Friday, February 6, 2009
FRU menggganas, masjid dibedil gas pemedih mata!
KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - 3.20 petang:FRU sedang melepaskan gas pemedih mata kepada orang ramai yang sedang berhimpun di luar Masjid Ubudiyyah.
Dalam pada itu, didapati beberapa das gas pemedih mata turut dilepaskan ke dalam masjid dan ini telah menyebabkan gangguan kepada jemaah yang masih berada dalam masjid yang sedang membaca Yassin.
Sementara itu, seorang bekas anggota FRU yang turut berada di lokasi kejadian menyifatkan tindakan FRU adalah melampau dan melanggar prosedur kerana melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid.
Selain itu, dalam tinjauan wartawan Harakah mendapati orang ramai sedang cuba untuk menutup pintu masjid bagi mengelak serangan FRU yang makin membabi buta. - mks._
Sembilan ditahan diambil keterangan
Terkini KUALA KANGSAR, 6 Feb (Hrkh) - Sembilan orang disahkan ditahan dan kini berada di Ibu Pejabat Polis KUala Kangsar bagi diambil keterangan berhubung penyertaan mereka dalam perhimpunan di Masjid Ubudiyyah petang tadi.
Mereka yang ditahan adalah; Yusuf Jaafar,Muhammad Faiz Muhammad Arshad,Muhammad Ismail SM A. Kadir, Pat Latif Mansur, Isha Riduan Ishak, Idris Muhammad Amin, Adi Helmy Muhammad Nasir, Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan Zulhaizam Zulkifli.
Sementara itu, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya, Misbahul Munir Masduki, Norazli Musa,M. Kulasegaran dan beberapa peguam kelihatan berada di hadapan pintu masuk balai polis berkenaan. - mks.-ajijoi blogspot.com
2 ulasan:
Salam Sdr Moderator,
Mohon bantuan untuk buat pengumuman di blog saudara, iaitu:
Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.
Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:
1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bank
no ac: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar
Azmi Kamal, Bank Islam no ac:
08040020018015
Terima Kasih
Jazakallah khairan khathira
1. Kalau baring di tengah jalan dan kemudian dilanggar kereta, itu dinamakan mati syahid kah?
2. Nampaknya budaya reformasi jalanan yg dibawa oleh Anwar Ibrahim telah meresapi orang2 PAS.
3. Masihkan kalian tidak sedar bahawa PAS telah mejadi kuda tunggangan Anwar dan DAP. Ia ibarat mendukung biawak hidup. Siapa biawak hidup? Siapa yg mendukung biawak hidup? Lu pikirla sendiri!!!!!!!!!
Written by..
300 @ http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
Post a Comment