Thursday, February 19, 2009

SPRM diminta siasat Timbalan Speaker Dun, dua bekas exco Perak

IPOH, 18 Feb.:- Satu laporan dibuat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta penyiasatan ke atas Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak dan dua bekas ahli exco kerajaan negeri kerana didakwa menerima imbuhan untuk keluar dari parti masing-masing sehingga menyebabkan kerajaan pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak tumbang baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat , Khalil Idham Lim Abdullah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Titi Serong, membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara itu petang tadi bagi meminta SPRM menyiasat Timbalan Speaker, Hee Yit Fong daripada DAP dan dua bekas exco, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR didakwa menerima sejumlah wang supaya menyokong Barisan Nasional.

Khalil ditemani oleh Exco Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat, Chen Fook Chye dan ADUN Pakatan Rakyat lain iaitu, Lim Phek Her (Menggelembu), Siva Subramaniam(Buntong) dan Khsvinder Singh (Malim Nawar). Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Tambun Sdr. Azrul.




Drs. Khalil ditemani oleh Azrul, Yb.Khesvinder, Yb. Chen , dan Yb.Siva dan Yb. Lim(terlindung).

Beliau kelihatan sampai di perkarang pejabat SPRM di sini pada jam 3.00 petang dan telah memberi keterangan kepada pegawai SPRM sehingga jam 6.00 tadi.

Ketika menjawab soalan wartawan, Khalil menjelaskan keputusan melaporkan kepada SPRM adalah diambil dalam mesyuarat kelab penyokong Kerajaan negeri Perak yang dipengerusikannya.

"Apabila Osman, Jamaluddin dan Hee tidak terlibat dengan perlantikan jawatan penting dalam kerajaan rampasan kuasa, membuktikan dia bukan disogok dengan jawatan tetapi dengan sejumlah wang" Kata Khalil.-cinaIslam blogspot com

0 ulasan: