Tuesday, January 6, 2009
Tadika KEMAS : Fitnah Zahid dinafikan.
IPOH, 5 Dis :- Kerajaan Negeri Perak menafikan sekeras-keras dan menekan dengan setegasnya bahawa ada arahan supaya mengunci premis Tadika KEMAS seperti yang di dedah kan oleh Zahid Hamidi sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar adakah tidak benar sama sekali.
Kenyataan tersebut terkandung dalam kenyataan akhbar oleh Kerajaan Negeri Perak yang diwakili oleh Dato Ngeh Koo Ham yang mewakili YAB MB yang berada di Terengganu bagi menjawab isu berkaitan yang diadakan di bangunan SUK di sini.
"Tidak ada arahan kepada mana-mana pihak untuk mengunci tadika KEMAS dan saya berharap rakyat tidak keliru dengan kenyataan fitnah itu" tegas Dato Ngeh.
Beliau juga kesal dengan rekaan cerita dari menteri berkenaan dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat jelata semata-mata untuk menang di Kuala Terengganu. Sambil merujuk peranan yang sebenarnya yang patut dimainkan oleh akhbar Melayu, beliau berharap akhbar lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan sesuatu berita dan merujuk sumber yang sebenar. Dalam hal ini katanaya rujuklah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.
Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Agama ,Hj.Zainuddin Yusuf, Timbalannya , Drs. Khalil Idham Lim, Setiausaha Kerajaan negeri, Dr. Abdul Rahman Hashim, ADUN Selingsing, Hj. Husin Din dan Pengarah Urusetia Kerajaan Negeeri, Ust.Zulkifli Ibrahim.
Dalam kenyataannya Exco Agama menjelaskan memanglah Tadika itu dikunci pada hari cuti dan dibuka pada hari ini . Katanya saluran dalam mengarahkan sesuatu keputusan adalah jelas iaitu bermula dengan keputusan Mesyuarat MMK, sesudah itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah dan penghulu.
ADUN Titi Serong pula mempersoalkan kenapakan setelah 9 bulan Pakatan Rakyat memerintah Perak baru sekarang isu ini diperkatakan. Beliau juga meyatakan telah melakukan lawatan di Tadika Kemas Parit Buntar dan dibuka seperti biasa.
Sementara itu Ust.Zulkifli Ibrahim melahirkan kekesalan kerana kenyataan fitnah dan bohong itu datang dari seorang yang kononnya bakal pemimpin negara dan baru saja balik dari mengerjakan haji.
YAB. Menteri Besar Perak, Ir. Muhamaad Nizar jamaluddin yang dihubungi di Kuala Terenganu menegaskan sekali lagi tidak ada arahan dari Kerajaan Negeri seperti yang didakwa Zahid.-idhamlim.blogspot.com aka cinaIslam.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 ulasan:
umno ni memang jahat dalam membuat fitnah...tengok dalam buletin utama 05/01/09 masa pagar tabika kemas dikunci..dan budak2 tadika ada duk kat luar tak masuk kelas...tiba2 taib mohamad mari...ikut celah mane dia datang tu...jauhnya dia datang,dari selangor ke perak,dia kata kebetulan lalu kat situ...pandai umno ni berlakon dalam perkara jahat.jelas kejahatan yang dilakukan.takkan boleh lalu kampung tu pergi tadika kemas kata kebetulan...penipu besar.
ada ada je fitnah dari umno kepada kerajaan pakatan rakyat...tak abis abis...rakyat malaysia dah muak la umno...bencikan umno ni meluat luat...pemimpin umno pun jelas penipu...disampaikan pula oleh lidah setan tv3.
salam..
ingin bertanya, ada tak statistik@data terbaru berkenaan dgn jumlah tadika kemas yg masih tidak dpt beroperasi? kalo setakat 1 spt yg dilaporkan dlm akhar arus perdana, considered as isolated case ajer le.. buat ape nak dibesor2 kan.. iyer dak!? tapi kalo ade statistik & tadika yg mana & ape sebab sebenornyer.. tentu lebih kemas lagi nak berjawab dgn depa2 tu..
Post a Comment