Friday, April 10, 2009

KEMENANGAN BUKTI MELAYU TETAP UNDI PR

Jika orang Melayu tidak mengundi Pakatan Rakyat pada PRK Parlimen Bukit Gantang dan PRK DUN Bukit Selambau, pastinya PR akan kalah. Undi orang India dan Cina sahaja tidak mencukupi untuk menjulang PR.

Orang Melayu PADA MULANYA seakan termakan dengan isu sembah derhaka di Bukit Gantang, boneka DAP dan pemberian tanah kepada Cina. Namun TERBUKTI, setelah dijelaskan mereka memahami bahawa Cina juga adalah rakyat Malaysia dan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin bukan penderhaka.

Sebagai rakyat, orang Cina dan India juga mempunyai hak dan PR berusaha untuk tidak mengabaikan mereka dalam usaha memberikan keadilan, di samping memelihara hak Melayu.

Oleh itu pastinya, jika diterjemahkan kemenangan PR di dua bukit itu, maka akan terbuktilah majoriti Melayu mengundi PR. Ini menunjukkan bahawa majoriti Melayu terus menolak Umno/BN kerana tidak berpuashati dan perubahan pucuk pimpinan kepada DS Najib Razak sekadar menambah luka.

Calon anak tempatan Umno/BN, Ismail Saffian juga gagal menyaingi Nizar. Ismail bukan saingan Nizar. Sebelum diumumkan Nizar sebagai calon, pengundi dikatakan memberi sokongan 50-50 pada Ismail, tetapi selepas sahaja nama Nizar disebut, peratusan sokongan pada PR terus melonjak naik.

Faktor pengundi Cina banyak mempengeruhi kemenangan kerana ia menjadi penentu dan mereka benar-benar menyenangi Nizar. Undi simpati dan protes juga mempengaruhi situasi, rakyat tidak dapat menerima atau menyokong rampasan kuasa Umno.

Sokongan pengundi Cina yang meliputi 27 peratus daripada keseluruhan 56,462 pemilih berdaftar memberi kesan besar pada PR059 Bukit Gantang. Walaupun dua tiga hari sebelum pengundian seakan ada tanda seolah-olah angin perubahan melanda khususnya kalangan pengundi Cina ekoran janji-janji manis Dr Zambry AK berhubung dengan hal ehwal pemilikan tanah, tetapi realitinya TIDAK MENJADI.

Zambry cuba memancing dengan berusaha meluluskan hak pemilikan tanah kepada orang Cina dan India. Semasa Nizar membuat dasar ini, Zambry menentang keras. Orang Cina dan India tentunya tidak mudah termakan dengan janji manis ini. Mereka sedar ia mainan politik pilihan raya Umno/BN sahaja.

Sambutan hangat kehadiran pada program Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Sepetang, ternyata menipu Umno/BN. Kalangan Umno menterjemahkan kehadiran orang ramai sebagai perubahan, sedangkan hakikatnya yang hadir ialah kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Memang ramai kalangan Umno/BN yang hadir tetapi memang begitulah sifat mereka yang sering bermuka-muka, apatah lagi pada saat Ds Najib akan melantik barisan kabinetnya yang baru.

Tanda-tanda awal, Umno/BN akan kalah jelas terbayang apabila peti saluran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dibuka. Dun Kuala Sepetang mempunyai 6,276 orang atau 31.8 peratus pemilih berdaftar kaum Cina. Pada PRK Bukit Gantang kali ini, ia mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi iaitu 15,411 pengundi atau 78.14 peratus. BN terpukul kalah dengan majoriti lebih 2,000 undi di kawasan ini.

Ini bermakna BN mengalami majoriti kekalahan lebih 100 peratus berbanding pada PRU12 yang hanya mencatat 564 undi, majoriti kepada PR.

BN juga kalah dalam DUN Changkat Jering yang diwakili pakar lompat Kapt (B) Osman Jailu dengan mencatat peratusan keluar mengundi 73.79 peratus atau 18,418 pengundi. Ertinya di Dun ini, pengundi telah menolak Osman Jailu.

BN hanya menang di DUN Trong – daerah terbesar dengan jumlah pengundi terkecil iaitu 10,796 orang. Itupun dengan majoriti berkurangan daripada PRU12. Sebanyak 7,928 orang atau 73.8 peratus keluar mengundi.

Keseluruhannya 41,757 orang atau 75.34 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini, pertambahan 2.69 peratus berbanding 72.65 peratus atau 40,299 orang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

PAS telah mendapat sokongan 100 peratus daripada parti pakatan pembangkang DAP dan PKR, menang dengan majoriti 2,789 undi iaitu pertambahan 1,223 undi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

Pada PRU-12, calon BN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi kalah majoriti 1,566 undi kepada calon PAS, Roslan Shaharum yang memperolehi 20,015 undi. Calon Bebas, Morgan mendapat 872 undi.

Sedarlah BN, bahawa MCA dan Gerakan tidak relevan lagi, politik yang dibawa Umno juga sudah merudum popularitinnya. Orang Cina sudah perit dengan MCA dan Gerakan yang lebih banyak berusaha mengenyangkan perut masing-masing, kedua-duanya bersekongkol dengan Umno. Kedua-dua parti komponen BN itu juga mengiktu rentak Umno.

Orang Cina telah menyimpul mati dalam hati bahawa MCA dan Gerakan sudah gagal melaksanakan tanggungjawab setelah diberi tempoh puluhan tahun untuk membuktikan keihklasan memperjuangkan nasib mereka.

MIC pula ternyata menambah bebanan sahaja kepada BN. Ia tiada impak lagi malahan menuju kehancurannya. Namun kesalan rakyat pada UMNO/BN akan berterusan setelah tsunami 2008... sokongan pada UMNO/BN tidak pulih dan tidak akan pulih lagi.

Keputusan BN untuk melantik badan bebas melakukan bedah siasat punca kekalahan parti itu hanya lah omongan kosong. Selepas kalah pada tsunami 2008, BN juga berbuat seumpama itu tetapi apabila kajian dan analisis mengena hidung kalangan pemimpin besar mereka sendiri, ia dibakul sampah kan.

Umno/BN tidak akan berubah lagi. Ia akan berubah tetapi berubah ke arah lebih teruk lagi. Ayuhlah ramai-ramai menyertai PAS, kosongkan UMNO.

Kenyataan TS Muhyiddin Yassin sebagai rekasi pada kekalahan itu jelas membayangkan segala: “Walaupun kita bekerja keras dengan turun ke bawah memberi penjelasan kepada pengundi tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka untuk menerima kita.”

Sokongan terhadap BN semakin merosot dan keputusan PRK Bukit Gantang adalah gambaran pendirian seluruh rakyat Perak terhadap BN, terutama Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.
PRU Ke-13 bukan jauh. Pemilihan saf pimpinan Umno di bawah Najib sudahpun menunjukkan tanda-tanda negatif dan jika turut diterjemahkan dalam perlantikan barisan kabinet barunya, maka UMNO/BN menanti rebah tidak terbangun lagi.-perakite

3 ulasan:

han said...

Dear Perakini,

Nampak sangat you sendiri tidak faham issue tanah ni. Kesian saya tengok.

Perkataan yang sesuai diguna ialah "pemberian HAKMILIK". Ia bukan kasi tanah baru. Ia hanyalah pemberian HAKMILIK untuk tanah yang sudah didiami sejak beberapa generasi, mereka sudah beranak cucu di situ.

Ia melibatkan kampung2 tersusun (Melayu), kampung2 baru (majority Cina), dan sebilangan tanah adat orang asli. Ia manifesto PAS.

Penerima ialah 349 kampung tersusun, 143 kampung baru dan sebilangan penduduk orang asli.

Dari segi bilangan penerima, ia melibatkan 102,000 pemegang titles di kampung tersusun, serta 47,000 pemegang titles di kampung baru.

Sekitar 70% penerima ialah orang Melayu.

Tetapi apa yang UMNO/Utusan/TV3 dok spin saban hari dalam siaran mereka ialah 'kasi tanah kat cina', seolah2 mereka dok kawasan setinggan.

Siapa Ketua Penerangan PAS Perak ? Jangan asyik sibuk makan kenduri. Kalau tidak boleh buat kerja, sila bagi orang lain.

Isu ni dah lama, tapi tiada initiative penerangan yang berkesan. Ramai rakyat masih dikelirukan oleh media massa, termasuk orang yang tidak sepatutnya terkeliru.

azmykelanajaya said...

DEMOKRSI BERPARLIMEN ADALAH DEMOKRASI TERPIMPIN MELALUI KEPATUHAN TERHADAP UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN SESEBUAH NEGARA UNTUK MEWUJUDKAN KEAMANAN SEPANJANG MASA.
IA BUKANNYA KEBEBASAN MEMBUTA TULI DAN TAFSIRAN MENGIKUT NAFSU HATI SERTA HUKUM AKAL YANG CETEK TANPA MENGHORMATI KEMULIAAN UNDANG-UNDANG.
ALLAH SWT MENGHANTAR MANUSIA KE DUNIA BUKAN UNTUK HIDUP DENGAN PERATURAN SENDIRI DAN BEBAS LAKUKAN APASAJA. MANUSIA DIPIMPIN OLEH UTUSAN ALLAH SWT IAITU PARA NABI DAN RASUL.
DEMOKRASI YANG DIPIMPIN OLEH NABI DAN RASUL TELAH MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERAKHLAK MULIA MALAH MAMPU MENARIK RAHMAT DAN BANTUAN DARI ALLAH SWT WALAUPUN RASUL SAW TIDAK BERSAMA MEREKA.
ALLAH SWT PERKENAN SOLAT DAN DOA SAHABAT,SAAD ABI WAQAS R.A BERSAMA JEMAAH DAKWAHNYA KE CINA MELINTASI SUNGAI BERSAMA KUDA MEREKA TANPA SETITIK AIR PUN TERKENA PADA KAKI KUDA SAHABAT. MALAH BANYAK LAGI KISAH SAHABAT YANG MENDAPAT NUSRAH(BANTUAN) DARI ALLAH SWT TANPA RASUL SAW DISISI MEREKA.
INILAH HASIL MANUSIA YANG DIDIDIK MELALUI PROSES DEMOKRASI TERPIMPIN. SEBALIKNYA,MANA-MANA MANUSIA YANG CUBA HIDUP DENGAN PRINSIP "KEBEBASAN TERSENDIRI" MAKA KAUM TERSEBUT BUKAN MENUJU KEJAYAAN TAPI SEBENARNYA MEREKA MENUJU KEHANCURAN DAN NASIB MEREKA SAMALAH DENGAN NASIB KAUM YANG TERDAHULU.
KENAPA PIHAK PERIKATAN RAKYAT YANG BERPAKSIKAN ISLAM SEBAGAI TERAS HANYA BERDIAM DIRI BILA RAKAN KONGSI MEREKA DENGAN LANTANG AGAR DIBERIKAN "KEBEBASAN" SEPENUHNYA?
HALALKAH FITNAH MELULU DAN ADAKAH IANYA TERMASUK KEBEBASAN HAK INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH DICABUL?
DARI SUDUT PERSPEKTIF MANA YANG DILIHAT OLEH PAKATAN RAKYAT MENGENAI ISU KEBEBASAN MUTLAK?HARUSKAH DIKETEPIKAN KETETAPAN HUKUM ILAHI BILA BERBICARA SOAL KEBEBASAN?
JAUH DI SUDUT HATI KARPAL SINGH,KETETAPAN ALLAH SWT PUN MUNGKIN DIPERSOALKAN KERANA DIALAH SELALUNYA MEMBANTAH DENGAN KERAS ISU PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN ISLAM YANG CUBA DI KETENGAHKAN OLEH PARTI PAS,SEOLAH OLAH ISLAM TIDAK BEBAS.
SIAPA KARPAL YANG BEGITU BEBAS MENGKRITIK SULTAN DAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI RAJA YANG DI PERTUAN AGONG.
HEBAT SANGATKAH BELIAU HINGGA BOLEH MENGHENTAM SIAPA SAJA,ADAKAH KERANA BELIAU BERKERUSI RODA MAKA SINDIRANNYA TIDAK PERLU DIAMBIL KIRA.
GOLONGAN INILAH YANG LANTANG MEMEKIK MERAUNG AGAR "KEBEBASAN MUTLAK" DIBERIKAN DAN MINTA AGAR SEMUA AKTA YANG TERLIBAT DIHAPUSKAN,UNTUK APA?SUPAYA LAHIRNYA KEBEBASAN KEPADA TUKANG-TUKANG FITNAH DAN BERI LALUAN KEPADA MEREKA UNTUK JADI PENGLIPURLARA ZAMAN INI.
LIHATLAH SENDIRI TUKANG-TUKANG FITNAH YANG SEWENANGNYA MENABUR FITNAH DAN MENGOLAH CERITA,SAMA SEPERTI ZAMAN NABI DAN RASUL TERDAHULU,MISI MEREKA HANYA SATU;MEMESONGKAN KEPERCAYAAN YANG DIBINA DARI ALLAH YANG ESA KEPADA MENYEMBAH KEMBALI BATU DAN KAYU DAN SEGALA BERHALA YANG ADA BAHKAN MENYEMBAH BINATANG PELIHARAAN. INILAH KEHENDAK TUKANG FITNAH,MENGAUT KEUNTUNGAN DARI PENDERITAAN ORANG LAIN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH ZAMAN INI SEKADAR MENULIS MENGIKUT RASA,SANGGUP BERSENGKANG MATA SEMATA MATA HENDAK MENGHASILKAN NUKILAN HALWA TELINGA TANPA FIKIR KESAN KEPADA YANG DIFITNAH SERTA KESAN KEPADA AHLI KELUARGA MEREKA TANPA MENERIMA APA-APA BAYARAN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH YANG UMUR DAH SENJA TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN LANGSUNG,DIMANA DIHABISKAN SIMPANAN MASA MUDA-MUDA DULU?
5000 "PENJAMIN" INI SANGGUPKAH BERSUBAHAT DEMI SEBUAH PENIPUAN?
5000"PENJAMIN" INI MUNGKIN BERTINDAK ATAS DASAR KESIAN,PERSOALANNYA CERDIKKAH KITA?MASA DIA DAPAT UPAH YANG LUMAYAN,INGAT KAH DIA KEPADA KITA SEMUA?
KIRANYA KITA SEMUA BERTINDAK SEBAGAI PENJAMIN MAKA SETIAP KALI PEMBOHONGAN YANG NYATA DAN DISENGAJAKAN KITA JUGA AKAN MENERIMA "SAHAM" YANG SAMA DI AKHIRAT KELAK,LUPAKAH KITA PADA ALLAH SWT YANG MENCIPTAKAN KITA.
SEOLAH OLAH KITA SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT UNTUK TUKANG KARUT INI TERUS MENGHASILKAN KARYA "SI TONGGONG DENGAN LABUNYA".
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG WARAS MAKA BERFIKIRLAH DI TAHAP KEWAJARAN YANG PALING TINGGI DEMI SEBUAH NEGARA YANG KERDIL,YANG PUNYA CITA CITA MURNI UNTUK MEMBANGUN BERSAMA RAKYATNYA DENGAN AMAN DAN MAKMUR.