Wednesday, April 1, 2009

SEHARIAN BERKEMPEN BERSAMA HJ NIZAR

Kempen hari ketiga calon semakin rancak, menarik dan memikat pengundi. Hari ini seharian saya mengiringi calon ke beberapa buat tempat di DUN Trong termasuk Pulau Pasir Hitam. Program bermula dengan ramah mesra sambil bersarapan pagi di gerai gulai Ikan Sembilang, Kg. Kepala Bukit, bersalam-salaman dengan orang ramai di pasar, merasmikan kelab penyokong PAS di Sg. Kerang, bersalam-salaman sambil mengedar risalah di kedai-kedai kopi dan runcit di pekan Sg. Kerang, melawat perkampungan nelayan di jeti Sg.Kerang, beramah mesra dengan petugas-petugas PAS di DUN Trong, menziarahi kematian di Kg. Kelubung dengan memimpin bacaan tahlil dan makan tengahari di restoran Sg. Kerang.

Selepas berehat seketika dan solat Zohor, kami terus ke jeti Sg. Kerang untuk menaiki bot ke Pulau Pasir Hitam. Perjalanan memakan masa hanya 30 minit sahaja. Rombogan kami disambut oleh sebahagian penduduk tempatan dan juga petugas-petugas PAS yang lebih awal sampai ke situ. Bendera PAS berkibaran di pengkalan jeti Pulau Pasir Hitam, saya sempat diberitahu oleh petugas tempatan, kibaran bendera PAS tidak pernah wujud sebelum ini di kampung tersebut. Rombongan calon juga turut disambut oleh tiga orang pegawai polis yang bertugas. Setelah diberi taklimat ringkas, calon terus mengunjungi penduduk kampung yang majoriti orang Cina dari rumah ke rumah. Pendek kata setiap pengundi Cina ditemui di setiap rumah, cuma sayangnya, ketika kami sampai kebanyakan mereka belum pulang dari mencari pendapatan menangkap ikan dilautan.Sentuhan-sentuhannya calon cukup memikat hati para pengundi, para pengundi cukup tertarik dengan Hj Nizar yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Cina. Sebelum kami meninggalkan pulau tersebut, calon diberi peluang menyampaikan sedikit ucapan kepada penduduk, ucapannya diberi tepukan gemuruh oleh penduduk kampung. Mereka memberi jaminan akan mengundi PAS 100 % pada pilihanraya kali ini.

Menurut penduduk kampung, pulau Pasir Hitam sudah wujud hampir lebih 50 tahun dulu, pulau tersebut mempunyai lebih kurang 300 pengundi, tetapi yang tinggal menetap di situ lebih kurang 200 pengundi, yang lain-lain berhijrah Taiping, Ipoh dan lain-lain. Mempunyai sebuah sekolah yang boleh menempatkan 100 murid tetapi hanya mempunyai 2 orang murid dan 4 orang guru sahaja. Tidak mempunyai kemudahan letrik dan air, tenaga letrik hanya bergantung kepada generator, manakala air hujan yang ditadah menjadi sumber untuk makan minum dan mandi manda. Begitulah nasib mereka di bawah pemerintahan BN selama 50 tahun tetapi kebajikan rakyat di Pasir Hitam diabaikan. Anak-anak muda pula semuanya berhijrah ke kota-kota kerana selain menjadi nelayan, peluang pekerjaan lain tidak ada.
http://misabah.blogspot.com/

2 ulasan:

azmykelanajaya said...

DEMOKRSI BERPARLIMEN ADALAH DEMOKRASI TERPIMPIN MELALUI KEPATUHAN TERHADAP UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN SESEBUAH NEGARA UNTUK MEWUJUDKAN KEAMANAN SEPANJANG MASA.
IA BUKANNYA KEBEBASAN MEMBUTA TULI DAN TAFSIRAN MENGIKUT NAFSU HATI SERTA HUKUM AKAL YANG CETEK TANPA MENGHORMATI KEMULIAAN UNDANG-UNDANG.
ALLAH SWT MENGHANTAR MANUSIA KE DUNIA BUKAN UNTUK HIDUP DENGAN PERATURAN SENDIRI DAN BEBAS LAKUKAN APASAJA. MANUSIA DIPIMPIN OLEH UTUSAN ALLAH SWT IAITU PARA NABI DAN RASUL.
DEMOKRASI YANG DIPIMPIN OLEH NABI DAN RASUL TELAH MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERAKHLAK MULIA MALAH MAMPU MENARIK RAHMAT DAN BANTUAN DARI ALLAH SWT WALAUPUN RASUL SAW TIDAK BERSAMA MEREKA.
ALLAH SWT PERKENAN SOLAT DAN DOA SAHABAT,SAAD ABI WAQAS R.A BERSAMA JEMAAH DAKWAHNYA KE CINA MELINTASI SUNGAI BERSAMA KUDA MEREKA TANPA SETITIK AIR PUN TERKENA PADA KAKI KUDA SAHABAT. MALAH BANYAK LAGI KISAH SAHABAT YANG MENDAPAT NUSRAH(BANTUAN) DARI ALLAH SWT TANPA RASUL SAW DISISI MEREKA.
INILAH HASIL MANUSIA YANG DIDIDIK MELALUI PROSES DEMOKRASI TERPIMPIN. SEBALIKNYA,MANA-MANA MANUSIA YANG CUBA HIDUP DENGAN PRINSIP "KEBEBASAN TERSENDIRI" MAKA KAUM TERSEBUT BUKAN MENUJU KEJAYAAN TAPI SEBENARNYA MEREKA MENUJU KEHANCURAN DAN NASIB MEREKA SAMALAH DENGAN NASIB KAUM YANG TERDAHULU.
KENAPA PIHAK PERIKATAN RAKYAT YANG BERPAKSIKAN ISLAM SEBAGAI TERAS HANYA BERDIAM DIRI BILA RAKAN KONGSI MEREKA DENGAN LANTANG AGAR DIBERIKAN "KEBEBASAN" SEPENUHNYA?
HALALKAH FITNAH MELULU DAN ADAKAH IANYA TERMASUK KEBEBASAN HAK INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH DICABUL?
DARI SUDUT PERSPEKTIF MANA YANG DILIHAT OLEH PAKATAN RAKYAT MENGENAI ISU KEBEBASAN MUTLAK?HARUSKAH DIKETEPIKAN KETETAPAN HUKUM ILAHI BILA BERBICARA SOAL KEBEBASAN?
JAUH DI SUDUT HATI KARPAL SINGH,KETETAPAN ALLAH SWT PUN MUNGKIN DIPERSOALKAN KERANA DIALAH SELALUNYA MEMBANTAH DENGAN KERAS ISU PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN ISLAM YANG CUBA DI KETENGAHKAN OLEH PARTI PAS,SEOLAH OLAH ISLAM TIDAK BEBAS.
SIAPA KARPAL YANG BEGITU BEBAS MENGKRITIK SULTAN DAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI RAJA YANG DI PERTUAN AGONG.
HEBAT SANGATKAH BELIAU HINGGA BOLEH MENGHENTAM SIAPA SAJA,ADAKAH KERANA BELIAU BERKERUSI RODA MAKA SINDIRANNYA TIDAK PERLU DIAMBIL KIRA.
GOLONGAN INILAH YANG LANTANG MEMEKIK MERAUNG AGAR "KEBEBASAN MUTLAK" DIBERIKAN DAN MINTA AGAR SEMUA AKTA YANG TERLIBAT DIHAPUSKAN,UNTUK APA?SUPAYA LAHIRNYA KEBEBASAN KEPADA TUKANG-TUKANG FITNAH DAN BERI LALUAN KEPADA MEREKA UNTUK JADI PENGLIPURLARA ZAMAN INI.
LIHATLAH SENDIRI TUKANG-TUKANG FITNAH YANG SEWENANGNYA MENABUR FITNAH DAN MENGOLAH CERITA,SAMA SEPERTI ZAMAN NABI DAN RASUL TERDAHULU,MISI MEREKA HANYA SATU;MEMESONGKAN KEPERCAYAAN YANG DIBINA DARI ALLAH YANG ESA KEPADA MENYEMBAH KEMBALI BATU DAN KAYU DAN SEGALA BERHALA YANG ADA BAHKAN MENYEMBAH BINATANG PELIHARAAN. INILAH KEHENDAK TUKANG FITNAH,MENGAUT KEUNTUNGAN DARI PENDERITAAN ORANG LAIN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH ZAMAN INI SEKADAR MENULIS MENGIKUT RASA,SANGGUP BERSENGKANG MATA SEMATA MATA HENDAK MENGHASILKAN NUKILAN HALWA TELINGA TANPA FIKIR KESAN KEPADA YANG DIFITNAH SERTA KESAN KEPADA AHLI KELUARGA MEREKA TANPA MENERIMA APA-APA BAYARAN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH YANG UMUR DAH SENJA TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN LANGSUNG,DIMANA DIHABISKAN SIMPANAN MASA MUDA-MUDA DULU?
5000 "PENJAMIN" INI SANGGUPKAH BERSUBAHAT DEMI SEBUAH PENIPUAN?
5000"PENJAMIN" INI MUNGKIN BERTINDAK ATAS DASAR KESIAN,PERSOALANNYA CERDIKKAH KITA?MASA DIA DAPAT UPAH YANG LUMAYAN,INGAT KAH DIA KEPADA KITA SEMUA?
KIRANYA KITA SEMUA BERTINDAK SEBAGAI PENJAMIN MAKA SETIAP KALI PEMBOHONGAN YANG NYATA DAN DISENGAJAKAN KITA JUGA AKAN MENERIMA "SAHAM" YANG SAMA DI AKHIRAT KELAK,LUPAKAH KITA PADA ALLAH SWT YANG MENCIPTAKAN KITA.
SEOLAH OLAH KITA SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT UNTUK TUKANG KARUT INI TERUS MENGHASILKAN KARYA "SI TONGGONG DENGAN LABUNYA".
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG WARAS MAKA BERFIKIRLAH DI TAHAP KEWAJARAN YANG PALING TINGGI DEMI SEBUAH NEGARA YANG KERDIL,YANG PUNYA CITA CITA MURNI UNTUK MEMBANGUN BERSAMA RAKYATNYA DENGAN AMAN DAN MAKMUR.

Tuan Cobra said...

Demokrasi Berparlimen memang bagus kalau Pemimpin Kerajaannya JUJUR,IKHLAS dan Tidak pilih bulu. Tetapi Pemimpin UMNO ni memang patut diketepikan oleh Rakyat pada PRU Ke-13 nanti.Kerana Teori RAHMAN sudah pun BERMULA. Najib adalah Pemimpin yang TERAKHIR untuk menerajui Kerajaan Malaysia dibawah Rejim BN@UMNO. Janganlah Menteri Penerangan Rais anak Yatim ni nak membodek 24 jam, Kita sedia maklum bahawa Pemimpin semacam Rais Anak Yatim ini adalah kaki bodek dan takut tidak dapat POST didalam barisan Kabinet.Pemimpin ini saya tengok kalau Ramai memang membahayakan Negara ini. Kerana sifatnya yang suka Angkat kaki dan Kaki Bodek.......