Thursday, January 1, 2009

SELAMAT HIJRATUL RASUL 1430 SERTA TAHUN MASEHI 2009

Sudah sememangnya pada tiap-tiap tahun dunia akan menyambut tahun baru masihi dan awal Muharam. Maka saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hijratul Rasul 1430 dan tahun baru masihi 2009. Perlu dikhabarkan bahawa hanya Islam yang memulakan kalendar tahunan atau taqweemnya bermula dari tarikh perpindahan dari Mekah ke Madinah (Yathrib). Maka ungkapan ma'al hijrah itu kurang tepat jika di bandingkan dengan hijratul Rasul yang jauh lebih khusus dan mempunyai impak signifikan.

Agama dan ajaran lain memulakan kalendar atau taqweem mereka dari sejak pengasas agama tersebut dilahirkan. Jika mengambil tarikh kelahiran nabi Mohammad SAW, pada tahun gajah 571 Masihi, maka tahun Islam akan bermula pada tahun tersebut. Namun ianya dimulakan dan panggil Hijri bagi menunjukkan betapa pentingnya peristiwa penghijrahan tersebut.

Akibat dari itulah maka dalam Islam tarikh- tarikh hari kebesaran tidak tetap pada setiap tahun malah ia berubah-ubah. Misalnya hari Krismas semestinya jatuh pada 25 Disember setiap tahun. Begitu juga hari kebesaran sesebuah negara seperti Malaysia, sememangnya 31 Ogos sebagai hari kemerdekaan dsbnya. Tidak berganjak! dulu, kini, sela......(agaknya)!

Apa yang hendak diketengahkan ialah keanjalan agama Islam itu sendiri boleh dan mahu "bersama" tarikh kebesaran agama-agama lain atau negara-negara lain. Adakalanya tarikh hari raya aidul fitri, tarikh hari raya aidul adha, tarikh kelahiran Nabi Mohammad SAW, atau awal Muharam itu sendiri boleh bersamaan dengan tarikh-tarikh kebesaran agama atau negara lain. Misalnya tarikh hari raya pada satu satu tahun itu boleh jatuh atau bertepatan dan dirayakan sama hari atau tarikh dengan Krismas, tahun baru cina, atau deepavali, atau hari merdeka atau tahun baru masihi dll. Ini menunjukkan betapa fleksiblenya serta sifat universalnya Islam itu sendiri mahu bersama dengan masyarakat global sedangkan agama lain atau negara lain tetap dan tidak boleh berganjak sama sekali mengenai tarikh-tarikh kebesaran mereka.

Hatta dalam menyesuaikan ajaran Islam serta menyebarluaskan mesejnya, maka selagi tidak tergadai prinsip serta rukun dasar Islam itu sendiri, maka kita umat Islam di tuntut agar mengolah kan seruan serta pendekatan Islam itu agar terdapat unsur keanjalan dan fleksibilitinya. Tetapi barang mesti di ingat, "tidak sekali-kali berkompromi atas hal-hal prinsip" yang mendasari Islam itu sendiri.

Apa yang menjadi signifikannya ialah, Islam menutup setiap tahun dan membuka tirai tahun baru dengan doa akhir dan awal tahun dalam pensucian aqeedah dan 'itiqad kita. Bahkan bulan akhir taqweem Islam iaitu Zulhijjah juga bulan haji, terletak disana rukun haji yang mengajar seluruh para-para hujjaj agar bertalbiah sewaktu meninggalkan kampung halaman selepas memasang niat haji dan sehingga terlihat Kaabah di baitullah.

Ungkapan talbiah itu mengutarakan tiga aspek penting dalam memastikan kesyumulan aqeedah ..........(Bersambung)..........http://kamparinn.blogspot.com/

0 ulasan: