Saturday, December 20, 2008

Sebelum keranda diusung pergi....

Dilaporkan, lebih 2,000 peminjam pelajaran negeri Perak, yang setengahnya sejak tahun 1973, gagal melunaskan hutang mereka kepada kerajaan negeri Perak dan dipercayai, pinjaman tersebut mencecah hampir RM19juta.

Menurut sumber tersebut, usaha-usaha untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut telah dibuat, tetapi mereka memilih untuk tidak memperdulikan segala surat peringatan yang dihantar.


Mereka sepatutnya menemui pihak kerajaan negeri jika menghadapi masalah menyelesaikan hutang tersebut, syarat pembayaran semula adalah fleksibel dan tidak dikenakan bayaran faedah.

Keengganan mereka membayar semula pinjaman tersebut, telah menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menolak 20 permohonan yang ingin mengambil kursus lanjutan (post-graduate) kata sumber itu lagi.Kerajaan negeri telah menghantar surat notis perundangan sejak 2006 kepada 2,372 peminjam pelajaran.Sesetengahnya ada yang telah membayarnya serta merta setelah menerima notis tersebut, tetapi majoritinya tidak.Mereka yang enggan ini antaranya merupakan ahli perniagaan yang telah berjaya atau telah mempunyai kedudukan tinggi disyarikat-syarikat tertentu.

Kerajaan negeri sehingga kini telah mengeluarkan RM54 juta pinjaman kepada 5,243 pelajar anak negeri Perak.

Mereka yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut sebenarnya adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan tidak tahu membalas jasa baik orang lain kepadanya.

Adakah berkat hidup dengan cara demikian? Setelah mendapat pinjaman tanpa dikenakan ‘bayaran faedah’ dan diberikan kelonggaran cara untuk membayarnya, takkanlah mereka yang telah berjaya dan berkemampuan untuk membayar pinjaman tersebut mengabaikan tanggung jawab hingga sedemikian lamanya?

Kegagalan mereka melangsaikan hutang tersebut menyebabkan ramai pelajar-pelajar lain yang berhak tidak dapat menikmati pinjaman seperti mana mereka dahulu kerana kekurangan dana disebabkan sikap peminjam yang sengaja tidak mahu membayar semula pinjaman tersebut.Sebagai tanda kesyukuran kita, bantulah kerajaan kita dalam perkara ini untuk masa depan anak bangsa sendiri

Sebelum keranda diusung pergi , pewaris keluarga selalu mengingatkan kita persoalan hutang diatas dunia ini supaya memudahkan roh kita di alam barzah nanti.Ingatlah itu.-alhusseyn51.blogspot.com.

0 ulasan: