Tuesday, December 30, 2008
Isu pemilihan Ketua Kampung Baru diputar belit media.
Saya kesal dengan sikap media yang tidak habis-habis memutar belit berita Kerajaan Negeri Perak dengan pemberitaan yang berat sebelah serta mengambarkan apa yang dilakukan semuanya salah dan tidak betul, Terkini dalam isu pemilihan Ketua Kampung Baru Gunung Rapat di DUN Simpang Pulai yang hangat diperkatan media arus perdana sekarang.
Sebenarnya tidak ada percangahan antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye dengan dasar Kerajaan Negeri seperti yang digambarkan oleh Utusan .
Yang berlaku cuma kesilapan maklumat dan salah faham yang sedang dan akan diselesaikan segera oleh kedua-dua belah pihak.
Sedangkan apa yang berlaku di Kampung Baru Gunung Rapat adalah kes yang terpencil yang cuba diperbesarkan malah digunakan oleh media yang tidak bertanggungjawab bagi melagakan YAB Menteri besar dengan dua orang wakil rakyat tersebut.
Sebetulnya apa yang dilakukan adalah tidak bercanggah kerana mereka mengambil kira keputusan asal cara memilih ketua kampung tradisional sebelum pengumuman baru yang dikeluarkan oleh Menteri Besar seperti disiarkan malaysiakini.
Disebabkan proses yang di umumkan lebih awal dengan cara pengundian bagi memilih ketua kampung itu , adalah satu kewajaran ianya diteruskan bagi menentukan calon dan seterusnya calon yang terpilih akan disahkan oleh Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar siapakah yang paling layak.
Saya yakin ini adalah masalah kecil yang sengaja diperbesarkan bagi menutup masalah yang lebih besar. Pihak yang memutar belit berita ini difahamkan tidak menemui semua pihak untuk memberitakan keadaan yang sebenar. Pemberitaan yang dilihat sangat berat sebelah itu adalah andaian dan rekaan orang yang tidak bertanggungjawab semata-mata.
Perkataan MB Perak "terkilan" adalah perkataan yang tidakpun diucap oleh YAB Menteri Besar.
Nasihat saya kepada semua ADUN Pakatan Rakyat dalam BBC supaya sentiasa berhati-hati dalam melaksanakan tugas kerana ada saja "pihak" yang ingin mencuri peluang bagi memutar belit setiap tindakan yang dilakukan kerana mereka mempunyai "agenda tersembunyi" yang semua sudah maklum.
Berita awal yag disiarkan mengenai ketua kampung bari itu sila lihat disini http://www.malaysiakini.com/news/95486. dan di http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm -cinaIslam-idhamlim.blogspot.com
Baca Seterusnya...
Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak.
Ipoh 29 Disember 2008 : Raja Muda Dr Nazrin Shah telah merasmikan Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak bagi tahun 1430 Hijrah di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridhuan.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar serta isteri, Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir. Hj Mohammad Nizar serta isteri, Exco Agama Islam Perak, YB Zainuddin serta isteri dan juga beberapa Adun beragama Islam serta Ketua-ketua Jabatan.
Menurut titah baginda, bahawa kemelut ekonomi kini adalah berpunca dari himpunan pelbagai aktiviti yang telah sekian lama berunsur destruktif, dari segi salah pengurusan, dari segi pecah amanah, dari segi salah keutamaan menyalurkan sumber kekayaan anugerah ILAHI.
“ Dunia menyaksikan bagaimana sumber kekayaan lebih banyak dibelanjakan bagi tujuan membina kekuatan persenjataan dan kekuatan ketenteraan untuk membolehkan negara kaya dan negara maju melakukan serangan terhadap negara lain, berselindung atas topeng demokrasi – berselindung atas hasrat melaksanakan keadilan,” titah baginda.
“Suasana ekonomi yang muram ini adalah peringatan ILAHI kepada umat manusia.Bertapa manusia terutama meraka yang diamanahkan kuasa, wajib menginsafi akan tanggung jawab utama menyempurnakan tugas terhadap manusia dan melaksanakan keadilan terhadap alam.Betapa sebahagian meraka yang berkuasa dan berjawatan terlalu asyik dan mabuk dengan kuasa, bersifat tamak dan berlagak angkuh sehingga kuasa sering kali disalahgunakan hingga menjadi punca kepada berlakunya pelbagai bencana,” tambahnya lagi.
Baginda berpendapat , tentang perlunya bagi negara memerlukan instrumen berkesan yang berupaya memantau sebarang penyalahgunaan kuasa.Negara juga perlu mengambil langkah-langkah tepat memenuhi tuntutan warga yang berkehendakkan takbir urus yang telus dan sifar rasuah, dengan didukung oleh sistem kehakiman yang adil, yang akan dicapai jika para hakim terdiri dari kalangan meraka yang berintegriti tinggi.
“Apa juga instrumen perundangan dan penguat kuasaan yang diperkenalkan hendaklah secara bersungguh diterjemahkan dalam bentuk tindakan.Jika tidak terbukti dalam satu kesungguhan di peringkat tindakan, maka apa jua instrumen perundangan dan penguatkuasaan yang diperkenalkan,tidak dapat memberikan keyakinan kepada warga,” jelas baginda.
Baginda telah menyarankan beberapa saranan seperti berikut :
“Tahun 1430 Hijrah hendaklah dimulakan dengan gerakan membina keyakinan.Tahun 1430 Hijrah, hendaklah dimulakan dengan azam untuk membuktikan kesungguhan negara dalam membina warga yang bermaruah dan berintegriti tinggi,”
“Tahun 1430 Hijrah hendaklah ditumpukan kepada gerak kerja pembangunan, membebaskan negara secepat mungkin dari kemelut dan krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.”
“Tahun 1430 Hijrah hendaklah dijadikan tahun yang para pemimpin kurang berpolemik dan kurang berpolitik; kurang bercanggah dan kurang bertelagah.”
“Pada hemat Beta, ada kalanya kegiatan politik yang berketerlaluan bukan sahaja tidak produktif tetapi bersifat ‘counter’ produktif.Ini bukan lagi masanya untuk mencari salah, ini adalah masa untuk melakukan pembetulan.”
“Tahun 1430 Hijrah hendaklah tahun yang mencerminkan negara memiliki kekuatan untuk bertindak tegas memerangi rasuah.”
“Tahun 1430 Hijrah hendaklah dijadikan tahun keramat membuktikan keberanian negara melaksanakan keadilan – menjatuhkan hukuman kepada mereka yang telah menodai amanah, kepercayaan dan tanggung jawab.”
“Tahun 1430 Hijrah juga hendaklah dijadikan tahun rakyat membuktikan kejujuran dan keikhlasan dan selaras dengan ajaran islam, bersedia melakukan sifat bermuhasabah, memperlihatkan semangat ‘self accountability’ yang tinggi secara rela mengundurkan diri dari memegang amanah – secara rela meletakkan jawatan apabila nama baik telah tercalar atau tercemar.”
Seterusnya baginda menyeru agar tahun 1430 Hijrah dijadikan sebagai sebagai tahun negara dan warga melakukan penghijrahan minda, penghijrahan budaya, penghijrahan sikap dan penghijrahan niat untuk secara bersungguh-sungguh membina sebuah negara bangsa yang gemilang, negara bangsa yang berintegriti, negara bangsa yang dihormati.
Diakhir acara majlis, Nazrin telah berkenan untuk menyampaikan anugerah Maal Hijrah tahun ini.Al Fadhil Ustaz Tuan Haji Muhammad Rivai Batubara telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1430H bagi tahun ini.Manakala Tan Sri Dato' Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin pula dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah tahun ini.-al-Hussyen.blgspot.com.
Baca Seterusnya...
Mufti Perak, ilmuan Islam Syria Tokoh Maal Hijrah 2008
PUTRAJAYA: Cendekiawan Islam dari Syria Dr Wahbah AlZuhaili dan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria hari ini diumum tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1430 Hijrah.
Wahbah, 79, yang juga tenaga pakar di Akademi Antarabangsa Fiqh AlIslami di Syria, dipilih berdasarkan sumbangan beliau dalam dunia Islam menerusi karya-karya tulisannya yang banyak digunakan sebagai rujukan oleh universiti-universiti di negara ini selain dijadikan sumber rujukan ahli ekonomi di bidang perbankan.
Harussani,69, pula dipilih bukan sahaja berdasarkan sumbangan beliau sebagai mufti Perak tetapi juga dalam badan-badan Islam termasuk sebagai Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Teks al-Quran.
Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk wang tunai RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, pingat dan plak yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Turut hadir pada majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Pada sidang akhbar kemudian, Wahbah melalui seorang jurubahasa berkata, penganugerahan itu adalah satu bentuk penghormatan yang besar daripada pemimpin dan rakyat negara ini kepada ulama.
"Ia menunjukkan kejayaan Malaysia dalam membentuk satu keserasian dan hubungan yang harmoni antara pemimpin, rakyat dan ulama," katanya.
Beliau berkata, wang tunai yang dianugerahkan itu pula akan digunakan untuk menampung keperluan sekolah yang sedang diusahakan olehnya bagi mendidik belia dalam usaha melahirkan generasi Islam sejati.
"Bukan nilai wang menjadi ukuran tetapi apa yang lebih penting ialah menerusi penganugerahan itu secara tidak langsung menunjukkan sumbangan besar Malaysia dalam membantu melahirkan generasi muda Islam sejati di Syria," katanya.
Wahbah juga kagum dan memuji persembahan muzikal yang menarik pada majlis itu yang menampilkan wanita dan lelaki bercampur tetapi dalam keadaan yang begitu islamik dengan menutup aurat.
Harussani pula berpendapat penganugerahan yang diterimanya adalah terlalu besar serta tidak setanding dengan apa yang disumbangkan.
"Terima kasih atas pengurniaan yang diberikan...ternyata pendapat dan pandangan yang disuarakan selama ini dihargai dan sudah tentu anugerah itu akan dijadikan penguat semangat untuknya meneruskan perjuangan yang masih jauh dan belum selesai," katanya. Ditanya apakah yang akan dilakukan selepas ini, beliau yang sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang tegas berkata, tegas atau tidak bukan persoalan.
"Saya hanya menyatakan yang benar kerana saya takut sekali kalau menyatakan perkara yang tidak benar dan jika sesuatu perkara itu salah, saya akan kata ia salah tak kira dengan siapa saya berdepan walaupun terpaksa menerima kecaman kerana itu adalah tugas dan tangunggjawab saya," tegas beliau. BERNAMA
Ajijoi ~ Tahniah kepada Mufti Perak.
Martabatkan kedudukan Islam ke tahap lebih gemilang
-ajijoi.blogspot.com.
Baca Seterusnya...
Monday, December 29, 2008
Ir Nizar cadang Kuarantin Pesakit positif AIDS dan HIV
Laporan dari unicef menyatakan Malaysia adalah salah satu negara di Asia Tenggara dan rantau Asia Pasifik yang paling tinggi berkembang pesakit AIDS dengan tempoh 3 tahun lalu telah meningkat sekali ganda.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kes pertama AIDS dikesan pada tahun 1986 dan di akhir bulan Disember 2006, 76,389 orang telah dijangkiti HIV. Dari jumlah itu 9,155 orang telah meninggal dunia akibat AIDS.
Statistik ini menunjukkan purata 17 orang yang diuji positif bagi virus ini setiap hari. Dari jumlah 73,427 kes-kes HIV dilaporkan 38 peratus daripada terdiri daripada anak-anak muda yang berada di dalam lingkungan umur 13 sehingga 29 tahun. Nampaknya mereka penyebaran wabak telah berlaku ketika di pertengahan umur dua puluhan dan kemungkinan juga kalangan remaja.
Soalnya apa yang kita buat bagi menyedari dan membendung penularan penyakit ini. Tidak seperti pengidap penyakit kusta, tibi dan seumpamanya boleh diambil tindakan kuarantin di hospital tetapi pesakit AIDS bebas ke mana sahaja.
Kalau di Ipoh anda pasti akan terjumpa seorang pesakit AIDS meminta derma orang ramai di pejabat-pejabat dan Masjid Negeri sambil menunjukkan pengesahan hospital positif AIDS. Kenapa tidak dihadkan pergerakannya dan kenapa tidak diberikan tempat perlindungan. Sebab mereka ini mengemis kerana hidup disisihkan masyarakat.
Jadi apa salahnya Menteri Besar Perak mencadangkan pesakit AIDS dikuarantinkan mendapat bantahan yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan 23 Dis 2008 yang lalu. Ikuti jawapan Ir Nizar di sini.
Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin
"Di kala ini sibuk wartawan dan media bertanya kepada saya pendapat mengenai mangsa AIDS dan pembawa kuman positiv HIV.
Isu ini sengaja dibesarkan oleh akhbar khusus berbahasa Inggeris bagi menunjukkan kuno dan tidak liberalnya saya mengenai hak asasi manusia. Saya beri tahu mereka dalam konteks pesakit AIDS dan pembawa HIV positif sahaja iaitu mereka yang masih masa belum berumahtangga. Saya tidak menyentuh mereka yang telah berkahwin dan mungkin mempunyai anak.
Maka untuk pesakit bujang yang sah pembawa kuman HIV, saya cadangkan di "kurung"(quarantine) dalam was khas di hospital dan menerima rawatan dan perhatian khusus dari doktor. Ini dilakukan oleh banyak hospital di barat termasuk di Australia. Cadangan begini juga telah dicadangkan oleh Mufti Perak (Dato’ Seri Harussani Zakaria) pada satu ketika dahulu dan beliau telah dikecam hebat oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Pendekatan saya mudah. Jangan dibenarkan mereka berumah tangga . Ini bukan sahaja kepada orang Islam, namun untuk semua warga dan rakyat. Ini dia keadilan. maka saya dikecam. Kononya menyekat hak mereka untuk kahwin.
Saya tanya balik mereka yang memperjuangkan hak asasi ini adakah mereka bersetuju jika anak2 dara mereka berkahwin dengan bakal suami yang pembawa kuman HIV atau pesakit AIDS?
Memang dalam Islam segala kedaifan bakal calun (lelaki dan perempuan) mesti diberitahu dan di nyatakan. Selepas diumumkan, terpulang kepada pasangan sama ada bersetuju nak meneruskan berumah tangga atau tidak."
http://bumiperak.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Sunday, December 28, 2008
Perak larang pemilihan ketua kampung baru
Bernama melaporkan beliau sebagai berkata, keputusan yang dibuat oleh exco kerajaan negeri ialah ketua kampung baru akan dilantik oleh kerajaan negeri dalam tempoh dua tahun akan datang, berbeza dengan kampung tradisional yang mana pemilihannya telah dibuat sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Simpang Pulai, Chan Ming Kai, bahawa proses penamaan calon bagi pemilihan ketua Kampung Baru Gunung Rapat akan diadakan Ahad ini dan jika ada pertandingan, pengundian akan dijalankan pada 1 Januari.
"Saya ingin perbetulkan, tidak ada pemilihan dalam jawatan ketua kampung baru, itu ketetapan yang sudah dibuat. Pelantikan itu pula berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu jika terbukti dia (calon ketua kampung) ada rekod jenayah, kami tidak akan melantiknya," kata Mohammad Nizar.
Rabu lalu, Chan dilaporkan berkata, pemilihan itu terbuka kepada semua penduduk kampung baru termasuk bekas banduan yang dianggap sudah kembali semula ke dalam masyarakat.
Chan juga dilaporkan berkata proses pemilihan ketua kampung di Gunung Rapat akan menjadi projek percubaan kepada 133 kampung baru lain yang terdapat di Perak yang mana penamaan calon dan pemilihannya akan diumumkan kemudian.
Mengenai satu perkara lain, Mohammad Nizar mengumumkan bonus satu setengah bulan atau minimum RM1,200 kepada semua kakitangan Lembaga Air Perak.malaysiakini
Baca Seterusnya...
Friday, December 26, 2008
Ir Nizar cadang Kuarantin Pesakit Positif AIDS dan HIV
Pesakit pembawa virus HIV masih belum ada penawarnya yang mana akhirnya akan mengakibatkan kematian lantaran sistem inmunisasi kurang daya tahan penyakit AIDS. Di Malaysia kesan jarum suntikan dari penggunaan dadah penyumbang kepada 72% namun sejak akhir ini perlakuan hubungan sexual tidak normal semakin meningkat
Laporan dari unicef menyatakan Malaysia adalah salah satu negara di Asia Tenggara dan rantau Asia Pasifik yang paling tinggi berkembang pesakit AIDS dengan tempoh 3 tahun lalu telah meningkat sekali ganda.
Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, kes pertama AIDS dikesan pada tahun 1986 dan di akhir bulan Disember 2006, 76,389 orang telah dijangkiti HIV. Dari jumlah itu 9,155 orang telah meninggal dunia akibat AIDS.
Statistik ini menunjukkan purata 17 orang yang diuji positif bagi virus ini setiap hari. Dari jumlah 73,427 kes-kes HIV dilaporkan 38 peratus daripada terdiri daripada anak-anak muda yang berada di dalam lingkungan umur 13 sehingga 29 tahun. Nampaknya mereka penyebaran wabak telah berlaku ketika di pertengahan umur dua puluhan dan kemungkinan juga kalangan remaja.
Soalnya apa yang kita buat bagi menyedari dan membendung penularan penyakit ini. Tidak seperti pengidap penyakit kusta, tibi dan seumpamanya boleh diambil tindakan kuarantin di hospital tetapi pesakit AIDS bebas ke mana sahaja.
Kalau di Ipoh anda pasti akan terjumpa seorang pesakit AIDS meminta derma orang ramai di pejabat-pejabat dan Masjid Negeri sambil menunjukkan pengesahan hospital positif AIDS. Kenapa tidak dihadkan pergerakannya dan kenapa tidak diberikan tempat perlindungan. Sebab mereka ini mengemis kerana hidup disisihkan masyarakat.
Jadi apa salahnya Menteri Besar Perak mencadangkan pesakit AIDS dikuarantinkan mendapat bantahan yang dilaporkan akhbar-akhbar tempatan 23 Dis 2008 yang lalu. Ikuti jawapan Ir Nizar di sini.
Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin
"Di kala ini sibuk wartawan dan media bertanya kepada saya pendapat mengenai mangsa AIDS dan pembawa kuman positiv HIV.
Isu ini sengaja dibesarkan oleh akhbar khusus berbahasa Inggeris bagi menunjukkan kuno dan tidak liberalnya saya mengenai hak asasi manusia. Saya beri tahu mereka dalam konteks pesakit AIDS dan pembawa HIV positif sahaja iaitu mereka yang masih masa belum berumahtangga. Saya tidak menyentuh mereka yang telah berkahwin dan mungkin mempunyai anak.
Maka untuk pesakit bujang yang sah pembawa kuman HIV, saya cadangkan di "kurung"(quarantine) dalam was khas di hospital dan menerima rawatan dan perhatian khusus dari doktor. Ini dilakukan oleh banyak hospital di barat termasuk di Australia. Cadangan begini juga telah dicadangkan oleh Mufti Perak (Dato’ Seri Harussani Zakaria) pada satu ketika dahulu dan beliau telah dikecam hebat oleh mereka yang memperjuangkan hak asasi manusia.
Pendekatan saya mudah. Jangan dibenarkan mereka berumah tangga . Ini bukan sahaja kepada orang Islam, namun untuk semua warga dan rakyat. Ini dia keadilan. maka saya dikecam. Kononya menyekat hak mereka untuk kahwin.
Saya tanya balik mereka yang memperjuangkan hak asasi ini adakah mereka bersetuju jika anak2 dara mereka berkahwin dengan bakal suami yang pembawa kuman HIV atau pesakit AIDS?
Memang dalam Islam segala kedaifan bakal calun (lelaki dan perempuan)
mesti diberitahu dan di nyatakan. Selepas diumumkan, terpulang kepada pasangan sama ada bersetuju nak meneruskan berumah tangga atau tidak."-bumiperak.blogspot.com
Baca Seterusnya...
Perlu Tindakan Segera Pihak yang berkenaan
Masalah hakisan sungai adalah suatu permasalahan utama di Kg Telok Bakong. Disepanjang tebing Sungai Perak,hakisan telah terlalu hampir dengan jalan.Ini akan menimbulkan keadaan merbahaya kepada penduduk yang selalu mengunakan jalan tersebut.
Tepi tebing sungai yang telah di tambak dengan batu secara rip-rap, perhatikan disebelah hujung tebing yang masih belum ditambak.
Pemandangan secara dekat tebing sungai yang terhakis teruk yang perlu ditambak dengan batu dengan kadar segera, jalan yang terlalu hampir dengan sungai
Diharapkan permohonan ini dapat dipertimbangkan kerana permohonan yang dikemukakan adalah benar benar diperlukan untuk kemudahan penduduk kampong.Segala pertolongan dari pihak - pihak berkenaan adalah dihargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.-telokbakongOnline.com
Baca Seterusnya...
JEMPUTAN DATIN SERI HAJJAH FATIMAH TAAT
Datin Seri Fatimah Taat menjemput kita semua sekali lagi ke Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Perak pada 1 Januari 2009 (Khamis) jam 10.00 pagi untuk Majlis Ceramah Hijaratul Rasul S.A.W. yang akan disampaikan oleh Tuan Hj Azmi Abd Hamid (Presiden Teras) sempena tahun baru Hijrah 1430.Sekalian Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.-ajijoi.blogspot.com
Baca Seterusnya...
Wednesday, December 24, 2008
MB Nizar: Lapangan Terbang Ipoh boleh dibesarkan
Suatu ketika dahulu Lapangan Terbang Ipoh sentiasa sibuk naik-turun pesawat yang menjadi hubungan keluar masuk pelawat dan barangan kargo ke Negeri Perak. Setiap hari ada penerbangan beroperasi iaitu MAS laluan ke Kuala Lumpur. AirAsia laluan ke Senai Johor, KartikaAir ke Medan/Padang/Jakarta dan RiauAir ke Medan.
Penerbangan terakhir MAS membawa jemaah Haji dari Ipoh pada tahun 2005
Sekarang ini Lapangan Terbang Ipoh sunyi cuma tinggal satu RiauAir dua kali seminggu ke Medan, Indonesia. Firefly masih belum beroperasi untuk laluan Ipoh ke Subang. Berbagai usaha dan persefahaman telah dibuat, namun semuanya tinggal janji. Ada cadangan untuk memindahkan Lapangan terbang ke tapak baru di Seri Iskandar dengan alasan kawasan sediaada di Ipoh terhad.
MB Perak Ir Nizar berpendapat Lapangan Terbang SAS, Ipoh cadangan dari beberapa pihak mengesahkan landasan ini boleh dipanjangkan dan cukup untuk pendaratan Boeing 747.
“Berdasarkan maklumat pihak ini, kita boleh memanjangkan landasan dan pesawat 747 boleh mendarat” kata Ir Nizar kepada pemberita selepas mesyuarat dengan pegawai-pegawai masjid di Ipoh, 21 Dis 2008.
Pada 19 Dis 2008, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat memperbarui kenyataannya bahawa landasan Lapangan-terbang Sultan Azlan Shah Ipoh tidak mungkin dapat dipanjangkan oleh kerana kekurangan kawasan lapang. Yang kedudukannya dikelilingi gunung dan kawasan penempatan yang padat.
Ir Nizar juga menyatakan kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat sedang melihat kemungkinan memberi potongan 10% ke 30% setiap harga tiket tambang kepada syarikat penerbangan yang mahu beroperasi ke Ipoh.
“Kita akan berunding dengan syarikat penerbangan tempatan dan juga antarabangsa.” ujarnya. Di sini lihat gambar udara Lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh yang akan dinaiktarafkan.-bumiperak.blogspot.com
Baca Seterusnya...
PERAK tiada hak?
PUTRAJAYA: Hak milik tanah pegangan kekal tidak boleh sewenang-wenangnya diberi kepada penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru tanpa persetujuan Majlis Tanah Negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.
"Dari segi dasar dan Perlembagaan Persekutuan, ia tidak boleh dibuat secara sendirian, tetapi mesti melalui Majlis Tanah Negara. "Sebagaimana kita sedia maklum, Majlis Tanah Negara diwujudkan mengikut Perlembagaan Persekutuan untuk menyelaraskan Dasar Tanah Negara supaya wujud keseragaman antara negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ke-23 majlis itu di sini, semalam. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, turut menghadiri mesyuarat itu.
Najib berkata, perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat berkenaan tetapi Majlis Tanah Negara membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi bagi membincangkan kertas kerja berhubung cadangan kerajaan Perak itu.
Sebelum ini, Mohammad Nizar berkata, pemberian hak milik tanah pegangan kekal itu akan diberi secara berperingkat kepada 110,000 pemilik iaitu 60,000 di RPT dan 50,000 Kampung Baru membabitkan kawasan seluas 6,000 hektar. Mohammad Nizar berkata, ini kerana ia hanya membabitkan saiz tanah yang kecil iaitu 6,000 hektar atau 0.01 peratus daripada jumlah keluasan tanah di Perak.
Ditanya alasan yang diberi kerajaan Perak untuk berbuat demikian, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Dia ada alasan, tetapi apa-apa pun tidak boleh bertentangan dengan Dasar Tanah Negara yang diputuskan oleh majlis." Najib berkata, Majlis Tanah Negara juga bersetuju mengembangkan pelaksanaan e-tanah di Negeri Sembilan dan Melaka mulai tahun depan selepas projek perintis di Pulau Pinang.
"Sekiranya projek ini memberi kesan dan manfaat yang besar, ia akan diperluaskan ke seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bertegas menyatakan cadangan kerajaan negeri itu mematuhi Dasar Tanah Negara dan boleh dilaksanakan. “Kita ada kriteria yang dipanggil sebagai ’keadaan khas’ untuk meluluskan pegangan sedemikian,” katanya kepada pemberita di Ipoh.ajijoi.blogspot.com
Baca Seterusnya...
Monday, December 22, 2008
Ustaz, Lebai buat persembahan
PASIR PUTEH: Kerajaan Pas Kelantan akan menampilkan kumpulan dikir barat dan mak yong dianggotai guru agama dan lebai, untuk membuat persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam pada acara sambutan tahun baru, akhir bulan ini. Berucap ketika merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.
Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, penyertaan mereka dalam seni budaya terbabit boleh membantu dalam usaha membawa perubahan dan dakwah kepada generasi muda.
"Jangan kita biarkan kepada generasi muda saja menceburi bidang berkenaan. Pada kali ini, kita akan buat satu kelainan pada sambutan tahun baru ini dengan menganjurkan persembahan kebudayaan berkonsepkan Islam oleh kumpulan ‘Tok Lebai’.
"Acara hiburan sambil berdakwah itu boleh diketengahkan lagi bagi menarik perhatian generasi muda supaya mereka tidak terpesong dengan hiburan yang melalaikan.
"Kita tidak mahu ada golongan belia menyambut acara sambutan tahun baru seperti masa lalu di Kuala Lumpur dan kini mula merebak ke Kelantan dengan acara mereka sendiri seperti lumba haram," katanya ketika berucap merasmikan bangunan Makmal Pengajian al-Quran dan Hadis di Masjid Majidiah, Kampung Wakaf Berangan, di sini, semalam.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas, berkata menerusi penyertaan guru agama dan tok guru pondok, ketika berdikir atau menyertai mak yong mereka berpeluang menyelitkan bacaan ayat suci al-Quran. Mengenai pembukaan makmal pengajian al-Quran dan hadis itu masjid berkenaan, Nik Aziz berharap pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dan korporat tampil memberi sumbangan.-ajijoi
Baca Seterusnya...
Saturday, December 20, 2008
Sebelum keranda diusung pergi....
Dilaporkan, lebih 2,000 peminjam pelajaran negeri Perak, yang setengahnya sejak tahun 1973, gagal melunaskan hutang mereka kepada kerajaan negeri Perak dan dipercayai, pinjaman tersebut mencecah hampir RM19juta.
Menurut sumber tersebut, usaha-usaha untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut telah dibuat, tetapi mereka memilih untuk tidak memperdulikan segala surat peringatan yang dihantar.
Mereka sepatutnya menemui pihak kerajaan negeri jika menghadapi masalah menyelesaikan hutang tersebut, syarat pembayaran semula adalah fleksibel dan tidak dikenakan bayaran faedah.
Keengganan mereka membayar semula pinjaman tersebut, telah menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menolak 20 permohonan yang ingin mengambil kursus lanjutan (post-graduate) kata sumber itu lagi.Kerajaan negeri telah menghantar surat notis perundangan sejak 2006 kepada 2,372 peminjam pelajaran.Sesetengahnya ada yang telah membayarnya serta merta setelah menerima notis tersebut, tetapi majoritinya tidak.Mereka yang enggan ini antaranya merupakan ahli perniagaan yang telah berjaya atau telah mempunyai kedudukan tinggi disyarikat-syarikat tertentu.
Kerajaan negeri sehingga kini telah mengeluarkan RM54 juta pinjaman kepada 5,243 pelajar anak negeri Perak.
Mereka yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut sebenarnya adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu membalas jasa baik orang lain kepadanya.
Adakah berkat hidup dengan cara demikian? Setelah mendapat pinjaman tanpa dikenakan ‘bayaran faedah’ dan diberikan kelonggaran cara untuk membayarnya, takkanlah mereka yang telah berjaya dan berkemampuan untuk membayar pinjaman tersebut mengabaikan tanggung jawab hingga sedemikian lamanya?
Kegagalan mereka melangsaikan hutang tersebut menyebabkan ramai pelajar-pelajar lain yang berhak tidak dapat menikmati pinjaman seperti mana mereka dahulu kerana kekurangan dana disebabkan sikap peminjam yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut.Sebagai tanda kesyukuran kita, bantulah kerajaan kita dalam perkara ini untuk masa depan anak bangsa sendiri
Sebelum keranda diusung pergi , pewaris keluarga selalu mengingatkan kita persoalan hutang diatas dunia ini supaya memudahkan roh kita di alam barzah nanti.Ingatlah itu.-alhusseyn51.blogspot.com.
Baca Seterusnya...
Perak Mampu Bekal Air Bawah Tanah Mulai Tahun Depan
IPOH, 17 Dis Perak telah mengesan sumber air bawah tanah yang mampu menghasilkan kira-kira 500 juta liter air sehari di Daerah Batang Padang bagi kegunaan komersil, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata sumber air berkenaan dikesan oleh Sime Darby Bhd yang telah menggali sebanyak 97 telaga di kawasan berkenaan sejak tahun lepas."Sime Darby mendapati jumlah air bawah tanah yang terdapat di kawasan Batang Padang ini boleh dikeluarkan sebanyak 500 juta liter," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dari Sime Darby mengenai operasi pengkajian dan potensi air bawah tanah di Batang Padang, Rabu.
Turut hadir pada sesi taklimat ialah Presiden Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.Menteri Besar berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Air Perak (LAP) akan bekerjasama dengan syarikat berkenaan dalam usaha mengeluarkan air bawah tanah dan cadangan menyalurkannya ke Selangor.
"Semua agensi teknikal kerajaan negeri akan memberikan kerjasama kepada Sime Darby untuk memastikan sasaran mengeluarkan air bawah tanah sebanyak 500 juta liter setiap hari ini berjaya... Air ini kemudiannya akan digunakan melalui LAP melalui perjanjian atau dibekalkan terus kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut berpuashati dengan teknologi terkini yang diperkenalkan oleh Sime Darby dalam usaha pengeluaran air bawah tanah kerana ia menepati syarat-syarat yang dikenakan Jabatan Alam Sekitar.Teknologi dari Eropah itu digunakan meluas di Jerman, Denmark dan Switzerland, katanya.
Mohammad Nizar sementara itu mengumumkan bahawa pengeluaran air bawah tanah secara komersial terhad kepada telaga yang mampu mengeluarkan air lebih 0.5 juta liter sehari kerana telaga yang kapasitinya kurang daripada itu akan diserah kepada penduduk tempatan bagi kegunaan mereka kerana ia tidak komersial.Beliau berkata jika projek berkenaan berjalan mengikut jadual, telaga pertama yang mengeluarkan 50 juta liter air sehari dijangka beroperasi penghujung tahun depan manakala tahap pengeluaran 500 juta liter sehari pula akan dicapai pada akhir 2010.-misabah.blogspot.com
Baca Seterusnya...
Thursday, December 18, 2008
LAWATAN KERJA TEKNIKAL PBT KE SINGAPURA
Kunjungan hormat Pesuruhjaya Singapura ke Malaysia, Mr. Jasudasen ke pejabat MB Perak tempoh hari telah memperakui lawatan ini serta aturan majlis lawatan kerja sewaktu berada di negara tersebut. Antara lain tujuan lawatan adalah:
1. Meninjau dan belajar pengurusan/ pentadbiran bandar dan kota
2. Tahap kebersihan dan lanskap yang berkualiti tinggi
3. Pengurusan Sisi pepejal dan sesampah
4. Pengangkutan awam (bas, teksi dll)
5. Kutipan hasil yang berkesan
6. Pusat medan makanan, hiburan keluarga serta semua aspek pelancungan
7. pengurusan tempat letak kereta
8. Promosi dan Penggalakan semasa musim perayaan termasuk hiasan bandaraya
9. Aktibiti komuniti warga kota dan bandar
10. Banjir kilat dan lain-lain mala petaka
11. Kesihatan dan keselesaan kehidupan warga kota
Diharap kunjungan ini akan mendedahkan semua petugas PBT Perak akan suasana dan persekitaran di Bandar Singapura untuk di laksanakan di beberapa kota di Perak kelak.
Beberapa majlis bertemu pelabur dan sessi dialog akan diadakan bersama persatuan perniagaan Singapura. Usaha menarik pelabur Singapura juga akan di buat bagi mempromosikan produk pelancungan di Perak serta peluang pelaburan segala aspek industri di Perak.
Kami semua akan menaiki dua buah coach eksekutif SUK untuk perjalanan tersebut dan semasa perjalanan hampir 6 jam pergi dan 6 jam balik itu sessi pengenalan dan ucapan serta tazkirah akan diadakan dalam coach dari masa kesemasa oleh MB dan pimpinan kerajaan.http://kamparinn.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Motivasi Al Quran di Ipoh.
Assalamualaikum Kepada Semua Para Ibu Bapa,
Bersempena dengan cuti sekolah yang baru tiba ini, pihak MANTOP Training & Consultancy telah mengambil kesempatan dengan menawarkan program khas buat anak-anak remaja kesayangan kita semua bagi mengisi masa mereka di cuti sekolah ini.
Sehubungan dengan itu pihak MANTOP yang diketuai oleh Motivator utamanya yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Zamri - Mari Mengaji TV9 menawarkan beberapa siri program motivasi kepada anak-anak remaja kita seperti berikut:
1) Program Motivasi Al-Quran Teras Perubahan (MANTOP), Dewan Tun Abdul Razak Wisma Persekutuan Seruan Islam Ipoh, Perak (23-24 Disember 2008 Tanpa bermalam)
Yuran Penyertaan Hanya RM200 sahaja bagi setiap peserta. Diskaun untuk 10% adik beradik atau lebih daripada seorang peserta satu penjaga.
Sehubungan dengan itu dijemput para ibu bapa yang prihatin dan sayangkan anak mereka untuk menghantar anak-anak kesayangan bagi mengikuti program motivasi bersama Ustaz Zamri ini. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.
"Maju Terus Cemerlang"
MOHD SHAFIQ MOHD ZAKARIA (0192334456)
msmz_c7@yahoo.com
Ipoh Marketing Representative
atau
AHMAD ZAHIRI BIN ZAHID SOFIAN (019-2217303)
Business Development Manager
MANTOP Training & Consultancy
www.mantop.com.my @ www.ustaz-zamri.com
Baca Seterusnya...
Tuesday, December 16, 2008
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT MB KEDAH D/A
Pada 14 Dis telah berkesempatan menziarahi YAB MB Kedah D/A DS Azizan Abd. Razak di pejabatnya. Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut ialah:
1. YB Zainuddin Yusoff ECXO, ADUN Pdng Rengas
2. YB Jamaluddin Mohd Radzi, EXCO, ADUN Behrang
3. YB Drs Khalil Idgham Lim Abdullah, BBC, ADUN Titi Serong
4. YB Yunus , ADUN Kuala Kurau.
Perkara berikut telah dibincangkan dan bertukar fikiran dan Pendapat.
a) Hubungan dua hala dalam aspek modal insan
b) Gerak Kerja Parti Pakatan Rakyat untuk kedua dua negeri
c) Rintangan dan cabaran semasa, dalam dan luar negeri
d) Kerjasama dan hubungan baik antara parti2 pakatan rakyat.
e) Bajet 2009, haluan dan perkembangan termasuk NCER
f) Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, peranan kerajaan2 PR
g) Ceramah pada malam nya di Kompleks PAS Kedah.
Satu sidang media/akhbar telah diadakan bagi menjawab berbagai soalan dan isu yang hangat diperkatakan dalam media pedana kini.
Isu pembelian kereta baru Camry Toyota 2.4 telah dijawab dalam konteks penjimatan jangka panjang disamping aspek keselamatan dan keslesaan. Soalan tidak patriotik jika tidak memakai kereta Perdana V6 tidak timbul. Semangat Patriotik tidak terletak dalam memandu V6. Jika begitu kerajaan UMNO BN di Terengganu lagi tidak patriotik kerana membeli kereta Compressor 200 Mercedes. Tidak! YAB MB Terengganu adalah bersifat patriotik kerana negeri Terengganu cukup kaya. Tetapi semangat tidak patriotik kerajaan trerdahulu menyebabkan umat Islam Terengganulah yang termiskin di Malaysia kini.
Pada sebelah petang, kami bersolat jamaah maghrib disurau Mentalon. Kami telah dijamu dengan juadah Arab pada majlis makan malam yang di usahakan oleh Dewan Ulamak PAS Kedah.
Malamnya berceramah di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut bersama YAB MB Kedah dan Ulamak Kedah.-Kamparin.blogspot.com
Baca Seterusnya...
MB Ir Nizar: JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak
Selepas memenangi pilihanraya Mac lalu, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Ketua-ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru sebagai wakil sah di kampung-kampung. Mereka berperanan dalam pengurusan tadbir pembangunan dan hal ehwal keselamatan di setiap kampung.
Namun Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional cuba memainkan peranan dalam hal ehwal pengurusan tadbir pembangunan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Di Negeri Perak umpamanya pada peringkat Negeri, Barisan Nasional mengujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diperingkat kampung diujudkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
Tindakan JKKKP yang cuba menguasai kepentingan umum bagaikan pertindihan kerja dan jika tidak dibendung dikuatiri akan berlaku sikap berpuak dalam masyarakat. JKKKP adalah pertubuhan yang tidak termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bagaimana mahu mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah.
Demikianlah pandangan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Dato’ Zainal Abidin Omar yang mahu Ketua-ketua JKKKP mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah kerana mempertikaikan hak jagaan Dewan Orang Ramai dan Balai Raya di kampung-kampung seperti dilaporkan.
The Star: 15 Dis 2008 Tindakan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di Negeri Perak yang mahu mengambil tindakan undang-undang di mahkamah tidak mungkin oleh kerana Jawatankuasa itu adalah pertubuhan tidak bertempat.
Mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Dato’ Zainal Abidin Omar yang mahu Ketua-ketua JKKKP mencabar Kerajaan Negeri Perak ke mahkamah berkaitan penggunaan Dewan Orang Ramai (Balai Raya), Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar berkata:
“Perundangan hanya mengiktiraf Jawantankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) jadi JKKKP tiada bertempat.” Beliau berucap kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Negeri di Ipoh, Jumaat lalu menambah, “sedangkan JKKK adalah entiti yang diiktiraf oleh Sidang Dewan.”
Kepada pendapat Dato’ Zainal Abidin, Dewan-dewan itu kepunyaan Kerajaan Persekutuan disebabkan bangunan tersebut dibina dengan peruntukan pusat, Ir Nizar berkata Kerajaan adalah pemilik setiap struktur yang dibina diatasnya dan ini dipersetujui dibawah ordinan Tanah Negara.
Ir Nizar tegaskan jika perwakilan Barisan Nasional ingin menggunakan dewan berkenaan, mereka hanya perlu mengajukan permohonan.“Kita tidak akan tegah mereka dari menggunakan kemudahan ini.”
Dari laporan awal diberitakan penggunaan Balai Raya dalam negeri ini menimbulkan perselisihan diantara Ketua Kampung yang baru lantik dengan JKKKP semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan. - The Star -bumiperak.blogspot.com
Baca Seterusnya...
Monday, December 15, 2008
MB Perak bertemu MB Kedah.
Rombongan Perak juga disertai oleh Exco Agama, YB. Zainuddin Yusof dan Exco Pertanian, YB. Jamaluddin Md. Razi, serta dua ADUN lain iaitu Drs. Khalil Idham Lim dan YB. Abdul Yunus Jamhari.
MB Kedah menjelaskan sesuatu sambil diperhatikan oleh MB Perak.
Pertemuan dua Ketua Negeri Pakatan Rakyat itu berlangsung selama 1 jam dalam keadaan penuh akrab dan persahabatan. Mereka saling bertukar pandangan bagi memantapkan lagi pentadbiran kedua negeri.
Baca Seterusnya...
Siasah tembusi tembok Pakatan, BN - Adun
Seramai 50 petugas Siasah bersama keluarga bermukim di Pulau Pangkor sehingga esok bagi mencari langkah terbaik untuk meningkatkan lagi akhbar tersebut menghadapi tahun 2009.
Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar berkata, pemukiman kakitangan dan keluarga akhbar tersebut yang turut membabitkan pemberita sambilan diharap dapat merumus halatuju yang lebih jelas bagi menghadapi cabaran semasa.
"Kalau sebelum ini akhbar oposisi tidak banyak yang bersaing di pasaran, namun sekarang sudah lahir beberapa akhbar alternatif yang turut bersaing sesama sendiri dan akhbar harian," katanya di majlis perasmian bengkel tersebut di sini.
Perasmiannya disempurnakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim Abdullah yang juga Adun Titi Serong.
Khalil Idham berkata, akhbar Siasah kini diterima seluruh rakyat samada penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional bagi mendapat maklumat politik semasa.
"Saya berharap akhbar ini dapat memainkan peranan merealisasikan kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan di lima negeri. Ini kerana tugas itu tidak boleh diharapkan kepada media harian yang lebih mesra dengan kerajaan BN.
"Malah media harian menjadikan Pakatan Rakyat sebagai sasaran dengan membongkar segala kelemahan pentadbiran negeri," ujar beliau.
Pada majlis itu beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada pengurusan Siasah kerana memilih Perak sebagai tempat pemukiman kakitangan editorial bagi meningkatkan lagi prestasi akhbar terbabit.
Menurutnya, kehadiran ramai kakitangan Siasah secara tidak langsung dapat meningkatkan sektor pelancongan di Perak.-HarakahDaily.
Baca Seterusnya...
Saturday, December 13, 2008
Tabung Kami Prihatin
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor akan menganjurkan satu majlis makan malam dan seterusnya melancarkan ‘Tabung Kami Prihatin’. Objektif program ini ialah bagi mengumpulkan dana untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan khususnya di Kawasan Parlimen Ipoh Timor. Maklumat program adalah seperti berikut :-
Program : Majlis makan malam dan pelancaran Tabung Kami Perihatin DPPK Ipoh Timor
Tarikh : 26 Disember 2008 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Silveritage, Medan Gopeng, Ipoh, Perak
Bayaran : RM30 seorang
Tetamu VVIP : YAB Dato’ Seri Hj Ir Muhammad Nizar B. Jamaluddin, MB Perak
Tempahan : 019 -523 8771 - Fendi (tempat adalah terhad)
Kepada yang berminat, hubungi saudara Fendi. No telah diberi. Kepada yang ingin membantu mengwar-warkan maklumat ini kepada sahabat² ataupu diblog-blog anda juga dialu-alukan. Mudah-mudahan program ini berjaya mencapai matlamatnya insyaALlah.
-budakIpohTimur-
Baca Seterusnya...
Aneh tapi benar : Kalimah ALLAH di mana-mana.
Kalimah ALLAH jelas kelihatan diperut lembu yang disembelih dalam Ibadah korban cawangan tersebut yang diadakan di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berdekatan.
Klip seterusnya...
"dari Allah kita datang dan kepadaNyalah kita akan kembali"
Baca Seterusnya...
Ibadah Qurban DUN Semanggol sempena Aidil Adha 1429H
Bagi masyarakat kawasan Kampung Balik Bukit, Kampung Jaya dan Taman Indah Jaya Gunung Semanggol, sebanyak 9 ekor lembu (7 ekor pada hari pertama dan selebihnya pada hari kedua) telah berjaya ‘ditumbangkan’ oleh masyarakat kawasan tersebut. Pembabitan ADUN Gunung Semanggol dalam program qurban kali ini menjadikannya bertambah meriah bila mana beliau sendiri turut menjadi ‘tukang sembelih’kepada kesemua lembu-lembu tersebut.
YB. Ramli sedang agihkan daging korban.
Selesai sahaja disembelih seperti biasa lembu-lembu akan dilapah dan kemudiannya daging-daging tersebut dibahagikan kepada semua penduduk kawasan tersebut. Dan telah menjadi tradisi dimana-mana tempat sekalipun, ibadah korban ini memerlukan penglibatan semua pihak dari segenap usia dan lapisan masyarakat dalam menjayakan program tersebut.
Pada sebelah petang Aidil Adha kedua, ADUN Gunung Semanggol meluangkan masa menziarah kematian salah seorang penduduk Siam kawasan Pondok Tanjung. Mendiang merupakan antara penyokong PAS bagi kawasan tersebut. Beliau yang diiringi oleh ketua kampong Pondok Tanjung, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Bagan Serai dan Ketua penerangan MTD Gunung Semanggol turut menyampaikan sumbangan peribadi dan meminta keluarga mendiang agar bersabar dengan ketentuan tersebut.
Baca Seterusnya...
Perak ganti Perdana V6 dengan Toyota Camry
Sebelum ini, kerajaan Terengganu menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya atas tujuan keselamatan dan penjimatan jangka panjang terutama dari segi penyelenggaraan.
Keputusan kerajaan Terengganu itu kemudiannya menjadi kontroversi walaupun disokong oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyifatkan kos penyelengaraan Proton Perdana lebih tinggi dari Mercedes Benz.
Ketika menjelaskan keputusan keputusan kerajaan Perak itu, Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian 16 kereta Toyota Camry 2.4 diluluskan sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanannya bagi menggantikan Proton Perdana V6 yang dianggap telah uzur.
Keputusan itu dibuat, katanya, kerana kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang digunakan sekarang adalah tinggi disebabkan kenderaan itu sudah lama dan sering mengalami kerosakan.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini, beliau berkata, pembelian itu membabitkan perbelanjaan lebih RM2 juta.
"Tempahan sedang diusahakan manakala kereta Proton Perdana yang bermasalah itu akan dijual," katanya.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri 13 November lepas, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional sebelum ini dilaporkan telah membelanjakan RM1.3 juta bagi kos penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan rasmi Menteri Besar serta barisan Exco Negeri Perak dari tahun 2004 hingga Mac 2008.
Dalam sidang akhbar itu, Mohammad Nizar juga berkata, kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan supaya semua projek perumahan di kawasan lereng bukit di Perak dihentikan sementara sehingga pemaju mendapat pengesahan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Mineral dan Geosains bahawa projek itu selamat
http://www.harakahdaily.net
Baca Seterusnya...
Friday, December 12, 2008
MAJLIS PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT DENGAN KETUA KAMPUNG DAN SETIAUSAHA JKKK
Sebanyak 13 kampung yang telah terlibat antaranya Kg. Padang Tembak, Kg. Bahagia, Kg. Banjar, Batak Rabit, Sungai Kerawai, Sungai Tungku, Kg. Sungai Samak, Pulau Ganda Suli, Kg. Sungai Cawang, Kg. Changkat Jong dan Kg. Air Hitam.
Antara objektif perjumpaan tersebut ialah mendedahkan kepada ketua-ketua kampung tentang prosedur permohonan bantuan yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan, berkenal-kenalan dengan pimpinan PAS kawasan, serta berkongsi pendapat dan pengalaman sesama JKKK untuk faedah bersama dan sebagai saluran JKKK menyuarakan pelbagai masalah kepada pihak ADUN dan pimpinan kawasan.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua ahli dewan harian kawasan termasuklah ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar Sudin merangkap Bendahari kawasan dan Pembantu Khas ADUN, iaitu Tuan Haji Mohammed Akram.
Di dalam ucapan aluan, Yang Di Pertua PAS Kawasan Ustaz Haji Ismail Che Nik telah menyatakan betapa pentingnya pihak Ketua Kampung dan JKKK memainkan peranan aktif dalam melaksanakan segala tanggunjawab mereka. Ini adalah kerana, Ketua Kampung dan JKKK merupakan salah satu jentera kerajaan negeri yang dekat dengan rakyat. Tanpa kerjasama erat dan padu daripada ketua kampung dan JKKK kemungkinan hasrat kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengadakan program pembangunan akan terbengkalai.
"Elakkan kebergantungan seratus peratus kepada kerajaan negeri sehinga menyebabkan pihak JKKK kekurangan idea dan tidak kreatif dalam merancang pembangunan dan kebajikan rakyat, " jelas beliau lagi.
Beliau juga menasihati perlunya ketua kampung mempunyai tamayyuz atau perbezaan dengan ketua kampung lama (BN) kerana sekarang mereka di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, terutama Parti Islam Semalaysia (PAS). Beliau juga menyeru semua ketua kampung agar dapat menghadiri program Liqa al Fikri anjuran PAS negeri yang diadakan secara bulanan agar mereka mendapat gambaran yang jelas tentang perjuangan PAS sebenar.
Majlis dimulai dengan taklimat khas oleh Tuan Haji Mohamed Akram, Pembantu ADUN. Beliau menyampaikan taklimat tentang peluang, ruang dan prosedur permohonan bantuan bagi Jabatan Kebajikan Masyrakat dan Pejabat Agama Daerah yang mana kebanyakan Ketua Kampung masih kekurangan kefahaman tentang perkara tersebut.
Taklimat tersebut telah memberikan gambaran jelas berkenaan dengan bagaimana ketua kampung dapat berperanan dalam mendapatkan bantuan untuk masyarakat kampung yang mengalami malapetaka, bencana alam, kemiskinan dan sebagainya.
Seterusnya, pejabat ADUN Changkat Jong dan PAS Kawasan juga telah mengeluarkan borang bancian penduduk DUN Changkat Jong. Taklimat telah disampaikan oleh Setiausaha PAS Kawasan, Sdr. Mohd. Farid Al Jarumi.
Akhir sekali, sesi dialog telah diadakan di mana kebanyakan soalan berkisar tentang peranan ketua-ketua kampung serta masalah yang mereka hadapi. Di samping itu, setiap ketua kampung telah memberikan laporan tentang perkembangan JKKK kampung masing-masing. Semoga, program seperti ini dapat dilaksanakan secara berkala.
http://intanhijau.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
MB Perak adakan kunjung hormat ke Pejabat MB Kedah.
Pada sebelah malam pula satu ceramah perdana yang membarisi kedua Menteri Besar negeri pakatan Rakyat itu akan diadakan di Kompleks PAS Kedah pada jam 9.00 malam. Difahamkan inilah ceramah sulong YAB Menteri Besar Perak di negeri Kedah.
Sebelum ini Ir. Nizar pernah sampai ke Stadium Darul Aman Alor Setar bagi menyaksikan pertandingan bolasepak antara kedua negeri. cina islam
Baca Seterusnya...
Kayuhan 1000 KM dari Utara dan Selatan menuntut perubahan
Antara kempen yang pernah diterajuinya ialah Kempen Akta Gaji Bulanan, Kempen Hak Rumah Selesa, Kempen Mansuhkan ISA, AUKU dan Akta Zalim lain.
Kini, JERIT sedang berjuang melalui Kempen Basikal yang dimulakan melalui 2 penjuru Utara dan Selatan bagi tujuan mempopularkan tuntutan rakyat dan menyerahkan rakyat kepada wakil pemerintah disetiap kawasan dan negeri.
Pagi tadi, JERIT berada di perkarangan bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menyerahkan satu memorandum kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar. Memorandum yang sama dijangka akan disampaikan kepada YAB Perdana Menteri apabila kempen tersebut tiba di Parlimen pada 18 Disember 2008.
Memorandum tersebut antara lain menuntut agar Pekerja di berikan perlindungan semasa krisis melalui penggubalan Akta Gaji Minima RM1500. Ia juga mencadangkan supaya mengimplimentasikan Tabung Pemberhentian Kerja disamping mewujudkan Peluang Pekerjaan.
Memorandum tersebut turut menuntut supaya memansuhkan Akta Zalim ISA, EO, DDA, AUKU dan juga OSA. Turut di tuntut ialah supaya Harga Barangan dikawal dan berpatutan.
Nizar telah memberikan ucapan semangat kepada para peserta kempen tersebut dan menganggap apa yang dilalui oleh mereka semasa menjayakan kempen tersebut sebagai ‘gudang garam’ dalam perjuangan.
Menurut seorang Penyelaras kempen tersebut, Nizar telah turut mendermakan wangnya sendiri untuk membantu dan menyuntik semangat kepada kempen tersebut.
Besuk, (pagi ini , 12 Disember) mereka akan meneruskan kayuhan basikal menuju ke pekan Tapah.. Mereka akan singgah untuk makan tengahari di pekan Gopeng dalam perjalanan tersebut.Mereka akan menjadi tetamu istimewa kepada Ahli Parlimen Gopeng , Dr Lee Boon Chye yang akan menantikan kedatangan mereka .
http://alhusseyn51.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Thursday, December 11, 2008
Kursus celik IT bersama masyarakat kampung
Kemahiran asas komputer amat diperlukan oleh JKKK bagi melancarkan urusan pentadbiran kampung. Kursus Celik IT yang diadakan selama dua hari ini bukan sahaja memberi latihan kepada JKKK Mukim Kuala Kurau malah masyarakat kampung yang ingin mempelajari penggunaan komputer.
Menurut Ketua Kampung Parit Haji Tahir Haji Ahmad Tyndareus Haji Awang, kursus ini telah diusahakan oleh ADUN Kuala Kurau En. Mohd Yunus Jamhari yang membuat permohonan kepada kerajaan negeri.
" Kami cuma kemukakan cadangan kepada ADUN Kuala Kurau. Terima kasih kepada YB Kuala Kurau yang panjangkan cadangan kami" Jelasnya.
Beliau berharap kursus ini dapat membantu JKKK yang belum mahir menggunakan komputer mempelajarinya dari tenaga pengajar kursus yang merupakan kakitangan IT kerajaan negeri.
Sementara itu, ADUN Kuala Kurau En. Mohd Yunus Jamhari juga akan mengusahakan semua Ketua Kampung dalam DUN Kuala Kurau diberi sumbangan satu set komputer bagi memudah urusan mereka. Buat permulaan beliau akan menyumbang komputer kepada beberapa Ketua Kampung yang amat memerlukan komputer.
Turut hadir ke kursus ini ialah Pegawai Pejabat Parlimen En. Bahrain bin Desa yang mewakili Ahli Parlimen Parit Buntar.
http://paritbuntar.pas.org.my/
Baca Seterusnya...
Tidak pernah banyak makan.
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.
Bagaimana dengan kita ? Adakah kita tergulung dalam gulungan sebagaimana yang disifatkan oleh arRasul itu?
Rasulullah juga pernah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim).
‘Kuat’ disini tentunya bukan dimaksudkan kuat makan! Tetapi itulah yang menjadi amalan setiap kita yang mengaku pejuang agama Allah?
Secara amnya 'kuat' yang baginda maksudkan itu ialah kuat beribadat kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhkan diri dari segala laranganNya.
Harap-harap setelah PAS menjadi kerajaan,orang PAS tidak pula kuat makan macam-macam benda yang dilarang Allah.
Saya ada mendapat cerita tentang adanya Ketua Kampong (orang PAS) yang dah pandai minta komisyen daripada seorang Towkey Cina yang mahu mendapatkan projek kolam ikan. Saya mendapat perkhabaran ini daripada seorang anak buahnya sendiri (Orang PAS).
Saya harap kerja-kerja seumpama itu dihentikannya atau saya akan dedahkan namanya kepada pihak atasan.Harap kawan saya itu akan ambil perhatian tentang perkara ini.
Kita semua berpegang dengan agama Allah.Nabi ada berpesan : Addinul nasiha - Agama itu nasihat.Nak tahu huraiannya , carilah sendiri dalam buku-buku hadis atau bertanya sendiri dengan ustaz-ustaz kita yang ramai tu.
Oleh itu marilah kita sama-sama memperkuatkan diri kita agar agama Allah dapat diperkasa; Allahu Akbar!
http://alhusseyn51.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Penyembelihan Qurban di Pasir Panjang
Tempat kedua ialah di Surau Kampung Lekir Batu 15, Kayan di mana MB turut menyembelih seekor lembu sebagai korban dan di sini Y.B Ngeh Koo Ham selaku ADUN Sitiawan turut bersama di dalam majlis. Beliau turut bersama mendengar tazkirah di dalam surau dan melihat kali pertama dalam hidupnya lembu disembelih dan ia dilakukan oleh MB sendiri. Y.B Ngeh turut melahirkan rasa 'takjub' beliau dengan keberanian MB menyembelih lembu sambil menyifatkan ia bukan boleh dilakukan oleh semua manusia kecuali yang betul-betul ada keberanian.
http://datinserifatimah.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Wednesday, December 10, 2008
LABAIK-3 PERKARA MENJURUS SYIRIK
labaika laa syaarika lakabaik
Innnal hamda
wani'mata laka
wal Mulk, laa syaarikalak
Selamat aidul Adha. Talbiah diatas diungkapkan oleh para hujjaj tatkala keluar dari rumah masing2 dalam setiap perjalanan sehinggalah terpandang kaabah.
Pertama haji merupakan suruhan Allah untuk mempersiapkan manusia kembali kepadaNya.
Ia satu latihan (exercise) untuk menyepurnakan i'tiqad (aqeedah) sebelum saat akhir kita menuju kealam barzakh(kuburan).
Pemakaian ihram, mahsyar, tawaf, melontar, saiee & tahlul, sembelihan kesemuanya adalah proses pembersihan aqeedah ia itu mengesakan Allah (tiada sekutu bagiNya).
Ada 3 perkara dalam kehidupan, jika sempurna pemahaman dan pendekatanya, maka peluang untuk bersyirik kepada Allah dapat di pelihara atau dihindari. Namun jika mana-mana tiga perkara atau ketiga2nya sekali bermasaalah, maka peluang untuk manusia mensyirikan Allah cukup luas dan besar.
Untuk itu dalam persiapan/excersise untuk menghadapi maut ini di didik dan di kursuskan bahawa yang utama bila bertemu ajal ialah "laa syari kalak, (tiada sekutu bagi Engkau).
3 perkara tersebut yang mesti i'tiqad sempurna adalah:
i. segala kepujian hak & milik Allah
ii. segala nikmat hak & milik Allah
iii. segala kerajaan hak & milik Allah.
Maka hendaklah dituju serta diusahakan dalam setiap ketika agar ketiga2 perkara itu milik Allah.
Beri puji pada makhluk (orang, benda, sistem, parti politik, institusi, alat,saham, perniagaan, kaum, bangsa, kabilah, sejarah, dll) menjurus kepada syirik.
Beri ruang atau iktiraf bahawa nikmat dari selain Allah (seperti dari makhluk- benda, orang, kemegahan, sihat, muda, kelapangan, idealogi, fahaman, kepandaian, kemahiran, kebolihan, cerdik, senang, dll) menjurus kepada syirik.
Beri kerajaan selain Allah (pentadbiran negeri, pemerintahan, pengurusan, kemerdekaan, dasar2 semua aspek kehidupan, pilihanraya, demokrasi, dll) menjurus kepada syirik.
Maka para2 hujjaj yang berada di Mekah dituntut sangat supaya pastikan ketiga2 unsur atau perkara tersebut milik Allah setiap ketika. Pulang ketanah air masing2 nanti kena usahakan tuntutan dan fahaman tersebut. Yang tak kesempatan pergi ke tanah haram juga di tuntut membersihkan i'tikad tersebut dan usahakan kesempurnaanya untuk Allah semata2.
Itu sebabnya soalan yang akan pasti ditanya Allah setiap orang,sewaktu kita bangun dari kuburan setelah di tiup sangkakala nanti dan sebelum dihalau ke padang mahsyar ialah, "hari ini siapa kerajaan?" (jawapanya surah Ghafir, 40:16- lillahi waahidul qahar).
Penyembelihan binatang korban sebagai tanda simbolik ujian kesayangan dan kasih kita pada Allah bagi menunjuk kesucian aqeedah kita pada Allah.
Itu sebab binatang sembelihan itu mesti yang telah dibelai mesra oleh tuanya (yang mahu berkorban itu) agar binatang itu kenal dan sayang dia, diapun kenal dan sayang binatang tersebut yang hendak disembelihnya. Bukan seperti sekarang seolah2 ada geram, marah kepada binatang tersebut.
Pengorbanan mesti diuji dengan kesayangan. Maka ujian inilah yang dihadapi nabi Ibrahim, sekali gus anaknya nabi Ismail dan istrinya Siti Hajar.
Kesemua mereka redha untuk proses penyembelihan tersebut tanpa wasangka atau was was. Inilah puncak mengesakan Allah SWT, ia itu sayangkan Allah melebihi kasih dan sayang segala2nya.
allahu akbar, allahu akbar , allahu akbar walillahil hamd.
wallah'alam.
http://kamparinn.blogspot.com/
Baca Seterusnya...