Thursday, December 4, 2008

Pinjaman Tanpa Faedah untuk pelajar anak Perak

Ipoh, 3 Dis : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.


Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin.

Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah.

Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut.

Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan yang melaksanakan kebajikan untuk rakyat kerana sanggup memberikan pinjaman tanpa mengenakan sebarang bayaran faedah.


Majlis Penyerahan Cek Pinjaman-satu langkah yang amat bernas

“Saya harap rakyat Perak akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat ini,” katanya.

YB Su Keong Siong, Pengerusi Jawatankuasa Pengajian Tinggi, Sain, Teknologi dan Komunikasi menjelaskan bahawa 200 pelajar Melayu dan 31 pelajar bukan-Melayu telah mendapat pinjaman tanpa faedah itu dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak berhasrat untuk menambah lagi bilangan penerima pinjaman tersebut dimasa akan datang sekiranya ada cukup dana untuk berbuat demikian.

“Semua permohonan diproses melalui satu jawatan kuasa penapis sebelum keputusan dibuat oleh pihak Lembaga Amanah,” jelasnya lagi.

Beliau berharap agar para pelajar akan membayar kembali pinjaman tersebut apabila mereka bekerja nanti supaya pelajar-pelajar lain akan dapat menikmatinya sama kelak.
Al-Husseyn

7 ulasan:

Anonymous said...

Alangkah baiknya kalau pinjaman tersebut dapat dilupuskan berdasarkan kepada performance atau pencapaian yang cemerlang pelajar sebagai galakan mereka belajar bersungguh-sungguh dan lebih fokus.

Amri Mat Saaid said...

aje beno tok sidang, kala kantoi kite bagi penalti ha ha

Muhammad Fahmi said...

Teruja pinjaman pelajaran dilupus

IPOH - Usaha gigih pelajar cemerlang jurusan bio-perubatan, Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia (KUTPM), Shah Alam, Nor Hazwani Ahmad, 25, mendapat pengiktirafan Yayasan Perak semalam.

Beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Bio-Perubatan Kelas Pertama bukan sahaja dilupus pinjaman pelajaran RM10,000 yang diterimanya semasa menuntut malah ditawarkan pinjaman khas oleh yayasan berkenaan untuk beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

Beliau sememangnya terkejut apabila dimaklumkan pinjaman yang diterimanya sebelum ini tidak perlu dilunaskan.

"Saya dah rancang untuk jelaskan semula pinjaman secara ansuran seperti yang ditetapkan Yayasan Perak namun terkejut besar apabila surat yang disangkakan notis tuntutan yang diterima merupakan tawaran pinjaman khas lanjutkan pengajian.

"Pastinya, ia akan terus bakar semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mungkin jadi motivasi kepada penerima lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas menerima sijil penghargaan daripada Yayasan Perak yang disampaikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaluddin di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim dan Pengerusi Yayasan Perak, Roslan Shahrum.

Nor Hazwani yang kini sedang mengikuti program sarjana dalam bidang bio-perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) turut ditawarkan pinjaman tambahan sekiranya berhasrat melanjutkan pengajian di peringkat ijazah kedoktoran.

Mr Joker said...

Makluman kepada semua Pemaya Bloggers Network @ Perak. Satu perjumpaan dengan EXCO-EXCO Perak akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 5 December 2008 (Jumaat)

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Bangunan Perak (SUK). Sila hubungi MSK bila sampai. 013-5935721

Perjumpaan ini dihadiri oleh EXCO Kebajikan…Tuan Hj. Zainudin dan EXCO Penerangan..Tai Sng Ng. Turut hadir ialah Ustaz Zulkifli Ibrahim, Pengarah Urusetia Penerangan Negeri.

Semua pemaya Bloggers Network @ Perak dijemput hadir. Jemputan ini juga dipanjangkan kepada semua bloggers yang menyertai Persatuan Bloggers Perak yang ditubuhkan baru-baru ini. Semoga dengan perjumpaan ini..akan dapat merungkaikan kekusutan dan silap faham yang timbul.

Untuk maklumat lanjut…sila hubungi MSK.

Idham Lim (林川興) said...

Salam,

YB ADUN Titi Serong yang aktif berblog(blog cina Islam, blog Titi Serong dan blog Perakini) tidak dapat hadir ke Perjumpaan yang dijadualkan kerana mempunyai program yang telah dijadualkan sejak awal lagi.Terima kasih atas jemputan.

wassalam
b/p YB:S/U

ROSLIZA ZAIDI said...

Saya membawa kabar baik kepada anda semua warganegara Malaysia di platform ini, ALLAH telah benar-benar setia kepada saya dan seluruh rumah saya telah selamat sejak Mei 2019, kesaksian saya dan berita baik saya seperti ini, Nama saya Rosliza Binti Mohd Zaidi, saya tinggal di blok No 49 B 2 Felda Semencu 81900 Kota Tinggi Johor, saya seorang pemasar dan penasihat perniagaan di syarikat yang saya bekerja, Suami saya dan saya ingin menggunakan platform ini untuk memaklumkan semua ini. Platform ini adalah untuk mereka yang memerlukan dan mencari pinjaman yang ikhlas untuk berhati-hati kerana internet dan blog penuh dengan syarikat pinjaman palsu dan penipuan yang hanya di sini untuk merobek anda dari wang susah payah anda.

Suami saya dan saya berada dalam hutang besar dan kami memutuskan untuk mencari pinjaman dalam talian untuk membayar hutang kami dan kami menghubungi syarikat pinjaman dari Singapura yang pada Disember 2018, dan kami ditipu oleh pemilik syarikat dengan meminta kami untuk Bayar banyak bayaran yang kami bayar dan akhirnya kami tidak mendapat pinjaman, kami kehilangan kira-kira RM7,685 kepada sebuah syarikat pinjaman palsu di Singapura kerana kami memohon pinjaman sebanyak RM 250,000 dan dengan semua yuran yang kami bayar, kami tidak mendapat pinjaman dan suami saya dan saya sangat kecewa dan saya dipecat dari pekerjaan saya di syarikat tempat saya bekerja kerana saya juga mengambil pinjaman dari syarikat yang saya bekerja dan kita bangkrut dan bosan dengan kehidupan.

Kami berdoa kepada ALLAH untuk bantuan ilahi dan ALLAH mengarahkan kita kepada seorang hamba dan pada hari yang setia ini 20 Mei 2019, saya sedang melayari internet apabila saya dapat mencari keterangan seorang wanita dengan nama Fadzilah Binti dari Alor Setar, bagaimana ALLAH menukar kehidupan kewangannya melalui syarikat pinjaman yang dia minta saya menghubungi Puan Gonzalez dan dia memperkenalkan saya kepada Puan Mariela Gonzalez dan dia memberi saya keberanian dan saya memohon pinjaman dari Puan Mariela dan akhirnya dia membantu saya mendapatkan pinjaman di syarikat dan saya mendapat jumlah yang tepat saya memohon dan saya sangat gembira.

 Saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memberi nasihat kepada rakan-rakan saya bahawa jika anda memerlukan pinjaman tulen asli dan ingin mendapatkan pinjaman cepat pada kadar faedah 2%, sila mendaftar melalui Puan Mariela Gonzalez melalui e-mel: (marielagonzalezloan@gmail.com). Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel ini, (roslizamohdz@gmail.com). untuk maklumat lanjut.

ALLAH memberkati kamu semua!
Terima kasih.

MRS KABU LAYU said...

Halo, semua, tolong, saya dengan cepat ingin menggunakan media ini untuk menyampaikan kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi pinjaman kredit yang benar-benar mengubah hidup saya dari kemiskinan menjadi wanita kaya dan sekarang saya menjalani kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesukaran membiayai,


Setelah berbulan-bulan berusaha mendapatkan pinjaman di internet dan saya ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah secara kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk meminta nasihat daripada rakan saya bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami membincangkannya dan kesimpulannya adalah mengenai seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat


Saya memohon jumlah pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah rendah 2%, sehingga pinjaman yang diluluskan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan jaminan untuk pemindahan pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.


Saya fikir itu adalah jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira kerana akhirnya Tuhan memakbulkan doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan penghargaan sebenar, yang dapat memberikan harapan kepada hati saya.


Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana menjadikan hidup adil bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU whatsapp: +1 (254) 276 -8402. untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara mendapatkan pinjaman anda,

E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU whatsapp: +1 (254) 276-8402.


Jadi, terima kasih banyak kerana meluangkan masa anda untuk membaca mengenai kejayaan saya dan saya berdoa semoga Tuhan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Saya bernama kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk lebih banyak rujukan melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

Terima kasih semua.