Thursday, February 26, 2009

Perbicaraan ditangguh.

KUALA LUMPUR : Perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh yang diberitahu kemudian oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arif setelah beliau mengumumkan menarik diri dan memberi pilihan kepada DS. Nizar samada ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau diMahkamah Persekutuan.cinaIslam blogspot com



KUALA LUMPUR, Feb 25 -Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamad Ariff membuat keputusan itu setelah mendengar hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Dato’ Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Nizar dalam reaksinya menyatakan menghormati keputusan Hakim tersebut dan perjuangan masih diteruskan dan yakin akan memperoleh kejayaan.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau wajar atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

“Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan,” katanya.

“Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman,” kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.END-alhusseyn blogspot com

0 ulasan: