Saturday, January 31, 2009

Mahfudz dan Idham Lim di Batu Gajah




Satu ceramah Umum anjuran PAS Kawasan batu gajah akan diadakan di Pejabat PAS Batu Gajah (dekat Pasaraya MINAT) pada 1 Februari ini pada jam 9.30 malam.

Penceramah jemputan pada malam tersebut terdiri daripada YB Tn Hj Dato Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena) dan YB Khalil Idham Lim ( Timbalan Exco Agama, Negeri Perak).Orang ramai dijemput hadir untuk mendengar ulasan isu semasa khususnya tentang perkembangan politik di negeri Perak ini. .

Untuk Gerai Jualan Sila Hubungi:
Hj Ismail Arifin : 012 – 5062173 / Sdr Khairudin 017 – 4687704
-al-husseyn


Baca Seterusnya...

Friday, January 30, 2009

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Cina ADUN Titi Serong.

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Cina ADUN Titi Serong.

Tarikh/Hari :
1 Februari 2009 /AHAD

Masa :
2.00 hingga 4.00 Petang

Tempat :
Kediaman ADUN Titi Serong,
No. 15 Jalan Wawasan 8,
Taman Wawasan Jaya,
34200 Parit Buntar. PERAK.

SEMUA DI JEMPUT HADIR.


Baca Seterusnya...

PERISYTIHARAN CUTI UMUM NEGERI

Bagi menjulang serta memartabatkan kegemilangan upacara perayaan sambutan jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, maka dengan ini kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah bersetuju dan meluluskan pengisytiharan tarikh 3 Februari 2009 (Selasa) bersamaan 7 Safar 1430H sebagai cuti umum bagi seluruh jajahan takluk negeri Perak Darul Ridzuan.

Upacara penganugerahan bintang tertinggi AZLANII yang akan berlangsung pada 3 Feb. 2009 jam 10.00 pagi, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar turut mendapat liputan langsung. Dengan cuti umum ini, akan memberi peluang kepada seluruh rakyat Perak khususnya bagi mengikuti siaran langsung tanda memperingati tarikh tersebut.

Maka saya mengajak seluruh rakyat Perak mengambil kesempatan cuti umum ini untuk merayakan Jubli Perak bersama-sama kerajaan negeri. Berbagai-bagai majlis dan program telah diatur bagi memperingati sambutan jubli Perak ini. Kemuncaknya ialah pada 14 Feb. 2009 yang mana semua DYMM Tuanku Sultan setiap negeri termasuk TYT Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak) , DYMM Sultan Brunei dan pemimpin negara akan berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi satu upacara gemilang.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT melindungi kebawah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan Permaisuri serta seluruh kerabat diraja dikurniakan kesihatan, keampunan serta keadilan dalam memerintah negeri Perak DR yang kita cintai ini.-kamparinn blogspot.com


Baca Seterusnya...

Wednesday, January 28, 2009

ADUN Bota akan kunjung hormat MB pagi ini.

IPOH, 28 Jan :- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bota, Dato' Nasharuddin Hashim akan mengadakan kunjung hormat kepada YAB Menteri Besar Perak di Pejabat Menteri Besar pagi ini.

ADUN BN yang baru mengumumkan keluar dari partinya itu dijangka sampai di Pejabat Menteri besar di sini pada jam 8.45 pagi. Demikian kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Perak, Hj. Anuar Hashim yang dihantar melalui sms pagi ini.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam sidang akhbar sesudah itu.

Inilah pertemuan dan kunjungan pertama antara kedua pihak setelah Dato' Nasharuddin mengumumkan keluar dari BN dan menyertai PKR Ahad lepas.

Pertemuan pada pagi ini juga telah dimaklumkan kepada semua Exco Kerajaan Negeri dan Semua ADUN Pakatan Rakyat.
-cina Islam blogspot.com


Baca Seterusnya...

Zahid ganti Tajol Pengerusi Umno Perak?

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi disebut-sebut bakal menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak yang baru selepas Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali melepaskan jawatannya.

Berita angin ini semakin kuat bertiup berikutan Tajol mendapat tekanan terakhir ekoran tindakan Datuk Nasarudin Hashim, Adun Bota melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berita angin ini semakin kuat bertiup berikutan Tajol mendapat tekanan terakhir ekoran tindakan Datuk Nasarudin Hashim, Adun Bota melompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Selepas bertemu Najib baru-baru ini, Tajol dikatakan akan melepaskan jawatannya untuk mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Perak," kata satu sumber kepada Siasah.

Ia juga berikutan dari tekanan dan kempen pihak-pihak tertentu agar Tajol melepaskan jawatannya selepas Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

"Zahid semakin dipercayai oleh Umno Perak dengan tindakan beraninya mengarahkan pegawai kerajaan Pusat agar jangan menyertai sebarang mesyuarat anjuran kerajaan negeri Perak.

"Walaupun mendapat kecaman hebat dari pembangkang, Zahid sekurang-kurangnya dilihat berbuat sesuatu untuk menaikkan moral Umno di Perak ketika Tajol dilihat tidak berani berbuat apa-apa," kata sumber itu.

Bagi beliau, ramai pemimpin Umno membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendapat umum sekarang asalkan ia mendapat sokongan Umno kerana mereka sekarang menghadapi pemilihan dalaman parti.

"Kenyataan Mukhris tentang sekolah satu aliran negetif kepada rakan-rakannya dalam BN tetapi ia tetap dibuat untuk mendapat undi di kalangan perwakilan Umno. Begitu juga dengan kenyataan Zahid ini," tambah beliau.

Tekanan terhadap Tajol semakin meningkat apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin mengumumkan tiga lagi Adun Umno akan menyertai Pakatan.

Namun perkara ini ditolak oleh timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.-ajijoi.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Saturday, January 24, 2009

Arahan Zahid menyakitkan hati pegawai kerajaan .

Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.
Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.

Arahan-arahan di atas adalah suatu arahan yang menyakitkan kebanyakan ketua-ketua jabatan dan pihak penghulu yang disebutkan oleh Zahid dalam arahan itu.

Tidakkah Zahid menyedari pegawai-pegawai yang cuba dinafikan haknya untuk hadir dalam Mesyuarat Majlis Tindakan saya sifatkan akan menimbulkan kebencian banyak pegawai tersebut kepada Zahid yang "kurang akal" itu.

Alasannya mereka adalah anak-anak Perak yang berada di kemuncak sesebuah Jabatan yang mewakili Kementerian tertentu, oleh itu saya yakin mereka sangat bersemangat untuk memajukan negeri sendiri. Sepatutnya Zahid membuka peluang kepada penjawat-penjawat kerajaan itu bergerak bebas tanpa ada arahan "bodoh" yang menghalang mereka.

Demikianlah tindakan Zahid yang mundur ke belakang dan menyakitkan hati rakyat Perak dan pegawai-pegawai kerajaan di Perak.


Baca Seterusnya...

Friday, January 23, 2009

Ceramah Dr Harun Din di Kediaman MB Perak




Dengan segala hormatnya dijemput semua bloggers dan warga Perak ke Kediaman Rasmi Menteri Besar pada 1 Februari 2009 ini untuk kita sama-sama menerima santapan rohani dari ulama' yang hebat dan ulung di tanahair kita iaitu Dato Dr. Harun Din Al-Hafiz.

Semoga dengan kehadiran semua akan memberkati lagi majlis ilmu yang bakal dianjurkan nanti.-ajijoi.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Thursday, January 22, 2009

Kenyataan Zahid mengelirukan.

Saya mengecam keras arahan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di JPM yang disiarkan dalam media utusan dan Berita Harian pada hari.

Kenyataan beliau sangat bertentangan dengan dasar Kerajaan Negeri Perak yang berulang kali ditegaskan bahawa kami sentiasa akan menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan. Kami sesungguhnya sentiasa menghormati sistem negara persekutuan dan begitulah diharapkan sebaliknya.

Berita tersebut juga dalam keadaan media menyiarkan sama majlis angkat sumpah Presiden Amerika yang baru. Dalam keadaan rakyat Amerika dan dunia sudah aboleh menerima arus perubahan dengan menerima untuk pertama kalinya seorang yang berkulit putih menjadi Presiden, seorang menteri Malaysia mengeluarkan kenyataan yang tidak menerima satu sistem demokrasi yang diktiraf dinegaranya sendiri.

Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri kata Zahid Hamidi.

Beliau berkata, arahan itu berkuat kuasa serta-merta dan semua ketua jabatan hendaklah mematuhi arahan berkenaan. Tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Kenyataan beliau diatas adalah bebaur hasutan dan ugutan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang menteri yang berpelajaran tinggi dan berasal pula dari Negeri Perak.

Saya mempersoalkan kalau ini adalah arahan Kerajaan Pusat dan beliau cuma Menteri Pusat adalah sewajarnya ianya diarahkan oleh PM ataupun TPM bukanya Zahid.

Selain itu kenapa hanya melibatkan negeri Perak sahaja tanpa dalam kenyataannya menyebut negeri-negeri yang berada dibawah Pakatan Rakyat yang lain. Saya mempertikai masalah ini bukan bermaksud sepatutnya semua kena terlibat namun inilah keganjilan kepada suatu arahan yang saya anggap tidak masuk akal.

Saya melihat arahan ini bercanggah dengan dasar yang sepatutnya jelas dan dari mana sebetulnya arahan itu datang.

Petang ini saya memanggil semua Ketua Kampung di bawah DUN Titi Serong untuk menjelaskan isu berkenaan kepada mereka. Antara yang saya jelaskan kepada mereka ialah persoalan tandantangan yang dipetik dari kenyataan Zahid yang mengatakan Kerajaan Pusat juga tidak mengiktiraf tandatangan dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau Penghulu untuk sebarang urusan dengan agensi Kerajaan Pusat.

Beliau mendakwa semua agensi Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf tandatangan Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Persekutuan (JPPP) yang dilantik oleh Kerajaan Pusat.

"Orang ramai yang hendak berurusan dengan agensi Kerajaan Persekutuan mestilah mendapatkan tandatangan Pengerusi JPPP jika surat atau salinan dokumen memerlukan pengesahan.

"Jabatan Persekutuan tidak mengiktiraf tandatangan Pengerusi JKKK atau Penghulu kerana mereka dilantik oleh kerajaan negeri," katanya.

Siapakah sebenarnya Zaid sehingga menjadi melalut dan pening lalat sampai sampai kesitu. Adakah dengn kekelahan di Kuala Terengganu menyebabkan Zahir sudah jadi kurang waras dan beraa dalam keadaan khayal. Tidakkah belau sedar apa yang sedang dikatakanya adalah jauh sekali dari bidang tugas beliau sendiri.

Semua jabatan yang beliau arahkan tidak hadir Mesyuarat Tindakan Daerah (JKTD) yang dikatakan agensi yang diguna sama seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan dikecualikan daripada arahan itu. Tidak kah semua Jbatn ini mempunyai Menterinya sendiri yang selayaknya mengarahkan arahan itu.

Zahid hanya layak menghalang pegawai JAKIM dan Tabung Haji untuk hadir ke Mesyuarat itu.

Kalaulah dia mewakili keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet adakah dia layak untuk mewakili kelompok menteri yang besar itu.

Kesimpulannya saya memohon Zahid berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan. Masalah Tabika Kemas belum selesai dia sudah mengelirukan rakyat dengan isu baru. Sepatutnya tahun baru hijrah dan masehi diwarnai oleh kenyataan Zahid yang lebih "wangi" bukanya "sebusuk" begitu.

Kepada pegawai kerajaan saya mohon supaya diabaikan ugutan dan kenyataan yang tidak berasas yang telah di keluarkan oleh Zahid.

Kepada seluruh rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan marilah kita bangkit untuk menolak secara total pemimpin UMNO dan BN serta kuncu-kuncu dan pastikan dalam pilihan raya akan datang . Mereka jelas sudah tidak ada daya penarik lagi, yang ada hanya daya penolak . Kini tinggal pemimpin seperti Zahid yang menunggu masa untuk ditolak oleh pengundi ditempatnya sendiri.



Drs.Khalil Idham Lim,
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak,
Timbalan Exco Agama Perak.


Baca Seterusnya...

Wednesday, January 21, 2009

Kenyataan bohong Zahid, bukti pemimpin UMNO hilang daya tarik

Kelmarin Zahid Hamidi bersuara kembali mengenai dakwaannya bahawa Kerajaan Negeri mengarahkan 700 (bukannya 7,000 seperti laporan urusan hari ini).

Pihak Kerajaan negeri telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal tuduhan dan fitnah yang tidak berasas itu. Saya juga melalui blog ini antara yang terawal menjawab tuduhan tersebut dan mencabar Zahid kemukakan bukti. Setelah lama berdiam diri ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman bersuara dengan mengatakan dia ada bukti ada arahan tersebut. Sekali lagi saya mencabar Hamidah untuk kemukakan bukti.

Kenyataan Zahid yang disiarkan utusan (saya beli untuk jawab tuduhan pembangkang di Perak ) mendakwa Kerajaan Perak telah mengeluarkan arahan rasmi melalui surat bertarikh 23 September tahun lalu meminta semua Pegawai Daerah mengambil semula kunci balai raya dan dewan orang ramai hingga memaksa Tabika Kemas di tutup.

Dengan mendakwa surat itu merupakan bukti yang dimiliki Kerajaan Pusat berhubung penutupan tabika itu bagi menjawab dakwaan Exco kanan kerajaan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa tiada arahan demikian.

Sebenar nya kalau itulah surah yang dimaksudkan oleh Zahid Hamidi, itulah bukti kami bahawa Zahid berbohong, memfitnah, putar belit dan sebagainya. Surat itu tidak ada langsung dengan menyebut arahan menutup Tadika Kemas.

Zahid Hamidi menuduh dalam sidang akhbar itu dengan mendakwa arahan rasmi itu meminta penghulu atau pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri mengambil alih balai raya dan dewan orang ramai yang digunakan sebagai Tadika Kemas atas dakwaan ia milik Kerajaan Perak.

Ternyata Zahid tidak habis-habis memutar belit fakta dan nampak sangat hajinya tidak ada ciri mabrurnya. Saya rasa budak darjah 6 pun kalau baca arahan itu boleh memahaminya tentang maksud arahan itu ialah mengenai penstrukturan semula siapakah milik bangunan adakah persekutuan atau negeri.

Saya menafikan tuduhan Zahid dan saya menyarankan supaya satu laporan Polis dilakukan kembali oleh pihak tertentu dengan "tuduhan dan hasutan" baru beliau yang boleh meresahkan rakyat Negeri Perak.

Tidakkah Tadika Kemas berjalan macam biasa, malah Zahid menjilat ludahannya sendiri dengan berterima kasih kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana telah membenarkan semula penggunaan balai raya dan dewan orang ramai terlibat untuk dijadikan Tabika Kemas. Perkataan "membenarkan semula" adalah tidak bertanggungjawab kerana seolah-olah pernah ditutup.

Perlu diingatkan kita membenarkan dari awal terbentuknya Kerajaan pakatan Rakyat di Perak tanpa ada arahan menutupnya.

Cuma Zahid dan pembangkang di Perak yang gatal mulut memfitnah dan memutar belit fakta dengan mengatakan kami mengarah menutupnya. Inilah sebenarnya bukti bahawa UMNO sebenar-benarnya kehilangan daya penariknya dengan punya pemimpin yang suka berbohong dan cari publisiti murah tanpa ada rasa bersalah.

Sia-sialah arahan Najib dan pemimpin UMNO yang lain yang mengharapkan UMNO dikembalikan daya penariknya. Nasihat saya teruskan kerja itu supaya UMNO lagi cepat terkubur dalam kamus politik Malaysia dengan sifat pemimpinnya yang berbohong, dulu kini dan selamanya termasuk Menteri yang jaga hal ehwal agama.

Drs.Khalil Idham Lim,
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak,
Timbalan Exco Agama Perak.


Baca Seterusnya...

Tuesday, January 20, 2009

Pemberhentian Pekerja Kilang Di Perak Dijangka Serius

IPOH, 19 Jan -Masalah pemberhentian pekerja sektor perkilangan di Perak dijangka serius terutama yang melibatkan sektor pembuatan dan pasaran eskport, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri mendapatkan khidmat beberapa pakar untuk memberikan nasihat bagi menangani masalah yang akan berlaku akibat kesan kemelesetan ekonomi dunia yang semakin dirasai kini.
"Kerajaan negeri terpaksa menangani masalah pemberhentian pekerja ini walaupun sebahagian besar daripada mereka adalah pekerja asing seperti dari Nepal dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak di sini, Isnin.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jumlah pekerja sektor perkilangan di Perak yang bakal terjejas akibat penutupan kilang-kilang yang beroperasi di negeri ini.

Kerajaan negeri juga telah merangka beberapa langkah bagi membantu pekerja sektor perkilangan dari kalangan rakyat Perak yang dijangka turut terjejas dengan keadaan itu, katanya.

"Satu daripadanya ialah kita mahu semua PBT memberikan kelulusan segera kepada rakyat Perak terbabit yang memohon premis perniagaan untuk memulakan perniagaan," katanya.

Mengenai kakitangan kerajaan negeri yang bertaraf kontrak, Mohammad Nizar berkata setakat ini belum ada yang diberhentikan.

"Tidak ada keperluan untuk membuang pekerja kontrak kerajaan negeri pada ketika ini. Khidmat kesemua mereka diperlukan dan kerajaan negeri masih berkemampuan untuk meneruskan khidmat mereka," katanya.-- BERNAMA - alhusseyn.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Monday, January 19, 2009

KEMENANGAN PR DI KT- APA ERTINYA?

Syukur Alhamdulillah, calon PAS pilihan Dato' Presiden Tn Guru Hj. Hadi Awang telah dianugerahkan Allah kemenangan dalam PRK P036 di KT. Kerjasama jitu dalam berkempen oleh kesemua pimpinan Pakatan Rakyat amat terserlah dan bersemangat. Segala isu yang dimainkan UMNO BN bagi mencemarkan PR khususnya PAS, terbukti palsu dan fitnah. Jutaan duit dan gula-gula yang di janjikan UMNO kpd warga KT tidak membawa kesan mendalam bagi mengubah pendirian pengundi.

Kaum Cina di DUN Bandar khususnya tidak gentar lagi dengan PAS dan ini yang membimbangkan UMNO. Apapun, keputusan tersebut membawa mesej berikut:


1. UMNO BN menuju cepat ke arah tidak releven pada rakyat Malaysia. Kepunahan UMNO akan bertambah menyerlah menjelang pilihan mereka bulan Mac 2009 ini.

2. PAS di anugerahkan peranan mendepani PR dan bertanggungjawab menjelaskan segala isu yang di lempar atau sengaja di putar belit oleh UMNO.

3. Sokongan dan keahlian PAS serta Kelab penyokong akan menjadi lebih banyak yang memaksa PAS menilai semula kedudukan serta sifat keahliannya.

4. Pas mesti bersedia mentadbir Terengganu dalam PRU 13 dengan syarat semua jentera harus bertugas besar dari sekarang khusus menjalin hubungan berterusan dengan warga Cina DUN Bandar.

5. Penjawat Awam bagi jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan sungguh bersimpati dengan PAS dan ini perlu di pupuk dan di raikan. Mereka menjadi bertambah berani walaupun diugut atau di paksa.

6. Anggota keselamatan Polis terbukti merelakan diri mereka khususnya pemimpin di peralatkan UMNO BN. Jumlah yang ramai (nisbah 8 pengundi: 1 anggota) amat memalukan dan ini sekali gus menghina rakyat Terenggnu seumpama kaki ganas dan penjenayah.

7. Tahap pengorbanan ahli dan penyokong PAS khususnya Muslimat Pas, seluruh negara terlalu tinggi dan ini perlu dipertahankan dan diraikan.

8. Tuduhan jahat dan fitnah pimpinan UMNO BN kepada kerajaan-kerajan PR khususnya di Perak, tidak ditelan oleh rakyat bulat-bulat.Kamparin blogspot.com


Baca Seterusnya...

Pakatan Rakyat tubuh Majlis Menteri Besar.

ALOR STAR 18 Jan. – Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat hari ini menubuhkan Majlis Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri bertujuan meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Majlis itu di kenali sebagai Pengisytiharan Mentaloon, majlis tersebut juga bertujuan menyelaraskan agenda, program dan aktiviti di kalangan negeri-negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

“Perbincangan hari ini telah mencapai beberapa persetujuan berhubung apa perlu dibuat Pakatan Rakyat bagi meningkatkan kerjasama dan mengemas kini beberapa kekurangan yang perlu diambil tindakan segera,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat , Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Dalam sesi sidang akhbar Menteri Besar Kelantan diwakili oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Azizan berkata, mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan majlis berkenaan di samping penubuhan Majlis Exco Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Guan Eng berkata, majlis tersebut dibentuk kerana Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Pakatan Rakyat yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja sering didiskriminasikan.cina Islam blogspot


Baca Seterusnya...

SYABAS DAN TAHNIAH



banner diambil dari budak ipoh timor blogspot.com


Baca Seterusnya...

Saturday, January 17, 2009

Doa buat rakyat Kuala Terengganu



"Ya Allah ya tuhan kami, Engkau terangkanlah hati-hati para pengundi di Kuala Terengganu ini dengan cahaya iman agar mereka dapat menilai dengan hati nurani dan memilih calon yang benar-benar layak untuk memimpin umat ke jalan yang diredhai oleh Mu, ya Allah.


Ya Allah ya Rahman, Engkau berikanlah kemenangan kepada calon Pas, Abdul Wahid Endut agar dapat memberi tunjuk ajar dan menundukkan kesombongan dan keangkuhan Umno untuk kembali menjadi hamba-Mu yang taat dan patuh serta bersama-sama dengan kami dalam menegakkan kebenaran serta menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.


Sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani, dan sebaik-baik tempat kami mengadu.

Ya Allah Ya Rabbal Alamin."



Ingat Allah ketika mengundi - Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

SELAMAT MENGUNDI
RAKYAT P.36 KUALA TERENGGANU
-ajijoi.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Friday, January 16, 2009

TV Pembohong Besar, Jawapan kepada Isu di Sungai Siput.

Saya amat kesal dengan putar belit dan lakonan yang sangat terancang oleh pihak TV yang menyiarkan berita yang kononnya Perak dalam porak peranda sejak di perintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Berita dan olahan yang tidak bertanggungjawab itu saya bantah dengan sekeras-kerasnya dan saya anggap dirancang oleh pihak tertentu bersempena dengan PR Kuala Terengganu Sabtu ini.

Berbohongnya TV kali ini sangat lah besar bohongnya. Ibarat kan seorang kanak-kanak ditanya berapakah umurnya katanya 50 tahun, bila ditanya berapa umur bapanya, jawabnya 9 tahun sahaja.

Bernasib malang lagi rakyat Malaysia yang senantiasa dihidangkan dengan berita-berita rekaan yang berniat jahat dan songsang itu.

Difahamkan Penghulu Mukin Sungai Siput akan menghantar laporan lengkap ke Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.

Berikut adalah jawapan saya kepada isu tersebut.
ISU GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.

Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa.

Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut.

Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.

Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas. Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru.

Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.

Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai.

Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.

ISU GERAI MILIK MAJLIS DAERAH SUNGAI SIPUT

Sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar .

Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakun-pelakun kepada berita rekaan itu.

Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan adalah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah.

Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.

Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu.

Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anaknya sendiri. Itulah yang keluar di TV, bukannya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap.

PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya.

Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakun kepada klip berita bohong tersebut.

Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO. Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat. jawatan Dato' telah melayang sudah.

Baiklah jadi wakil rakyat yang disayangi oleh semua sebelum Dato' bersara dari politik, makin tua makin menjadi dengan kerja amal bukan kerja bohong.

YB. Drs. Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong /
Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan,
Kerajaan Negeri Perak.


Baca Seterusnya...

Monday, January 12, 2009

Dana Palestin Perak



Jika anda punya rasa prihatin dan bersimpati
diatas penderitaan rakyat Palestin
dan ingin menyumbang bagi membantu meringankan
sedikit penderitaan dan kesengsaraan
yang mereka sedang hadapi ,
Kerajaan negeri Perak Darul Ridhuan
telah melancarkan tabung untuk rakyat Palestin.
Sumbangan anda amat bererti kepada perjuangan rakyat Palestin.
Hari ini hari mereka ;
entah esok entah lusa, hari kita pula.

Maka marilah menderma sementara kesempatan
bagi kita masih ada.

Masukan sumbangan anda atas nama :
DANA PALESTIN PERAK
Melalui:
BANK ISLAM IPOH
NO. AKAUN : 08013010068281.
Allah jua yang membalasnya .
-sumber dipetik dari al-husseyn.blogspot.com


Baca Seterusnya...

TABUNG SUMBANGAN MOHD SYAILA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun telah melancarkan Tabung Sumbangan Mohd Syaila, sesiapa yang ingin turut menyumbang boleh salurkan kepada Sdr Zairul, Helmi, Ust Latif, Aidil, dan Azmi. Semoga sumbangan sahabat sekalian akan mengurangkan bebanan keluarga beliau.

http://pastambun.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Sunday, January 11, 2009

Kami perihatin.

WM telah menerima sepucuk email dari seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Abang03 melaporkan mengenai keadaan pembinaan Sekolah Maahad Imam Assyafiee di Jelapang, Ipoh yang dikatakan dalam keadaan keselamatan dan keselesaan pelajar yang tidak terjamin.

Kami berharap masalah yang dihadapi itu dapat diselesaikan dengan segera melalui saluran dan pihak berwajib tertentu selepas ini diambil.

Berikut adalah kandungan email berserta gambar yang dikirim Abang03....

Mohon pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan wajar terhadap kontraktor dan pihak bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keselesaan pelajar asrama sebuah sekolah menengah (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) SABK Maahad Imam Assyafiee, di Jelapang, Ipoh.

Kerja-kerja menaiktaraf sedang dilaksanakan di sekolah berkenaan, malangnya pihak kontraktor dan sekolah tidak mengambil berat soal keselamatan dan keselesaan pelajar khususnya yang tinggal di asrama dengan membiarkan peralatan dan bahan-bahan binaan bersepah di kawasan asrama.

Gambar-gambar berikut diambil pada hari Ahad, 4 Januari 2008.

Perhatian, kerjasama dan tindakan amat dihargai bagi keselamatan para pelajar.


Baca Seterusnya...

Saturday, January 10, 2009

Perak negeri pertama mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin


IPOH (9/1/2009) : Perak merupakan negeri yang pertama mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin. RM1 juta merupakan sasaran bagi mencapai maksud tersebut. Semoga Perak menjadi pemangkin kepada negeri-negeri lain untuk melaksanakan program yang sama.

Program Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin yang dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) berjaya menghimpunkan hampir 4,000 rakyat Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Pelbagai kaum dan agama telah bersama-sama menyatakan pendirian mereka mengutuk dan mengecam serangan Israel kepada rakyat Palestin kerana isu Palestin bukan hanya isu agama malah ianya adalah isu kemanusiaan.
Majlis yang dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Ir Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak turut dihadiri oleh Setiusaha Kerajaan Perak, Datuk Bandar Ipoh, Exco Kerajaan Negeri Perak, Adun-Adun, Pegawai-pegawai kerajaan, parti-parti politik serta pelbagai pertubuhan dan juga orang ramai.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ust Zulkifli Ibrahim, Pengarah Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin, diikuti oleh Dr Khairuddin Dato' Malek selaku pengerusi Jama'iy.

Ucapan mula menjadi bersemangat dengan dimulai oleh Hafeez daripada Bersatu Perak (Mahasiswa), wakil Jemaah Islah Malaysia, Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abd Hamid serta seorang wakil daripada Palestin.

Cikgu Azmi daripada Teras juga turut melancarkan Boikot Barangan Israel dan Amerika. Amat menarik apabila sebuah pentomim mengenai kesengsaraan Palestin dipersembahkan semasa ucapan oleh Cikgu Azmi.

Persembahan multimedia pula menyusul dengan menayangkan video tentang sejarah peperangan diantara Israel dan juga Palestin serta kezaliman puak rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

Parti politik seperti Pas, PKR dan juga DAP mengambil bahagian dengan ucapan oleh pimpinan negeri.


Upacara kemuncak adalah Pelancaran Dana RM1 juta untuk Palestin oleh Menteri Besar Perak dengan pelbagai pihak naik ke pentas untuk menyampaikan sendiri sumbangan mereka kepada Menteri Besar.

Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpulkan pada majlis itu sahaja adalah sebanyak RM127,000.00. -ajijoi.blogspot.com



Baca Seterusnya...

Majlis Perhimpunan dan Perutusan Tahun Baru Menteri Besar Perak

IPOH, 8 Januari : Menteri Besar YAB Dato Seri Hj Ir Mohamad Nizar bin Jamaluddin dalam perutusan tahun barunya telah mengajak semua kakitangan dan rakyat negeri Perak supaya menjadikan tahun Masehi 2009 /1430 Hijrah sebagai tahun Penyucian Niat.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Negeri,Dato Dr Abdul Rahman bin Hashim, Dato Seri Mufti Perak, Harussani , Pengarah Jaip, Dato Sheikh Mohd Nor Mansor Al-Hafidz , Ketua-ketua Jabatan serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Nizar menyeru mereka supaya sama-sama menjadikan tahun 2009 ini sebagai penjernihan niat masing-masing.

Beliau mengingatkan semua penjawat .awam bahawa mereka semua adalah penghubung kepada rakyat dan mengajak mereka supaya mengikis dan mencegah rasa sentimen perkauman.

“Jangan biarkan diri menjadi alat sentimen perkauman.Selama 10 bulan tohmahan berbagai rupa cuba memerangkap rakyat yang buta politik kepada sentimen berbentuk perkauman ,Tuan Puan sendiri pun tahu,” kata Nizar.


Nizar mengajak seluruh kaki tangan penjawat awam supaya sama-sama menghayati laungan talbiah mereka yang baru mengerjakan haji.

“Labbaik Allahumma labbaik, labbaika laa syarika laka labbaik innal hamda wan ni‘mata laka wal mulku laa syarika lak ; Aku penuhi panggilan-Mu, wahai Allah, aku penuhi panggilan-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu,” terang Nizar.

Nizar mengajak mereka supaya mensyukuri segala ni’mat Allah itu dengan tidak mensyirikkan diri , sambil mengingatkan mereka kepada sepotong hadis nabi –Laisa Minni man da’a asabiah – bukan dari kalangan aku siapa yang menyeru kepada asabiah , yakni perkauman.

“Apa guna membawa hasil yang tidak baik untuk anak isteri kita dirumah ; Jangan jadikan projek-projek menyebabkan tuan-tuan terjerumus kelembah neraka,” peringatan Nizar kepada semua penjawat awam disitu sambil merujuk kepada titah ucapan Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah sewaktu baginda bertitah sewaktu merasmikan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Perak tidak lama dulu.

Menurut Nizar , Baginda telah bertitah,

“Suasana ekonomi yang muram ini adalah peringatan ILAHI kepada umat manusia.Bertapa manusia terutama meraka yang diamanahkan kuasa, wajib menginsafi akan tanggung jawab utama menyempurnakan tugas terhadap manusia dan melaksanakan keadilan terhadap alam.Betapa sebahagian meraka yang berkuasa dan berjawatan terlalu asyik dan mabuk dengan kuasa, bersifat tamak dan berlagak angkuh sehingga kuasa sering kali disalahgunakan hingga menjadi punca kepada berlakunya pelbagai bencana,”

“Amatlah perlu bagi negara memilik instrumen berkesan yang berupaya memantau sebarang penyalahgunaan kuasa.Negara juga perlu mengambil langkah-langkah tepat memenuhi tuntutan warga yang berkehendakkan takbir urus yang telus dan sifar rasuah, dengan didukung oleh sistem kehakiman yang adil, yang akan dicapai jika para hakim terdiri dari kalangan meraka yang berintegriti tinggi.”

Nizar turut mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Harussani diatas penganugerahannya sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan yang baru lalu. Beliau juga mengalu-alukan diatas perlantikan Dato Sheikh Mohd Nor Mansor sebagai pengarah Jaip yang baru dengan menyifatkan perlantikan itu amat tepat sekali.-alhusseyn.blogspot.com

Beberapa gambar ketika majlis tersebut yang sempat dirakamkan :






Baca Seterusnya...

Friday, January 9, 2009

Dua Aktivis PAS Gopeng masuk hospital

Ketua Kampung Simpang Pulai, Abu Bakar atau nama mesranya Bob yang terlibat dengan kemalangan semasa dalam perjalanan ke Terengganu melalui jalan Simpang Pulai - Gua Musang kini masih terlantar tanpa sedar dalam ward 3B, Hospital Besar Raja Permaisuri Tuanku Bainun, Ipoh.

Menurut YDP Kawasan Gopeng Tn Hj Rahim yang pergi meniarahinya tengahari tadi, keadaan BOB tidak begitu baik sebab ada jangkitan kuman dalm paru dan dia tidak sedar diri.

Sewaktu saya kesana lewat petang tadi, Adun Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai bersama pembantunya telah turut kelihatan disitu. Keadaan BOB masih tidak berubah.Kepada mana-mana sahabat yang mengenalinya harap dapat meniarahinya disitu (katil no. 5)

Turut berada diward yang sama ialah Abang Majid, yang juga merupakan seorang aktibis PAS Gopeng. Beliau masih tidak sedar sejak seminggu lalu dimasukan kesitu
-sumber alhusseyn.blogspot.com&artikel berkaitan boleh dilihat juga di anaksengat.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Thursday, January 8, 2009

Hari Bersama Palestine di Ipoh Jumaat ini

Malam Kemanusiaan Palestin

Kerajaan negeri Perak dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMAI’Y) akan menganjurkan Hari Bersama Palestine yang akan diadakan di Stadium Indera Mulia Ipoh pada JUMAAT 9 Januari 2009.

Pelancarannya pada jam 8.00 malam akan dilakukan oleh YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Tarikh : 9 Januari 2009 (Jumaat)
Jam : 8.00 malam
Tempat : Stadium Indera Mulia, Ipoh
Anjuran : Kerajaan Negeri Perak &
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jamai'y)
Perasmi : YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar
Menteri Besar Perak

Objektif penganjuran adalah:

-Menyedar serta membetulkan persepsi masyarakat terhadap isu Palestine.

-Menuntut penyelesaian terhadap perlanggaran hak asasi kemanusiaan di
Palestine.

-Mewujudkan rangkaian dari parti politik, Ng0’s dan tokoh dari seluruh dunia
untuk memperjuangkan isu Palestin.
-bumiperak.blogspot.com&ajijoi.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Wednesday, January 7, 2009

Sime Darby batal hasrat ambil alih IJN

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd hari ini mengumumkan yang ia tidak akan meneruskan rancangannya untuk menguasai kepentingan ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN).


Dalam satu kenyataan di sini, konglomerat itu menyatakan bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah mengambil kira sentimen awam dan maklum balas yang diterima berhubung cadangan itu.

Tindakan itu dibuat susulan pengumuman kerajaan menangguhkan keputusan untuk membenarkan Sime Darby memulakan rundingan dengan Kementerian Kewangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN.

"Kami merupakan syarikat yang pemegang sahamnya mewakili lebih 10 juta rakyat Malaysia dan kami perlu menghormati hasrat rakyat untuk IJN kekal dalam struktur sedia adanya," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan dan presiden kumpulan Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.

"Kami percaya bahawa pelaburan yang berterusan dalam penjagaan kardiovaskular adalah penting kerana ia merupakan penyebab utama kemasukan ke hospital dan satu daripada sebab utama kematian di Malaysia," kata Ahmad Zubir.

"Perkongsian dengan IJN akan menjadi gabungan yang memberi manfaat yang besar kepada kami, IJN, mereka yang berkepentingan dan orang ramai dan atas dasar inilah kami menyatakan hasrat kepada kerajaan mengenai kemungkinan perkongsian dengan IJN," katanya.

Menurut Sime Darby, ia menulis kepada kerajaan pada Ogos tahun lepas bagi menyatakan minat untuk menjalin pakatan yang akan memberi faedah bersama dalam melebarkan skop dan skala operasi Sime Darby Healthcare dan IJN.

"Perkongsian sedemikian akan membawa bersama kedudukan IJN sebagai peneraju dalam penjagaan kardiovaskular dan torasik dan kepakaran Sime Darby Healthcare dalam penjagaan kesihatan tinggi swasta," kata Ahmad Zubir.

"Rancangan Sime Darby Healthcare adalah untuk menubuhkan pusat kecemerlangan dalam pelbagai bidang perubatan seperti kanser, jantung dan neurologi di Malaysia dan seberang laut," katanya.

Menurut Ahmad Zubir, bagi projek IJN, Sime Darby sentiasa mengambil kira kebajikan dan kepentingan golongan mereka yang kurang berkemampuan, satu pendekatan sejajar dengan falsafah syarikat terhadap tanggungjawab sosial.

Beliau berkata beliau kekal yakin mengenai prospek sektor penjagaan kesihatan dan akan terus meninjau peluang untuk pengembangan dan menjadikan Sime Darby Healthcare sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan standard emas di rantau ini.

IJN mempunyai reputasi sebagai pusat jantung utama dan telah memberi rawatan kepada berjuta pesakit termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai hospital separa kerajaan, ia menyediakan rawatan perubatan kelas pertama di bawah kadar pasaran dengan bayarannya dikawal oleh kerajaan. BERNAMA-ajijoi.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Tuesday, January 6, 2009

Tadika KEMAS : Fitnah Zahid dinafikan.

IPOH, 5 Dis :- Kerajaan Negeri Perak menafikan sekeras-keras dan menekan dengan setegasnya bahawa ada arahan supaya mengunci premis Tadika KEMAS seperti yang di dedah kan oleh Zahid Hamidi sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar adakah tidak benar sama sekali.

Kenyataan tersebut terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Kerajaan Negeri Perak yang diwakili oleh Dato Ngeh Koo Ham yang mewakili YAB MB yang berada di Terengganu bagi menjawab isu berkaitan yang diadakan di bangunan SUK di sini.

"Tidak ada arahan kepada mana-mana pihak untuk mengunci tadika KEMAS dan saya berharap rakyat tidak keliru dengan kenyataan fitnah itu" tegas Dato Ngeh.

Ust. Zulkifli, Drs.Khalil,Dr. Abdul Rahman,dan Yb. Ngeh.

Beliau juga kesal dengan rekaan cerita dari menteri berkenaan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat jelata semata-mata untuk menang di Kuala Terengganu. Sambil merujuk peranan yang sebenarnya yang patut dimainkan oleh akhbar Melayu, beliau berharap akhbar lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan sesuatu berita dan merujuk sumber yang sebenar. Dalam hal ini katanaya rujuklah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Lawatan Drs. Khalil ke Tadika KEMAS diDUN Titi Serong pagi semalam.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Agama ,Hj.Zainuddin Yusuf, Timbalannya , Drs. Khalil Idham Lim, Setiausaha Kerajaan negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim, ADUN Selingsing, Hj. Husin Din dan Pengarah Urusetia Kerajaan Negeeri, Ust.Zulkifli Ibrahim.

Dalam kenyataannya Exco Agama menjelaskan memanglah Tadika itu dikunci pada hari cuti dan dibuka pada hari ini . Katanya saluran dalam mengarahkan sesuatu keputusan adalah jelas iaitu bermula dengan keputusan Mesyuarat MMK, sesudah itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah dan penghulu.

ADUN Titi Serong pula mempersoalkan kenapakan setelah 9 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak baru sekarang isu ini diperkatakan. Beliau juga meyatakan telah melakukan lawatan di Tadika Kemas Parit Buntar dan dibuka seperti biasa.

Sementara itu Ust.Zulkifli Ibrahim melahirkan kekesalan kerana kenyataan fitnah dan bohong itu datang dari seorang yang kononnya bakal pemimpin negara dan baru saja balik dari mengerjakan haji.

YAB. Menteri Besar Perak, Ir. Muhamaad Nizar jamaluddin yang dihubungi di Kuala Terenganu menegaskan sekali lagi tidak ada arahan dari Kerajaan Negeri seperti yang didakwa Zahid.-idhamlim.blogspot.com aka cinaIslam.


Baca Seterusnya...

Mat Taib kecewa : pintu pagar dewan tidak berkunci

Satu usaha untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat Negeri Perak telah berjaya dipatahkan.Mereka merangka mahu menjadikan isu kanak-kanak Tadika Kemas di negeri Perak kononnya dihalang daripada belajar. Rancangan jahat mereka mahu memerangkap MB Nizar bahawa beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua dewan orang ramai yang selama ini digunakan oleh Kemas supaya di kunci dan ditutup ; tidak dibenar gunakan oleh Kemas.


Mereka mengatur rancangan tersebut hingga sanggup menjemput Menteri yang pernah ditangkap kerana memikul berkilo-kilo wang di Australia dan yang pernah mengusung lari seorang Puteri Raja ke Thailand dengan tujuan mahu mensensasikan isu kanak-kanak Tadika Kemas tidak dapat masuk ke kelas ( Dewan Orang Ramai) di Taman Seri Ampang, Ipoh Perak.

Bayangkan, jam 8.00 pagi, telah tercegat dihadapan dewan orang ramai tersebut seorang jurukamera TV3 sedang mengambil gambar! Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an mundar mandir , ke hulu hilior yang kemudian saya ketahui dia adalah guru tadika Kemas di situ.

Saya juga turut merakamkan suasana disitu ketika itu dan sempat menemuramah guru tadika tadi. Pada mulanya dia kata dia tak boleh beri komen apa-apa "Tunggu sehingga boss saya, Pengerusi Kemas Perak datang bila-bila masa nanti," katanya

Tapi saya terus bertanyakan sesuatu kepadanya dan dia pula memberikan respon yang baik.Saya gembira berbual dengannya.He! he! Jangan ada sesiapa yang jealous.

Guru tersebut memberitahu saya bahawa pagar dewan tersebut berkunci dan mereka tidak dapat masuk kedalam dewan.Dia juga turut memberitahu saya bahawa Dato Seri Muhamad Mohd Taib akan datang kesitu sebentar lagi. Dia nampak gah dan teruja apabila memberitahu saya tentang kehadiran Menteri Kaki Pikul dan Usung itu kesitu.....

"Eleh!" bisik hati saya yang meluat melihatkan gelagat Cikgu Tadika tadi yang berasakan dirinya begitu glamor pagi itu kerana tadikanya yang cuma 6 orang murid itu akan dikunjungi oleh seorang Pak Menteri Kaki Pikul dan Usung itu!

Saya hampiri jurukamera TV3 tersebut dan memberitahunya bahwa pintu pagar tersebut sebenarnya tidak berkunci sebagaimana yang didakwa.

Apabila guru tersebut mula mengatur murid-murid dihadapan pagar dewan untuk diambil gambar yang kononnya mereka tidak dapat masuk kedalam dewan kerana berkunci, saya kedepan lalu menarik rantai pagar yang tidak berkunci itu.

“Tengok ni, mana berkunci!” Saya memberitahu guru tersebut yang kelihatan tergamam kerana tidak menjangkakan pintu itu sebenarnya tidaklah berkunci sebagaimana dakwaannya sebentar tadi.Jelas terbukti bahawa dia tidak meneliti atau mencuba untuk membuka pintu pagar tersebut. Tetapi agak pelik apabila dia meminta saya supaya meletakkan semula rantai tersebut seperti sediakala.

“Nak buat apa?” saya bertanya. Lalu saya membuka pintu pagar dan menyuruh kanak-kanak tadika di situ supaya masuk.

Saya membuka pula pintu dewan sambil berkata, “Tengok , pintu ini pun tidak berkunci!” dan meminta kanak-kanak tadika supaya masuk ke dalam ruang dewan itu.

“Tentu pagi-pagi tadi lagi pintu dewan ni dah dibuka,” rungut guru tersebut.

“Memanglah!” Jawab saya , “Takkanlah semalaman dewan ini mahu dibiarkan tidak berkunci!?” Tanya saya semula kepadanya.Dia tidak berkata apa-apa. Dia gugup dengan keadaan yang diluar jangkaannya itu.

Mungkin dia sedang berfikir : Macammana ni? Menteri dah di panggil, TV3, RTM semua dah dipanggil untuk buat liputan tentang pintu pagar dewan berkunci dan budak-budak Tadika Kemas tidak dapat masuk kedalam dewan untuk belajar.....Rosak! rosak! rosak! Rancangan nak mensensasikan isu ini dah tak menjadi! Hancus!

Jam 9.00 pagi, maka tibalah Menteri Tukang Pikul dan Usung itu. Puak-puak Umno ketika ini pun dah ramai yang tiba.

Saya bertanya kepada salah seorang yang saya kenali , “Hang jauh-jauh datang ke sini pasai apa?”

“Aku terima SMS tadi….” Jawabnya. Kawan ni datang dari tempat yang agak jauh. Anak dia pun bukan ngaji kat tadika Kemas sini.Yang lain-lain pun bukan dari taman tersebut; tapi buat apa datang? Nampak sangat telah dirancang. Puak-puak ni tak ubah macam langau jumpa bangkai; bisik hati saya.

Saya turuti langau-langau itu masuk ke dalam dewan. Saya hanya memerhatikan Menteri tersebut berlakon sebagai seorang yang baik dengan meriba kanak-kanak di situ.

datang berkereta pagi-pagi buta dari Kuala Lumpur semata-mata mahu melawat Tadika Kemas di Seri Ampang , Ipoh ini yang hanya mempunyai 6 orang murid. Apa istimewanya tadika tersebut?

Walau apa pun, yang jelasnya bahawa Menteri tersebut berasa kempunan kerana tidak dapat melihat pintu dewan tersebut berkunci .Beliau berasa hampa dan keciwa bila melihat kanak-kanak tadika Kemas disitu dapat menggunakan dewan orang ramai tanpa halangan untuk belajar.

Bukan Mat Taib sahaja yang hampa dan kecewa, Tokoh Maal Fitnah lagilah berasa hampa, keciwa dan merana kerana perangkap dan ramalannya tidak mengena kali ini.

Kita bersyukur kerana Allah terus membantu kami dalam menghadapi tipu helah musuh durjana seperti mereka itu.Kita akan terus berwaspada dan berdoa agar Allah terus melindungi kerajaan negeri Perak Pakatan Rakyat.

(Maaf, tidak dapat nak upload gambar video yang saya rakam - Streamyx dan Broadband ni sangat menghampakan.Saya turut memahami bagaimana kehampaan yang dirasai oleh mereka yang hampa hari ini....)-alhusseyn.blogspot.com


Baca Seterusnya...

Monday, January 5, 2009

DAKWAAN PALSU OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

Dinyatakan dalam laporan tersebut, " kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri bekenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, " Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.

Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.

Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.


Baca Seterusnya...

Saturday, January 3, 2009

Warga Perak berhimpun mengutuk kezaliman Zionis terhadap Palestin

SATU letupan kelihatan ketika peluru berpandu yang dilepaskan pesawat Israel mengenai sasaran di utara Semenanjung Gaza semalam. Lebih 400 penduduk Gaza terkorban dan 1,700 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan udara sejak Sabtu lalu. - Foto AP


IPOH (02/01/2009) : Warga Perak sekali lagi mengadakan perhimpunan aman bagi membantah keganasan dan kezaliman regim zionis Israel menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Bertempat di Masjid Sultan Idris Shah II ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Negeri selesai solat Jumaat serta solat hajat, perhimpunan aman yang diterajui oleh Dewan Pemuda Pas Perak ini berjaya mengumpulkan hampir keseluruhan jemaah pada tengahari ini. Apatah lagi setelah jemaah mendengar khutbah tentang kezaliman zionis Israel daripada mimbar masjid yang benar-benar membakar semangat untuk mengutuk dan menyelar tindakan zionis laknatullah itu.

Ucapan yang berapi-api daripada pimpinan mendapat sorakan yang gemuruh daripada hadirin. Antara yang melaungkan kata-kata semangat serta slogan-slogan mengutuk kezaliman ini ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, seorang wakil daripada Aman Palestin dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ustazah Sabariah.

Turut hadir sama bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan hari ini adalah Menteri Besar Perak, DS Ir Mohammad Nizar dan Timbalan Exco Agama yang juga Adun Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ust Zulkarnain Ibrahim, pungutan derma kilat untuk membantu rakyat Palestin serta membakar bendera Israel sebagai tanda simbolik bantahan terhadap kekejaman rejim zionis itu.Perhimpunan aman ini bersurai sekitar jam 2.35 petang.-ajijoi.blogspot.com.


Baca Seterusnya...