Friday, May 15, 2009

Krisis Politik Perak berlarutan: Sivakumar saman Ganesan

IPOH, 15 Mei 2009. Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar hari ini memfailkan saman terhadap Speaker Datuk R.Ganesan untuk menuntut ganti rugi serangan dan serang sentuh, ganti rugi salah penahanan dan ganti rugi teruk.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Chan & Associates pada 11.45 pagi di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh di sini.

Dalam writ saman itu, Sivakumar juga memohon injunksi bagi menghalang defendan atau pekerja atau ejen Ganesan daripada menafikannya daripada memasuki persidangan DUN atau melarang atau menyekatnya dalam apa jua cara daripada memegang jawatan atau menjalankan tugas beliau sebagai Speaker DUN yang sah.

Beliau juga memohon satu lagi injunksi bagi menghalang sebarang penderitaan, serangan atau pemukulan yang seterusnya oleh Ganesan atau pekerja atau ejen defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Sivakumar mendakwa beliau masih merupakan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dan Speaker DUN.

Beliau juga mendakwa defendan bukan seorang anggota yang diundi sebagai Adun maka kehadiran defendan di sebarang persidangan DUN merupakan satu penghinaan DUN.

Sivakumar turut mendakwa pada 7 Mei lepas, kira-kira 2 petang ketika beliau sedang mempengerusikan suatu mesyuarat DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan sahnya menduduki kerusi beliau di persidangan itu, pekerja atau ejen defendan telah menyerangnya dengan menangkap beliau dengan ganas, mengheret dan secara keras mengusirnya dari dewan itu atas arahan defendan.

Beliau mendakwa semasa ketidakhadirannya secara paksaan, defendan telah secara salah menjawat dirinya sebagai Speaker yang menduduki kerusi Speaker dan memakai pakaian rasmi Speaker.

Sivakumar juga mendakwa beliau dikurung oleh pekerja atau ejen defendan secara tidak sah di sisi undang-undang di dalam sebuah bilik dalam bangunan tersebut selama lebih dari sejam sebelum beliau dibebaskan.

Disebabkan kesemua dakwaan tersebut, Sivakumar telah dihindar daripada menjalankan tugas dan kewajipannya sebagai Speaker DUN yang sah dan telah mengalami kejutan, kesakitan dan kecederaan, kerugian dan kerosakan serta telah dilucutkan kebebasannya seperti dinyatakan.

Beliau juga mendakwa mengalami tekanan mental, menanggung penghinaan dan rasa malu di kalangan awam.

Di dalam writ saman itu, Sivakumar juga mendakwa mengalami kecederaan iaitu lebam di pelbagai bahagian badan, kesakitan dan ketidakselesaan di seluruh badan, kekejutan, gelisah dan kesengsaraan mental serta kerosakan kepada sut dan jubah rasmi yang dipakainya sebagai Speaker pada ketika itu.

Beliau turut menuntut kos dan relief yang difikirkan adil dan saksama oleh mahkamah.
-bumiperak

1 ulasan:

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI