Friday, April 24, 2009

Nau'zubillah...Islam digadai lagi.Anak pasangan tukar agama kekal agama asal

KEKAL...Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Kabinet
membuat keputusan bahawa anak-anak kekal
menganut agama asal ibu bapa masing-masing

KUALA LUMPUR: Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

"Penukaran agama tidak boleh dijadikan alasan untuk membubarkan sesuatu perkahwinan secara automatik atau untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anakanak," kata Mohamed Nazri pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata manamana individu yang ingin menukar agama, perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan tanggungjawabnya terlebih dulu, bagi mengelak pihak yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak, menjadi mangsa.

Katanya Kabinet juga membuat keputusan bahawa sekiranya sesuatu perkahwinan didaftarkan di mahkamah sivil, maka ia hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undang sivil.

"Jangan jadikan agama, contohnya Islam, sebagai alat untuk melepaskan diri daripada perkahwinan kerana perbuatan seperti ini akan mencemarkan nama agama itu," kata Mohamed Nazri.

Beliau berkata Kabinet juga bersetuju bahawa tarikh penguatkuasaan undangundang Islam terhadap seseorang mualaf ialah tarikh dia memeluk agama itu.

Katanya bagi menguatkuasakan keputusan itu, Pejabat Peguam Negara akan diminta meneliti semua undangundang berkaitan yang perlu dipinda, tetapi tidak termasuk undang-undang syariah, yang terletak di bawah bidang kuasa sultan.

Mohamed Nazri berkata sebagai langkah jangka pendek bagi kes Mohd Ridzuan, menteri yang bertanggungjaab bagi hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri senator Datuk Jamil Khir Baharom, diminta memberi kaunseling kepada Mohd Ridzuan. BERNAMA

Ajijoi ~ Apa lagi yang dapat diharapkan apabila sesuatu isu besar yang melibatkan agama suci Islam tidak dirujuk kepada alim ulama ataupun mufti serta mahkamah syariah untuk bertanya pendapat atau hukum. Sebaliknya hukum akal yang dipergunakan untuk membela Islam.

Akibatnya, Islam juga yang rugi. Dalam kes ini, 3 orang anak yang berpeluang memeluk agama suci Islam telah terbatal kerana kabinet telah membuat keputusan agar mereka dikembalikan kepada agama asal mereka.

Siapakah yang akan menanggung dosa menafikan hak cahaya Islam kepada 3 anak ini? Tepuk dada, tanyalah dalam diri. Didalam pilihanraya yang lalu, adakah anda yang telah memilih pembuat keputusan tersebut?-ajijoi blog

6 ulasan:

Suhaimi Said said...

Najib ni pakai hukum Islam jenis apa? Islam Hadhari Pak Lah pun tak seteruk ini.

Dr.Prem said...

plz. saya memang akur agama islam sebagai agama yang mulia dan terpuji akan tetapi kes ini harus diperhatikan dgn teliti.Kita tidak boleh membuat andaian melulu sebelum faham A to Z tentang isu ini.Lelaki ini (redzuan aka pathmanathan)sebenarnya bukan peluk agama islam kerana dia suka atau terpesona dgn agama ini. Kalau kita imbas kembali tentang dia, dia sebenarnya menghadapi byk masalah Ah Long dan seorang yang suka pukul isterinya. Kesan kesan lebam jelas kita dapat lihat di bahagian badan Indira.Ada pihak yg mencadangkan supaya dia peluk agama ini supaya boleh selesaikan kesemua masalahnya. Kalau anda tak yakin,sila ke rumahnya di Ipoh.Saya pernah pergi so saya tahu cerita sebenar yang mana pihak media takkan siarkan. So, kesimpulan,jgn gunakan agama sebagai mainan semata-mata .

Premlal said...

walau apa agama sama sekali, walaupun hindu,islam ataupun cina ; tidak pernah mendorong kita untuk memeluknya hanya sekadar ala mahu tak mahu. Keinginan yang mendalam harus timbul untuk memberi pedoman kepada seseorang individu untuk menukar agama. Tidak salah jika seorang hindu memeluk agama islam kerana beliau berpendapat agama Islam lebih intelektual dan suci . Memang tidak salah.Kita tidak melarangnya, tetapi harus kita perhatikan niat seseorang itu , adakah benar benar suci ataupun hanya kerana ingin lari daripada masalah sosial dan ekonomi.Itu yang saya bantah.Memang saya seorang pengikut TGNA, sering mendengar ucapan tok guru.pokoknya di sini, agama perlulah menjadi landasan dan pedoman kepada seseorang individu bukannya sekadar main-main.harap maklum

pemanduteksi said...

apabila menteri2 ini malu untuk murtad terang-terangan maka mereka lebih gemar melihat orang2 ain berterusan dalam keadaan murtad...!! inilah UMNO LAKNATULLAH..!!! apa pun..tiada siapa yg berhak menghalang mereka untuk jadi ISLAM jika Allah swt telah memberikan hidayah kepada mereka. Siapa UMNO untuk menghalang orang dari menganut agama ISLAM dan memilih jalan yang lurus..????

Naruto Sensei said...

Isu Agama Anak:
UMNO IBARAT PARASIT YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM DIMALAYSIA.


Inila Penghinaan UMNO untuk Islam sendiri.. Konsep ONE MALAYSIA sebenarnya lebih membawa malapetaka kepada umat MElayu ISlam itu sendiri..

Sah dan terbuktilah bahawa UMNOlah sebenarnya menjadi kuda tunggangan Kaum kafir Harbi dari parti MCA,MIC dan Gerakan...

Setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil baru2 ini banyak tuntutan penghapusan hak orang melayu untuk memberi ruang pada bangsa asing nampaknya berjaya dilakukan UMNO...

Bermulanya Konsep One Malaysia perkara pertama yang dilakukan ialah menghapuskan Kementerian Keusahawanan Dan Koperasi ( MECD )yang selama ini menjadi tali kepada usahawan2 melayu berpaut. Inilah hak melayu pertama di bawah One Malaysia dihapuskan...

Kemudian 30% ekuiti dalam 27 jenis perkhidmatan pun dihapuskan malah mendapat pujian melambung dari MCA.. itupun Mca tak berpuas hati lagi malah mencadangkan supaya dihapuskan terus ekuiti tersebut didalam semua perkhidmatan awam.. memang nampak sungguh UMNOlah menjadi Barua dan Anjing Mca selama ini..

Dan yang terbaru Isu anak memeluk Islam, memang menunjukkan UMNO memang akan mampus tak lama lagi kerana keputusan yang dibuat oleh kerajaan secara melulu tanpa mendapatkan pandangan dari Mufti amat mengejutkan.. Malah lebih memeranjatkan kerajaan mengunakan penasihat bukan Islam pula di dalam Isu ini...contoh Koh Tsu Kun dari Gerakan Dan S. Subramaniam pula dari Mic..

Merasakan di tolak teruk pengundi Bukan Melayu maka Kerajaan membalasnya dengan menghapuskan beberapa Hak Orang Melayu semata2 nak menarik Undi bukan Melayu dan Ahli Umno yang Bangang pun mematuhinya tanpa melihat apakah yang akan berlaku terhadap masa depan orang melayu nanti..

Itulah watak sebenar UMNO yang mempermainkan Islam .. Sebelum mendapat kuasa, bukan main Mufti di muliakan konon.. akhirnya apabila berkuasa para Mufti dicampak saja ke tepi barulah Dato Harussani nak melalak nak menyesal dah tak guna Dato UMNO memang begitu perangainya..

Sebelum Prk Bukit Gantang bukan main lagi Dato Harussani di pergunakan .. apabila kalah sahaja PRK bkt Gantang bukan saja Dato Harussani di tolak nasihatnya malah melanggar Fatwa Mufti dengan mengadakan Jom Heboh di Lumut.. Dato Mufti terima lah pembalasan Allah Kerana Bersekongkol dengan puak2 Munafik sebelum Ini.

Kalau sebelum ini Agenda IFC ditangguhkan oleh Pak Lah. Umat Islam haruslah berwaspada kerana kemungkinan di zaman Najib ini serangan IFC dijangka lebih hebat lagi akibat kelulusan kerajaan terhadap hal Agama Anak ini...

Bukankah salah satu tuntutan IFC adalah berkenaan Agama Anak ? Nampaknya IFC telah berjaya dalam percubaan mereka yang pertama.. Malah direstui pula oleh kerajaan Najib One Malaysia...

Itulah UMNO parasit yang menghancurkan Umat Islam Secara Api dalam sekam... Malah menjadi Guting dalam lipatan masyarakat Malaysia sejak dahulu lagi.

Wasalam

From Naruto Sensei


Mohon Edit dan siarkan
siarkan

Unknown said...

ni tanda akhir zaman..bile yang memimpin tu orng islam yg nak jatuh kan agama tu sendiri..pemimpin yg x betnggungjwb dirapati dan alim dijauhi bila pmimpin yang berada diatas islam, kita amat besyukur, tp bile yang atas 2 islam tp x pham islam n nak jatuhkan plak agama islam, laknat hidup dia sampai akhirat.. da x dapat nak buat yg pe2..nak demonstrasi..klu kita kuat n sepakat mengatasi undang2 umno(isa)boleh la. najib ni mmg sekuler nak mampos. gadai agama utk kepentinagn dunia..islam d malaysia barada dalam zaman kejatuhan klu laknat ni trus bekuasa..satu ari nanti islam kat nagara kita mungkin jadi macam kat indon yg bercampur baur tu..lbih truk lagi negara kita mungkin akan jd macm zaman kamal artartk kat turki...nauzubillah..