Tuesday, April 14, 2009
Kes Bukit Chandan ditangguh ke 29 April
Peguambela Augustine sedang memberikan kenyataan kepadawartawan selepas perbicaraan.
Turut hadir MP Kulasegaran dikanannya.
Peserta Perhimpunan di Kuala Kangsar yang di tangkap pada 6 Februari 2009 yang lepas disebut kesnya di Mahkamah Kuala Kangsar pagi tadi.Peguambela Augustin, berhujah untuk mendapatkan perintah menangguhkan tarikh perbicaraan dengan alasan bahawa tindakan timbalan pendakwaraya memberikan dokumen dan gambar kes hanya pagi tadi dan tidak sempat untuk diteliti dan dikaji.Beliau juga menyifatkan perkara begitu sebagai 'Trial by ambush'
Drs. Khalil Idham Lim turut hadir memberikansemangat dan sokongan kepada OKT
Peguambela berhujah mengenai gambar dan dokumen penting diterima awal kerana ia menjadi asas pertuduhan.Pendakwaraya semasa hujah balasnya mengatakan soal gambar adalah 'kacang' sahaja. Beliau mengatakan tidak ada ketetapan undang-undang supaya dokumen diserah lebih awal. Sambil mengakui hanya wakil peguam yang diserah minggu lepas(8 April) dan yang lainnya diserah pada pagi ini
Dalam penghakimannya, Hakim mengakui dokumen yang banyak dan gambar termasuk rakaman CD tidak sempat diteliti oleh peguam.Untuk memberikan masa yang cukup untuk pembelaan kes ini supaya keadilan dapat diberikan kepada OKT, Hakim bersetuju supaya penangguhan kes dibenarkan untuk penangguhan.Hakim memutuskan 29 April sebagai hari sebutan kes akan datang. -Al-Husseyn
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment