Monday, April 27, 2009

DUN Penanti: Pilihan raya kecil 31 Mei, penamaan calon 23 Mei

PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini dengan tempoh berkempen selama lapan hari.

Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.

Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulai Pinang.

Dengan keputusan itu ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

MAKLUMAT SEPINTAS LALU:

Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara

Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran

Jumlah petugas: 242 orang

Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-mstar

0 ulasan: