Thursday, April 16, 2009

Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco ?

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan keputusan yang mengejutkan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak (DUN), V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar Perak rampasan kuasa, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Perkara itu diputuskan oleh panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar bersama Jawatankuasa Hak dan kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar kudeta bersama enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta selama 18 bulan.

Secara umumnya mulai dari keputusan ini boleh ditafsirkan semua pengantungan yang dilakukan selama ini oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di Deran Rakyat dan DUN adalah tidak sah ?

Berikutan itu, pada 2 Mac lalu, Zambry dan enam Exconya itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi membatalkan keputusan Speaker DUN menggantung dan melarang mereka menghadiri sidang Dewan kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang.

Zambry dan enam Exco terbabit juga memohon satu pengisytiharan bahawa mereka berhak mengambil bahagian dalam sidang Dewan dan menjalankan fungsi serta kewajipan masing-masing.

Keenam-enam Exco itu ialah Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd. Zahir Abdul Khalid dan Dr. Mah Hang Soon.

3 ulasan:

Zawir Al-Hamidi said...

Perggh.. memang terkejut gila. Speechless.

Prof. Era Pasca said...

takpe itu di makamah... tapi time dalam dewan hanya speaker berkuase penuh... maka masa dalam dewan nanti halau mereka ni halam macam halau ayam masuk rumah... .:)

Ex-UMNO said...

Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)