Thursday, April 30, 2009
Rayuan derma untuk pesakit buah pinggang kronik.
Salurkan bantuan anda langsung ke akaun pesakit tersebut :
Nama : Mohd Khairul Nizam bin Azmi/Che Jam binti Mat Saleh
Bank : Bank Islam Cawangan Parit Buntar Perak
No.Akaun : 08-022-02-035957-9
Akaun ini khusus dibuka untuk memberi peluang kepada penderma budiman bagi menyegerakan pembinaan bilik yang akan diusahakan secara gotong royong dibawah pengelolaan Pejabat ADUN Titi Serong.
Sebelum ini pada bulan oktober 2008 saya telah melawat dan menyiarkan berita dalam blog ini tentang pesakit buah pinggang berumur 17 tahun itu. Pelajar SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar itu mengidap penyakit itu sejak berumur 4 tahun . Kini beliau mendapat rawatan susulan dari doktor pakar di hospital Pulau Pinang.
Menurut ibu saudara mangsa yang kematian ibunya sejak dua tahun lepas dan berpisah dengan bapa sejak kecil, khairul sekarang ini dibekalkan oleh pihak hospital dengan alat perubatan asas untuk mengantikan air melalui perut yang di tebuk setiap 4 jam sekali. Selain itu beliau juga mengalami penyakit sampingan iaitu pendengaran yang tidak jelas.
Setakat hari ini setelah lawatan dilakukan untuk sekian kalinya, termasuk beberapa kali lawatan oleh Pegawai dari pejabat ADUN didapati permohonan dari pihak berkenaan yang dipohon masih tidak diluluskan.
Terakhir 2 pegawai dari jabatan yang terbabit telah melawat ke rumah Khairul dan memberi jaminan bantuan akan disegerakan. namun sampai sekarang masih belum diluluskan.-cinaIslam
Baca Seterusnya...
JAWAPAN KENYATAAN PEGUAM UMNO , DATO’HAFARIZAM
Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.
Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.
Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.
Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa
“Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan”
Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .
Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.
Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..
Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.
Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .
Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )
Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )
Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebut
Berdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.
Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.
Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?
Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?
Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .
Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.
Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-
a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.
b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.
c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.
d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.
e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.
Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .-telokbakong blog
Baca Seterusnya...
Ceramah Bubarkan DUN Perak, ribuan penyokong PR pelbagai kaum hadir
KAMPAR : Kita tidak mahu UMNO kerana mereka mengamalkan diskriminasi kepada rakyat. Sebab itu kita mahukan Pakatan Rakyat yang tidak mengamalkan diskriminasi. Demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam ceramah di sini.
Ceramah penerangan yang diadakan di Dewan Tokong Cina Mambang Diawan menampilkan penceramah laian iaitu, Exco Kerajaan Negeri pakatan Rakyat Perak, Nga Kor Ming dan Chen Fock Chai, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Malim Nawar, Khesvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai.
DS. Nizar menjelaskan terdapat beberapa faktor dan fakta yang bercanggah sehingga Mahkamah Persekutuan telah memutuskan masalah kemelut siapakah Menteri Besar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Malah kata beliau "Mahkamah tidak ada hak menentukan siapa kerajaan yang sebenar, kerana rakyat adalah yang paling berhak menentukan siapakah kerajaan yang sah".
"Saya berterima kasih kepada saudara yang memberi sokongan termasuk dengan dengan sms dan Email" katanya.
Disamping itu beliau mengupas perkembangan Sidang DUN dengan katanya "7 Mei adalah tarikh yang mengerikan kerana hari itu akan berlaku sesuatu perkara yang tidak diduga sama sekali, kami akan bermesyuarat esok untuk menyusun strategi. Kami akah hadir mengikut bidang tugas yang ada pada speaker."
DS. Nizar menyifatkan " kemenangan di Bukit Gantang adalah kemenangan rakyat sebab itu Najib cukup takut. Sekarang UMNO takut kepada PRK kerana rakyat akan hukum mereka dan rakyat akan mengatakan kamu zalim dan aniaya negeri perak." mengakhiri ucapan penuh bersemangat pada malam ini.-cinaIslam
Baca Seterusnya...
Wednesday, April 29, 2009
Bantulah keluarga ini seikhlasnya dan kerana Allah.
Jenazah kanak-kanak Mohd Yusuf Nordin 2 tahun rentung terbakar pada 24 April 2009 .Datin Seri Fatimah kelihatan sedih melihat jenazah Mohd Yusuf (anak syurga).
Hj Nizar dan Isteri menenangkan Nordin Mat Nor 66 tahun dan Mah Abdul 34 tahun.
Musibah Pilu@Bukit Gantang :
Satu kejadian menyayat hati berlaku ke atas satu keluarga miskin tegar Nordin Mat Nor yang kehilangan 3 orang anak dalam kebakaran di Pondok Di Ladang Kelapa Sawit Kg Sungai Rotan,Batu Hampar.
HJ Nizar sewaktu kejadian di Lumut dalam satu Program Lumut Bandar Tentera Laut,bergegas untuk melihat kejadian rakyat miskin tegar kehilangan tiga anak dalam kebakaran di Sg Rotan. Beliau meminta pihak sekretariat Parlimen Bukit Gantang membantu pengurusan jenazah tiga beradik itu. Dengan kerjasama Ketua Kg Bt 26,Bt Hampar, pengurusan jenazah selesai pada 10.30 malam. Hj Nizar berharap pihak Sekretariat menguruskan pembinaan rumah baru untuk Nordin Mat Nor.
Bagi mereka yang ingin membantu bolehlah menelefon 012-5238483 untuk perhatian Cikgu Shaharudin Ahmad Sani atau di bawah ini di sertakan detail mereka bg sesiapa yang hendak menziarahi atau memberi sumbangan peribadi.-cinaIslam
Suami : Noordin b Mat Noh
i/c no.: 430313-08-5413
Acc. BSN (Giro) : 08228-41-00001451-2
Isteri : Mah Bt Abdullah
I/c no. : 751223-08-5118
Acc. BSN (giro) : 08239-41-00001399-4
No. tel : 019-557 3391
Ataupun boleh berurusan dengan Hj Mokhtar@ Pak Ngah Radhi ( didlm gambar memakai kopiah putih). No. tel : 017-561 9351. Beliau yang banyak menolong menyelesaikan segala urusan bg keluarga Pak Noordin.
http://politikbanjar.blogspot.com
Baca Seterusnya...
SIDANG DUN 7 MEI AKAN SERLAHKAN KUASA SPEAKER
IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar.
Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar.
Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN.
Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai menteri besar adalah antara kes yang tersangat relevan.
Jika perlantikan Zambry ini benar atau mengikut perlembagaan negeri, mengapa pula Zambry memohon mahkamah membuat periystiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar yang sah ? Yang pasti tentu ada kekeliruan dan asas yang boleh dipertikaikan dalam hal ini. Sehingga ini mahkamah peresekutuan menolak permohonan Zambry agar dia diisytiharkan sebagai MB yang sah
Semua ini akan menjadi precedent (ketentuan dan contoh) dalam system perundangan Negara. Ia akan menjadi bahan rujukan dalam kes seumpama ini pada kemudian hari. Gobind yang dihalau keluar dewan rakyat dan kemudian digantung perkhidmatannya sebagai MP juga telah menyaman Speaker Dewan Rakyat. Semuanya “dibenarkan” kini setelah kes Zambry menyaman speaker V Sivakumar dan mahkamah membuat keputusan bahawa Sivakumar salah dalam membuat keputusannya terhadap Zambry.
Maka begitulah juga yang dipertikaikan oleh Gobind. Ertinya speaker kini tidak lagi mempunyai immuniti, malahan sesiapa sahaja rakyat bolehmendakwa sesiapa sahaja yang membuat kenyataan dalam DUN mahupun Dewan Rakyat kerana imuniitinya kini boleh dicabar di mahkamah dan mahkamah boleh mengatasi keputusan DUN ataupun Dewan Rakyat.
Sesungguhnya semua ini mengundang bahaya .
Pada 7 Mei nanti, adalah dijangkakan bahawa satu “keributan” akan berlaku. Speaker Sivakumar masih berkuasa dalam DUN. Beliaulah yang akan menentukan segala perjalanan dalam DUN. Tentunya perkara asas yang menjadi persoalan ramai ialah kedudukan kerusi anggota DUN.
Nizar dan barisan Adun Pakatan Rakyat tentunya tidak perlu berganjak daripada kerusi yang sudah diduduki sebelum ini, iaitu di sebelah kanan Speaker Dewan. Nizar menduduki kerusi pertama di barisan kerusi sebelah kanan speaker, manakala Zambry dan Adun BN di sebelah kiri speaker.
Persoalannya apakah susun atur kedudukan Adun ini sudah diatur semula. Kalau sudah dimaklumkan dan disusun semula kedudukannya, maka ia atas arahan siapa. Yang pasti bukan arahan speaker .
Pada persidangan DUN 7hb Mei nanti, tentu akan berlaku keributan terutama perebutan kerusi tempat duduk adun-adun. Zambry tentunya mahu menduduki kerusi pertama yang diduduki Nizar. Namun Nizar tentunya tidak akan berganjak kerana secara perlembagaannya beliau belum meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Mahu tidak mahu semuanya akan terpulang pada speaker. Inilah antara perkara yang akan menarik perhatian ramai. Selepas hal ehwal kedudukan kerusi ini selesai, siapa pula yang akan dijemput oleh speaker untuk menyampaikan watikah titah ucapan kepada Paduka Seri Sultan Perak yang akan bertitah merasmikan persidangan.
Saya jangka, speaker sekali lagi mahu tidak mahu akan menjemput Nizar selaku Menteri Besar yang sah untuk menyerahkan watikah titah ucapan itu. Maka keributan akan berlaku kerana Zambry akan menentang keras.
Apakah agenda persidangan ? Siapa yang akan menetapkan agendanya. Tentunya dengan kelulusan speaker ?
Atau apakah sebaik speaker berucap, maka Zambry akan terus mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar dalam usahanya melucutkan dan mengesahkan bahawa Nizar telah tidak menerima mandate dewan undangan negeri.
Namun sebelum Zambry dapat berbuat demikian, saya jangka Speaker dengan kuasa yang ada padanya terus mengeluarkan perintah keluar dewan pada Zambry dan enam exconya dan selepas itu mengusulkan undi tidak percaya pada Nizar. Sekali pun Zambry dan enam exco berkenaan tidak keluar dewan, ia tidak menjadi halangan bagi Speaker kerana beliau akan hanya menghitung siapa yang diputuskannya layak mengundi. Hasil undian akan pasti memihak pada Nizar akhirnya.
Yang pastinya, dengan segala apa jua dayanya, Zambry , Umno dan BN akan berusaha menghalang apa jua kuasa yang boleh diperintahkan oleh speaker.-malayaKita
AYUH RENUNG DAN FIKIR.
Baca Seterusnya...
PERMOHONAN ZAMBRY DIISYTIHAR MB SAH DIMAHKAMAH PERSEKUTUAN DITOLAK OLEH HAKIM
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.
Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.
Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:
1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.
2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.
3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.
Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Tuesday, April 28, 2009
MB HARAM BN USUL PECAT SPEAKER DUN PERAK
Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul bagi melucutkan YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang akan bersidang pada 7 Mei ini. Usul tersebut dikemukakan oleh Dato' Seri Zambry Abd.Kadir dan disokong oleh YB Hamidah Osman.
Perkara itu telah dijangka akan dilakukan oleh BN bagi memecat Speaker dan melantik Speaker baru. Speaker lah yang selama ini menghantui kerajaan haram BN di Perak terutama Zambry. Sebelum ini, mereka jugalah yang membelakangi Speaker, kuasa Spekaer dinafikan oleh mereka, penafian kuasa Speaker bermula apabila surat pengesahan dan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang oleh Speaker ditolak SPR, mereka juga telah menggunakan seluruh pegawai dan jentera kerajaan termasuk memperkudakan Datuk SUK, pasukan polis dan FRU bagi menghalang Speaker bagi menjalankan mesyuarat dalam Sidang DUN Tergempar bulan Mac yang lalu sedangkan Speaker ada kuasa memanggil sidang tergempar DUN, mereka juga turut membelakangkan Speaker dengan tidak merujuk terlebih dahulu dalam menentukan dan mengeluarkan surat memanggil sidang DUN kepada seluruh Adun. Apa yang mereka lakukan seolah-olah Speaker di Perak tidak wujud lagi, sedangkan Speaker Perak masih wujud dan mempunyai kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Perak.
Itulah UMNO BN, sekali mereka buat kerja haram, selama-lamanya mereka akan meneruskan kerja haram. Saya percaya rakyat akan mengukum mereka dengan hukuman yang paling hina.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Siapa MB Perak, Nizar atau Zambry ?
Dato Seri Zambry telah merujuk kes Dato Seri Nizar ke Mahkamah Persekutuan hari ini sebagai jalan pintas yang dipilih oleh Zambry untuk mempercepatkan keputusan mahkamah sebelum persidangan DUN Perak pada 7 Mei.
Dato Seri Nizar pula telah memohon untuk 9 orang panel hakim bagi mendengar ke ini. Keputusan untuk permohonannya belum diketahui lagi.
Maklumat Perbicaraan
1) Tarikh : 28 April 2009
2) Masa : 9.30 pagi
3) Tempat : Mahkamah Persekutuan
Sebelum ini Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.
Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.
Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan? Atau perkara yang sama seperti kes Speaker Perak akan diulangi dalam kes Nizar? Seluruh dunia sedang memerhatikan pekembangan undang-undang negara baru-baru ini. -cinaIslam blog
Baca Seterusnya...
Monday, April 27, 2009
DUN Penanti: Pilihan raya kecil 31 Mei, penamaan calon 23 Mei
PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang akan diadakan pada 31 Mei ini dengan tempoh berkempen selama lapan hari.
Penamaan calon pula ditetapkan berlangsung 23 Mei, demikian diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof di sini sebentar tadi.
Beliau mengesahkan kerusi DUN Penanti kosong berkuat kuasa 17 April lalu bermula hari penerimaan surat makluman kekosongan daripada Speaker Pulai Pinang.
Dengan keputusan itu ia merupakan pilihan raya kecil yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.
MAKLUMAT SEPINTAS LALU:
Pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi: Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara
Jumlah pusat mengundi: 9 buah dengan 32 saluran
Jumlah petugas: 242 orang
Pada 16 April lepas, penyandang kerusi itu Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Keputusan itu ditegaskan oleh beliau yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Jumaat lalu selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-mstar
Baca Seterusnya...
ROAD SHOW PENJELASAN ISU TERKINI PERAK
Sekretariat Pakatan Rakyat akan menganjurkan road show bagi memberi penjelasan isu-isu terkini Perak terutamanya keputusan-keputusan mahkamah dalam kes Speaker dan Hj Nizar. Isu sidang dun 7 Mei ini juga akan diberi penjelasan oleh pimpinan Pakatan Rakyat. Road Show akan bermula pada 27 April ini di Padang Tembak, Teluk Intan, diikuti pada 28hb April di Titi Gantung, Parit, 29hb April di Mambang Diawan, Kampar dan 30hb di Masjid Tinggi, Bagan Serai. Penjelasan akan disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Hj Nizar, Speaker, Adun-adun PR dan pimpinan-pimpinan PR negeri Perak.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Kes Nizar vs Zambry : Selagi Tidak Ditetapkan MB Yang Sah, Sidang DUN Tergantung
Sidang dewan undangan negeri Perak yang dipanggil pada 7 Mei depan masih lagi dianggap “tergantung” selagi Mahkamah Tinggi belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
“Adalah tidak mungkin sesuatu persidangan dapat dijalankan sedangkan penetapan Menteri Besar yang merupakan pentadbir utama sesebuah negeri masih belum ditetapkan oleh pihak mahkamah dan ini bererti sidang DUN yang dipanggil pada 7 Mei dengan sendirinya tidak mempunyai makna apa-apa malah boleh disifatkan sebagai cuba mendahului keputusan hakim,” jelas seorang pensyarah undang-undang hari ini.
“Atas kapasiti apa yang kerajaan Zambry boleh memanggil sidang DUN sedangkan kedudukan beliau sendiri masih belum ditetapkan sebagai seorang MB yang sah di sisi undang-undang? Apa-apa keputusan yang diambil di dalam persidangan DUN itu nanti adalah terbatal jika mahkamah memutuskan Zambry bukan sebagai seorang MB yang sah,” tambahnya.
Di dalam perkembangan yang berkaitan semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Peguam Negara untuk memberi penjelasan terhadap situasi yang membawa kepada wujudnya 2 Menteri Besar di Perak. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim memberi arahan itu setelah membenarkan Tan Sri Gani Patail masuk campur dalam perbicaraan berhubung kemelut politik itu.
Menurut peguam Sulaiman Abdullah, hakim ingin mendapat pandangan peguam negara tentang isu berkaitan dengan situasi dimana menteri besar tidak meletak jawatan, dewan undangan tidak dibubarkan walhal Sultan kononnya telah melantik seorang MB baru, jadi hakim menyatakan ini adalah satu isu yang baru, macamana boleh dua MB berkuatkuasa serentak.
Terdahulu itu, Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said berhujah bahawa permohonan Peguam Negara itu harus dibenarkan bagi semakan kehakiman yang memerlukan tafsiran Perlembagaan Perak serta memberi kesan kepada perlembagaan negeri lain yang mempunyai peruntukan sama dengan negeri Perak.
Beliau berkata demikian ketika membacakan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Gani.
Permohonan itu dibantah oleh peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, atas alasan bahawa Peguam Negara gagal menunjukkan sebarang keperluan untuk dia mencelah dalam prosiding itu.
“Ini adalah soal negeri Perak. Situasi sebenar di sini adalah bahawa keduadua pemohon (Mohammad Nizar) dan responden (Zambry) mendakwa sebagai Menteri Besar. Ini tidak ada pembabitan langsung dengan kerajaan Persekutuan dalam isu ini dan kepentingan mereka tidak terjejas,” katanya.
Hakim Abdul Aziz menetapkan 4 Mei ini bagi mendengar permohonan Mohammad Nizar bagi memeriksa balas kenyataan Penasihat Undang-Undang Perak Datuk Kamal Md Shahid yang mendakwa dia (Mohammad Nizar) tidak konsisten dengan afidavit yang dikemukakan dalam saman itu.-telokbakong blog
Baca Seterusnya...
Friday, April 24, 2009
UMno Gadai Melayu
Antara isu yang menarik adalam berita nasional semalam ialah mengenai penghapusan keperluan pegangan 30% ekuiti Bumiputera dalam 27 sektor kecil perkhidmatan. Dalam keadaan negara masih gagal mencapai sasaran 30% ekuiti bumiputera seperti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru, nampaknya Najib Razak mengambil langkah berani menghapuskan terus Dasar ini sepertimana yang diminta oleh Parti MCA, Gerakan dan MIC, rakan parti komponennya dalam BN.
Sekiranya kita masih ingat, perkara yang sama juga pernah dibangkitkan oleh kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sedikit masa dahulu namun akibatnya beliau dicerca oleh keseluruhan pimpinan dan ahli Umno BN termasuk pimpinan NGO Melayu. Akibatnya isu ini terhenti begitu sahaj dan menjadi tidak popular untuk dibangkitan lagi. Nah keadaan kini menjadi sebaliknya. Kalau sebelum ini pimpinan Pakatan Rakyat yang membangkitkan persoalan perlunya pegangan 30% ekuiti Bumiputra dihapuskan, namun sekarang Najib Razak, pemimpin no. 1 pula yang bersuara.
Persoalannya adakah pula selepas ini pemimpin melayu Umno ataupun NGO Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak ini? Ketika pemimpin UBN terus menerus menyerang Nizar kerana menjadi boneka DAP, adakah tindakan Najib Razak ini tidak boleh dipersoalkan?
Untuk pengetahuan kita, ini bukanlah tindakan membunuh usahawan kaum Melayu yang pertama dibuat oleh Najis Razak selepas menerima jawatan Menteri Perdana Malaysia ini. Sebelum ini juga, dalam memperkenalkan barisan kabinet kerajaan pimpinannya yang baru, beliau juga telah menghapuskan satu kementerian yang amat penting dalam pembangunan usahawan kaum Melayu iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan hanya menyerap fungsi tugas kementerian itu kepada 8 Kementerian yang berlainan. Aku harap akan ada pemimpin Umno seperti Ibrahim Ali mahupun Raja-raja Melayu yang berani bersuara mempertikaikan tindakan Najib Razak kali ini.-budakIpohTimur blog
Baca Seterusnya...
KES SPEAKER PERAK : BADAN KEHAKIMAN VS BADAN PERUNDANGAN
Menurut Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang (juga merupakan seorang peguam), keputusan Mahkamah Persekutuan dalm kes Speaker Perak bercanggah dengan keputusan kes-kes dahulu di negara ini dan di negara lain berdasarkan sistem perundangan yang sama sebagai contoh di United Kingdom dan India.
Beliau berpendapat, keputusan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kedudukan undang-undang yang sedia ada mengenai pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.
Katanya, implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, seolah-olah badan kehakiman ada kuasa sekarang untuk menentukan kesahihan tindakan oleh badan perundangan. Ini adalah pendirian yang cukup luar biasa dan mengejutkan kebanyakan pemerhati dan pengamal undang-undang.
Keputusan ini tidak akan menyelesaikan pertikaian politik Perak sebab mahkamah menolak memberi jawapan kepada isu tentang mesyuarat Dewan Negeri di bawah pokok.
"Ini adalah satu yang cukup penting kerana mesyuarat DUN itu telah mengesahkan pengantungan Zambry dan 6 orang ADUN BN yang lain. Ini bukan keputusan Speaker seorang." jelas Sivarasa
Kata Sivarasa lagi, Keputusan mesyuarat DUN di bawah pokok masih sah dan belum diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana pihak dan tidak boleh diisytiharkan tidak sah.
"Keputusan tersebut juga memberi imej negatif kepada badan kehakiman kerana nampak campurtangan badan ini dengan badan perundangan." tegasnya.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Busy day in court for Nizar in Perak government impasse
UPDATED
KUALA LUMPUR, April 23 — The High Court here today allowed Attorney-General (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail to intervene in Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin’s suit challenging the legitimacy of Datuk Dr Zambry Abdul Kadir’s appointment as Perak mentri besar.
Justice Datuk Abdul Aziz Abd Rahim, in his oral decision, said the AG, as the guardian of the public interest, should be allowed to intervene as the issue was of public importance and public interest.
He also said that the issue involved interpretation of Article 16 of the Perak Constitution which is similar to Article 43 of the Federal Constitution.
“Of course the court can invite the AG as a friend of court, but after considering the main issue here, it is my view to allow the AG to intervene and to help the court, more so when the issue here is a novel one.
One mentri besar is appointed and the other one has not resigned,” said Abdul Aziz who is the third judge to hear the application after the Federal Court sent it back to the High Court.
The first judge was Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md Yusof who recused himself while the second judge, Lau Bee Lan, had referred the matter to the Federal Court for determination of constitutional isssues.
Earlier, senior federal counsel Datuk Kamaluddin Md Said submitted that the AG should be allowed to intervene as the application for judicial review required the interpretation of the Perak Constitution which would also affect other state constitutions with similar provisions.
Sulaiman Abdullah, counsel for Mohammad Nizar, objected on the ground that the AG had failed to show any necessity for him to intervene in the proceeding.
“This is a Perak matter. The actual situation here is that the applicant (Mohammad Nizar) and the respondent (Zambry) are both claiming to be the mentri besar. There is no direct involvement of the federal government in this issue.
The judge also fixed May 4 to hear the application by Mohammad Nizar to cross-examine Perak legal advisor Datuk Kamal Md Shahid on the statement which he claimed was inconsistent with Mohammad Nizar’s statement in the affidavit filed in the suit.
OBJECTION TO ZAMBRY APPLICATION
Late yesterday, Nizar filed an objection to Zambry’s application for the Federal Court to declare him the legitimate mentri besar.
Nizar made the objection through an affidavit in reply filed at the court’s registry here through legal firm Messrs Leong & Tan.
In the affidavit, Nizar said among others that the questions suggested by Zambry for the court to decide could not solve the political impasse.
He said the issues, whether the post of mentri besar could and/or had been vacated in the situation where the mentri besar wished, and had advised for the dissolution of the State Legislative Assembly under several circumstances including the absence of a motion of no confidence being passed and adopted in and by the Assembly against the mentri besar, could still not be answered.
He said, the questions suggested by Zambry for the court to decide were irrelevant to his judicial review application and it would not resolve the contentious issues in the application.
Nizar is also challenging the validity of Article 63 of the Perak State Constitution which was used to refer the matter to the Federal Court.
He said the Federal Court did not have jurisdiction to hear the Article 63 application because the term “Supreme Court” in Article 63 did not refer to the apex court in the Federation of Malay States because the apex court at that time was the Privy Council.
Nizar said he did not dispute the prerogative of the Sultan of Perak which was enshrined in Article 16(2) and/or Article 36(2). He said, the Sultan of Perak’s prerogative did not arise at all in his judicial review application.
Zambry filed the application to refer three legal questions regarding the interpretation of Article 16(2) and 16(6) according to Article 63 of the Perak State Constitution.
In his notice of motion, Zambry said that if the Federal Court decided in his favour regarding the three questions, the court should declare that on Feb 6, 2009, he had been properly appointed as Perak Mentri Besar.
The Federal Court has fixed Tuesday to hear the notice of motion application.
Nizar filed the judicial review application at the High Court to challenge Zambry’s appointment as the legitimate mentri besar.
Nizar argued that according to the Perak State Constitution, he was the legitimate mentri besar because he had advised the Sultan to dissolve the State Legislative Assembly, did not resign and no motion of no confidence had been passed against him in the Assembly.
The High Court will hear the judicial review application on May 5 and 6.– Bernama-telokbakong blog
Baca Seterusnya...
Mahkamah benar permohonan Peguam Negara
Baca Seterusnya...
Nau'zubillah...Islam digadai lagi.Anak pasangan tukar agama kekal agama asal
membuat keputusan bahawa anak-anak kekal
KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.
Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.
"Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri pada sidang akhbar hari ini.
Beliau berkata manamana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.
Katanya Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil.
"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," kata Mohamed Nazri.
Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.
Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.
Mohamed Nazri berkata sebagai langkah jangka pendek bagi kes Mohd Ridzuan, menteri yang bertanggungjaab bagi hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Jamil Khir Baharom, diminta memberi kaunseling kepada Mohd Ridzuan. BERNAMA
Ajijoi ~ Apa lagi yang dapat diharapkan apabila sesuatu isu besar yang melibatkan agama suci Islam tidak dirujuk kepada alim ulama ataupun mufti serta mahkamah syariah untuk bertanya pendapat atau hukum. Sebaliknya hukum akal yang dipergunakan untuk membela Islam.
Akibatnya, Islam juga yang rugi. Dalam kes ini, 3 orang anak yang berpeluang memeluk agama suci Islam telah terbatal kerana kabinet telah membuat keputusan agar mereka dikembalikan kepada agama asal mereka.
Siapakah yang akan menanggung dosa menafikan hak cahaya Islam kepada 3 anak ini? Tepuk dada, tanyalah dalam diri. Didalam pilihanraya yang lalu, adakah anda yang telah memilih pembuat keputusan tersebut?-ajijoi blog
Baca Seterusnya...
Thursday, April 23, 2009
23 April 2009 : Kes Nizar vs Zambry
Untuk makluman semua perbicaraan Kes Nizar vs Zambry untuk menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah akan diadakan seperti berikut :
Pada: 23 April 2009
Jam : 2.30pm
Tempat : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur
Peguam-Peguam Dato Seri Nizar :
1) Tuan Hj. Sulaiman
2) Tuan Edmund Bon
3) Tuan Ranjit Singh
4) Tuan Amer
5) Tuan Hanipa
6) Tuan Zul
7) Tuan Chan KK
8) Tuan Leong
-cinaIslam
Baca Seterusnya...
RAYUAN DERMA MANGSA RIBUT
Kelmarin satu ribut kencang telah melanda sekitar Parit Hj. Yusuf dalam Kawasan DUN Titi Serong. Pihak kami telah mengadakan tinjauan segera dan mendapati sebanyak 18 rumah mangsa yang perlu diberikan bantuan segera.
Dengan itu kami merayu dari penderma yang budiman untuk menyalurkan sumbangan ikhlas masing-masing bagi meringankan bebanan mangsa.
Derma tersebut boleh disalurkan melalui akaun berikut :-
1. Bank Islam- Pusat Khidmat ADUN Titi Serong- No.Akaun : 08022010043634
2. Maybank - Khalil Idham Lim/ Nor Ainah bt. Ahmad- No.Akaun : 158417019430
-cinaIslam
Baca Seterusnya...
HUBUNGAN PAS DENGAN BUKAN ISLAM DAP DAN PKR ADALAH HUBUNGAN DAKWAH
Setahun PAS memerintah bersama DAP dan PKR di negeri Perak atas nama Pakatan Rakyat, amat terkesan sekali apabila beberapa pimpinan bukan Islam DAP dan PKR mula membeli al Quran terjemahan lalu membaca dan mengkajinya, membaca sejarah dan sirah Rasulullah saw dan juga para sahabat r.anhum.
Lima prinsip yang menjadi teras kerajaan PR di Perak iaitu Keadilan, Amanah, Kebajikan, Ketelusan dan Kewibawaan diulas dan dikupas oleh mereka befrdasarkan ayat-ayat al Quran dalam menghuraikan prinsip-prinsip tersebut. Ada yang membaca ayat tersebut dalam bahasa Arab walaupun pelat.
Saya sering dirujuk oleh mereka untuk bertanya maksud dan huraian ayat-ayat yang akan dibaca oleh mereka. Dengan maksud, tujuan dan harapan semuga pintu hati mereka terbuka satu hari nanti kepada Islam, saya terus memberi panduan dan tunjuk ajar kepada mereka. Mereka bersemangat untuk membaca dan menghafalnya, saya tuliskan dalam versi rumi dan ajar mereka supaya menutur dengan betul, memang tak faseh, sebab mereka Cina dan India, mereka cuba juga membacanya.
Ini yang dipertikai oleh ulama dan orang-orang UMNO, kata merka DAP baca Quran tak betul tajwid, makhraj dan fasohah. Memang la tak faseh. Orang Jawa bila baca Quran nampak sangat pelat Jawanya, begitu juga Banjar, UMNO lebih-lebih lagi la. Ini pula orang Cina. Sepatutnya kita berdoa semuga dengan cara ini akan terbuka hati mereka untuk menerima Islam sebagai anutan mereka. Kalau satu hari ini Cina Perak dan Malaysia masuk Islam, kira orang Melayu tak akan rugi, yang rugi mungkin UMNO, sebab bila mereka masuk Islam, PASlah yang mereka akan sertai bukan UMNO. Akhirnya UMNO akan dihantar ke kubur.
Kalau kita baca sejarah hidup tokoh-tokoh ternama dunia, sebelum mereka masuk Islam, al Quran itulah yang dikaji dan dibaca. Maryam Jameelah, seorang Yahudi. Berbulan-bulan berdialog dengan Maududi mengenai Islam, al Quran itulah yang dirujuknya, akhirnya Maryam Jameelah menjadi seorang Muslimat yang cukup baik. Begitu juga Cat Steven, penyanyi rock yang masuk Islam, mulanya juga dengan Al Quran yang dibaca dan dikaji. Akhirnya menjadi Yusuf Islam yang akhlak dan amalannya jauh lebih baik dari ulama-ulama UMNO.
Sahabat-sahabat kita di Malaysia yang lain seperti Ust Ridhuan Tee Abdullah (Pegawai Penyelidik IKIM), KY Tiang Abdullah (Pegawai Khas MB), Ann Wan Seng, Kamal Koh Abdullah, Ust Ravi Abdullah (kini penceramah terkenal), Ust Husein Yee (Pendakwah bebas terkenal) dan lain-lain. Cuba tanya mereka, mengapa mereka tertarik dengan Islam?. Saya percaya antaranya mereka tertarik dengan kandungan dan cara hidup yang digambarkan oleh Al Quran.
Rakan-rakan PAS yang bukan Islam dari DAP dan PKR sudah ada kecenderungan untuk membaca sejarah Islam, membaca pemikiran politik Islam, Undang-undang Islam, membaca apa itu dosa pahala, syurga neraka, malahan boleh tahu apa itu munafik, syirik dan beberapa istilah yang lain. Masing-masing di kalangan mereka berlumba-lumba untuk memahami Islam dan akan menyampaikan pada orang ramai tentang Islam yang mereka fahami. Kecenderungan untuk cuba memahami Islam sudah ada, tinggal lagi belum dapat hidayah dah inayah. Kita sepatutnya mendoakan supaya mereka diberi petunjuk oleh Allah swt.
Sekarang mulut-mulut mereka cukup senang untuk menyebut Alhamdulillah, Insya Allah, Masyallah, Innalillah........., Subhanallah, Allahu Akbar dan sebagainya. Saya percaya mereka tidak bermaksud untuk menyenda dan menghina. Malahan mereka juga memulakan ucapan dengan memberi salam kepada orang ramai. Saya tidak nampak ucapan itu bertujuan untuk menghina. Mereka tahu, itu ucapan yang baik bagi mendoakan kesejahteraan sesama saudara, jadi mereka juga fikir nak memberi ucapan yang baik dan mulia ini.
Dalam ucapan mereka, saya tidak pernah mendengar ucapan secara terbuka mahupun tertutup (dalam mesyuarat bersama) ada yang membuat kenyataan yang mempertikaikan ajaran dan hukum hakam Islam. Berbeza dengan MCA dan MIC yang terang-terang memberi gambaran buruk mengenai Islam yuang diperjuangkan oleh PAS. Mereka memberi gambaran sokong PAS atau memenangkan PAS dalam pilihanraya bermakna orang Cina akan dipaksa bersunat, dipaksa masuk Islam, potong tangan kalau mencuri, rejam, sebat 100 kali, tokong dan kuil akan diroboh dan sebagainya. Bukan sahaja MCA dan MIC, malahan pemimpin UMNO sendiri memberi gambaran yang lagi dahsyat tentang PAS dan perjuangannya.
Ada pemimpin bukan Islam PKR mengaitkan yang mereka umpama Abu Talib (bapak saudara Nabi) yang mempertahankan Islam yang di perjuangan oleh anak saudaranya Rasulullah saw. walaupun akhir kalamnya tetap tidak Islam, mereka pun begitu, mengambil semangat Abu Talib dengan mempertahankan perjuangan Islam PAS walaupun masih belum beriman.
Semuga hubungan yang terjalin ini akan mengukuhkan perpaduan dan menyemai bibit dakwah dan hidayah kepada teman-teman kita yang belum Islam. Semuga mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah swt.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Siapa jumpa Nurhidayah Surip ?
Anak saudara YB Zulkifli Nordin hilang. Beritanya di sini
Hilang lagi….
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa anak saudara saya Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .
Jika ada maklumat sila hubungi :
Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003
atau : Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL
-alhusseyn blog
Baca Seterusnya...
Wednesday, April 22, 2009
Toyota Camry bekas Exco Pakatan Perak dilelong
Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.
Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.
Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.
Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.
Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.
Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.
Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. BERNAMA
Baca Seterusnya...
Thursday, April 16, 2009
Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco ?
Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.
Pada 18 Februari lalu, Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar kudeta bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.
Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?
Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exconya itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.
Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.
Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.
Baca Seterusnya...
KERAJAAN HARAM BN PERAK TAMATKAN PERKHIDMATAN KETUA KAMPUNG DAN JKKK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
Pihak Berkuasa Negeri dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada bulan Mac yang lalu telah memutuskan bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK ditamatkan perkhidmatan berkuatkuasa pada 16 April 2009.
Di daerah Kuala Kangsar Surat pemakluman penamatan perkhidmatan telah dihantar dan ditandatangani oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Kangsar kepada semua Ketua Kampung daerah Kuala Kangsar.
Dengan keluarnya surat ini, sahlah bahawa semua Ketua Kampung di seluruh Perak dipecat dan JKKK dibubarkan oleh kerajaan BN. Perkara ini bercanggah dengan kenyataan Zambry di awal-awal perlantikannya sebagai MB bahawa Ketua Kampung dan JKKK tidak akan ditamatkan perkhidmatan.
Ketua Kampung dan JKKK yang dilantik oleh kerajaan PR adalah sah sehingga tamat tempoh perkhidmatan selama dua tahun. Kerajaan boleh bertukar tetapi tidak semestinya Ketua Kampung dan JKKK juga bertukar sedangkan tempoh perkhidmatan mereka belum tamat lagi.
Berbeza sama sekali dengan amalan Kerajaan PR di bawah kepimpinan Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin. Hj Nizar di awal pemerintahan PR telah membuat kenyataan terbuka bahawa semua Ketua Kampung dan JKKK boleh terus berkhidmat dengan kerajaan negeri sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 31.12.2008, tetapi seluruh Ketua-ketua Kampung melalui Pengerusi persatuan Ketua-ketua Kampung sendiri yang membuat kenyataan bahawa Ketua-ketua Kampung seluruh Perak tidak akan memberi kerjasama dengan Kerajaan PR walaupun mereka berkhidmat dengan kerajaan PR. Ini adalah kenyataan bodoh seorang Pengerusi Persatuan.
Hj Nizar telah memanggil semua Ketua Kampung seluruh Perak untuk diberi taklimat oleh Kerajaan Negeri di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan. Sebahagian besar Ketua-ketua Kampung hadir, dalam sessi dialog ada di kalangan Ketua Kampung bersetuju terus berkhidmat dan ada juga yang akan meletakkan jawatan. Hj Nizar menjelaskan bahawa semua Ketua kampung berhak menentukan sikap masing-masing, mereka diberi pilihan samada terus berkhidmat atau sebaliknya.
Selang beberapa minggu kemudian, semua Ketua Kampung seluruh Perak meletakkan jawatan beramai-ramai, surat perletakkan jawatan beramai-ramai ditandatangani oleh setiap Ketua Kampung dan diserahkan ke Pejabat Menteri Besar, ada juga Ketua kampung yang tidak bersedia meletakkan jawatan, mereka dipujuk, dirayu dan dipaksa oleh AJK Persatuan Ketua-ketua Kampung supaya letak jawatan, ada yang datang ke pejabat MB berjumpa saya dan MB menyatakan mereka tidak bersetuju meletakkan jawatan tetapi dipaksa oleh Persatuan.
Kerajaan Negeri tidak ada pilihan, perletakan jawatan beramai-ramai itu diterima oleh MB. Mesyuarat EXCO memutuskan kaedah pemilihan Ketua kampung di seluruh Perak dibuat melalui pungutan suara iaitu Ketua Kampung dipilih melalui pilihanraya. Sesiapa sahaja yang layak boleh dicalonkan dan di undi. Kaedah ini dilaksanakan di seluruh Perak kecuali di kampung-kampung yang Ketua Kampungnya tidak meletakkan jawatan. Bulan Ogos selesai proses pemilihan dan yang terpilih diberi watikah perlantikan oleh YAB MB Perak ketika itu, dan tempoh perlantikannya adalah selama dua tahun.
Ini adalah amalan yang paling adil dibuat oleh Kerajaan PR. Tradisi yang diamalkan oleh UMNO BN dulu ialah memberi kuasa kepada Ketua UMNO bahagian atau wakil rakyat untuk melantik Ketua Kampung, biasanya Ketua kampung yang dilantik ialah Ketua-ketua UMNO Cawangan yang sudah tentu ada yang tidak disenangi oleh orang-orang kampung. Berbeza dengan PR yang memberi peluang kepada orang kampung memilih Ketua Kampung yang mereka suka.
Apa salahnya mereka diberi peluang berkhidmat sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat, kerajaan berhak menentukan polisi dan dasar, mereka pula berkhidmat berdasarkan polisi dan dasar. Sebagaimana kerajaan PR, sewaktu kerajaan PR menawarkan Ketua Kampung zaman BN untuk terus berkhidmat, mereka hendaklah terikat dengan polisi dan dasar-dasar kerajaan, begitu juga Ketua-ketua Kampung yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, yang terpilih tidak semua penyokong dan ahli mana-mana parti PR, semua yang terpilih mesti mengikut polisi dan dasar-dasar kerajaan PR.
Jelas kerajaan PR lebih terbuka sikapnya berbanding kerajaan BN, malahan supaya semua pembangunan dapat dilaksankan secara saksama, kerajaan PR negeri Perak juga telah menubuhkan JKKK di perkampungan Cina, malahan Ketua Kampung dan JKKK perkampungan orang-orang Asli juga akan ditubuhkan.
Hj Nizar selaku MB juga menunjukkan sikap keterbukaan yang begitu tinggi kepada semua kakitangan kerajaan, tidak ada yang dipecat, sebarang pertukaran yang ada unsur-unsur penganiyaan dan fitnah dibatalkan pertukaran. Dua orang pemandunya adalah pemandu MB lama, Hj Nizar mengekalkannya sehingga mereka sendiri yang telah berkhidmat selama 11 bulan itu terasa sangat sayang kepada MB Nizar, ada kelainannya kata mereka, menjadi pemandu Hj Nizar mereka dapat solat berjamaah dengan Hj Nizar dan ada peluang mendapat ilmu melalui tazkirah dan kuliah yang disampaikan oleh Hj Nizar di surau atau masjid. semua kakitangan di rumah kediaman tidak ada seorang pun yang ditukar, mereka terus berkhidmat dengan Hj Nizar sehingga mereka juga seronok, Hj Nizar buat surau yang agak besar bagi membolehkan semua pekerja di rumah kediaman solat berjamaah di surau dan sekali sekala MB akan mengimami solat dan menyampaikan tazkirah. Yang bertukar cuma PA Datin Seri yang kurang memberi kerjasama dengan Datin Seri.
Saya sebagai SETPOL juga tetap mengekalkan kakitangan pejabat, saya tidak tukar dan ganti orang lain, walaupun saya ada kuasa. PA saya juga dulu PA Najmuddin ketia beliau SETPOL kepada Tajol Rosli. Dulu PA tersebut adalah staf di JAIP yang dipinjamkan bagi membantu Najmuddin yang ada kaitan dengan JAIP. Saya boleh kembalikan dia di pejabat yang lama dan tukar orang PAS berkhidmat di situ. Tetapi saya tidak sampai hati berbuat demikian sebab dia dah seronok kerja dengan saya. Kawan-kawan yang datang mengunjungi saya sering bertanya mengapa tak ditukar staf lama, dia ni UMNOlah, dulu berkhidmat dengan Najmuddin, nanti dia sampaikan pada bos lamanya apa yang tak betul, saya jawab, kalau begitu dia tidak akan sampaikan pada bos lamanya, sebab apa yang saya buat betul. Ternyata dakwaan kawan -kawan semuanya prasangka sahaja. Jurutaip pejabat saya pun saya kekalkan, walaupun ada rungutan dari orang ramai kononnya staf saya yang seorang ini (wanita) serius dan street, jarang senyum. Nak jumpa saya mesti melalui meja dia dulu, macam-macam ditanya, ada temu janji ke tidak, kena tunggu ikut giliran. Saya tetap kekalkan dia, walaupun dia street tapi bagus juga, kalau tidak, saya tidak boleh buat kerja, asyik melayan orang sahaja kerjanya. bukan ada urusan penting pun, bukan urusan yang berkaitan dengan rakyat, semuanya mohon balak, tanah dan projek. Bila ada staf yang street, saya senang buat kerja untuk merancang berbagai-bagai program kerajaan dengan rakyat dan mengambil tindakan terhadap minit-minit MB. Dialah yang menentukan nak jumpa ustaz kalau tidak ada temu janji mesti selepas pukul 10 atau selepas Zohor. Biasanya pagi-pagi hari saya mesti mengadap MB untuk berbincang program-program MB, dan menyemak dan menjawab surat.
Pemandu saya juga dulu pemandu Najmuddin walaupun jawatannya kontrak, saya boleh cari pemandu lain dari PAS yang lebih saya percaya, tetapi saya tidak berbuat demikian, sebab pemandu tersebut ingin berkhidmat dengan saya. Tetapi tidak sampai sebulan, beliau memohon berhenti, saya tanya tidak suka dengan cara saya ke, dia nafikan, katanya "ok, cara ustaz saya suka, ceramah ustaz pun hebat juga, dulu saya pemandu ustaz sekarang pun ustaz tak ada masalah" cuma dia kata nak tumpu pada perniagaan. Dia sendiri yang cadangkan pemandu lain, juga bekas pemandu EXCO BN dulu, orangnya warak katanya, saya pun terima, dan bersedia berkhidmat dengan saya, katanya seronok dapat berkhidmat dengan ustaz, boleh tumpang dengar ceramah dan kuliah. Dulu tak ada peluang langsung, nak solat pun payah, maklum pemandu EXCO dulu Cina.
Semua pekerja dan kakitangan kerajaan negeri sepanjang 11 bulan di bawah PR cukup selesa dan terasa kelainannya berbanding puluhan tahun bersama BN. Saya yakin kalau pilihanraya semula diadakan di Perak, Kerusi PAS dan PKR akan bertambah banyak manakala DAP tetap kekal dengan jumlah kerusi yang sedia ada, kerana rakyat 11 bulan di bawah PR jauh lebih baik daripada 50 tahun bersama BN. Rakyat semakin bijak dalam membuat penilaian, kecuali mereka yang benar-benar buta hati dan jumud.-blog misabah
Baca Seterusnya...
Eli terima tawaran kekal jawatan
"Sepanjang hidup saya, inilah merupakan satu keputusan yang paling sukar yang perlu saya dan dengan penuh rasa rendah diri, saya menerima tawaran kerajaan Selangor untuk kekal memegang jawatan saya," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Khalid Ibrahim serta Sultan Selangor di atas tunjuk ajar baginda.
Elizabeth juga turut mengucapkan terima kasih kepada para anggota exco, kakitangannya, rakan-rakan ADUN dan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat dan BN, pemimpin PKR, Wanita PKR, ahli akar umbi dan para peguamnya di atas sokongan dan tunjuk ajar mereka.
Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.
Dalam satu kenyataan hari ini, Elizabeth berkata, beliau terharu dengan galakan dan sokongan dari pihak media, kaum keluarga, sahabat handainya, NGO serta ribuan rakyat yang menandatangani petisyen mendesak supaya beliau dikekalkan.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas sifat profesionalisme mereka dalam menangani isu tersebut," katanya.
Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menunggu untuk melihat pihak yang bertanggungjawab menyebarkan foto separuh bogelnya, ditangkap dan didakwa secepat mungkin.
"Satu-satunya hasrat saya ialah untuk berkhidmat kepada pengundi di kawasan saya, kepada negeri ini sebaik mungkin, dengan kerjasama rakyat untuk menjadikan negeri dan negara ini, sebuah tempat yang terbaik untuk didiamani.
"Perjuangan berterusan, dan tugas kita baru bermula," tambahnya..
Elizabeth menyifatkan tempoh dua bulan lalu - sejak tersebar gambar separuh bogelnya itu - sebagai satu pengalaman yang cukup pahit yang tidak pernah termimpi akan berlaku ke atas dirinya atau orang lain.
Katanya, kehidupan peribadinya telah dicerobohi tanpa kerelaannya.
Malah, kata Elizabeth, sehingga petang ini pun, beliau masih menerima ancaman dari orang-orang yang tidak dikenali.
"Ini bukanlah satu skandal, seperti tanggapan sesetengah pihak, tetapi jelas merupakan satu perbuatan jenayah," katanya lagi.
Sehubungan itu, tegas Elizabeth, politik kotor tidak harus dibairkan menjadi sebahagian daripada budaya politik negara.
"Bagi mereka yang mengeksploitasi dan menyokong perbuatan jenayah seumpama ini, maka perbuatan itu menjadi petunjuk "ahli politik jenis apakah mereka ini".
Elizabeth berkata, beliau berpegang teguh kepada hak seseorang itu terhadap hal-hal peribadi mereka.
"Saya memperjuangkan 'Politik Baru' - politik yang menggalakkan perbincangan intelektual, polimik dan debat ilmiah mengenai ideologi, dan bukannya politik kotor yang mahu mencemar, memfitnah serta melanggar hak peribadi orang lain semata-mata untuk kepentingan politik mereka.
Baca Seterusnya...
Wednesday, April 15, 2009
DS Nizar dicalonkan Naib Presiden Pas
Saya menjangkakan tahun ini akan ada pemimpin baru yang muncul untuk mendepani POLITIK BARU yang diasaskan oleh PAS. Antara nama-nama baru yang bakal diketengahkan ialah Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin yang begitu popular dan telah teruji kepimpinan dan ketahanannya.
Nizar berjaya membuktikan bahawa beliau mempunyai karisma, personaliti dan ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Beliau sudahpun memperolehi pencalonan sebagai Naib Presiden dari PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.
Selain Nizar saya menjangkakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Hj Azizan Abdul Razak juga akan melakukan 'comeback' setelah tidak dipilih menjadi Naib Presiden pada pemilihan lalu.
Beliau juga membuktikan keupayaannya memimpin kerajaan Kedah sehingga kini.Ustaz Azizan sehingga kini telah mendapat pencalonan sebagai Timbalan Presiden dari PAS kawasan Temerloh.
Dalam masa terdekat ini lebih banyak PAS Kawasan akan mengadakan Mesyuarat Agong. Saya menjangkakan lebih ramai pemimpin-pemimpin baru akan dicalonkan kerana PAS sememangnya tidak ketandusan pemimpin.Seperkara yang penting ialah demokrasi di dalam PAS tetap subur tidak sebagaimana Umno yang membunuh demokrasi.
Selain itu pencalonan dan pemilihan di dalam PAS dijalankan dalam suasana penuh beradab dan berhemah tidak seperti Umno yang dipenuhi oleh rasuah, fitnah dan sebagainya.
Syabas PAS, Allahu Akhbar.
-muslimeen united
Baca Seterusnya...
Tuesday, April 14, 2009
Kes Bukit Chandan ditangguh ke 29 April
Drs. Khalil Idham Lim turut hadir memberikansemangat dan sokongan kepada OKT
Peguambela berhujah mengenai gambar dan dokumen penting diterima awal kerana ia menjadi asas pertuduhan.Pendakwaraya semasa hujah balasnya mengatakan soal gambar adalah 'kacang' sahaja. Beliau mengatakan tidak ada ketetapan undang-undang supaya dokumen diserah lebih awal. Sambil mengakui hanya wakil peguam yang diserah minggu lepas(8 April) dan yang lainnya diserah pada pagi ini
Dalam penghakimannya, Hakim mengakui dokumen yang banyak dan gambar termasuk rakaman CD tidak sempat diteliti oleh peguam.Untuk memberikan masa yang cukup untuk pembelaan kes ini supaya keadilan dapat diberikan kepada OKT, Hakim bersetuju supaya penangguhan kes dibenarkan untuk penangguhan.Hakim memutuskan 29 April sebagai hari sebutan kes akan datang. -Al-Husseyn
Baca Seterusnya...
BUKIT GANTANG-ORANG MELAYU TOLAK PAS
Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam!
Mengapakah berlaku begitu? Jawapan spontan ialah kerana di situ majoriti pengundi Melayu mengenali PAS bukan sebagai sebuah parti Islam. Sebaliknya PAS dilihat sebagai parti yang menampilkan Dato' Seri Ir. Mohd Nizar sebagai orang yang terlibat dengan 'sembah derhaka' dan 'boneka orang Cina'. Atas dua faktor ini, populariti PAS merundum di semua kawasan daerah mengundi yang majoriti Melayu. Sementara itu, di kawasan daerah mengundi campuran dan majoriti Cina, PAS telah mencapai populariti yang melonjak! (Lihat jadual analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang di bawah).
Justeru itu, di dalam senario politik negeri Perak dan peringkat nasional amnya, maka orang Melayu lebih sensitif dengan isu-isu klasik dan tradisi. Meskipun nilai isu klasik dan tradisi itu bukan sesuatu yang bersifat dasar/fundamental yang menjamin masa depan; ia tidak lebih daripada sensitiviti kulit/luaran yang samar bagi mana-mana kaum. Namun, itulah sikap politik orang Melayu yang menolak PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.
Sesungguhnya, PAS melalui Ir. Mohd Nizar mempunyai tugas yang berat untuk mengemudi pengundi di Bukit Gantang, terutama kalangan orang Melayu. Salah satu tugas itu ialah menjalankan kelas pengajian politik Islam kepada semua warga Bukit Gantang; terutama di DUN Trong yang dilihat memiliki trend pengundian yang begitu klasik!!
Oleh itu, kembalilah kepada seruan Tuhan Yang Esa agar kita berada di atas jalan lurus yang menjamin kesejahteraan, iaitu al-Islam sebagai suatu titian akidah untuk semua umat manusia. Persoalan orang Melayu yang taksub kepada nilai-nilai akidah adalah lebih mulia daripada mereka yang taksud kepada nilai-nilai klasik dan tradisi.-misabah blog
Baca Seterusnya...
Keputusan Zambry cabar Sivakumar esok (Hari Ini)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan esok untuk memberikan keputusan sama ada Menteri Besar Perak rampasan kuasa , Zambry Abdul Kadir, dan enam ahli Exco telah menggunakan cara yang betul untuk mencabar penggantungan mereka oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, menangguhkan penghakiman selepas mendengar hujahan daripada kedua belah pihak hari ini.
Keputusan ini dilihat akan memberi impak yang besar kepada kedudukan politik di negeri Perak setelah beberapa bulan menghadapi apa yang dinamakan krisis perlembagaan setelah berlaku satu kudeta oleh pemimpin BN.
Peguam yang mewakili Sivakumar, Sulaiman Abdullah mengemukakan bantahan awal bahawa mahkamah tidak patut melayani permohonan mereka kerana saman terhadap Sivakumar tidak mematuhi prosedur.
Zambry dan enam anggota majlis itu telah memohon supaya saman mereka terhadap Sivakumar dirujuk ke mahkamah tertinggi mengikut Perkara 63, Undang-undang Tubuh Negeri Perak 1957 untuk penentuan dan untuk sama ada bagi pembatalan kes atau dirujuk ke mahkamah lain bagi pembatalan mengikut penentuan itu.
Pada awal prosiding, mahkamah menolak bantahan awal Sivakumar supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi Ipoh.
Sulaiman berhujah mahkamah tidak sepatutnya melayani permohonan Zambry untuk merujuk kes berhubung isu perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan kerana saman itu masih menungggu perbicaraan di Mahkamah Tinggi bagi keputusan permohonan Sivakumar untuk menggugurkan saman itu.
Bagaimanapun, Hakim Alauddin yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Zambry walaupun saman induk masih menunggu perbicaraan.
Pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam anggota majlis berkenaan - Zainol Fadzi Paharuddin, Ramly Zahari, Hamidah Osman, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Mah Hang Soon - memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi diisytiharkan yang keputusan Sivakumar menggantung mereka daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah dan batal.
Dalam saman pemula, mereka mendakwa penggantungan bagi tempoh antara 12 dan 18 bulan itu adalah melanggar perlembagaan negeri.-cinaIslam
Baca Seterusnya...
Friday, April 10, 2009
Kenduri kesyukuran di Bukit Gantang kini bermula
Kenduri-kenduri kesyukuran diatas kemenangan DS Nizar dan Pas di Bukit Gantang telah bermula. Dimana-mana penyokong Pas mula mengadakan kenduri bagi menyatakan rasa syukur kerana segala usaha mereka untuk memenangkan calon Pas telah dimakbul Allah.
Setelah penat lelah berkempen menghadapi pilihanraya kecil di Bkt Gantang, kini tiba saatnya meraikan kemenangan tersebut.
Sungguhpun begitu, tidak semua kenduri tersebut dapat dihadiri oleh DS Nizar.
Malam ini (Khamis 9.4.09), DS Nizar dan isteri telah berkunjung ke Kampung Permatang Raja bagi memenuhi jemputan kenduri kesyukuran disana. Turut bersama adalah Ustaz Norazli Musa.
DS Nizar telah menyampaikan ucapan terima kasihnya dihadapan penduduk kampung yang hadir sekitar 500 orang. Beliau juga turut menyatakan bahawa Umno tidak lagi relevan kepada rakyat dengan bukti yang jelas di terjemahkan oleh rakyat melalui peti undi baru-baru ini.
Didalam perjalanan pulang, beliau telah dihubungi agar singgah ke Kampung Kerang untuk bersama-sama meraikan kenduri kesyukuran dengan penduduk kampung disana.
Untuk tidak menghampakan permintaan penduduk, DS Nizar telah singgah sebentar untuk bersama-sama penduduk kampung meraikan kemenangan kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang. Hampir 100 orang penduduk yang telah sedia menunggu beliau disana.
Adakah kenduri-kenduri sebagini akan berterusan sehingga Dun Perak dibubarkan?-ajijoi
Baca Seterusnya...