Friday, April 24, 2009
UMno Gadai Melayu
Antara isu yang menarik adalam berita nasional semalam ialah mengenai penghapusan keperluan pegangan 30% ekuiti Bumiputera dalam 27 sektor kecil perkhidmatan. Dalam keadaan negara masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti bumiputera seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, nampaknya Najib Razak mengambil langkah berani menghapuskan terus Dasar ini sepertimana yang diminta oleh Parti MCA, Gerakan dan MIC, rakan parti komponennya dalam BN.
Sekiranya kita masih ingat, perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedikit masa dahulu namun akibatnya beliau dicerca oleh keseluruhan pimpinan dan ahli Umno BN termasuk pimpinan NGO Melayu. Akibatnya isu ini terhenti begitu sahaj dan menjadi tidak popular untuk dibangkitan lagi. Nah keadaan kini menjadi sebaliknya. Kalau sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat yang membangkitkan persoalan perlunya pegangan 30% ekuiti Bumiputra dihapuskan, namun sekarang Najib Razak, pemimpin no. 1 pula yang bersuara.
Persoalannya adakah pula selepas ini pemimpin melayu Umno ataupun NGO Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak ini? Ketika pemimpin UBN terus menerus menyerang Nizar kerana menjadi boneka DAP, adakah tindakan Najib Razak ini tidak boleh dipersoalkan?
Untuk pengetahuan kita, ini bukanlah tindakan membunuh usahawan kaum Melayu yang pertama dibuat oleh Najis Razak selepas menerima jawatan Menteri Perdana Malaysia ini. Sebelum ini juga, dalam memperkenalkan barisan kabinet kerajaan pimpinannya yang baru, beliau juga telah menghapuskan satu kementerian yang amat penting dalam pembangunan usahawan kaum Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan hanya menyerap fungsi tugas kementerian itu kepada 8 Kementerian yang berlainan. Aku harap akan ada pemimpin Umno seperti Ibrahim Ali mahupun Raja-raja Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak kali ini.-budakIpohTimur blog
2 ulasan:
DS Najib hanya lah terpaksa menari mengikut gendang yang di palu dek DAP, PKR dan PAS dalam isu tersebut.
Nah, kan ini yang dilaungkan oleh Ketuanan Pakatan Rakyat?
Apa lagi nak marah2 yob?
Dah habis mereka gasak hak Melayu dibawah DEB, mereka gadai lagi hak Melayu!
Dan jangan libatkan DAP, PKR dan PAS kerana PR perjuangkan hak rakyat bawahan dan PR memperjuangkan hak orang Melayu, jangan jadi bangang!
Post a Comment