Tuesday, May 12, 2009

Raja Nazrin perkenan Nizar mengadap dan sambutan Ulangtahun UMNO yang suram

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah telah berkenan menerima mengadap DS Nizar yang diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

DS Nizar akan mengadap Raja Nazrin Shah jam 8.30 pagi esok untuk memohon pembubaran Dun Negeri Perak untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri.

Sultan Perak, Raja Azlan Shah kini berada di Amerika.

Esok dijangkakan hari yang agak sibuk dengan DS Nizar mengadap Raja Nazrin Shah manakala BN akan ke mahkamah untuk memfailkan rayuan. DS Nizar juga akan cuba memasuki pejabatnya di Bangunan SUK yang kini telah dikawal ketat oleh polis sejak jam 4.00 petang tadi.

Sementara itu di PWTC KLumpur, 11 Mei malam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan sambutan ulang tahun Umno yang sepatutnya meriah malam ini agak suram berikutan keputusan mahkmamah Mahkamah Tinggi berhubung isu Menteri Besar Perak yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

"Ini bukan penghujung jalan, masih ada jalan untuk difikirkan langkah-langkah. Saya dan rakan-rakan dalam Majlis Tertinggi (MT) akan fikir dengan semasak-masaknya apa yang terbaik untuk Umno dan BN yang kita kasihi," katanya berucap ketika berucap pada majlis Ulang tahun ke-63 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Isnin malam.

Presiden Umno itu berkata, ini kerana masih ada ruang untuk parti memikirkan langkah-langkah yang wajar dilakukan dalam menghadapi kemelut itu.
Najib bagaimanapun gembira melihat Dewan Merdeka dipenuhi penyokong Umno dan BN termasuk mantan Presiden Umno dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafei Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketua-ketua sayap parti dan pemimpin parti komponen BN....-bumiperak

6 ulasan:

armani said...

Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.

Itu pun dah cukup terang dan jelas akan 'suara rakyat' dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!

Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.

Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?

Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.

Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu pencacai PR akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah pencacai PR akan mengatakan berlakunya 'rampasan kuasa' sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??

Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.

Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana.... Amin!

Sinar untuk Melayu Islam said...

sekor lagi umno yang bercakap tak guna otak...bebal muraqqab

Anonymous said...

antik..berotakkan otak lembu..

JAMILKUCING said...

Kah kah pecah tembelang rupanya antijk orang barisan ansional.kah kah kah.memang sah aku dah cakap bangsa sabah bangsa yang paling bodoh,bangsa pakai cawat bawa sumpit.kalau ko orang semua nak tahu antijk di cipta untuk memalukan jamilkucing. sekarang pecah tembelang. bangsa sabah memang bodoh.bodohhhhhhhhhhhh macam lembu.

eone said...

bawa bersabar antijk...jangan terlalu menghina orang...baik anuar atau sesiapa pun kerana kita tidak mempunyai sikit pun hak untuk menghina sesiapa..ingat la kita semua bukan dilahirkan dari benih yang berada diantara dua belah peha...iaitu air mani....adakah bersih punca permulaan hidup kita..tidak kan?? jadi berilah komen yang yang tidak terlampau memburuk burukan orang....raja nazrin menerima menghadap tidak semestinya TUANKU akan menerima pandangan nizar..apa salahnya nizar bertemu TUANKU.....kalau zambry pun nak menghadap silakan jika ada perkenan TUANKU...setiap orang ada hak untuk bertemu TUANKU.....pada padangan peribadi saya antijk ini perlu musabah diri...rapatkan diri dengan Diri DEngan ALLAH...bawa mengucap.....jalan yang terbaik pilihan raya di 3kawasan adaun terlibat biarakan rakyat tentukan..insyaaalah rakyat mampu membuat keputusan tepat dengan syarat jangan ada penipuan..dimana semasa kiraan undi dilakukan perlulah dikira ditempat yang sama...bermakna tiada peti undi boleh dibawa masauk atau keluar..hanya jumlah kiraan undi dihantar ke pusat pengiraan undi untuk dijumlahkan ..ini bagi menjamin tiada penipuan...kedua dua pihak kelak tidak akan dapat mempertikaikan keputusan kelak

TheFugitive said...

Kasihan AntiJK. Bermati-matian mempromosikan blog Sampah beliau. Kehulu kehilir menjaja blog Sampah . Akhirnya saya tahu kenapa beliau bersikap begitu. Rupa-rupanya manusia yg berdarah biru. Yg otaknya sebebal keldai . Apapun kita hnya menanti keputusan mahkamah rayuan . Sebarang keputusan adalah dijamin amat pelik . Tanpa was-was ..