Saturday, January 3, 2009
Jet tempur Israel bedil masjid di Gaza
GAZA: Pesawat tempur Israel terus menerus menyerang sasaran pejuang Palestin di Gaza termasuk memusnahkan sebuah masjid dalam serangan hari ke-7 semalam, ketika bantahan terhadap operasi itu semakin meluas di Dunia Islam, yang menyaksikan angka kematian meningkat kepada 422 orang.
Tentera Israel menyerang wilayah yang padat dengan penduduk itu bagi hari ketujuh, dengan melancarkan kira-kira 30 serangan semalaman, mengebom pusat pelancar roket dan bangunan Hamas. BH.
Antara sasaran, sebuah masjid di bandar utara Jabaliya yang didakwa rejim Zionis sebagai pusat keganasan kerana digunakan sebagai tempat menyimpan senjata dan pusat operasi Hamas.
Di bandar Ramallah, Tebing Barat, beribu-ribu warga Palestin membanjiri jalan raya dengan remaja yang melempar batu bertembung dengan polis Israel di Baitulmaqdis, berikutan gesaan Hamas agar mereka mengadakan perarakan selepas solat Jumaat.
"Kami akan mengorbankan jiwa dan darah kami demi Gaza," kata penunjuk perasaan berkali-kali, sambil melaungkan slogan pro Hamas dan menggesa anggota pergerakan Islam itu supaya 'menyerang Tel Aviv'.idhamlim.blogspot.com-cinaIslam

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment