Friday, April 3, 2009

Respon arahan JAIP : Kami akan terus pakai mesjid dan surau

Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) kelmarin mengingatkan ahli-ahli politik tidak menggunakan masjid dan surau untuk memberi ceramah politik.

Dalam kenyataan itu mengatakan ini amat bertentangan dengan status dan kedudukan masjid dan surau yang mulia sebagai rumah Allah. Amalan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Islam sendiri, katanya dalam satu kenyataan dengan menggunakan nama Pengarahnya sendiri.

Namun saya berkeyakinan arahan ini adalah arahan dari UMNO bukan dari Pengarah Jaip sebagaimana yang didakwa.

Demikian lah episod-episod yang menampakkan demokrasi semakin sempit dan semakin terhakis dengan beberapa tindakan seperti di atas dalam PRK Bukit Gantang.

BN dan UMNO sangat takut untuk menghadapi Pakatan Rakyat. Walaupun mereka mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaikan malkumat melalui media cetak dan elektronik milik rakyat yang disalahgunakan namun mereka masih takut dengan gelombang maklumat yang disampaikan oleh Parti PAS dan komponen PR yang lain walau pun ianya bersifat agak tradisional seperti ceramah dan khutbah.

Sebab itulah kebimbangan ini cuba dihalang dengan arahan dari JAIP, namun saya berkeyakinan ia tidak akan memeri apa-aoa kesan dan ianya akan tetap diteruskan.

Kenapakah cuba menghalang, bukankah UMNO juga kononnya memperjuangkan Islam dan pemimpinnya pernah mendakwa adalah parti Islam yang ke dua terbesar di dunia, gunalah mesjid dan surau seperti yang PAS gunakan. Itupun apa yang berlaku dimesjid Simpang pada malam selepas penamaan calon membuktikan UMNO juga guna mesjid.

Islam tidak dapat dipisahkan dengan mesjid sebagaimana Islam juga tidak berpisah dengan politik. kerana itu arahan itu adalah arahan "bodoh" yang tidak akan kami patuhi.-cinaIslam

9 ulasan:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

HUKUM MENJATUHKAN PEMERINTAH ISLAM

Assalamualaikum. Lama penulis menyepi dari membicarakan mengenai Anwar Ibrahim, tetapi penulis kini kembali dengan membawa hujah yang mengatakan bahawa ANWAR IBRAHIM merupakan seorang mubtadi (Pembuat Bid'ah) apabila ia melakukan perbuatan yang dihukum bid'ah mukaffirah (Bid'ah membawa kepada kekufuran) atau bid'ah mufasikkah (bid'ah yang membawa kefasikan), yang mana kedua-duanya diistilahkan sebagai pengikut hawa nafsu.

Pembuat bid'ah adalah golongan pengacau, penyangak, suka mempecah belahkan jamaah, dan perosak yang suka melakukan tindakan yang merugikan pemerintah Islam.

Disini ku senaraikan ciri atau tanda - tanda yang terdapat pada seorang ahli Bid'ah, antaranya ialah :

1.Menentang Penguasa Islam
2.Menghancurkan kesatuan Islam
3.Menghancurkan negara (Kerajaan) Islam

Dalam konteks Anwar Ibrahim, adakah dia seorang ahlil sunnah? Tidak sama sekali bahkan boleh ku katakan dia sama dengan kelompok khawarij.

Sebagai seorang muslim, kita seharusnya berlapang dada dan kembali kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W apabila timbul perselisihan faham.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh seorang pemerintah beragama Islam merupakan satu perbuatan yang bertentangan dari konteks Islam sebenar. Rasulullah S.A.W telah mengharamkan sekalian ummahnya menentang pemerintahan yang pemimpinnya beragama Islam. Malah syara memerintahkan agar orang-orang yang beriman bersabar terhadap pemerintah yang tidak disukainya walaupun sekiranya ia melakukan kezaliman selagi pemimpin tersebut beragama Islam, mengucap, dan mendirikan solat.

Rasulullah juga telah memperingatkan tentang perkara tersebut dalam sepotong hadis yang bermaksud :

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) sesuatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seorang itu keluar dari (mentaati) pemerintah walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu dalam keadaan jahiliah" *

*Lihat Sunan Abi'Asim. NO 1101. Hadis Sahih.

Islam juga melarang Umat Islam memberontak menumbangkan kerajaan yang diperintah oleh pemimpin Islam selagi mana ianya bersolat.

"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *

*H/R Muslim 1846.

Syara' tidak pernah menghalahkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

Sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang melarang seseorag muslim menjatuhkan pemerintahnya.

"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*

*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Jadi pembaca sekalian yang penulis cintai sekalian, berwaspadalah kita. Jangan mengikut perasaan apabila berhujah dan menabur fitnah. Balasan yang bakal diterima amatlah pedih.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

SIKAP AHLI SUNNAH TERHADAP PEMERINTAH

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah, ialah mencintai saudara seagama yang tidak akan dipertikai dan dipersoal siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan akan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya yang seagama, senegara, dan para pemimpinya. Mereka menyeru sekalian umat Islam supaya saling mencintai antara satu sama lain dan mencintai pemimpin yang menjadi saudaranya dalam Islam. Ini semua dirasakan semata-mata kerana mencintai Allah.

Sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah suka menasihati para pemimpin mereka jika didapati pemimpinnya melakukan kesilapan, kerana kebaikan pemimpin akan memberi manfaat kepada seluruh saudara-saudaranya (rakyat jelata) yang dilindungi oleh pemimpin.

TETAPI SIKAP AHLI BID'AH sebaliknya, amat bertentangan dengan sikap Ahli Sunnah Wal-Jamaah terhadap saudara-saudara seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut aliran ideologinya.

Adapun tanda-tanda besar yang menunjukkan bahawa seseorang atau sesuatu kelompok itu dari golongan mubtadik [I]"Aktivis atau Pembuat Bid'ah"[/I], ialah mereka yang berusaha dengan berbagai-bagai cara supaya rakyat membenci dan menghancurkan pemimpin Islam.

Antara cara mereka yang terkutuk ialah dengan bertopengkan ibadah, iaitu mempengaruhi rakyat dengan cara mengajak mereka bersembahyang hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran atau kejatuhan keatas pemerintah walaupun mereka tahu pemimpin yang hendak dijatuhkan itu seorang beragama Islam.

Mereka mengHALALkan perlakuan apa sahaja cara dengan beralaskan bahawa pemerintah tersebut tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, dan fasik. Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dengan sabdanya tentang sikap manusia seperti ini yang suka menghancurkan orang lain :

"Dari Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W, : Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa"*

*H/R Muslim.

Imam Al-Barbahary berkata :

"Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid'ah)"*

*Rujuk, Al-Ibanah. Jilid 2. Halaman.116. No.136.


"Akan muncul selepas peninggalanku seseorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barang siapa yang mencari-cari kehinaanya (kesalahan dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)" *

Lihat: As-Sunnah (2/513) Dari Ibn Abi' Asim. Sanad hadis ini sahih.

Ibn Qayyim telah menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin dan ketua pemerintahan yang masih beriman kepada agama Allah (Islam):

Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia terlepas dari sifat dengki." *

Lihat : Miftah Dar Al-Sa'adah. Jld halaman 73.

Adalah haram hukum bagi sesiapa yang mahu menjatuhkan para pemimpin , kerana menjatuhkan dia sama dengan merampas kuasa dan menumbangkan kekuasaan yang ada pada tangan mereka yang menyebabkan negara akan menjadi kacau bilau, perbalahan, perpecahan, dan kemusnahan kepada Umat dan Agama Islam itu sendiri.

Tugas Ulama ialah mendidik rakyat dengan menyebarkan SEGALA KEBAIKAN PEMERINTAH, MENGENANG BUDI DAN JASA DIATAS pembanggunan yang telah diusahakan dan bersyukur kepada Allah, berterima kasih dan menjauhkan dirinya dari menyebarkan keburukan pemerintah, kerana mereka beragama Islam. Maka perbuatan keji Ulama Bid'ah, bertentangan dengan etika dan amalan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 24:19 yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka Azab yang pedih di dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

CERCAAN, MAKI HAMUN, MEMFITNAH & MENGKAFIRKAN PEMERINTAH ISLAM

Antara tanda-tanda orang bid'ah ialah suka mencerca pemerintah. Haram hukumnya perbuatan seorang muslim memaki-hamun, mencerca, memfitnah, menggunakan kalimah yang kesat, keji, mencarut dan kalimah yang lain terutama pemimpin sebuah negara yang beragama Islam.

Allah mengajar dan meminta kepada para nabiNya dan para hambaNya yang soleh agar sentiasa menggunakan kalimah yang baik dan lemah lembut walaupun manusia yang sekeji Firaun yang terkenal sebagai Taghut, zalim dan kafir. Firman Allah :

"Pergilah kamu berdua menemui Firaun kerana ia adalah seorang Taghut. BERBAHASALAH KAMU BERDUA KEPADANYA DENGAN BAHASA YANG LEMAH-LEMBUT mudah-mudahan dia boleh ingat dan takut."
(SURAH TAHA, 20:44)

Kalau kepada Firaun disurah berbahasa dengan cara yang lemah-lembut, pastinya kepada seorang pemimpin Islam dituntut agar menggunakan kalimah yang sopan dan baik. Oleh yang demikian, DIHARAMKAN bagi mereka yang beriman MEMAKI HAMUN, MENCERCA, MENCARI-CARI KESALAHAN DAN MEMFITNAH PEMIMPIN ISLAM.

Menurut penafsiran dari Imam Al-Qurtubi Rahimahumullah tentang ayat diatas (TAHA, 44)

"Dengan yang demikian ia menunjukkan perlunya menggunakan kata-kata yang lemah lembut kepada sesiapa yang berkuasa," *

*Rujuk Al-Jami'k Lia' Hukm Al-Quran - Al-Qurtubi. Jilid 11, Halaman 199.

Allah memerintahkan agar orang Islam menggunakan kalimah yang baik kepada orang lain atau diam :

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." *

*Rujuk : H/R Bukhari (10/445) Al-Fath. Muslim (1/68)

Nas ini merupakan ayat pendidikan bagi setiap orang yang beriman. Menyeru agar mereka yang beriman sentiasa berbudi-bahasa, bersopan-santun dan sentiasa menggunakan perkataan yang terbaik kepada semua manusia, siapa dan apapun kedudukan atau pangkat orang tersebut. Firman Allah :

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia"
(Al-Baqarah, 2:38)

Menurut tafsiran Ibn Kathir, yang dimaksudkan:

"Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia" ialah : "Berkatalah kepada manusia dengan kata-kata yang sopan dan lemah-lembut (bukan menghina). Dan termasuklah dalam hal ini menyuruh melakukan kebaikan dan menegah dari kemungkaran."*

*Rujuk: Tafsir Ibn Kathir Jld 1. Halaman 169.

Nabi Muhammad S.A.W apabila ditanya mengenai siapakah orang Islam yang mulia akhlaknya dan sikapnya? Baginda bersabda:

"(Islam yang baik ialah) barangsiapa yang menjadikan orang lain selamat dari lidah dan tangannya"*

*Rujuk: H/R Bukhari. (1/54) Al-Fath dan Muslim (1/65).


Saudaraku, disini inginku berpesan supaya janganlah kita mencampuri urusan yang mana kita bukan ahlinya. Tugas dan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim adalah mentaati pemerintah bagi mencari keredhaan dari Allah S.W.T semata-mata.

Saudaraku yang ku kasihi,

Bergurulah dengan Ulama-ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya. Bergurulah dengan Ulama yang hanya berlandaskan Al-Quran dan Hadis yang sahih.

Semoga Allah memberkati kita dalam mencari jawapan yang sebenar.

Dicatat oleh ڤنا مينڠ / PENA MINANG di 00:52

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

ISLAM MENGHARAMKAN HIZBI

Islam mewajibkan uamtnya bersatu dalam satu pemerintahan dan mengharamkan perpecahan, oleh sebab itu tidak dihalalkan menubuhkan parti pembangkang dalam sebuah neagra Islam yang masih diperintah oleh pemimpin Islam.

Menubuhkan Hizbi (parti) pembangkang di dalam sebuah negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dianggap syara' sebagai hizib Khawarij. Rasulullah S.A.W bersabda

"Sesiapa yang datang kepada kamu, sedangkan kamu bersatu di tangan seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin menggugurkan ketaatan kamu dan ingin memecah belahkan kamu, maka BUNUHLAH DIA"*

*Hadis riwayat Muslim. No.1856.

Seseorang yang BERIMAN, BERILMU DAN BERTAQWA, sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan hujjah-hujjah sesebuah parti walaupun parti tersebut dianggotai oleh Ulama. Hujjah-hujjah syara' jika digunakan untuk tujuan semata-mata mahu menjatuhkan para pemimpin Islam dan ketua negara Islam, maka perbuatan tersebut menyerupai firqah Khawarij, yang menyeru rakyat jelata menentang dan menjatuhkan pemerintah. Syara' telah mengharamkan setiap orang yang beriman menyerupai amalan dan akidah gologan Khawarij.

Rasulullah S.A.W dan para sahabt telah menjelaskan sifat-sifat Khawarij, bahawa mereka (Khawarij) ibadah dan solatnya kelihatan lebih hebat, lebih khusyuk dari ibadah solat para sahabat.

Namun mereka itulah golongan yang terkeluar dari Millah Islamiyah, kerana mudah menghukum kafir, menghukum fasik, dan suka memburuk-burukkan, mencela, menghina serta mengutuk para pemimpin dan pemerintah Islam yang tidak berhukum dengan hukum Allah.

Seterusnya, antara tanda-tanda yang termasuk dalam golongan Khawarij ialah mereka yang mudah memberikan fatwa atau menganggap sesat, kafir, dan tidak masuk syurga kaum muslimin yang tidak menyokong parti atau orang-orang yang tidak sefahaman dengan mereka.

Golongan Khawarij menghalalkan darah dan harta kaum muslimin yang berada di luar kelompok mereka. Mereka mudah bekerjasama dengan golongan muktazilah dan kelompok bid'ah yang lain. Golongan Khawarij ini sering menakut-nakutkan muslimin akan masuk Neraka jika menolak seruan mereka.

Khawarij dan para pengikutnya pandai dan berkarisma semasa berpidato, lancar membaca ayat-ayat Al-Quran, fasih membawa beberapa potong hadis di dalam ucapan mereka dan mudah memberikan fatwa dan menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna nas-nas Al-Quran dan hadis yang mereka selitkan dalam ucapan mereka.

Tujuan mereka berbuat demikian semata-mata untuk mempengaruhi orang-orang yang jahil, yang bertujuan untuk memenuhi kepentingan parti atau hawa nafsu mereka. Rasulullah S.A.W mengkhabarkan hal ini :

"Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melebihi kerongkong mereka (tidak sampai ke hati mereka"*

Hadis Riwayat Bukhari.(3611) Muslim (1066)

"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang-orang yang benar-benar jelas kekafirannya).*

*Lihat: H/R Bukhari (3644). Muslim (1064). Sahih Al-Jamek 2227.

Rasulullah S.A.W telah menggambarkan dengan jelas keadaan sebenar siapa dia yang dianggap Khawarij. Menurut hadis, golongan Khawarij akan sentiasa muncul dan akan muncul dengan ramainya di akhir zaman.

"Akan muncul di akhir zaman satu kaum muda belia umurnya tetapi singkat akalnya. Mereka meniru ucapan sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad), namun Imannya tidak melewati kerongkongnya, dimana sahaja kamu menemui mereka maka bunuhlah mereka, kerana sesungguhnya membunuh mereka ada pahalanya di Hari Kiamat bagi orang yang membunuh mereka."*

*Hadis riwayat Bukhari (6930). Muslim (1066).

Menurut Syeikhul Ulama Islam Ibn Timiyah rahimahullah dalam menjelaskan tanda-tanda Khawarij :

"Tanda paling besar kesesatan Khawarij ialah keyakinan mereka berkenaan pemimpin yang mendapat petunjuk (pemimpin beragama Islam tetapi dihukum kafir oleh mereka kerana tidak berhukum dengan hukum Allah) dan keyakinan mereka terhadap kaum muslimin yang semuanya mereka hukum sesat (kerana tidak mengikut kelompok mereka). Mereka juga mengkategorikan apa yang mereka anggap kezaliman kedalam kategori KAFIR"*

*Lihat Majmuk Fatawa. Jld 28. Hlm. 497. Ibn Taimiyah.

Orang-orang yang beriman sewajarnya mampu mengenali kriteria ahli bid'ah "Khawarij Gaya Baru", kerana golongan ini suka menggelar diri mereka sebagai Ulama. Mereka pandai memerangkap (menipu) ummah melalui kegiatan-kegiatan ceramah politiknya yang mereka hiasi dengan nas-nas Al-Quran, As-sunnah, atau fatwa ulama Muktabar. Mereka bijak mempersonakan masyarakat Islam dengan karisma mereka dalam berpidato, menyelewengkan tafsiran, maksud dan makna ayat-ayat Al-Quran atau As-Sunnah sehingga memesongkan pemikiran dan akidah mereka-mereka yang jahil.

Jadi dalam konteks ini adakah PARTI ISLAM SE-MALAYSIA berlandaskan syariah Islam? Saudara fikirlah sendiri. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah selain berguru dengan Ulama yang jujur dalam menyampaikan ilmunya bagi mencari jawapan yang sebenar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Semoga saudara di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Dicatat oleh ڤنا مينڠ / PENA MINANG di 00:31

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Jadi Anna Cabar Anta KEMUKAKAN HUJJAH DAN HADIS YANG SAHIH BAGI MENANGKIS HUJJAH ANA INI.

ISLAM ITU INDAH.

IBAN MUSLIM said...

Rasulullah dulu seingat saya yang jahil ni, menyampaikan ajaran Islam yang meliputi semua aspek termasuk politik Islam melalui masjid. Tak pernah saya dengar, kalau turun ayat quran yang bersangkutpaut dengan hukum hakam berkaitan kepimpinan/pemerintahan Islam nabi bawa para sahabat keluar masjid. Tak pernah dengar begitu...Makna kata semua berkaitan Islam termasuk politik sesuai disampaikan di dalam masjid. Kalau kata politik tak boleh cerita di dalam masjid, mungkin itu politik yang bukan berteraskan Islam!

Maka, arahan JAIP itu khas untuk politik sekular kot...

lebai kampung said...

Pena Minang,
dulu tok mufti perak tu cakap, sangkut politik kat pagar masjid. mana dia belajar? masa Nabi saw dan para sahabat menggunakan masjid untuk tujuan pemerintahan. Mereka bertunjangkan al Quran dan sunnah. adakah pemerintah umno sekarang setaraf dgn pemerintahan para sahabat? kalau Mid Man atau Nakhaie yang cakap boleh jugak kita pakat dengar sebab mereka ulama dan berpolitik. Tapi tok mufti tu suruh sangkut politik kat pagar seolah-olah menyangkut kain basahan. Inilah yang memalukan dan tak menghayati bab pemerintahan. setakat baca kitab haid dan nifas. Malangnya ulama umno semuanya dah kena buang dan duduk kat tangga PWTC sahaja. Harap mereka tak jadi ulama ussu' dan ulama resmi pemerintah sekular atau ulama pengampu zaman Umaiyah atau Abbassiah. Adakah amir atau pemerintah spt Mahathir, Dolah atau Najib yang sarat pikul skandal tu layak jadi pemerintah Islam yang wajib ditaati? bini pun tak tak tutup aurat dan akhlak pun ngalah artis pencen. Saya tau sangat perangai pemimpin umno sebab saya dulu pun dari rumah yang sama. Saya rasa cabaran Pena Minang tak bertempat sebab kita tau mana kilatan cahaya kebenaran dengan kilatan mata syaitan dari mata pena anda. Jangan samakan umno dan pemimpinnya sama dgn pemerintahn Islam sebab mereka cuma ambil Islam mana yang boleh dipergunakan sahaja. kalau kita bincang bab aurat saja, mana layaknya kita nak taat dgn pemerintah spt itu? ok, lihat Najib dan isterinya. Siapa Najib dan Rusmah? semua orang tau siapa mereka sebelum kawin dan selepas kawin... kalau dia nafikan terlibat dgn pompuan monggolia tu, adakah dia boleh nafikan peristiwa dgn artis di PD? tapi org umno tak kira itu semua, maruah dan akhlak pemimpin campak tepi dan seolah-olah tiada manusia dlm umno yang berakhlak untuk dinobatkan sbg ketua. Taat pemimpin perlu dilihat dlm konteks Islam dan mereka perlu bertunjangkan Islam, bukan atas nama melayu dan celup sikit Islam. Sejahat manapun pemimpin zaman Umaiyah dan Abbassiah, mereka masih menjadikan Islam sebagai perlembagaan negara. Itupun Abu Bakar dan Umar r.a berkata, kalau mereka berada bukan dalam landasan yang betul, jangan ikut mereka dan perbetulkan mereka. Ada orang ingin membetulkan Umar dengan pedangnya jika beliau salah. Nah, pemimpin umno dan parti umno ternyata berada dalam kesesatan dan berteraskan kebangsaan (assobiah) yang terlarang. mereka sesat dan menyesatkan, layakkah kita taat? Tahukah pena minang apa itu assobiah, sekularisma, ugama suku politik suku yang menjadi budaya umno? kalau tak tau tanya Nakhaie sebab kertas kerja dia ttg itu semua semasa dalam Pas masih saya simpan.

lebai kampung said...

Pena Minang tulis begini:

Syara' tidak pernah menghalalkan umat Islam menubuhkan dua parti ataupun dua pemimpin dalam sebuah negara Islam. Larangan ini terdapat dalam beberapa hadis sahih antaranya ialah :

"Apabila dilantik dua orang khalifah* (pemimpin dalam sebuah negara Islam) maka bunuhlah yang terakhir antara kedua (perlantikan kedua"**

*Khalifah yang dimaksudkan dalam hadis-hadis ini ialah pemimpin atau ketua negara/kerajaan

**H/R Bukhari 5/401. Muslim 3/1471. Ibn Majah 2/958. Dan Ahmad 2/297.

Adakah cara pemimpin pakatan pembangkang adalah satu perbuatan yang dihalalkan oleh Islam? Fikirkanlah.

saya mengulas begini, umno ditubuhkan pada 1946 atas nama Melayu. Sebelumnya sudah ada beberapa pertubuhan yang dianggotai oleh orang melayu tetapi penjajah hanya setuju dgn Umno sahaja. Kemudian tertubuh pula Pesatuan Ulama di Penang yang kemudiannya terbentuk PAS. Ramai ulama umno terlibat dlm penubuhan PAS masa itu, kenapa wujud Pas? Pena Minang perlu baca sejarahnya.

Bandingkan motto dan perlembagaan keduanya waktu itu, bab negara Islam, nampak sangat Pena Minang kebangangan menilai mana negara Islam dengan negara umat islam. Malulah sikit sebab negara yang tidak mengambil Islam ( Quran dan sunnah) sbg dasar pemerintahan adalah bukan negara Islam, mereka hanya layak dikenali sbg negara umat Islam sahaja. Iran dan Sudah mungkin boleh dipanggil negara Islam walaupun masih boleh diperbahaskan. Mesir, Pakistan, Indonesia adalah negara umat Islam sebab ciri2 negara Islam tidak tepat. Mahathir dan Musa Hitam dulu bermatian kata Malaysia negara sekular tapi kemudiannya mengaku jadi negara Islam pulak. Kalau negara Islam kenapa ada pusat judi, loteri, 4D? adakah pemimpin umno layak spt khalifah Islam? Almarhum Dato Ishak baharom, mufti selangor kata dividen ASN/ASB itu haram tapi kerajaan suruh dia tutup mulut. Tanya Dato Mufti NS yang turut sanggah saham tersebut. Apa kata Isa Samad? jadi semua khalifah umno adalah sesat belaka.

Nasib baik pemimpin umno spt Ali Rustam, Rahim, Fidah, Isa atau Mat Tyson tak menang dlm pemilihan lalu, kalau tidak semua amir atau khalifah negara Islam Malaysia berketuakan musang berjanggut. Jamalaudin Jarjis? kaki raba... KJ? siapa lagi...? berdosakah kami menentang khalifah begini?

Ada pernah orang Melaka kata, Encik... jaga anak dara cik tuu.. jangan biarkan merayau kat bandar Melaka sebab... dah ramai yang kena tebuk KM ( Kaki M****)

azmykelanajaya said...

DEMOKRSI BERPARLIMEN ADALAH DEMOKRASI TERPIMPIN MELALUI KEPATUHAN TERHADAP UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN SESEBUAH NEGARA UNTUK MEWUJUDKAN KEAMANAN SEPANJANG MASA.
IA BUKANNYA KEBEBASAN MEMBUTA TULI DAN TAFSIRAN MENGIKUT NAFSU HATI SERTA HUKUM AKAL YANG CETEK TANPA MENGHORMATI KEMULIAAN UNDANG-UNDANG.
ALLAH SWT MENGHANTAR MANUSIA KE DUNIA BUKAN UNTUK HIDUP DENGAN PERATURAN SENDIRI DAN BEBAS LAKUKAN APASAJA. MANUSIA DIPIMPIN OLEH UTUSAN ALLAH SWT IAITU PARA NABI DAN RASUL.
DEMOKRASI YANG DIPIMPIN OLEH NABI DAN RASUL TELAH MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERAKHLAK MULIA MALAH MAMPU MENARIK RAHMAT DAN BANTUAN DARI ALLAH SWT WALAUPUN RASUL SAW TIDAK BERSAMA MEREKA.
ALLAH SWT PERKENAN SOLAT DAN DOA SAHABAT,SAAD ABI WAQAS R.A BERSAMA JEMAAH DAKWAHNYA KE CINA MELINTASI SUNGAI BERSAMA KUDA MEREKA TANPA SETITIK AIR PUN TERKENA PADA KAKI KUDA SAHABAT. MALAH BANYAK LAGI KISAH SAHABAT YANG MENDAPAT NUSRAH(BANTUAN) DARI ALLAH SWT TANPA RASUL SAW DISISI MEREKA.
INILAH HASIL MANUSIA YANG DIDIDIK MELALUI PROSES DEMOKRASI TERPIMPIN. SEBALIKNYA,MANA-MANA MANUSIA YANG CUBA HIDUP DENGAN PRINSIP "KEBEBASAN TERSENDIRI" MAKA KAUM TERSEBUT BUKAN MENUJU KEJAYAAN TAPI SEBENARNYA MEREKA MENUJU KEHANCURAN DAN NASIB MEREKA SAMALAH DENGAN NASIB KAUM YANG TERDAHULU.
KENAPA PIHAK PERIKATAN RAKYAT YANG BERPAKSIKAN ISLAM SEBAGAI TERAS HANYA BERDIAM DIRI BILA RAKAN KONGSI MEREKA DENGAN LANTANG AGAR DIBERIKAN "KEBEBASAN" SEPENUHNYA?
HALALKAH FITNAH MELULU DAN ADAKAH IANYA TERMASUK KEBEBASAN HAK INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH DICABUL?
DARI SUDUT PERSPEKTIF MANA YANG DILIHAT OLEH PAKATAN RAKYAT MENGENAI ISU KEBEBASAN MUTLAK?HARUSKAH DIKETEPIKAN KETETAPAN HUKUM ILAHI BILA BERBICARA SOAL KEBEBASAN?
JAUH DI SUDUT HATI KARPAL SINGH,KETETAPAN ALLAH SWT PUN MUNGKIN DIPERSOALKAN KERANA DIALAH SELALUNYA MEMBANTAH DENGAN KERAS ISU PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN ISLAM YANG CUBA DI KETENGAHKAN OLEH PARTI PAS,SEOLAH OLAH ISLAM TIDAK BEBAS.
SIAPA KARPAL YANG BEGITU BEBAS MENGKRITIK SULTAN DAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI RAJA YANG DI PERTUAN AGONG.
HEBAT SANGATKAH BELIAU HINGGA BOLEH MENGHENTAM SIAPA SAJA,ADAKAH KERANA BELIAU BERKERUSI RODA MAKA SINDIRANNYA TIDAK PERLU DIAMBIL KIRA.
GOLONGAN INILAH YANG LANTANG MEMEKIK MERAUNG AGAR "KEBEBASAN MUTLAK" DIBERIKAN DAN MINTA AGAR SEMUA AKTA YANG TERLIBAT DIHAPUSKAN,UNTUK APA?SUPAYA LAHIRNYA KEBEBASAN KEPADA TUKANG-TUKANG FITNAH DAN BERI LALUAN KEPADA MEREKA UNTUK JADI PENGLIPURLARA ZAMAN INI.
LIHATLAH SENDIRI TUKANG-TUKANG FITNAH YANG SEWENANGNYA MENABUR FITNAH DAN MENGOLAH CERITA,SAMA SEPERTI ZAMAN NABI DAN RASUL TERDAHULU,MISI MEREKA HANYA SATU;MEMESONGKAN KEPERCAYAAN YANG DIBINA DARI ALLAH YANG ESA KEPADA MENYEMBAH KEMBALI BATU DAN KAYU DAN SEGALA BERHALA YANG ADA BAHKAN MENYEMBAH BINATANG PELIHARAAN. INILAH KEHENDAK TUKANG FITNAH,MENGAUT KEUNTUNGAN DARI PENDERITAAN ORANG LAIN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH ZAMAN INI SEKADAR MENULIS MENGIKUT RASA,SANGGUP BERSENGKANG MATA SEMATA MATA HENDAK MENGHASILKAN NUKILAN HALWA TELINGA TANPA FIKIR KESAN KEPADA YANG DIFITNAH SERTA KESAN KEPADA AHLI KELUARGA MEREKA TANPA MENERIMA APA-APA BAYARAN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH YANG UMUR DAH SENJA TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN LANGSUNG,DIMANA DIHABISKAN SIMPANAN MASA MUDA-MUDA DULU?
5000 "PENJAMIN" INI SANGGUPKAH BERSUBAHAT DEMI SEBUAH PENIPUAN?
5000"PENJAMIN" INI MUNGKIN BERTINDAK ATAS DASAR KESIAN,PERSOALANNYA CERDIKKAH KITA?MASA DIA DAPAT UPAH YANG LUMAYAN,INGAT KAH DIA KEPADA KITA SEMUA?
KIRANYA KITA SEMUA BERTINDAK SEBAGAI PENJAMIN MAKA SETIAP KALI PEMBOHONGAN YANG NYATA DAN DISENGAJAKAN KITA JUGA AKAN MENERIMA "SAHAM" YANG SAMA DI AKHIRAT KELAK,LUPAKAH KITA PADA ALLAH SWT YANG MENCIPTAKAN KITA.
SEOLAH OLAH KITA SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT UNTUK TUKANG KARUT INI TERUS MENGHASILKAN KARYA "SI TONGGONG DENGAN LABUNYA".
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG WARAS MAKA BERFIKIRLAH DI TAHAP KEWAJARAN YANG PALING TINGGI DEMI SEBUAH NEGARA YANG KERDIL,YANG PUNYA CITA CITA MURNI UNTUK MEMBANGUN BERSAMA RAKYATNYA DENGAN AMAN DAN MAKMUR.