Tuesday, May 5, 2009
SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT MOHON PERANCANGAN JAHAT GAGAL
PAS Perak meminta semua PAS Kawasan mengadakan Munajat dan Solat Hajat di Markaz PAS masing-masing mulai malam esok sehinggalah selesai sidang DUN. Solat Hajat dan Munajat diadakan bagi memohon dan mengadu kepada Allah swt. supaya persidangan DUN 7 Mei ini berjalan dalam keadaan yang baik dan tenteram, memohon supaya segala perancangan jahat dapat dihindar dan digagalkan dan memohon supaya Tuanku terbuka hati membubarkan DUN bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan baru negeri Perak.
Selain itu, Solat Hajat dan Munajat Perdana turut akan diadakan pada 7 Mei di Masjid Al Ittihadiyah, Kg. Tengku Husein bermula jam 5.00 pagi 7hb. Mei. Muslimin Muslimat diseru hadir demi keamanan dan keadilan di negeri Perak Darul Ridhuan.-misabah blog
Baca Seterusnya...
SOLAT HAJAT UNTUK KEMENANGAN HJ NIZAR
Semua ahli PAS dan penyokong serta seluruh umat Islam yang cintakan keadilan dipohon mengadakan Solat Hajat dan Munajat samada bersendirian atau berjamaah untuk kemenangan Hj Nizar dalam kesnya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Isu siapa MB yang sah di Perak sedang dibicarakan sejak semalam lagi, hari ini kes di sambung semula dan dijangka esok Hakim Mahkamah Tinggi akan memutuskan siapa MB yang sah di Perak.
Justeru itu, seluruh ahli dan penyokong PAS seluruh negara hendaklah memohon pertolongan daripada Allah swt. melalui Solat Hajat dan Munajat agar Hj Nizar diberi kemenangan dalam kes ini.
Sebarkan maklumat ini.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Monday, May 4, 2009
Isu Bomoh : Zambry buat laporan Polis terhadap saya
Kenyataan akhbar saya yang diterbitkan dalam Blog ini mendapat respon segera dari Dr. Zambry dengan dia membuat laporan polis seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA yang saya terbitkan di bawah.
Pada kesempatan ini saya ingin memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa saya bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yanag kukuh. Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa Dewan Negeri telah dimasuki oleh "Bomoh" dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggung jawab kepada dewan negeri pada masa ini.
Selain itu saya tidak berhajat menyeret mufti sebagai diberitakan "Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.". Kalau di Bukit Gantang Mufti sangat cepat mengeluarkan pandangan mengenai hukum orang bukan Islam baca Quran, apalah salah saya kalau saya meminta mufti mengeluarkan pendapatnya menurut hukum Islam kalau Dewan sampai di jampi sedemikian rupa.
IPOH, 3 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang didakwa membuat tuduhan melampau kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) menerusi satu kenyataan media hari ini.
Zambry yang juga Adun Pangkor berkata tuduhan melampau dan keterlaluan itu turut disiarkan dalam laman blog milik Khalil Idham di idhamlim.blogspot.com.
"Ini sikap seorang Adun yang menjijikkan, memualkan dan tidak mempunyai prinsip agama dengan membuat tuduhan keterlaluan dan melampau.
"Dia membuat tuduhan yang begitu terdesak. Kalau ia pun, ini bukan cara untuk bertindak mengikut suka hati dia. Ini satu tindakan keterlaluan. Saya membuat laporan polis dan telah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini malam ini.
Zambry mengulas entri bertajuk 'Kenyataan Media Adun Titi Serong' yang disiarkan di laman blog berkenaan.
Entri itu antara lain mendakwa Zambry dan BN telah membenarkan bangunan Dewan Undangan Negeri dimasuki oleh 'bomoh' untuk menjampi kerusi Speaker DUN dan mendesak Mufti Perak supaya mengeluarkan fatwa berhubung perkara berkenaan.
Zambry berkata beliau telah membuat satu laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Kampung Rapat di sini.
Beliau menyifatkan tindakan itu berniat jahat dan cuba menanam serta mengapi-apikan kebencian rakyat terhadap beliau dan BN dalam keadaan di mana DUN akan bersidang Khamis ini.
"Penipuan ini tidak boleh dibiarkan. Saya telah banyak bersabar termasuk dengan ceramah-ceramah yang dijalankan mereka yang melemparkan fitnah dan tuduhan tidak berasas tetapi kenyataan media pagi tadi satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kesal terhadap Adun Titi Serong tersebut yang turut mengheret Mufti Perak yang sebelum ini dihina oleh pembangkang dalam entri berkenaan.
"Saya tidak boleh bertolak ansur dan tindakan ini sangat tidak bertanggungjawab kerana dia (Khalil Idham) juga merupakan seseorang yang memegang 'Yang Berhormat' ditambah lagi 'orang agama' yang sepatutnya tahu hukum-hakam agama," kata Zambry.
-- BERNAMA-cinaIslam
Baca Seterusnya...
Kenyataan Media ADUN Titi Serong.
IPOH, 3 Mei :- Ekoran dari 5 kediaman ADUN Pakatan Rakyat "diganggu" oleh pihak keselamatan, satu sidang media dilakukan di pejabat DAP Ipoh oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak Pakatan Rakyat yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim pada jam 11.30 pagi tadi.
Selain itu Sidang Media itu juga dihadiri oleh Exco Kerajaan Perak pakatan Rakyat, Hj. Zainuddin Yusuf dan Thomas Su.Manakala ADUn yang hadir ialah, Chang Lih kang (Teja),Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Lim Phek Her(Mengelembu)
Berikut ini adalah Kenyataan Media ADUN Titi Serong..
Setakat ini ADUN Pasir Pinji, Mengelembu, Kepayang , Teja dan Buntong telah didatangi oleh sekumpulan pegawai Polis dengan berkenderaan van dan kereta. Mereka mengambil gambar dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan perlbagai persoalan dari ADUN berkenaan, keluarganya dan jiran tetangga.
Oleh itu saya sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat (BBC-PR) yang juga ADUN Titi Serong bersama-sama ADUN PR yang lain menyatakan :-
1.Membantah tindakan semacam "provokasi" untuk menakut-nakutkan ADUN Pakatan Rakyat sebelum Sidang DUN pada 7 Mei depan.
2.Mempersoalkan apakah tujuan rumah ADUN berkenaan dilawati secara tidak diundang dan apakah tujuan gambar dan kehadiran ramai polis.
3. Kami akan sentiasa mematuhi undang-undang yang sedia ada dan sanggup berkerjasama dengan pihak keselamatan tetapi bukan dengan cara "tidak diundang" dan kami tidak tahu menahu dengan kehadiran mereka kalau tidak dimakulum oleh keluarga dan jiran.
4. Apakah kesalahan dan tindakan melanggar undang-undang yang telah dilakukan oleh ADUN Berkenaan ?
5. Pada kesempatan ini saya mempersoalkan tindangan Zambry dab BN membenarkan Dewan Negeri dimasuki oleh "bomoh" untuk menjampi kerusi speaker. Oleh itu saya mendesak Mufti Kerajaan Negeri Perak untuk mengeluarkan fatwa mengenai perkara tersebut.
3 Mei 2009,
Di Ipoh Perak.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak
Pakatan Rakyat (BBC-PR)-cinaIslam
Baca Seterusnya...
usul pecat speaker akan jadi sejarah dalam negara komanwel
KOTA BHARU: Mungkinkah apa yang dilakukan kerajaan kudeta BN di Perak sekarang seumpama kata bidalan ‘berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap’.
Lebih mengaibkan lagi apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Dr Abdul Rahman Hashim dan setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdullah Antong Sabri tiba-tiba mengambil alih tugas Speaker, V Sivakumar.
Mengenai cadangan Menteri Besar kerajaan kudeta, Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir mengusulkan Speaker baru, pada sidang Dun 7 Mei itu, beliau berkata “Inilah satu keanehan yang berlaku di Perak dan ia akan tercatat sebagai sejarah dalam negara Komanwel jika Speaker membenar undi tidak percaya terhadapnya.
“Speaker juga mempunyai hak mutlak menentukan susunan urusan Dun di mana terdapat beberapa keadaan yang membolehkan Speaker menolak usul yang dibawa mana-mana Adun,” kata bekas Speaker Dun Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Beliau yang mempunyai lebih 10 tahun sebagai Speaker berkata, tindakan Adun BN mengemukakan usul tidak percaya kepada Sivakumar secara jelas menggambarkan politik buli yang Umno amalkan masih menebal.
Baru-baru ini Dr Zambry mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha Dun Perak untuk melucutkan Sivakumar dan melantik Speaker baru pada persidangan Dun yang akan bermula Khamis ini.
Wan Rahim yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, Sivakumar tidak boleh dipecat selagi beliau mampu menjalankan tugas dengan baik dan mengikut peraturan Dewan atau undang-undang Tubuh Perak.
“Ini kerana amalan Speaker dari kalangan pembangkang bukannya perkara luar biasa di negara Komanwel. Di England pernah berlaku Speaker dari parti Konservatif ketika parti Buruh memerintah.
“Namun Umno tidak bertamadun apabila mahu memecat Speaker kerana alasannya berlainan parti. Mereka sedang bermain sandiwara untuk melantik Speaker lain,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau juga berkata pada persidangan Dewan Rakyat sebelum ini, Speaker menolak usul undi tidak percaya yang dibawa Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika masih menerajui kerajaan.
Begitu juga katanya di Dun Melaka Speaker menolak usul undi tidak percaya terhadap Ketua Menteri.
“Usul undi tidak percaya boleh berlaku tetapi bagi Speaker ia merupakan tindakan yang tidak sopan selagi Speaker boleh menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya sambil menegaskan bahawa terpulang kepada Speaker untuk membuat keputusan menerima atau tidak usul yang akan dibawa wakil rakyat BN di Perak.-perakDaily
Baca Seterusnya...
BILA KETUA KAMPUNG RAKYAT BERHIMPUN
Apa yang boleh dikatakan hanyalah tanda 'bagus' dan ucapan yang boleh ucap ialah 'hebat' kerana ketua-ketua kampung yang dipilih rakyat memenuhi Dewan Serbaguna Taman Meru, hampir 1500 orang yang hadir di antara yang hadir ialah 817 orang ketua kampung.
Mereka hadir adalah kerana tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat, ini adalah berikut ketamakan dan kerakusan kerajaan haram zambry yang haram melucutkan jawatan yang diamanahkan oleh rakyat pada bulan oktober tahun lepas.
Apakah Zambry Haram tahu bahawa tindakannya akan lebih menambahkan kemarahan rakyat kepada kerajaan ini.
Lagi gambar akan menyusul..entri dari-pas tambun blog
Baca Seterusnya...
S. GANESAN SEORANG MELAYU???
Saya dan seluruh rkyat Perak dan tak ketinggalan seluruh malaysia atau mungkin dunia sedang menanti tarih keramat 7 mei.Tarikh itu mungkin lebih keramat dari tarikh 16 september yang tak jadi. 16 september hanya satu kemungkinan sahaja...berjayakah Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Sebelumnya telah ramai menduga kegagalan lantaran keseimbangan MP yang dikatakan minat menyertai PR membimbangkan masa depan Islam.
Tarikh 7 Mei ini adalah tarikh yang menentukan langkah seterusnya BN dan Pakatan Rakyat. Juga mungkin mempengaruhi sedikit sebanyak keputusan di mahkamah. Mungkin sekali lagi institusi istana akan diheret dalam politik kepartian terutama ketika ucapan perasmian. Bagaimana keadaan songsang yang berlaku sekarang berkaitan pengurusan DUN Perak akan dapat diterbalikkan semula? Apakah ada kekecohan ketika persidangan? Apakah mungkin ADUN PR akan boikot persidangan dan serba serabai kemungkinan pasti berlaku...
Saya rasa biarlah tarikh itu menentukan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku...Yang pasti, ianya persidangan songsang bertujuan merampas kerusi Speaker yang telah dirampas secara tidak bermaruah sejak persidangan bawah pokok 3 mac lalu. Apapun perhatiannya tetap mengenai kuasa speaker yang terlepas pandang ketika konspirasi rampasan kuasa di Perak berlaku.
Saya msih ingat serangan kepada Pakatan Rakyat antara lain ialah berkaitan perlantikan Sivakumar sebagai Speaker. umNo mendendang lagu basinya menentang seorang india hindu menjadi speaker Perak. Hinanya melayu...dan bermacam lagi sumpah seranah umNO yang disebar melalui media cetak dan dihantar ke setiap pelusuk rumah melayu... Namun hari ini cadangan Ganesan sebagai sebagai speaker mendedahkan sikap sebenar umNO. atau umNO merasakan Genesan seorang melayu atau telah dimelayukan. agar melayu Zamri dan Ganesan tak jauh beza...umNO memang menggunakan perkauman untuk kepentingan mereka. Namun apabila ia dilihat merugikan lantaran perubahan minda masyarakat yang telah sedar dari pelali perkauman umnO, mereka menjilat kembali kahak yang diludah.Bagi umNO tiada istilah maruah atau harga diri. Sememangnya mereka adalah kerajaan HARAM. apa dipeduli soal prinsip dan maruah. Bagi mereka yang penting adalah kuasa...seumpama Yahudi yang tak peduli soal kemanusiaan, jauh sekali kebenaran dan harga diri. Itulah umNO yang diharap sebahagian melayu layu agar memperjuangkan nasib mereka.
Pengumuman pembatalan kementerian pembangunan usahawan dan koperasi, 30 peratus peganngan saham syarikat dalam projek berkait kerajaan, dan bermacamlagi keistimewaan melayu telah lama dibuang umNO namun disembunyikan oleh media. Mereka menyedari , sekarang mereka berada di zaman tiada lagi isu perkauman. Najib yang melancarkan One Malaysia mendedahkan sikap sebenar munafiq mereka.
Kita nantikan bersama, adakah cita cita umNo meletakkan Ganesan seorang Melayu sebagai speaker menggantikan Sivakumar seorang India sebagai speaker akan terlaksana. Saya yakin kalau Zamri adalah menteri Besar Pakatan Rakyat, umNO akan mencanangkan Zamri bukan Melayu, dia seorang keturunan India di Pulau Pangkor...tanyalah orang Pangkor dan macam macam lagi tuduhan akan ditiupkan dengan asas perkauman..itulah umNO...
Percayalah.... Perkauman kini tidak lagi laku dalam dunia yang celik terhadap kemajuan dan potensi diri. Semua bangsa merindukan keadilan. Hatta Amerika yang pernah memperhambakan orang kulit hitam telah mengangkat bangsa itu menjadi presiden...anda fikir..orang Malaysia masih peduli soal kaum??? saya fikir tidak.... kecuali BANGSA umNO! -anaksengat
Baca Seterusnya...
Mei 7 - Macam-macam boleh jadi
Menteri Besar Perak yang sah, Datuk Seri Mohammadd Nizar Jamaluddin berkata, semua wakil rakyat Pakatan Rakyat akan menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei ini,
Speaker, V. Sivakumar menegaskan banyak isu akan dibangkitkan beliau melalui perbincangan dengan pihak polis, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak yang terlibat dalam persidangan tersebut.
Amat menarik sekali untuk kita semua ikuti persidangan DUN Perak pada 7 Mei ini.Tentu ada banyak kejutan-kejutan yang bakal ditimbulkan oleh kedua belah pihak yang bertentangan nanti.
Notis persidangan DUN yang diedarkan oleh Abdullah Antong itu sendiri menjadi isu kerana ianya tidak pernah dirujuk dan dirunding mendapat persetujuan Speaker Dewan.
Isu tempat duduk antara dua kumpulan – siapa yang patut berada disebelah kanan Speaker kelak? Mungkin keputusan perbicaraan pada 5 dan 6 Mei ini akan dapat menentukannya.
Andainya Mahkamah Tinggi berpihak kepada Zambry dalam keputusannya pada 5 dan 6 Mei ini, maka Zambry dan kuncunya akan duduk disebelah kanan speaker.
Bagaimana pula dengan kedudukan 3 katak itu?
Perhatian akan tertumpu terhadap langkah yang akan diambil oleh Speaker.Kita percaya Pakatan Rakyat telah bersedia dengan strategi mereka tersendiri.Adakah Speaker akan tendang 3 katak itu keluar Dewan? Dan gantung semula Zambry dan kuncukuncunya? Macam-macam boleh diramalkan.
Menghalang media tertentu untuk membuat liputan persidangan DUN Perak pada 7 Mei ini dilihat se4bagai sat cubaan Umno/BN untuk melindungi kerja jahat mereka ini dilihat oleh dunia.
Rakyat yang prihatin terhadap perjuangan menegakan keadilan untuk rakyat mesti hadir untuk menyaksikan sendiri perkembangan yang menarik bakal berlaku pada 7 Mei ini. Jangan biarkan 3 katak mencorakan untung nasib kita dimasa hadapan.-alhusseyn blog
Baca Seterusnya...
Speaker benarkan media buat liputan.
Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.
"Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya.
Sivakumar berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsipprinsip demokrasi dan kebebasan media.
Beliau berkata rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.
"Tidak ada sebab untuk menghalang manamana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerakgeri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri," katanya menerusi laman blognya disini-al-husseyn
Baca Seterusnya...
DATO' SUK RAMPAS KUASA SPEAKER
Dato' SUK Negeri Perak sudah hilang pertimbangan apabila merampas kuasa Speaker Dewan Negeri Perak. Beliau telah mengeluarkan perintah melarang media memasuki persidangan Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei ini melainkan media-media yang dibenarkan sahaja, sudah tentu media yang dibenarkan itu media arus perdana yang laporan menyebelahi mereka. Tindakan Dato' SUK dianggap melangkaui bidang tugasnya yang sebenar. Beliau langsung tidak ada hak dan kuasa menentukan perjalanan Sidang Dewan. Perjalanan Dewan Negeri adalah di bawah kuasa Speaker. Speaker yang menentukan agenda mesyuarat, berapa hari bersidang, menentukan dan menyusun soalan-soalan lisan dan bertulis untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Orang lain boleh tidak boleh campurtangan dalamm urusan ini. Satu dunia tahu bidang kuasa Speaker. Kita hairan bagaimana seorang SUK, pegawai kerajaan yang paling tinggi jawatannya di Perak tetapi jahil dalam bab ini. Atau dia ingat Speaker kita ini boleh diperbodohkannya.
Sebelum ini, Dato' SUK juga yang membuat kenyataan sidang DUN tergempar 3 Mac yang lalu tidak boleh dijalankan dan tidak sah, dia juga yang menghalang Speaker dan semua ADUN PR memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan untuk bersidang. Sedangkan Speaker dan semua ADUN ada hak memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan apatah lagi memasuki Dewan Undangan Negeri samada ketika bersidang ataupun tidak.
Sebenarnya pengalaman 11 bulan di pejabat Menteri Besar Perak, dari awal pemerintahan PR sememangnya Dato' SUK ini tidak sangat memberi kerjasama kepada kerajaan PR. Dato' Seri Hj Nizar sering merungut perihal SUK yang lambat bertindak, tidak memberi kerjasama yang sebaiknya kepada MB apabila diminta bertindak terhadap sesuatu perkara, pertukaran pegawai-pegawai kerajaan yang penting juga tidak pernah dimaklumkan kepada MB, cadangan MB untuk melantik pengarah atau pegawai baru dalam mana-mana jabatan yang kosong juga tidak pernah diendahkan oleh Dato' SUK. Kita akui ada yang diambil tindakan tetapi lambat dan lembab. Kalau hendak didedahkan perangai SUK ni memang banyak, tetapi memadaliah setakat ini.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Thursday, April 30, 2009
Rayuan derma untuk pesakit buah pinggang kronik.
Salurkan bantuan anda langsung ke akaun pesakit tersebut :
Nama : Mohd Khairul Nizam bin Azmi/Che Jam binti Mat Saleh
Bank : Bank Islam Cawangan Parit Buntar Perak
No.Akaun : 08-022-02-035957-9
Akaun ini khusus dibuka untuk memberi peluang kepada penderma budiman bagi menyegerakan pembinaan bilik yang akan diusahakan secara gotong royong dibawah pengelolaan Pejabat ADUN Titi Serong.
Sebelum ini pada bulan oktober 2008 saya telah melawat dan menyiarkan berita dalam blog ini tentang pesakit buah pinggang berumur 17 tahun itu. Pelajar SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar itu mengidap penyakit itu sejak berumur 4 tahun . Kini beliau mendapat rawatan susulan dari doktor pakar di hospital Pulau Pinang.
Menurut ibu saudara mangsa yang kematian ibunya sejak dua tahun lepas dan berpisah dengan bapa sejak kecil, khairul sekarang ini dibekalkan oleh pihak hospital dengan alat perubatan asas untuk mengantikan air melalui perut yang di tebuk setiap 4 jam sekali. Selain itu beliau juga mengalami penyakit sampingan iaitu pendengaran yang tidak jelas.
Setakat hari ini setelah lawatan dilakukan untuk sekian kalinya, termasuk beberapa kali lawatan oleh Pegawai dari pejabat ADUN didapati permohonan dari pihak berkenaan yang dipohon masih tidak diluluskan.
Terakhir 2 pegawai dari jabatan yang terbabit telah melawat ke rumah Khairul dan memberi jaminan bantuan akan disegerakan. namun sampai sekarang masih belum diluluskan.-cinaIslam
Baca Seterusnya...
JAWAPAN KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM
Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.
Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.
Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.
Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa
“Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan”
Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .
Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.
Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..
Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.
Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .
Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )
Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )
Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut
Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.
Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.
Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?
Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?
Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .
Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.
Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-
a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.
b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.
c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.
d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.
e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.
Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .-telokbakong blog
Baca Seterusnya...
Ceramah Bubarkan DUN Perak, ribuan penyokong PR pelbagai kaum hadir
KAMPAR : Kita tidak mahu UMNO kerana mereka mengamalkan diskriminasi kepada rakyat. Sebab itu kita mahukan Pakatan Rakyat yang tidak mengamalkan diskriminasi. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramah di sini.
Ceramah penerangan yang diadakan di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan menampilkan penceramah laian iaitu, Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
DS. Nizar menjelaskan terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan telah memutuskan masalah kemelut siapakah Menteri Besar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Malah kata beliau "Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah".
"Saya berterima kasih kepada saudara yang memberi sokongan termasuk dengan dengan sms dan Email" katanya.
Disamping itu beliau mengupas perkembangan Sidang DUN dengan katanya "7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker."
DS. Nizar menyifatkan " kemenangan di Bukit Gantang adalah kemenangan rakyat sebab itu Najib cukup takut. Sekarang UMNO takut kepada PRK kerana rakyat akan hukum mereka dan rakyat akan mengatakan kamu zalim dan aniaya negeri perak." mengakhiri ucapan penuh bersemangat pada malam ini.-cinaIslam
Baca Seterusnya...
Wednesday, April 29, 2009
Bantulah keluarga ini seikhlasnya dan kerana Allah.
Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga).
Musibah Pilu@Bukit Gantang :
Satu kejadian menyayat hati berlaku ke atas satu keluarga miskin tegar Nordin Mat Nor yang kehilangan 3 orang anak dalam kebakaran di Pondok Di Ladang Kelapa Sawit Kg Sungai Rotan,Batu Hampar.
HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan. Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.-cinaIslam
Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2
Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4
No. tel : 019-557 3391
Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.
http://politikbanjar.blogspot.com
Baca Seterusnya...
SIDANG DUN 7 MEI AKAN SERLAHKAN KUASA SPEAKER
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar.
Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar.
Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.
Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai menteri besar adalah antara kes yang tersangat relevan.
Jika perlantikan Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah
Semua ini akan menjadi precedent (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Gobind yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai MP juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat. Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Zambry menyaman speaker V Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Zambry.
Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.
Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya .
Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Speaker Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.
Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan speaker, manakala Zambry dan Adun BN di sebelah kiri speaker.
Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan speaker .
Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai. Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.
Saya jangka, speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Zambry akan menentang keras.
Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan speaker ?
Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Nizar telah tidak menerima mandate dewan undangan negeri.
Namun sebelum Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar. Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Nizar akhirnya.
Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh speaker.-malayaKita
AYUH RENUNG DAN FIKIR.
Baca Seterusnya...
PERMOHONAN ZAMBRY DIISYTIHAR MB SAH DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN DITOLAK OLEH HAKIM
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.
Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.
Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.
Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Tuesday, April 28, 2009
MB HARAM BN USUL PECAT SPEAKER DUN PERAK
Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul bagi melucutkan YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang akan bersidang pada 7 Mei ini. Usul tersebut dikemukakan oleh Dato' Seri Zambry Abd.Kadir dan disokong oleh YB Hamidah Osman.
Perkara itu telah dijangka akan dilakukan oleh BN bagi memecat Speaker dan melantik Speaker baru. Speaker lah yang selama ini menghantui kerajaan haram BN di Perak terutama Zambry. Sebelum ini, mereka jugalah yang membelakangi Speaker, kuasa Spekaer dinafikan oleh mereka, penafian kuasa Speaker bermula apabila surat pengesahan dan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang oleh Speaker ditolak SPR, mereka juga telah menggunakan seluruh pegawai dan jentera kerajaan termasuk memperkudakan Datuk SUK, pasukan polis dan FRU bagi menghalang Speaker bagi menjalankan mesyuarat dalam Sidang DUN Tergempar bulan Mac yang lalu sedangkan Speaker ada kuasa memanggil sidang tergempar DUN, mereka juga turut membelakangkan Speaker dengan tidak merujuk terlebih dahulu dalam menentukan dan mengeluarkan surat memanggil sidang DUN kepada seluruh Adun. Apa yang mereka lakukan seolah-olah Speaker di Perak tidak wujud lagi, sedangkan Speaker Perak masih wujud dan mempunyai kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.
Itulah UMNO BN, sekali mereka buat kerja haram, selama-lamanya mereka akan meneruskan kerja haram. Saya percaya rakyat akan mengukum mereka dengan hukuman yang paling hina.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Siapa MB Perak, Nizar atau Zambry ?
Dato Seri Zambry telah merujuk kes Dato Seri Nizar ke Mahkamah Persekutuan hari ini sebagai jalan pintas yang dipilih oleh Zambry untuk mempercepatkan keputusan mahkamah sebelum persidangan DUN Perak pada 7 Mei.
Dato Seri Nizar pula telah memohon untuk 9 orang panel hakim bagi mendengar ke ini. Keputusan untuk permohonannya belum diketahui lagi.
Maklumat Perbicaraan
1) Tarikh : 28 April 2009
2) Masa : 9.30 pagi
3) Tempat : Mahkamah Persekutuan
Sebelum ini Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.
Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.
Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan? Atau perkara yang sama seperti kes Speaker Perak akan diulangi dalam kes Nizar? Seluruh dunia sedang memerhatikan pekembangan undang-undang negara baru-baru ini. -cinaIslam blog
Baca Seterusnya...