Friday, May 8, 2009

Siapa Menteri Besar ditentukan mahkamah Isnin ini

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai siapa antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini Isnin ini.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim akan mengumumkan pada 2.30 petang keputusan mengenai permohonan Mohammad Nizar pada 13 Februari lepas agar mahkamah mengisytiharkan beliaulah Menteri Besar yang sah dan Dr Zambry tidak berhak memegang jawatan itu.

Mohammad Nizar, 52, dilantik pada 17 Mac tahun lepas setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum pada 8 Mac tetapi setelah tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Perak daripada pakatan itu keluar parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional awal tahun ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar setelah mendapati Mohammad Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan kerana Barisan Nasional pula menguasai 31 kerusi.

Dalam afidavitnya, Mohammad Nizar berkata beliau masih Menteri Besar kerana antara lainnya, tidak ada undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dewan Undangan Negeri dan beliau tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding hari ini, peguam utama beliau, Sulaiman Abdullah, memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

"Keputusan melucutkan jawatan pemimpin itu bukannya terletak pada Sultan mahupun rakyat. Dalam situasi ini, wakil rakyat (Anggota Dewan Undangan Negeri) adalah penentunya," kata Sulaiman.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah. BERNAMA


Ajijoi ~ Mungkin hari Isnin merupakan hari penentu segalanya bagi menyelesaikan kemelut yang membelenggu negeri Perak. Rakyat yang menjadi mangsa keadaan sudah tidak dapat bersabar lagi menunggu berakhirnya episod hitam didalam sejarah negeri Perak.

Kita sebagai manusia biasa hanya mampu menyerahkan segala-segalanya kepada Maha Pengasih lagi Penyayang dengan meneruskan solat hajat dan munajat ditempat-tempat kita sendiri. Tak perlulah mengadakan solat hajat besar-besaran yang akhirnya mengundang pihak-pihak yang tidak diingini menggagalkan segala usaha kita nanti.-ajijoi blog

4 ulasan:

AnTi AljUbuRi said...

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 7, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu kamu akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah kamu akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

Elar 7 said...

Mulut, tangan, jari pen,pensil,keyboard, orang Amno memang hipokrit,orang Amno kalau pos komen bukan berani sangat nak tonjol diri takut kena belasah, Kamu ingat orang PR bangang macam kamu ke ? Lentok ayat kamu orang dah tahu memang kamu Amno karat punya, cakap kamu apa beza dengan si mamak MB BN tu, berbelit, tak reti undang-undang . Sendiri tengok la apa jadi dalam dewan DUN Perak, macam lanun Somalia tawan kapal dagang yang tak punyai senjata nak pertahankan diri, satu dunia tengok video ni!.
Otak karat macam kamu aku malas nak ulas panjang bukan kamu reti apa pun lagi pun banyak dah bijak pandai dan pakar undang-undang menganalisa berhubung kemelut yang berlaku di Perak di pelbagai forum dan seminar dan artikel dibincangkan di akhbar yang agak bebas seperti Akhbar Sinar oleh pakar-pakar perundangan, kamu boleh rujuk disana itu pun kalau akal kamu elok lagi le, kalau tak, tak dapek den nak nolong nya.Di akhbar pengampu pun ada juga tapi cerita nya budak darjah enam pun gelak dibuatnya.

Bermula dari penculikan ADUN yang mengatakan habuan seks itu dikira sedekah sehinggalah peristiwa merebut kerusi speaker dan campak speaker kedalam bilik yang dikunci dari luar oleh lanun-lanun dalam dewan yang entah macam mana mereka boleh masuk serta mengepung semua ahli dewan dari Pakatan Rakyat dan merampas kuasa DUN Perak pada 7 Mei 09 lalu dengan cara yang amat memalukan disaksikan seluruh dunia. Dizaman dunia teknologi maklumat yang semakin maju ni payah orang nak gelecik.
Ingat! sekiranya inilah cara bentuk dan pola politik yang Amno mainkan sesungguhnya mereka telah meningkatkan suhu rakyat bukan saja di Perak bahkan seluruh Malaysia, yang pasti tak dapat melupakan sejarah hitam demokrasi ala Malaysia ini buat selama-lamnya, yang tak dapat dipadamkan kalau setakat hujah paling tak berasas seperti nukilan gurindam yang kamu paparkan.
Ketakutan Amno nak berdepan dengan rakyat cukup mudah dibaca apabila seorang wakil rakyat dan pemimpin Hindraf yang ditahan ISA menggugut untuk meletakkan jawatan atas alasan tidak mampu untuk memberi khidmatnya sebagai wakil rakyat di Selangor tak semena-mena selepas 3 hari keluar kenyataan terus dibebaskan secara tergesa-gesa. Kalau dulu peluang seperti inilah yang ditunggu-tunggu oleh Amno kerana mereka sudah tentu akan menang dengan selesa jika berlaku PRK dimana-mana sahaja bumi Malaysia.

Begitu takutnya pemimpin Amno Nak berdepan dengan rakyat hingga mereka memaksa dan sanggup memperalatkan badan kehakiman yang bolih dibaca kan keputusannya, polis ja diraja, SPR demi untuk mengekalkan kekuasaan dan cengkaman kuku rimau demi survival politk rakus mereka. Walau ditekan, ditindas, dihenyak, digula-gulakan dengan pelbagai manisan tapi rakyat tidak boleh selama-lamanya diperbodohkan, tidak ada satu kuasa dunia pun yang dapat mengekalkan cengkaman mereka apabila indicator kefahaman dan kesedaran rakyat semakin meningkat.Kuasa kuku besi Asia ramai yang telah rebah dan pupus untuk selama-lamanya apabila kebangkitan rakyat tak dapat ditahan lagi.

Abg Kelaba said...

TAk payah tunggu isnin..confirm zambry MB...mahkamah,polis kita dah tahu..jadi watpe nak tunggu lagi....confirm zambry..kalau tak takkan dia nak cerita hari isnin nie..kalau bukan zambry mybe kena tunggu 40 tahun lagi...PM pun dah perkenan,maknanya zambrylah yg akan jadi MB haram diperak...

Polis dapat anugerah kerana menceroboh DUN perak ingat kat korea je jadi macam nie..oleh kerana BN gila kuasa maka perak pun terlibat...

SUK perak telah mencemarkan seluruh SUK dimalaysia..anak didik UMNO...kenapa rahman tidak sabar? apa yg dia dapat?...

Unknown said...

Nizar menteri besar sah Perak
Hafiz Yatim | May 11, 09 3:45pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.