Saturday, December 13, 2008

Aneh tapi benar : Kalimah ALLAH di mana-mana.

Malam tadi saya hadir dalam majlis pelancaran Usrah di Cawangan Tanjung Piandang. Saya diberikan gambar dibawah yang diambil oleh beberapa orang menyaksikan sendiri keajaiban Allah SWT.

Kalimah ALLAH jelas kelihatan diperut lembu yang disembelih dalam Ibadah korban cawangan tersebut yang diadakan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berdekatan.

Klip seterusnya...

"dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan kembali"




Baca Seterusnya...

Ibadah Qurban DUN Semanggol sempena Aidil Adha 1429H

‘Makan daging Setahun sekali’ ungkapan yang sering terpapar dalam iklan-iklan kecil di ruang-ruang iklan akhbar mengenai kedaifan saudara muslim di Negara –negara yang baru membangun seperti Myanmar, Kemboja dan Laos. Pun begitu, dalam memenuhi tuntutan ibadah qurban sewajarnya masyarakat setempat perlu didahulukan. Masih ramai yang memerlukan sumbangan daging qurban dari golongan yang berkemampuan yang menjalani tuntutan tersebut.

Bagi masyarakat kawasan Kampung Balik Bukit, Kampung Jaya dan Taman Indah Jaya Gunung Semanggol, sebanyak 9 ekor lembu (7 ekor pada hari pertama dan selebihnya pada hari kedua) telah berjaya ‘ditumbangkan’ oleh masyarakat kawasan tersebut. Pembabitan ADUN Gunung Semanggol dalam program qurban kali ini menjadikannya bertambah meriah bila mana beliau sendiri turut menjadi ‘tukang sembelih’kepada kesemua lembu-lembu tersebut.


YB. Ramli sedang agihkan daging korban.


Selesai sahaja disembelih seperti biasa lembu-lembu akan dilapah dan kemudiannya daging-daging tersebut dibahagikan kepada semua penduduk kawasan tersebut. Dan telah menjadi tradisi dimana-mana tempat sekalipun, ibadah korban ini memerlukan penglibatan semua pihak dari segenap usia dan lapisan masyarakat dalam menjayakan program tersebut.

Pada sebelah petang Aidil Adha kedua, ADUN Gunung Semanggol meluangkan masa menziarah kematian salah seorang penduduk Siam kawasan Pondok Tanjung. Mendiang merupakan antara penyokong PAS bagi kawasan tersebut. Beliau yang diiringi oleh ketua kampong Pondok Tanjung, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Bagan Serai dan Ketua penerangan MTD Gunung Semanggol turut menyampaikan sumbangan peribadi dan meminta keluarga mendiang agar bersabar dengan ketentuan tersebut.


Baca Seterusnya...

Perak ganti Perdana V6 dengan Toyota Camry

KUALA LUMPUR, 12 Dis : - Kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana V6 yang tinggi mendorong Kerajaan Perak hari ini meluluskan pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya.

Sebelum ini, kerajaan Terengganu menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya atas tujuan keselamatan dan penjimatan jangka panjang terutama dari segi penyelenggaraan.

Keputusan kerajaan Terengganu itu kemudiannya menjadi kontroversi walaupun disokong oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyifatkan kos penyelengaraan Proton Perdana lebih tinggi dari Mercedes Benz.


Ketika menjelaskan keputusan keputusan kerajaan Perak itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 diluluskan sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang dianggap telah uzur.

Keputusan itu dibuat, katanya, kerana kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang digunakan sekarang adalah tinggi disebabkan kenderaan itu sudah lama dan sering mengalami kerosakan.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, beliau berkata, pembelian itu membabitkan perbelanjaan lebih RM2 juta.

"Tempahan sedang diusahakan manakala kereta Proton Perdana yang bermasalah itu akan dijual," katanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri 13 November lepas, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional sebelum ini dilaporkan telah membelanjakan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan rasmi Menteri Besar serta barisan Exco Negeri Perak dari tahun 2004 hingga Mac 2008.

Dalam sidang akhbar itu, Mohammad Nizar juga berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan supaya semua projek perumahan di kawasan lereng bukit di Perak dihentikan sementara sehingga pemaju mendapat pengesahan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains bahawa projek itu selamat
http://www.harakahdaily.net


Baca Seterusnya...

Friday, December 12, 2008

MAJLIS PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT DENGAN KETUA KAMPUNG DAN SETIAUSAHA JKKK

TELUK INTAN, 10 Dis ; - PAS Kawasan Teluk Intan telah bertindak proaktif apabila mengadakan perjumpaan serta taklimat bersama ketua-ketua kampung dan setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) baru-baru ini di Markaz PAS Kawasan, Kg. Padang Tembak. Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang dijemput adalah JKKK yang berada di bawah DUN Changkat Jong.

Sebanyak 13 kampung yang telah terlibat antaranya Kg. Padang Tembak, Kg. Bahagia, Kg. Banjar, Batak Rabit, Sungai Kerawai, Sungai Tungku, Kg. Sungai Samak, Pulau Ganda Suli, Kg. Sungai Cawang, Kg. Changkat Jong dan Kg. Air Hitam.

Antara objektif perjumpaan tersebut ialah mendedahkan kepada ketua-ketua kampung tentang prosedur permohonan bantuan yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, berkenal-kenalan dengan pimpinan PAS kawasan, serta berkongsi pendapat dan pengalaman sesama JKKK untuk faedah bersama dan sebagai saluran JKKK menyuarakan pelbagai masalah kepada pihak ADUN dan pimpinan kawasan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua ahli dewan harian kawasan termasuklah ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin merangkap Bendahari kawasan dan Pembantu Khas ADUN, iaitu Tuan Haji Mohammed Akram.

Di dalam ucapan aluan, Yang Di Pertua PAS Kawasan Ustaz Haji Ismail Che Nik telah menyatakan betapa pentingnya pihak Ketua Kampung dan JKKK memainkan peranan aktif dalam melaksanakan segala tanggunjawab mereka. Ini adalah kerana, Ketua Kampung dan JKKK merupakan salah satu jentera kerajaan negeri yang dekat dengan rakyat. Tanpa kerjasama erat dan padu daripada ketua kampung dan JKKK kemungkinan hasrat kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengadakan program pembangunan akan terbengkalai.

"Elakkan kebergantungan seratus peratus kepada kerajaan negeri sehinga menyebabkan pihak JKKK kekurangan idea dan tidak kreatif dalam merancang pembangunan dan kebajikan rakyat, " jelas beliau lagi.

Beliau juga menasihati perlunya ketua kampung mempunyai tamayyuz atau perbezaan dengan ketua kampung lama (BN) kerana sekarang mereka di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, terutama Parti Islam Semalaysia (PAS). Beliau juga menyeru semua ketua kampung agar dapat menghadiri program Liqa al Fikri anjuran PAS negeri yang diadakan secara bulanan agar mereka mendapat gambaran yang jelas tentang perjuangan PAS sebenar.

Majlis dimulai dengan taklimat khas oleh Tuan Haji Mohamed Akram, Pembantu ADUN. Beliau menyampaikan taklimat tentang peluang, ruang dan prosedur permohonan bantuan bagi Jabatan Kebajikan Masyrakat dan Pejabat Agama Daerah yang mana kebanyakan Ketua Kampung masih kekurangan kefahaman tentang perkara tersebut.

Taklimat tersebut telah memberikan gambaran jelas berkenaan dengan bagaimana ketua kampung dapat berperanan dalam mendapatkan bantuan untuk masyarakat kampung yang mengalami malapetaka, bencana alam, kemiskinan dan sebagainya.

Seterusnya, pejabat ADUN Changkat Jong dan PAS Kawasan juga telah mengeluarkan borang bancian penduduk DUN Changkat Jong. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha PAS Kawasan, Sdr. Mohd. Farid Al Jarumi.

Akhir sekali, sesi dialog telah diadakan di mana kebanyakan soalan berkisar tentang peranan ketua-ketua kampung serta masalah yang mereka hadapi. Di samping itu, setiap ketua kampung telah memberikan laporan tentang perkembangan JKKK kampung masing-masing. Semoga, program seperti ini dapat dilaksanakan secara berkala.
http://intanhijau.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

MB Perak adakan kunjung hormat ke Pejabat MB Kedah.

IPOH, 12 Dis :- YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar jamaluddin akan mengadakan kunjungan hormat bertemu YAB Menteri Besar Kedah pada petang 14 Disember, Ahad ini. Demikian satu kenyataan resmi dari Pejabat Menteri Besar Perak.


Ikut serta bersama rombongan tersebut ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan ADUN Kuala Kutau, Abdul Yunus Jamhari.

Pada sebelah malam pula satu ceramah perdana yang membarisi kedua Menteri Besar negeri pakatan Rakyat itu akan diadakan di Kompleks PAS Kedah pada jam 9.00 malam. Difahamkan inilah ceramah sulong YAB Menteri Besar Perak di negeri Kedah.

Sebelum ini Ir. Nizar pernah sampai ke Stadium Darul Aman Alor Setar bagi menyaksikan pertandingan bolasepak antara kedua negeri. cina islam


Baca Seterusnya...

Kayuhan 1000 KM dari Utara dan Selatan menuntut perubahan

Ipoh, 11 Disember : Jaringan Rakyat tertindas (JERIT) yang ditubuhkan pada Mac 2002 adalah satu gabungan kumpulan masyarakat yang ditubuhkan untuk membela hak masyarakat marhaen yang sering menjadi mangsa sistem politik, ekonomi, sosial dan pentadbiran negara yang berat sebelah kepada segelintir kecil golongan berada dan kaya.

Antara kempen yang pernah diterajuinya ialah Kempen Akta Gaji Bulanan, Kempen Hak Rumah Selesa, Kempen Mansuhkan ISA, AUKU dan Akta Zalim lain.

Kini, JERIT sedang berjuang melalui Kempen Basikal yang dimulakan melalui 2 penjuru Utara dan Selatan bagi tujuan mempopularkan tuntutan rakyat dan menyerahkan rakyat kepada wakil pemerintah disetiap kawasan dan negeri.

Pagi tadi, JERIT berada di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menyerahkan satu memorandum kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar. Memorandum yang sama dijangka akan disampaikan kepada YAB Perdana Menteri apabila kempen tersebut tiba di Parlimen pada 18 Disember 2008.

Memorandum tersebut antara lain menuntut agar Pekerja di berikan perlindungan semasa krisis melalui penggubalan Akta Gaji Minima RM1500. Ia juga mencadangkan supaya mengimplimentasikan Tabung Pemberhentian Kerja disamping mewujudkan Peluang Pekerjaan.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya memansuhkan Akta Zalim ISA, EO, DDA, AUKU dan juga OSA. Turut di tuntut ialah supaya Harga Barangan dikawal dan berpatutan.

Nizar telah memberikan ucapan semangat kepada para peserta kempen tersebut dan menganggap apa yang dilalui oleh mereka semasa menjayakan kempen tersebut sebagai ‘gudang garam’ dalam perjuangan.

Menurut seorang Penyelaras kempen tersebut, Nizar telah turut mendermakan wangnya sendiri untuk membantu dan menyuntik semangat kepada kempen tersebut.

Besuk, (pagi ini , 12 Disember) mereka akan meneruskan kayuhan basikal menuju ke pekan Tapah.. Mereka akan singgah untuk makan tengahari di pekan Gopeng dalam perjalanan tersebut.Mereka akan menjadi tetamu istimewa kepada Ahli Parlimen Gopeng , Dr Lee Boon Chye yang akan menantikan kedatangan mereka .
http://alhusseyn51.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

Thursday, December 11, 2008

Kursus celik IT bersama masyarakat kampung

PARIT BUNTAR, 11 Dis. : Ketua Kampung dan JKKK dalam Mukim Kuala Kurau akhirnya berpeluang mempelajari asas-asas menggunakan komputer apabila kerajaan negeri mengadakan Kursus Celik IT bersama masyarakat kampung di Parit Haji Tahir.

Kemahiran asas komputer amat diperlukan oleh JKKK bagi melancarkan urusan pentadbiran kampung. Kursus Celik IT yang diadakan selama dua hari ini bukan sahaja memberi latihan kepada JKKK Mukim Kuala Kurau malah masyarakat kampung yang ingin mempelajari penggunaan komputer.


Menurut Ketua Kampung Parit Haji Tahir Haji Ahmad Tyndareus Haji Awang, kursus ini telah diusahakan oleh ADUN Kuala Kurau En. Mohd Yunus Jamhari yang membuat permohonan kepada kerajaan negeri.

" Kami cuma kemukakan cadangan kepada ADUN Kuala Kurau. Terima kasih kepada YB Kuala Kurau yang panjangkan cadangan kami" Jelasnya.

Beliau berharap kursus ini dapat membantu JKKK yang belum mahir menggunakan komputer mempelajarinya dari tenaga pengajar kursus yang merupakan kakitangan IT kerajaan negeri.

Sementara itu, ADUN Kuala Kurau En. Mohd Yunus Jamhari juga akan mengusahakan semua Ketua Kampung dalam DUN Kuala Kurau diberi sumbangan satu set komputer bagi memudah urusan mereka. Buat permulaan beliau akan menyumbang komputer kepada beberapa Ketua Kampung yang amat memerlukan komputer.

Turut hadir ke kursus ini ialah Pegawai Pejabat Parlimen En. Bahrain bin Desa yang mewakili Ahli Parlimen Parit Buntar.
http://paritbuntar.pas.org.my/


Baca Seterusnya...

Tidak pernah banyak makan.

Sabda Rasulullah : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

Bagaimana dengan kita ? Adakah kita tergulung dalam gulungan sebagaimana yang disifatkan oleh arRasul itu?

Rasulullah juga pernah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim).


‘Kuat’ disini tentunya bukan dimaksudkan kuat makan! Tetapi itulah yang menjadi amalan setiap kita yang mengaku pejuang agama Allah?

Secara amnya 'kuat' yang baginda maksudkan itu ialah kuat beribadat kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhkan diri dari segala laranganNya.

Harap-harap setelah PAS menjadi kerajaan,orang PAS tidak pula kuat makan macam-macam benda yang dilarang Allah.

Saya ada mendapat cerita tentang adanya Ketua Kampong (orang PAS) yang dah pandai minta komisyen daripada seorang Towkey Cina yang mahu mendapatkan projek kolam ikan. Saya mendapat perkhabaran ini daripada seorang anak buahnya sendiri (Orang PAS).

Saya harap kerja-kerja seumpama itu dihentikannya atau saya akan dedahkan namanya kepada pihak atasan.Harap kawan saya itu akan ambil perhatian tentang perkara ini.

Kita semua berpegang dengan agama Allah.Nabi ada berpesan : Addinul nasiha - Agama itu nasihat.Nak tahu huraiannya , carilah sendiri dalam buku-buku hadis atau bertanya sendiri dengan ustaz-ustaz kita yang ramai tu.

Oleh itu marilah kita sama-sama memperkuatkan diri kita agar agama Allah dapat diperkasa; Allahu Akbar!
http://alhusseyn51.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

Penyembelihan Qurban di Pasir Panjang

Saya menemani suami ke Pasir Panjang pada Hari Raya Kedua untuk menyempurnakan majlis penyembelihan qurban di dua tempat yang berbeza. Pertamanya di Masjid Kampung Sitiawan MB sendiri telah menyembelih 2 ekor lembu korban dan menyampaikan ucapan sempena Aidiladha di masjid tersebut.







Tempat kedua ialah di Surau Kampung Lekir Batu 15, Kayan di mana MB turut menyembelih seekor lembu sebagai korban dan di sini Y.B Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan turut bersama di dalam majlis. Beliau turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau dan melihat kali pertama dalam hidupnya lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri. Y.B Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu sambil menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua manusia kecuali yang betul-betul ada keberanian.
http://datinserifatimah.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

Wednesday, December 10, 2008

LABAIK-3 PERKARA MENJURUS SYIRIK

Labaik allahuma labaik
labaika laa syaarika lakabaik
Innnal hamda
wani'mata laka
wal Mulk, laa syaarikalak

Selamat aidul Adha. Talbiah diatas diungkapkan oleh para hujjaj tatkala keluar dari rumah masing2 dalam setiap perjalanan sehinggalah terpandang kaabah.

Pertama haji merupakan suruhan Allah untuk mempersiapkan manusia kembali kepadaNya.
Ia satu latihan (exercise) untuk menyepurnakan i'tiqad (aqeedah) sebelum saat akhir kita menuju kealam barzakh(kuburan).

Pemakaian ihram, mahsyar, tawaf, melontar, saiee & tahlul, sembelihan kesemuanya adalah proses pembersihan aqeedah ia itu mengesakan Allah (tiada sekutu bagiNya).

Ada 3 perkara dalam kehidupan, jika sempurna pemahaman dan pendekatanya, maka peluang untuk bersyirik kepada Allah dapat di pelihara atau dihindari. Namun jika mana-mana tiga perkara atau ketiga2nya sekali bermasaalah, maka peluang untuk manusia mensyirikan Allah cukup luas dan besar.


Untuk itu dalam persiapan/excersise untuk menghadapi maut ini di didik dan di kursuskan bahawa yang utama bila bertemu ajal ialah "laa syari kalak, (tiada sekutu bagi Engkau).

3 perkara tersebut yang mesti i'tiqad sempurna adalah:


i. segala kepujian hak & milik Allah
ii. segala nikmat hak & milik Allah
iii. segala kerajaan hak & milik Allah.

Maka hendaklah dituju serta diusahakan dalam setiap ketika agar ketiga2 perkara itu milik Allah.

Beri puji pada makhluk (orang, benda, sistem, parti politik, institusi, alat,saham, perniagaan, kaum, bangsa, kabilah, sejarah, dll) menjurus kepada syirik.

Beri ruang atau iktiraf bahawa nikmat dari selain Allah (seperti dari makhluk- benda, orang, kemegahan, sihat, muda, kelapangan, idealogi, fahaman, kepandaian, kemahiran, kebolihan, cerdik, senang, dll) menjurus kepada syirik.

Beri kerajaan selain Allah (pentadbiran negeri, pemerintahan, pengurusan, kemerdekaan, dasar2 semua aspek kehidupan, pilihanraya, demokrasi, dll) menjurus kepada syirik.

Maka para2 hujjaj yang berada di Mekah dituntut sangat supaya pastikan ketiga2 unsur atau perkara tersebut milik Allah setiap ketika. Pulang ketanah air masing2 nanti kena usahakan tuntutan dan fahaman tersebut. Yang tak kesempatan pergi ke tanah haram juga di tuntut membersihkan i'tikad tersebut dan usahakan kesempurnaanya untuk Allah semata2.

Itu sebabnya soalan yang akan pasti ditanya Allah setiap orang,sewaktu kita bangun dari kuburan setelah di tiup sangkakala nanti dan sebelum dihalau ke padang mahsyar ialah, "hari ini siapa kerajaan?" (jawapanya surah Ghafir, 40:16- lillahi waahidul qahar).

Penyembelihan binatang korban sebagai tanda simbolik ujian kesayangan dan kasih kita pada Allah bagi menunjuk kesucian aqeedah kita pada Allah.

Itu sebab binatang sembelihan itu mesti yang telah dibelai mesra oleh tuanya (yang mahu berkorban itu) agar binatang itu kenal dan sayang dia, diapun kenal dan sayang binatang tersebut yang hendak disembelihnya. Bukan seperti sekarang seolah2 ada geram, marah kepada binatang tersebut.

Pengorbanan mesti diuji dengan kesayangan. Maka ujian inilah yang dihadapi nabi Ibrahim, sekali gus anaknya nabi Ismail dan istrinya Siti Hajar.

Kesemua mereka redha untuk proses penyembelihan tersebut tanpa wasangka atau was was. Inilah puncak mengesakan Allah SWT, ia itu sayangkan Allah melebihi kasih dan sayang segala2nya.

allahu akbar, allahu akbar , allahu akbar walillahil hamd.
wallah'alam.

http://kamparinn.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

Monday, December 8, 2008

PAS tidak akan tinggal prinsip dan matlamat perjuangan.

TAIPING, 6 Disember : - PAS tidak sekali-kali akan meninggalkan prinsip dan matlamat perjuangan asal jemaah walaupun telah memerintah beberapa negeri atau negara bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat. Demikian antara isi ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Ahmad Awang dalam progam bulanan Liqaul Fikr di Markaz Tarbiyyah PAS Negeri di Air Kuning, dekat Taiping. Matlamat utama Parti Islam SeMalaysia ialah menegakkan syariat Allah SWT di negara ini.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS telah menegaskan bahawa malah prinsip dan matlamat suci ini telah menjadi asas kepada pentabiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat. Melalui peranan sama ada oleh Menteri Besar atau exco kerajaan negeri di kalangan PAS, prinsip Islam yang syumul ini sering menjadi agenda utama dalam mesyuarat kerajaan negeri. Apa yang membanggakan, ia telah diterima baik oleh rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP.

Beliau berkata, dengan pelantikan Menteri Besar di kalangan pimpinan PAS Perak merupakan satu kemenangan besar kepada parti Islam seluruhnya, kerana PAS telah diiktiraf oleh parti-parti lain dalam PR.


Sehubungan dengan itu, beliau menyeru kepada semua pimpinan PAS kawasan agar lebih menggiatkan lagi usaha dengan berperanan menjadi penyambung usaha kerajaan negeri agar segala mesej, dasar dan program kerajaan negeri akan sampai ke masyarakat dengan cara yang amat baik.
"Elakkan daripada terjebak dengan perangkap musuh terutamanya BN/UMNO yang selalu memainkan isu agama dan ketuanan Melayu. Sekarang, terdapat trend BN/UMNO menggunakan NGO's untuk menfitnah dan mentohmah kerajaan PR negeri Perak, " jelas beliau lagi.
Akhirnya, beliau menyeru agar pimpinan segenap lapisan menyambung hasrat PAS Pusat untuk menambahkan ahli dan cawangan. Mana-mana cawangan yang hampir mati perlu dihidup dan diaktifkan semula. Perkara tersebut akan dilakukan melalui program pemutihan ahli dan cawangan yang akan dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Pemerkasaan Parti PAS Pusat.

Program bulanan Liqaul Fikr PAS Perak ini telah dihadiri oleh semua pimpinan PAS negeri, kawasan dan dewan-dewan. Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar Jamaluddin turut menunaikan tanggungjawab parti hadir sama. YB Ustaz Taib Azzamuddin (Ahli Parlimen Baling/AJK PAS Pusat) telah menjadi naqib jemputan bagi bulan ini.

InsyaAllah, Liqaul Fikr bulan depan akan diadakan pada 3 Januari 2009 di mana naqibah jemputan ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh.

http://intanhijau.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

Perutusan Khas Aidil Adha 1429 YAB Menteri Besar Perak.




SILA LAYARI :


http://ajijoi.blogspot.com/2008/12/perutusan-khas-aidil-adha-14292008-yab.html


Baca Seterusnya...

Surau baru di Kediaman MB Perak


Suatu ketika dahulu, bangunan ini yang didirikan oleh mantan MB Perak yang lalu dengan kos yang dikatakan mencecah hampir setengah juta ringgit hanya untuk menempatkan dapur masak dan tempat membasuh pinggan untuk keraian.

Namun, kegiatan masakan dan basuhan pinggan itu tidak juga dapat dilaksanakan akibat pelbagai masalah yang timbul terutamanya saliran air yang sentiasa tersumbat.


Kini, MB Perak yang baru telah mengubahsuaikan bangunan tersebut untuk dijadikan surau kegunaan para tetamu yang menghadiri sebarang keraian disana. Bangunan ini yang terletak berhadapan dengan Dewan Serbaguna amat sesuai untuk menampung jemaah yang ramai bersolat disana. Keadaan yang luas dan selesa menyenangkan tetamu yang hadir dan yang pastinya tiada lagi alasan untuk mereka meninggalkan solat.

Solat kini menjadi agenda penting MB kita untuk menerapkan kepada rakyat Perak betapa tuntutan ini tidak boleh dilengah-lengahkan apatah lagi ditinggalkan.
http://ajijoi.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

PAS nafi tuntut haramkan jual arak di Selangor

SHAH ALAM: PAS Selangor menafikan pihaknya ada mengesyorkan kerajaan negeri agar mengharamkan sama sekali penjualan arak di negeri itu.

Pesuruhahjaya PAS negeri, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, dakwaan bahawa parti itu mahu mengharamkan penjualan arak adalah tidak benar.

Sebaliknya jelas beliau, apa yang diusahakan adalah penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sedia ada, bukannya memperkenalkan sesuatu yang baru.

"Apa yang saya cadangkan dalam mesyuarat Exco adalah untuk melihat penjualan minuman ringan yang mempunyai unsur alkohol sebanyak 5.8 peratus iaitu yang dijual di kedai serbaneka termasuk 7-Eleven dan stesen-stesen minyak.


"Kita minta atas peruntukan yang ada di bawah undang-undang, pihak-pihak tertentu melihat perkara ini dan mengambil tindakan positif supaya ia tidak dijual di kedai-kedai terbabit," kata beliau di pejabatnya di sini, hari ini.

Hassan yang juga Exco negeri berkata, penjualan minuman ringan seumpama itu di kedai-kedai tersebut menarik golongan remaja pelbagai kaum untuk membelinya yang mana jika diminum pada lewat malam akan membahayakan keselamatan mereka ketika memandu kenderaan.

Berhubung desas-desus bahawa kertas cadangan itu telah ditolak ketika dibentang dalam mesyuarat Exco, Hassan berkata, perkara itu tidak benar kerana ia sebenarnya ditangguh kerana pihaknya mahu mendapatkan pandangan pengusaha-pengusaha kedai serbaneka terlebih dahulu.

"Kita nak dapatkan pandangan daripada pekedai, hendak tahu kenapa dia jual. Nak tahu kenapa di kawasan orang Melayu yang 90 peratusnya orang Islam, kenapa ia turut dijual.

"Kita nak tahu apa masalah yang dihadapi mereka kalau tidak dapat menjualnya di tempat mereka," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mahu mengambil kira pandangan semua pengusaha kedai serbaneka tersebut supaya suara mereka dapat didengar dan secara tidak langsung terlibat dalam proses membuat keputusan.

"Kita nak dengar, kalau kawasan itu majoritinya kaum Cina, mungkin lain sebabnya. Mungkin ada maklum balas berbeza mengikut penduduk," katanya.

Hassan berkata, hasrat penuh untuk melarang penjualan minuman itu bukan sesuatu yang negatif kerana ia merupakan satu langkah pencegahan bagi menyegarkan kehidupan rakyat.
Katanya, keputusan lanjut berhubung cadangan itu hanya akan dibuat selepas menerima maklum balas, yang dijangkakan diadakan tahun depan, dari seluruh negeri.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa cadangan itu telah ditolak wakil DAP, Hassan berkata, hal itu mungkin timbul disebabkan mereka tidak mendapat gambaran dan fakta yang jelas berhubung perkara tersebut.

"Oleh sebab atas ketidakjelasan itu, responnya agak terkeluar sedikit," katanya yang tidak pasti bagaimana maklumat mengenai mesyuarat Exco yang sepatutnya sulit bocor.

Kata Hassan, cadangan untuk melarang penjualan minuman seumpama itu datang daripada beliau sebagai Exco negeri yang menjaga hal ehwal agama Islam dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tidak ada kena-mengena dengan PAS.

Hassan berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang terbit khasnya di akhbar-akhbar berbahasa Cina mengenai perkara ini yang memetik sumber-sumber tertentu.

"Ia menggambarkan seolah-olah PAS tidak peka dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini sedangkan PAS tidak begitu," katanya.

Ajijoi ~ Mungkin Perak boleh menggunapakai cadangan ini untuk dilaksanakan dinegeri ini. Apa kata Exco Agama Islam Perak?
http://ajijoi.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

Sunday, December 7, 2008

Cina Islam rasmi debat Melayu.

PARIT BUNTAR, 6 Dis :- Debat Perdana secara tertutup yang diadakan di Parit Buntar anjuran Pejabat Agama Daerah Parit Buntar dan Persatuan Pegawai Ugama Perak telah berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh hampir 2000 orang penduduk sekitar dan 3 buah bas penyokong dari Panel Debat Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin Abdul Rahman. Panel lain ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof dan Naib Presiden Teras, Hafiz Mustafa Lubis.

Debat dengan tajuk "Melayu , Kemana hala tuju" tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar Perak yang berhalangan untuk hadir.

Beberapa orang yang hadir mengatakan Perasmi yang merasmikan program sangat sesuai kerana berketurunan cina sedang tajuk yang diperdebatkan adalah isu Melayu.

Berikut adalah ucapan perasmian Drs. Khalil Idham Lim:-

Kita bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya memberikan kekuatan kepada kita untuk berada di dalam majlis yang amat besar maknanya pada malam ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur iaitu Pejabat Agama Daerah Parit Buntar dan Persatuan Pegawai-Pegawai Ugama Negeri Perak yang sudi memberi ruang waktu untuk saya berucap sepatah dua seterusnya merasmikan program ini pada malam ini.

Juga terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak terutamanya Pejabat Daerah dan Majlis Daerah Kerian serta semua agensi yang terlibat membantu dalam memastikan kejayaan program ini.

Sekalung tahniah kepada semua Ahli Panel yang sudi menyahut jemputan dari pengajur dalam program yang julung-julung kali diadakan di Perak dan Parit Buntar ini

Allah swt menyatakan dalam Al-Quran :

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Inilah 3 kaedah dakwah yang diajarkan sendiri oleh Allah swt agar Umat Islam sentiasa menggunakannya dari masa ke semasa. Sebahagian manusia memerlukan nasihat yang baik untuk mengingatkan mereka mengenai kesilapan yang mereka lakukan. Sebahagian yang lain memerlukan kaedah yang berbagai samada lembut atau keras berasaskan hikmah dan kebijaksanaan. Namun ada insan-insan yang mempunyai keistimewaan dengan di anugerahkan akal pemikiran yang tajam serta lidah yang fasih untuk berbahas. Namun perbahasan yang dilakukan hendaklah dengan cara yang baik dan beradab sopan.

Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dalam Kitabnya Ayyuhal Walad, menasihatkan :

Seboleh-bolehnya tinggalkanlah perdebatan kerana ianya boleh membawa kepada riya’, hasad, takabbur, ujub dan sebagainya. Namun jika kamu terjerumus ke kancah perdebatan maka hendaklah ikhlaskan niat di hati bagi menzohirkan kebenaran. Niat yang ikhlas ini boleh dikesan melalui 2 tanda iaitu pertamanya ; kamu tidak membezakan samada kebenaran itu nanti akan tersingkap melalui lidah kamu ataupun lidah lawan debatmu. Keduanya; Kamu lebih menyukai jika debat itu diadakan dalam tempat yang tertutup tanpa dilihat oleh orang yang begitu ramai.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah melafazkan kata-kata :

...negara ini ialah sebuah negara Melayu, tetapi terpulanglah kepada orang Melayu sendiri memainkan peranan yang cergas untuk merebut peluang pada masa hadapan. Sambil itu mereka mestilah sentiasa ingat bahawa Perlembagaanlah yang dapat menjamin keselamatan dan kemajuan kita semua."

Walaupun ungkapan ini tidak bermaksud menafikan hak kaum lain sebagai rakyat di Negara ini, namun ianya memberikan gambaran betapa besarnya peranan orang Melayu dalam Negara yang dulunya disebut sebagai Tanah Melayu. Jaminan keselamatan dan kemajuan Negara seluruhnya sentiasa dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Namun kehebatan dan kegagahan sesuatu kaum itu, amat bergantung kepada bagaimana cergasnya mereka dalam merebut peluang yang ada dari masa ke semasa.

Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Artikel memperuntukkan bagaimana kerajaan pusat harus melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu.

Walaupun dari sudut perundangan, kedudukan orang Melayu tidak boleh dipertikaikan, namun masa depan orang Melayu sebenarnya lebih banyak bergantung kepada daya tahan mereka dalam persaingan semasa. Sikap permusuhan dan pertelagahan sesama bangsa tidak akan membantu usaha meninggikan martabat orang Melayu. Usaha menyatupadukan bangsa Melayu hendaklah diteruskan dari masa ke semasa bagi mencari titik temu melalui persamaan yang ada dalam masa yang sama mengurangkan perbezaan sedia ada.

Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas terhadap makna Orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai;

1. Seseorang yang menganuti agama Islam
2. Lazimnya bercakap Bahasa Melayu
3. Menurut adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum Hari Merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau ibu dan bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
5. ia adalah berketurunan seseorang yang tersebut.

Tidak ada jaminan dari Allah untuk menjamin mana-mana bangsa untuk kekal selama-lamanya. Sejarah dunia memperlihatkan Kaum Ad, Kaum Tsamud dan sebagainya yang jauh lebih gagah dan hebat daripada bangsa-bangsa yang ada hari ini, telah lenyap dari peta dunia seluruhnya. Kita hanya ada Al-Quran dan ajarannya yang dijamin kekal oleh Allah. Maka akan pasti kekallah mereka yang berpegang teguh dengannya. Firman Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 9 :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Jika Melayu berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran, maka yakinlah Allah akan mengekalkan ketuanan Melayu sebagaimana kekalnya Al-Quran dan ajarannya.

Semuga debat yang diadakan ini menjadi medan untuk mencari titik temu dan suatu kesinambungan untuk menyelamat suatu bangsa yang kita kasihi ini.
sumber : cina islam


Baca Seterusnya...

Saturday, December 6, 2008

Ir. Nizar tazkirah sesudah Jumaat di Parit Buntar.

PARIT BUNTAR , 5 Dis :- Allah mengajar penganutnya bagaimana untuk kembali kepada-Nya khususnya dalam rukun Islam ke-5, Ungkapan Talbiyah semasa mengerjakan Haji mendidik menjadi muslim terbaik.Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhamaad Nizar Jamaluddin semasa menyampai Tazkirah sesudah sembahyang Jumaat bersama warga Parit Puntar di Masjid Daerah di sini.

Sedang menyampaikan tazkirah selepas solat Jumaat.

Hadir sama bersembahyang Jumaat bersama beliau ialah ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Pegawai Daerah Kerian , En. Ismail Hassan.

Hadirin berkerumun untuk bersalam dengan Menteri Besar Perak.

"Marilah kita ajak semua orang bawahan kita untuk mengerjakan sembahyang" katanya.

Beliau juga merakamkan terima kasih jika ada jabatan, ketua-ketua kampung yang mengajak rakyatnya untuk mendirikan solat. Makan dirumah ADUN Titi Serong.


Baca Seterusnya...

Menteri Besar dianugerah Tali Pinggang Hitam Teakwon-do

IPOH, 5 Dis :- YAB. Menteri Besar Perak dengan rasminya bergelar "Master" apabila Persatuan Teakwon-do Antarabangsa Negeri Perak menganugerahkan Tali Pinggang Hitam Kehormat. Majlis tersebut diadakan di Ruang Mesyuarat Pejabat Menteri Besar Perak disini.Semasa menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis tersebut YAB Menteri Besar menyatakan penghargaan dengan anugerah tersebut dan sekaligus pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat.


Bergambar bersama ahli persatuan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Kebudayaan Belia dan Sukan Kerajaan Perak, Seah Leong Peng dan Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim, serta wakil persatuan tersebut.

Menerima Persalinan baju dan tali pinggang hitam.


Menerima Kad Keahlian Kehormat.

Menerima Sijil Anugerah Master.


Baca Seterusnya...

Al Quran sumber perundangan utama- Guan Eng

GEORGETOWN, 5 Dis- Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.


Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

Turut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz. KM P.Pinang, Lim Guan Eng sedang memberi penghargaan kepada peserta
Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau. - mks._ HarakahDaily


Baca Seterusnya...

Friday, December 5, 2008

Jemputan Datin Seri



Datin Seri Fatimah Taat, isteri kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Haji Nizar menjemput sekalian bloggers dan penunjung blog Datin Seri serta keluarga ke Dewan Serbaguna, Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak untuk Majlis Ceramah Agama dan Minum Petang sempena menyambut kedatangan Aidil Adha pada Sabtu 6 Disember 2008 jam 3.00 petang.http://ajijoi.blogspot.com/


Baca Seterusnya...

Ibadah Korban

"1. Apakah hukum melakukan ibadah korban?

J: Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah sunat muakkad dan meninggalkannya adalah makruh.
Allah S.W.T berfirman;

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar: ayat 2

Mengikut tafsiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

2: Apakah dalil yang mensyariatkan ibadah korban?

J: Dalil yang mensyariatkan ibadah korban ialah firman Allah S.W.T.;
“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”. - Surah al-Kautsar, ayat 2. Maksud solat ataupun sembahyang pada ayat ini ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. Imam Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:

“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah semata dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai tanda syukur terhadap apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya”. Wallahuaklam

3: Apakah kelebihan melaksanakan ibadah korban?

J: Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan korban, ia antara ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim. Wallahuaklam

4: Apakah hikmah korban?

J: Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan;

1. Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2. Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3. Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4. Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
Wallahuaklam

5: Adakah ibadah korban dilakukan pada zaman Nabi-nabi yang terdahulu dan bagaimana ia dilaksanakan?

J: Mengikut riwayat yang boleh kita perolehi amalan ibadah korban telah dilaksanakan dari zaman Nabi Adam A.S lagi sehingga zaman Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Secara ringkasnya sejarah perlaksanaannya adalah seperti berikut;

Pada zaman Nabi Adam A.S, peristiwa korban Habil dan Qabil menunjukkan betapa korban memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan hidup manusia. Kisah mereka telah dinukilkan di dalam al-Quran surah al-Maidah, ayat 27.
Maksud Ayat: “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: Aku pasti membunuhmu? Habil berkata: “Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”.

Pada zaman Nabi Nuh A.S pula, setelah peristiwa taufan berlaku, Nabi Nuh menyediakan satu tempat khas untuk korban. Ada riwayat yang mengatakan bahawa haiwan korban tersebut dibakar.

Manakala pada zaman Nabi Ibrahim A.S, korban bermula dengan roti dan sebagainya, kemudian anak sapi, kambing dan biri-biri. Peristiwa penyembelihan anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail ialah ujian pengorbanan yang paling getir dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S. Kisah ini telah Allah rakamkan dalam al-Quran surah Ash-Shaffat, ayat 103-107.

Pada zaman Nabi Musa A.S, cara korban ialah dengan membahagikan binatang yang disediakan untuk korban kepada 2 bahagian, sebahagian dilepaskan dan sebahagian lagi disembelih.

Budaya dan amalan berkorban ini berterusan sehingga ke zaman bangsa Yunani dan Rumani, pada umumnya mereka membahagi-bahagikan daging korban kepada orang yang hadir. Semasa upacara penyembelihan, pendeta mereka memercikkan madu dan air, kemudian madu diganti dengan air mawar. Adat ini terdapat sampai sekarang. Di samping bangsa Yunani, korban dengan melakukan penyembelihan terhadap manusia juga berlaku, ini dilakukan oleh bangsa Finiki, Parsi, Rom dan bangsa Mesir kuno. Wallahuaklam

6: Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan aqiqah?

J: Pada hari raya korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuknya, jadi apabila bertemu hari raya korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Hanbali, kita boleh gabungkan niatkan perlaksanaan korban tersebut dengan niat untuk aqiqah anak, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan Hari Raya, maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahualam

7: Siapakah yang dituntut untuk melaksanakan korban?

J: Menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Korban dianjurkan ke atas seluruh umat Islam, akan tetapi tuntutan sebenar ialah kepada yang mampu, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran dalam beberapa buah hadis kepada mereka yang tidak menunaikan ibadah korban, antara hadis tersebut ialah;
Maksud hadis, “Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” Wallahualam

8: Apakah jenis korban yang dilarang oleh Islam?

J: Korban yang diamalkan oleh seluruh umat Islam pada setiap tahun diniatkan hanya kerana Allah S.W.T, dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T di samping mendapat ganjaran lain yang telah Allah S.W.T janjikan.. Oleh itu, mana-mana korban atau penyembelihan yang diniatkan kepada selain Allah S.W.T, seperti korban yang dilakukan untuk memuja sesuatu, atau untuk tujuan ilmu hitam, memuja syaitan dan sebagainya, serta tidak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan ganjaran yang disediakan, maka ia adalah dilarang oleh Islam. Wallahualam "http://al-futhuhat.blogspot.com


Baca Seterusnya...

5 syarat berbuat maksiat.

"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata: "
Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?
"Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA.
"Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim kembali berkata kepadanya:"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?""Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab: "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?""Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?""Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?""
Baiklah, apa syarat yang kelima?"Ibrahim pun menjawab: "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.http://adunselinsing.blogspot.com


Baca Seterusnya...

MB SOLAT JUMAAT DI MASJID DAERAH PARIT BUNTAR

YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin akan solat Jumaat berjemaah di Masjid Daerah Parit Buntar.difahamkan MB di dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang dari satu program menandatangani di Pulau Pinang.


Baca Seterusnya...

Bayar RM1 untuk tambang tren KL- Ipoh

IPOH, 2 Dis. : Sebanyak 400 tiket istimewa RM1 ditawarkan kepada penumpang terawal dua tren pertama dan terakhir perkhidmatan kereta api shuttle (perantara) Ipoh-Kuala Lumpur yang memulakan operasinya semalam.

Bagaimanapun, kadar istimewa tiket satu hala yang ditawarkan hingga 31 Disember itu terhad kepada pembelian pada hari perjalanan dan tidak melibatkan tempahan awal.

Menurut Pengurus Pemasaran, Perkhidmatan Antara Bandar, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Noordin Kimi, buat permulaan KTMB menyediakan lima perjalanan sehari melibatkan dua destinasi itu yang masing-masing memulakan perkhidmatannya seawal 5 pagi.

“Tren pertama akan berlepas dari kedua-dua stesen iaitu KL Sentral dan Ipoh tepat 5 pagi manakala yang terakhir pula pada 9 malam dan 9.45 malam.

Setiap perjalanan memakan masa dua jam 56 minit namun berdasarkan prestasi semasa, kita mampu tiba lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi kumpulan pertama penumpang perkhidmatan tren tersebut dari Kuala Lumpur di Stesen KTMB Ipoh di sini semalam.

Kadar tambang biasa perkhidmatan ialah RM10 bagi koc ekonomi, manakala RM18 untuk tren kelas dua.

Kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun diberi diskaun 50 peratus namun tiada kadar istimewa bagi warga emas.Kosmo Online.cinaislam


Baca Seterusnya...

Thursday, December 4, 2008

Pinjaman Tanpa Faedah untuk pelajar anak Perak

Ipoh, 3 Dis : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah.

Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut.

Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan yang melaksanakan kebajikan untuk rakyat kerana sanggup memberikan pinjaman tanpa mengenakan sebarang bayaran faedah.


Majlis Penyerahan Cek Pinjaman-satu langkah yang amat bernas

“Saya harap rakyat Perak akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat ini,” katanya.

YB Su Keong Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sain, Teknologi dan Komunikasi menjelaskan bahawa 200 pelajar Melayu dan 31 pelajar bukan-Melayu telah mendapat pinjaman tanpa faedah itu dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berhasrat untuk menambah lagi bilangan penerima pinjaman tersebut dimasa akan datang sekiranya ada cukup dana untuk berbuat demikian.

“Semua permohonan diproses melalui satu jawatan kuasa penapis sebelum keputusan dibuat oleh pihak Lembaga Amanah,” jelasnya lagi.

Beliau berharap agar para pelajar akan membayar kembali pinjaman tersebut apabila mereka bekerja nanti supaya pelajar-pelajar lain akan dapat menikmatinya sama kelak.
Al-Husseyn


Baca Seterusnya...

Wednesday, December 3, 2008

ANTARA YANG MENARIK BAJET PERAK 09

1. Sebanyak 4,428 rakyat berpendapatan kurang RM700 menerima bekalan air percuma RM10 sebulan.

2. Seribu hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan secara komersial

3. RM6 juta untuk dermasiswa rakyat RM1,000 seorang ke IPTA.

4. RM 4.9 juta untuk pendidikan Islam - elaun guru/Penyelia KAFA, Tadika Islam dan bantuan per kapita SAR

5. RM1 Juta untuk Takaful Kifalah kepada kematian warga emas berusia 65 tahun ke atas

6. RM4.88 juta untuk kenaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan SU JKKK RM200

7. RM2 juta untuk Tabung Khas Kebajikan Rakyat - membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang susah

8. RM1 juta untuk Tabung Pinjaman Peniaga Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal/peniaga kecil

9. RM2 Juta untuk Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi aktiviti kebudayaan, keagamaan dan pendidikan.

10.Peruntukan EXCO dinaikkan dari RM100 ribu ke RM150 ribu setahun

11.Peruntukan ADUN dinaikkan dari RM150 ribu ke RM200 ribu setahun.

12.Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam di setiap daerah dinaikkan dari RM30 ribu ke RM50 ribu 13.Meluluskan 138 RPT untuk setinggan seluas 4,299 ekar yang boleh menempatkan 34,392 lot rumah. 14.RM60 juta untuk JKR melaksanakan pelbagai projek baru

15.RM8.9 juta untuk JPS bagi rancangan tebatan banjir

PerakDaily



Baca Seterusnya...

cubaan read more


cubaaa aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hgshaghgdjhgdjhsagdjhasgdsagdjhagdjhgjhgfjhggfjhfg
hgasdhgjdgjhdgdjhfgjdfjdgfjgfjds



Baca Seterusnya...

Tuesday, December 2, 2008

Kerajaan Perak Umum Hakmilik Selama-lamanya untuk RPT dan Kg. Baru.

IPOH, 2 Disember :- Kerajaan Negeri Perak Pakatan rakyat hari ini mengumumkan mulai hari ini penghuni-penghuni Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung-kampung Baru di seluruh Negeri Perak boleh memohon untuk hakmilik selama-lamanya (In Perpetuity), demikian pengumuman dari Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak ,YB Dato' Ngeh Koo Ham dalam Sidang media di Bilik Media Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Exco Kerajaan Perak, Yb. Mohd Zainuddin Yusuf, YB. Thomas Su dan YB. Tai Sing Ng. Sementara ADUN yang hadir ialah YB. Drs. Khalil Idham Lim( Titi Serong), YB. Ong Boon Piao (Tebing Tinggi) dan YB. Leong Mee Meng(Jalong). Hadir sama ialah Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Perak, Ust. Zulkifli Ibrahim.

Permohonan hanya dapat dibuat sekarang kerana Kerajaan Negeri Perak telah mengambil masa beberapa Bulan yang lepas untuk menilai hartanah diseluruh 349 RPT dan 134 Kampung baru di seluruh Negeri Perak.



Dato Ngeh bersama Exco dan ADUN lain dalam sidang media tersebut.


Beliau juga mengumumkan proses permohonan hak milik selama-lamanya ini telah dipersingkatkan kepada 4 proses sahaja dan dapat dikeluarkan dalam masa sehari sahaja jika perlu.

Jumlah Premium yang perlu dibayar adalah 20 % daripada perbezaan nilai tanah hakmilik selama-lamanya dan nilai tanah baki tempoh pajakan. Nilai tanah hendaklah menggunapakai Jadual Penilalain Tanah RPT dan Kg baru yang disediakan oleh jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Negeri Perak.

Dato' Ngeh juga menjelaskan pemberiaan hak milik ini adalah memenuhi janji parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas. Dasar ini juga merupakan polisi Kerajaan pakatan Rakyat untuk memperkayakan dan memperkasakan rakyat. Jelasnya dasar ini dapat meningkatkan nilai tanah dan rumah sehingga melebihi RM 1.5 billion.

Beliau menafikan tohmahan yang sengaja diputar belit oleh sesetengah parti politik bahawa ia memihak kepada sesuatu kaum sahaja. RPT mempunyai 102,00 hakmilik dan 134 Kg Baru mempunyai lebih kurang 47,000 hakmilik. Kebanyakan RPT adalah orang Melayu dan Kg baru didiami orang-orang Cina. Orang India juga menghuni dikedua-dua pertempatan itu.

Dengan pemberiaan hakmilik itu meleyakkan penghuni-penghuni boleh mendapat pinjaman daripada institusi kewangan untuk membina semula kediaman atau kedai perniagaan yang usang. Kerajaan menjangkakan lebih kurang 20,000 rumah dan kedai perniagaan di RPT dan kg Baru dalam masa 5 tahun akan datang.

Kerajaan juga menggalakkan penghuni di RPT dan kg Baru untuk memohon untuk hakmilik selama-lamanya jika tempoh pajakan hakmilik mereka tamat kerana kadar premium yang dikenakan adalah lebih rendah daripada permohonan untuk pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Ini disebabkan diskaun tidak diberikan lagi diberikan pada masa kini untuk permohonan pajakan 60 tahun atau 99 tahun. Jelas Dato' Ngeh dalam sidang media itu.

Menjawab soalan mengenai dakwaan setengah pihak dasar ini menimbulkan masalah pengambilan tanah untuk pembangunan di masa akan datang beliau menafikan dakwaan itu kerana tanah tersebut tetap boleh dibangunkan dengan menggunakan dasar pengambilan tanah yang sedia ada dengan harga semasa yang dibayar kepada pemilik.


Baca Seterusnya...

Siapa kata Nizar Boneka?

Sebagai ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan Panglima dibarisan hadapan sekali; menghadapi tentangan musuh. Dia bukan jenis panglima yang sekadar berada dibarisan belakang memberi arahan.MB sering menjadi sasaran dan dia sendiri terpaksa menepis dan menangkis segala macam tohmahan dan fitnah yang dilemparkan musuh.


Tuduhan yang sering dilontarkan musuh ialah kononnya Kerajaan Perak yang diterajui Nizar sebagai MB tidak mempunyai kuasa sebaliknya hanya sebagai 'Boneka' DAP.

Mereka menuduh tanpa asas yang kukuh bahawa banyak kepincangan berlaku dari isu rasuah hinggalah pentadbiran kerajaan negeri yang tidak bersikap adil, telus dan amanah bagi menjaga kebajikan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
Mereka gembar gemburkan pemberian tanah kepada sekolah persendirian Cina dan geran hak milik kekal kepada Kampong-kampung Baru dan Kampung-kampung tersusun.

MB Nizar telah pun menjelaskan bahawa kerajaan PR akan menganugerahkan tanah dengan keluasan yang difikirkan bersesuaian kepada Sekolah Agama Rakyat bagi menjana pendapatan dan ekonomi.

Lalu mereka mempertikaikan dan bertanya pula kenapa kerajaan negeri tidak membantu sekolah sama sekolah Tamil?

Tidakkah mereka sedar bahawa tidak ada sekolah persendirian Tamil di negeri Perak ini dan kesemua sekolah Tamil yang ada di Perak adalah dibawah Kementerian Pelajaran.

Kalau benar ; Menteri Besar dan kerajaan PR adalah boneka DAP, bagaimana Kerajaan PR mampu mengembalikan semula bantuan perkapita kepada seluruh SAR yang melibatkan RM 1.3 juta untuk diagihkan kepada 23 SAR? Yang selama ini Umnolah yang menjadi petualangnya.Bukankah Umno yang menyekat bantuan tersebut?

Berhubung dengan hak milik kekal kepada Kampung Baru dan Kampung Tersusun, sebenarnya cadangan tersebut datangnya daripada Sepuluh Tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Sebagai memenuhi janji dalam Manifesto tersebut, perkara itu telah dibawa ke mesyuarat kerajaan negeri dan dipersetujui oleh DAP.

Tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas itu ditawarkan secara pilihan kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30, 60 atau 99 tahun – bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.
-al-hussyen


Baca Seterusnya...

Monday, December 1, 2008

ADUN hadir ke kenduri Kaum Cina

PARIT BUNTAR , 1 Dis :-Kebiasaannya ADUN Titi Serong tidak menghampakan Penduduk disekitar DUN Titi Serong dengan hadir pada setiap jemputan kenduri . Namun sekali ini beliau hadir dalam jamuan kenduri "naik rumah baru" yang diadakan oleh seorang ketua masyarakat Cina dari Kuala Kurau.


Seorang penduduk Kuala Kurau yang dikenali dengan nama Amoi telah menjemput Drs. khalil dalam jamuan naik rumah baru anaknya di Jalan Sempadan Parit Buntar.



Pada kesempatan itu beliau telah beramah mesra dan bersalaman dengan semua yang hadir sekitar 500 orang. menurut Amoi tetamu yang dijemput terdiri dari pengundi DUN Titi Serong dari Tanjung Piandang, Parit Buntar dan Bagan Tiang selain dari penduduk Kuala Kurau yang hadir sama.

ADUN juga tidak menghampakan tuan rumah yang mempersilanya untuk meninjau keadaan didalam rumah tersebut.


Baca Seterusnya...

Keahlian Kelab Penyokong PAS melebihi 30,000 orang.

TEMERLOH,27 Nov :-Jumlah keahlian Kelab Penyokong PAS sekarang telah melebihi angka 30,000 orang. Jumlah terbanyak ialah dari kaum India sebanyak 58 % dan selebihnya dari Kaum Cina, dan sedikit dari kaum Sikh , Siam dan Iban diSerawak.Demikian kenyataan dari Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan ,Sdr. Vincent Lee dalam Dialog Bersama komuniti Non-Muslm sempena Kempen Jom sertai Pas anjuran PAS Temerloh pagi ini.

Program yang diadakan di hadapan Pejabat PAS Kawasan Temerloh menampilkan Panel Dialog iaitu Naib Presiden PAS , Ust. Ahmad Awang, Pesuruh jaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Ust. Abdul Ghani Shamsudin, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, dan Pengerusi kelab Penyokong PAS Negeri Pahang, N. Balasubramaniam.

Vicent Lee juga menjelaskan tidak ada sebab orang Cina dan India takut kepada PAS kerana PAS lah yang mempunyai pengalaman memerintah yang lama khususnya di Kelantan.

Tegasnya di Kelantan tidak ada halangan kepada orang Cina untuk mengamalkan budaya dan adat mereka masing-masing. Contohnya di Kelantan lah letaknya patung Buddha yang terbesar di Malaysia. Di Jalan kebun Sultan Kota Bharu orang Cina menjual daging “kerbau pendek” dan teh cina dengan terbuka.

“jangan tuan-tuan percaya dengan dakwaan saya kerana Kelantan bukannya jauh dan boleh pergi ke sana untuk melihat sendiri” katanya.


Baca Seterusnya...

ADUN Semanggol sampai bantuan sukan.

BAGAN SERAI, 27 Nov :-Satu majlis ringkas penyampaian sumbangan pakaian dan peralatan sukan oleh ADUN Gunung Semanggol telah diadakan di perkarangan surau Taman Indah Jaya Semanggol. Pasukan tersebut telah menerima peralatan seperti bola jersi dan lain-lain peralatan bola sepak. Kesemua peralatan dan pakai tersebut di serahkan kepada pengurus pasukan, Encik Rosli bin Abd. Rahman yang turut disaksikan oleh ketua kampung kawasan tersebut.

Dalam ucapan ringkas beliau, YB ADUN Semanggol telah memberi kata semangat dan dorongan dan diharapkan dengan penyerahan peralatan tersebut dapat membantu menyemarakkan semangat kesukanan yang ada pada pasukan tersebut yang hampir kesemuanya masih belia.

Katanya lagi, bolasepak adalah acara sukan yang paling popular dan diminati oleh ramai orang di seluruh negara-negara di dunia ini. acara sukan ini juga telah banyak mendapat tontonan yang terbanyak di dunia. Acara sukan Bolasepak juga telah berjaya mempengaruhi anak-anak kecil untuk menceburi sukan bola sepak malahan ada di sesebuah negara telah mengadakan sukan bola sepak khas kepada kanak-kanak (kids football) kerana disini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang ada semasa kecil dan melatih supaya menjadi pemain bola sepak professional pada masa akan datang.


Baca Seterusnya...