapi setelah tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan itu keluar parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional awal tahun ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar setelah mendapati Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan kerana Barisan Nasional pula menguasai 31 kerusi.
Dalam afidavitnya, Mohammad Nizar berkata beliau masih Menteri Besar kerana antara lainnya, tidak ada undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dewan Undangan Negeri dan beliau tidak meletak jawatan.
Semasa prosiding hari ini, peguam utama beliau, Sulaiman Abdullah, memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.
"Keputusan melucutkan jawatan pemimpin itu bukannya terletak pada Sultan mahupun rakyat. Dalam situasi ini, wakil rakyat (Anggota Dewan Undangan Negeri) adalah penentunya," kata Sulaiman.
Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. BERNAMA
Ajijoi ~ Mungkin hari Isnin merupakan hari penentu segalanya bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu negeri Perak. Rakyat yang menjadi mangsa keadaan sudah tidak dapat bersabar lagi menunggu berakhirnya episod hitam didalam sejarah negeri Perak.
Kita sebagai manusia biasa hanya mampu menyerahkan segala-segalanya kepada Maha Pengasih lagi Penyayang dengan meneruskan solat hajat dan munajat ditempat-tempat kita sendiri. Tak perlulah mengadakan solat hajat besar-besaran yang akhirnya mengundang pihak-pihak yang tidak diingini menggagalkan segala usaha kita nanti.-ajijoi blog
Baca Seterusnya...
DETIK HITAM SEJARAH DUN PERAK - PROF. DR AZIZ BARI
Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.
Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.
Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.
“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.
“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.
Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.
Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.
Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.
“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.
-misabah blog
Sumber : Kelab Greenboc
Baca Seterusnya...
Tuesday, May 5, 2009
SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT MOHON PERANCANGAN JAHAT GAGAL
PAS Perak meminta semua PAS Kawasan mengadakan Munajat dan Solat Hajat di Markaz PAS masing-masing mulai malam esok sehinggalah selesai sidang DUN. Solat Hajat dan Munajat diadakan bagi memohon dan mengadu kepada Allah swt. supaya persidangan DUN 7 Mei ini berjalan dalam keadaan yang baik dan tenteram, memohon supaya segala perancangan jahat dapat dihindar dan digagalkan dan memohon supaya Tuanku terbuka hati membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan baru negeri Perak.
Selain itu, Solat Hajat dan Munajat Perdana turut akan diadakan pada 7 Mei di Masjid Al Ittihadiyah, Kg. Tengku Husein bermula jam 5.00 pagi 7hb. Mei. Muslimin Muslimat diseru hadir demi keamanan dan keadilan di negeri Perak Darul Ridhuan.-misabah blog
Baca Seterusnya...
SOLAT HAJAT UNTUK KEMENANGAN HJ NIZAR
Semua ahli PAS dan penyokong serta seluruh umat Islam yang cintakan keadilan dipohon mengadakan Solat Hajat dan Munajat samada bersendirian atau berjamaah untuk kemenangan Hj Nizar dalam kesnya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Isu siapa MB yang sah di Perak sedang dibicarakan sejak semalam lagi, hari ini kes di sambung semula dan dijangka esok Hakim Mahkamah Tinggi akan memutuskan siapa MB yang sah di Perak.
Justeru itu, seluruh ahli dan penyokong PAS seluruh negara hendaklah memohon pertolongan daripada Allah swt. melalui Solat Hajat dan Munajat agar Hj Nizar diberi kemenangan dalam kes ini.
Sebarkan maklumat ini.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Monday, May 4, 2009
Isu Bomoh : Zambry buat laporan Polis terhadap saya
Kenyataan akhbar saya yang diterbitkan dalam Blog ini mendapat respon segera dari Dr. Zambry dengan dia membuat laporan polis seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA yang saya terbitkan di bawah.
Pada kesempatan ini saya ingin memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh. Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini.
Selain itu saya tidak berhajat menyeret mufti sebagai diberitakan "Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.". Kalau di Bukit Gantang Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan mengenai hukum orang bukan Islam baca Quran, apalah salah saya kalau saya meminta mufti mengeluarkan pendapatnya menurut hukum Islam kalau Dewan sampai di jampi sedemikian rupa.
IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu kenyataan media hari ini.
Zambry yang juga Adun Pangkor berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com.
"Ini sikap seorang Adun yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.
"Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan. Saya membuat laporan polis dan telah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini malam ini.
Zambry mengulas entri bertajuk 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' yang disiarkan di laman blog berkenaan.
Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.
Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Rapat di sini.
Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.
"Penipuan ini tidak boleh dibiarkan. Saya telah banyak bersabar termasuk dengan ceramah-ceramah yang dijalankan mereka yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas tetapi kenyataan media pagi tadi satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.
"Saya tidak boleh bertolak ansur dan tindakan ini sangat tidak bertanggungjawab kerana dia (Khalil Idham) juga merupakan seseorang yang memegang 'Yang Berhormat' ditambah lagi 'orang agama' yang sepatutnya tahu hukum-hakam agama," kata Zambry.
-- BERNAMA-cinaIslam
Baca Seterusnya...
Kenyataan Media ADUN Titi Serong.
IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.
Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)
Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..
Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)-cinaIslam
Baca Seterusnya...
usul pecat speaker akan jadi sejarah dalam negara komanwel
KOTA BHARU: Mungkinkah apa yang dilakukan kerajaan kudeta BN di Perak sekarang seumpama kata bidalan ‘berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap’.
Lebih mengaibkan lagi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim dan setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri tiba-tiba mengambil alih tugas Speaker, V Sivakumar.
Mengenai cadangan Menteri Besar kerajaan kudeta, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir mengusulkan Speaker baru, pada sidang Dun 7 Mei itu, beliau berkata “Inilah satu keanehan yang berlaku di Perak dan ia akan tercatat sebagai sejarah dalam negara Komanwel jika Speaker membenar undi tidak percaya terhadapnya.
“Speaker juga mempunyai hak mutlak menentukan susunan urusan Dun di mana terdapat beberapa keadaan yang membolehkan Speaker menolak usul yang dibawa mana-mana Adun,” kata bekas Speaker Dun Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Beliau yang mempunyai lebih 10 tahun sebagai Speaker berkata, tindakan Adun BN mengemukakan usul tidak percaya kepada Sivakumar secara jelas menggambarkan politik buli yang Umno amalkan masih menebal.
Baru-baru ini Dr Zambry mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha Dun Perak untuk melucutkan Sivakumar dan melantik Speaker baru pada persidangan Dun yang akan bermula Khamis ini.
Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, Sivakumar tidak boleh dipecat selagi beliau mampu menjalankan tugas dengan baik dan mengikut peraturan Dewan atau undang-undang Tubuh Perak.
“Ini kerana amalan Speaker dari kalangan pembangkang bukannya perkara luar biasa di negara Komanwel. Di England pernah berlaku Speaker dari parti Konservatif ketika parti Buruh memerintah.
“Namun Umno tidak bertamadun apabila mahu memecat Speaker kerana alasannya berlainan parti. Mereka sedang bermain sandiwara untuk melantik Speaker lain,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau juga berkata pada persidangan Dewan Rakyat sebelum ini, Speaker menolak usul undi tidak percaya yang dibawa Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika masih menerajui kerajaan.
Begitu juga katanya di Dun Melaka Speaker menolak usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri.
“Usul undi tidak percaya boleh berlaku tetapi bagi Speaker ia merupakan tindakan yang tidak sopan selagi Speaker boleh menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya sambil menegaskan bahawa terpulang kepada Speaker untuk membuat keputusan menerima atau tidak usul yang akan dibawa wakil rakyat BN di Perak.-perakDaily
Baca Seterusnya...
BILA KETUA KAMPUNG RAKYAT BERHIMPUN

Apa yang boleh dikatakan hanyalah tanda 'bagus' dan ucapan yang boleh ucap ialah 'hebat' kerana ketua-ketua kampung yang dipilih rakyat memenuhi Dewan Serbaguna Taman Meru, hampir 1500 orang yang hadir di antara yang hadir ialah 817 orang ketua kampung.
Mereka hadir adalah kerana tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat, ini adalah berikut ketamakan dan kerakusan kerajaan haram zambry yang haram melucutkan jawatan yang diamanahkan oleh rakyat pada bulan oktober tahun lepas.
Apakah Zambry Haram tahu bahawa tindakannya akan lebih menambahkan kemarahan rakyat kepada kerajaan ini.
Lagi gambar akan menyusul..entri dari-pas tambun blog
Baca Seterusnya...
S. GANESAN SEORANG MELAYU???
Saya dan seluruh rkyat Perak dan tak ketinggalan seluruh malaysia atau mungkin dunia sedang menanti tarih keramat 7 mei.Tarikh itu mungkin lebih keramat dari tarikh 16 september yang tak jadi. 16 september hanya satu kemungkinan sahaja...berjayakah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Sebelumnya telah ramai menduga kegagalan lantaran keseimbangan MP yang dikatakan minat menyertai PR membimbangkan masa depan Islam.
Tarikh 7 Mei ini adalah tarikh yang menentukan langkah seterusnya BN dan Pakatan Rakyat. Juga mungkin mempengaruhi sedikit sebanyak keputusan di mahkamah. Mungkin sekali lagi institusi istana akan diheret dalam politik kepartian terutama ketika ucapan perasmian. Bagaimana keadaan songsang yang berlaku sekarang berkaitan pengurusan DUN Perak akan dapat diterbalikkan semula? Apakah ada kekecohan ketika persidangan? Apakah mungkin ADUN PR akan boikot persidangan dan serba serabai kemungkinan pasti berlaku...
Saya rasa biarlah tarikh itu menentukan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku...Yang pasti, ianya persidangan songsang bertujuan merampas kerusi Speaker yang telah dirampas secara tidak bermaruah sejak persidangan bawah pokok 3 mac lalu. Apapun perhatiannya tetap mengenai kuasa speaker yang terlepas pandang ketika konspirasi rampasan kuasa di Perak berlaku.
Saya msih ingat serangan kepada Pakatan Rakyat antara lain ialah berkaitan perlantikan Sivakumar sebagai Speaker. umNo mendendang lagu basinya menentang seorang india hindu menjadi speaker Perak. Hinanya melayu...dan bermacam lagi sumpah seranah umNO yang disebar melalui media cetak dan dihantar ke setiap pelusuk rumah melayu... Namun hari ini cadangan Ganesan sebagai sebagai speaker mendedahkan sikap sebenar umNO. atau umNO merasakan Genesan seorang melayu atau telah dimelayukan. agar melayu Zamri dan Ganesan tak jauh beza...umNO memang menggunakan perkauman untuk kepentingan mereka. Namun apabila ia dilihat merugikan lantaran perubahan minda masyarakat yang telah sedar dari pelali perkauman umnO, mereka menjilat kembali kahak yang diludah.
Bagi umNO tiada istilah maruah atau harga diri. Sememangnya mereka adalah kerajaan HARAM. apa dipeduli soal prinsip dan maruah. Bagi mereka yang penting adalah kuasa...seumpama Yahudi yang tak peduli soal kemanusiaan, jauh sekali kebenaran dan harga diri. Itulah umNO yang diharap sebahagian melayu layu agar memperjuangkan nasib mereka.
Pengumuman pembatalan kementerian pembangunan usahawan dan koperasi, 30 peratus peganngan saham syarikat dalam projek berkait kerajaan, dan bermacamlagi keistimewaan melayu telah lama dibuang umNO namun disembunyikan oleh media. Mereka menyedari , sekarang mereka berada di zaman tiada lagi isu perkauman. Najib yang melancarkan One Malaysia mendedahkan sikap sebenar munafiq mereka.
Kita nantikan bersama, adakah cita cita umNo meletakkan Ganesan seorang Melayu sebagai speaker menggantikan Sivakumar seorang India sebagai speaker akan terlaksana. Saya yakin kalau Zamri adalah menteri Besar Pakatan Rakyat, umNO akan mencanangkan Zamri bukan Melayu, dia seorang keturunan India di Pulau Pangkor...tanyalah orang Pangkor dan macam macam lagi tuduhan akan ditiupkan dengan asas perkauman..itulah umNO...
Percayalah.... Perkauman kini tidak lagi laku dalam dunia yang celik terhadap kemajuan dan potensi diri. Semua bangsa merindukan keadilan. Hatta Amerika yang pernah memperhambakan orang kulit hitam telah mengangkat bangsa itu menjadi presiden...anda fikir..orang Malaysia masih peduli soal kaum??? saya fikir tidak.... kecuali BANGSA umNO! -anaksengat
Baca Seterusnya...
Mei 7 - Macam-macam boleh jadi
Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammadd Nizar Jamaluddin berkata, semua wakil rakyat Pakatan Rakyat akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei ini,
Speaker, V. Sivakumar menegaskan banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut.
Amat menarik sekali untuk kita semua ikuti persidangan DUN Perak pada 7 Mei ini.Tentu ada banyak kejutan-kejutan yang bakal ditimbulkan oleh kedua belah pihak yang bertentangan nanti.
Notis persidangan DUN yang diedarkan oleh Abdullah Antong itu sendiri menjadi isu kerana ianya tidak pernah dirujuk dan dirunding mendapat persetujuan Speaker Dewan.
Isu tempat duduk antara dua kumpulan – siapa yang patut berada disebelah kanan Speaker kelak? Mungkin keputusan perbicaraan pada 5 dan 6 Mei ini akan dapat menentukannya.
Andainya Mahkamah Tinggi berpihak kepada Zambry dalam keputusannya pada 5 dan 6 Mei ini, maka Zambry dan kuncunya akan duduk disebelah kanan speaker.
Bagaimana pula dengan kedudukan 3 katak itu?
Perhatian akan tertumpu terhadap langkah yang akan diambil oleh Speaker.Kita percaya Pakatan Rakyat telah bersedia dengan strategi mereka tersendiri.Adakah Speaker akan tendang 3 katak itu keluar Dewan? Dan gantung semula Zambry dan kuncukuncunya? Macam-macam boleh diramalkan.
Menghalang media tertentu untuk membuat liputan persidangan DUN Perak pada 7 Mei ini dilihat se4bagai sat cubaan Umno/BN untuk melindungi kerja jahat mereka ini dilihat oleh dunia.
Rakyat yang prihatin terhadap perjuangan menegakan keadilan untuk rakyat mesti hadir untuk menyaksikan sendiri perkembangan yang menarik bakal berlaku pada 7 Mei ini. Jangan biarkan 3 katak mencorakan untung nasib kita dimasa hadapan.-alhusseyn blog
Baca Seterusnya...
Speaker benarkan media buat liputan.
Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.
"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya.
Sivakumar berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsipprinsip demokrasi dan kebebasan media.
Beliau berkata rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.
"Tidak ada sebab untuk menghalang manamana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerakgeri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri," katanya menerusi laman blognya disini-al-husseyn
Baca Seterusnya...




























