Wednesday, April 8, 2009

NIZAR: BUKTI RAKYAT MAHUKAN KEADILAN


TAIPING: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil hari ini dengan memperoleh 21,860 undi menewaskan calon BN Ismail Saffian dan calon bebas Kamrul Ramizu.Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008. Ismail mendapat 19,071 undi, manakala Ramizu hanya 62 undi. Razamizu hilang wang pertaruhan.

FRU MENYEMBUR GAS PEMEDIH MATA pada 7 APRIL 2009

Semasa berucap, Nizar menyifatkan kemenangan beliau sebagai satu referendum rakyat yang mahukan sebuah kerajaan demokratik, urus tadbir baik dan adil serta menghendaki Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.
Ia menunjukkan majoriti rakyat sekata dengan desakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan rakyat membuat keputusan baru melalui pilihan raya baru, katanya.Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, kemenangan ini signifikan dari sudut lanskap politik Perak dan nasional, khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan Majlis Perbandaran Taiping (pusat penjumlahan undi) meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian Allahyarham Roslan Shahrom . Pada Pru12, calon PAS itu memperolehi 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 136 daripada pemilih pos. Secara komposisi kaum Melayu mewakili 63.5 peratus, Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

DI PRK DUN Bukit Selambau, Kedah pula, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar menang dengan meraih 12,632 undi, menewaskan calon BN S.Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan majoriti 2,403 undi.-blog malayakita &paparan video untuk tatapan semua(dari blog anilnetto)

1 ulasan:

azmykelanajaya said...

DEMOKRSI BERPARLIMEN ADALAH DEMOKRASI TERPIMPIN MELALUI KEPATUHAN TERHADAP UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN SESEBUAH NEGARA UNTUK MEWUJUDKAN KEAMANAN SEPANJANG MASA.
IA BUKANNYA KEBEBASAN MEMBUTA TULI DAN TAFSIRAN MENGIKUT NAFSU HATI SERTA HUKUM AKAL YANG CETEK TANPA MENGHORMATI KEMULIAAN UNDANG-UNDANG.
ALLAH SWT MENGHANTAR MANUSIA KE DUNIA BUKAN UNTUK HIDUP DENGAN PERATURAN SENDIRI DAN BEBAS LAKUKAN APASAJA. MANUSIA DIPIMPIN OLEH UTUSAN ALLAH SWT IAITU PARA NABI DAN RASUL.
DEMOKRASI YANG DIPIMPIN OLEH NABI DAN RASUL TELAH MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERAKHLAK MULIA MALAH MAMPU MENARIK RAHMAT DAN BANTUAN DARI ALLAH SWT WALAUPUN RASUL SAW TIDAK BERSAMA MEREKA.
ALLAH SWT PERKENAN SOLAT DAN DOA SAHABAT,SAAD ABI WAQAS R.A BERSAMA JEMAAH DAKWAHNYA KE CINA MELINTASI SUNGAI BERSAMA KUDA MEREKA TANPA SETITIK AIR PUN TERKENA PADA KAKI KUDA SAHABAT. MALAH BANYAK LAGI KISAH SAHABAT YANG MENDAPAT NUSRAH(BANTUAN) DARI ALLAH SWT TANPA RASUL SAW DISISI MEREKA.
INILAH HASIL MANUSIA YANG DIDIDIK MELALUI PROSES DEMOKRASI TERPIMPIN. SEBALIKNYA,MANA-MANA MANUSIA YANG CUBA HIDUP DENGAN PRINSIP "KEBEBASAN TERSENDIRI" MAKA KAUM TERSEBUT BUKAN MENUJU KEJAYAAN TAPI SEBENARNYA MEREKA MENUJU KEHANCURAN DAN NASIB MEREKA SAMALAH DENGAN NASIB KAUM YANG TERDAHULU.
KENAPA PIHAK PERIKATAN RAKYAT YANG BERPAKSIKAN ISLAM SEBAGAI TERAS HANYA BERDIAM DIRI BILA RAKAN KONGSI MEREKA DENGAN LANTANG AGAR DIBERIKAN "KEBEBASAN" SEPENUHNYA?
HALALKAH FITNAH MELULU DAN ADAKAH IANYA TERMASUK KEBEBASAN HAK INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH DICABUL?
DARI SUDUT PERSPEKTIF MANA YANG DILIHAT OLEH PAKATAN RAKYAT MENGENAI ISU KEBEBASAN MUTLAK?HARUSKAH DIKETEPIKAN KETETAPAN HUKUM ILAHI BILA BERBICARA SOAL KEBEBASAN?
JAUH DI SUDUT HATI KARPAL SINGH,KETETAPAN ALLAH SWT PUN MUNGKIN DIPERSOALKAN KERANA DIALAH SELALUNYA MEMBANTAH DENGAN KERAS ISU PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN ISLAM YANG CUBA DI KETENGAHKAN OLEH PARTI PAS,SEOLAH OLAH ISLAM TIDAK BEBAS.
SIAPA KARPAL YANG BEGITU BEBAS MENGKRITIK SULTAN DAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI RAJA YANG DI PERTUAN AGONG.
HEBAT SANGATKAH BELIAU HINGGA BOLEH MENGHENTAM SIAPA SAJA,ADAKAH KERANA BELIAU BERKERUSI RODA MAKA SINDIRANNYA TIDAK PERLU DIAMBIL KIRA.
GOLONGAN INILAH YANG LANTANG MEMEKIK MERAUNG AGAR "KEBEBASAN MUTLAK" DIBERIKAN DAN MINTA AGAR SEMUA AKTA YANG TERLIBAT DIHAPUSKAN,UNTUK APA?SUPAYA LAHIRNYA KEBEBASAN KEPADA TUKANG-TUKANG FITNAH DAN BERI LALUAN KEPADA MEREKA UNTUK JADI PENGLIPURLARA ZAMAN INI.
LIHATLAH SENDIRI TUKANG-TUKANG FITNAH YANG SEWENANGNYA MENABUR FITNAH DAN MENGOLAH CERITA,SAMA SEPERTI ZAMAN NABI DAN RASUL TERDAHULU,MISI MEREKA HANYA SATU;MEMESONGKAN KEPERCAYAAN YANG DIBINA DARI ALLAH YANG ESA KEPADA MENYEMBAH KEMBALI BATU DAN KAYU DAN SEGALA BERHALA YANG ADA BAHKAN MENYEMBAH BINATANG PELIHARAAN. INILAH KEHENDAK TUKANG FITNAH,MENGAUT KEUNTUNGAN DARI PENDERITAAN ORANG LAIN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH ZAMAN INI SEKADAR MENULIS MENGIKUT RASA,SANGGUP BERSENGKANG MATA SEMATA MATA HENDAK MENGHASILKAN NUKILAN HALWA TELINGA TANPA FIKIR KESAN KEPADA YANG DIFITNAH SERTA KESAN KEPADA AHLI KELUARGA MEREKA TANPA MENERIMA APA-APA BAYARAN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH YANG UMUR DAH SENJA TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN LANGSUNG,DIMANA DIHABISKAN SIMPANAN MASA MUDA-MUDA DULU?
5000 "PENJAMIN" INI SANGGUPKAH BERSUBAHAT DEMI SEBUAH PENIPUAN?
5000"PENJAMIN" INI MUNGKIN BERTINDAK ATAS DASAR KESIAN,PERSOALANNYA CERDIKKAH KITA?MASA DIA DAPAT UPAH YANG LUMAYAN,INGAT KAH DIA KEPADA KITA SEMUA?
KIRANYA KITA SEMUA BERTINDAK SEBAGAI PENJAMIN MAKA SETIAP KALI PEMBOHONGAN YANG NYATA DAN DISENGAJAKAN KITA JUGA AKAN MENERIMA "SAHAM" YANG SAMA DI AKHIRAT KELAK,LUPAKAH KITA PADA ALLAH SWT YANG MENCIPTAKAN KITA.
SEOLAH OLAH KITA SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT UNTUK TUKANG KARUT INI TERUS MENGHASILKAN KARYA "SI TONGGONG DENGAN LABUNYA".
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG WARAS MAKA BERFIKIRLAH DI TAHAP KEWAJARAN YANG PALING TINGGI DEMI SEBUAH NEGARA YANG KERDIL,YANG PUNYA CITA CITA MURNI UNTUK MEMBANGUN BERSAMA RAKYATNYA DENGAN AMAN DAN MAKMUR.