Wednesday, December 10, 2008

LABAIK-3 PERKARA MENJURUS SYIRIK

Labaik allahuma labaik
labaika laa syaarika lakabaik
Innnal hamda
wani'mata laka
wal Mulk, laa syaarikalak

Selamat aidul Adha. Talbiah diatas diungkapkan oleh para hujjaj tatkala keluar dari rumah masing2 dalam setiap perjalanan sehinggalah terpandang kaabah.

Pertama haji merupakan suruhan Allah untuk mempersiapkan manusia kembali kepadaNya.
Ia satu latihan (exercise) untuk menyepurnakan i'tiqad (aqeedah) sebelum saat akhir kita menuju kealam barzakh(kuburan).

Pemakaian ihram, mahsyar, tawaf, melontar, saiee & tahlul, sembelihan kesemuanya adalah proses pembersihan aqeedah ia itu mengesakan Allah (tiada sekutu bagiNya).

Ada 3 perkara dalam kehidupan, jika sempurna pemahaman dan pendekatanya, maka peluang untuk bersyirik kepada Allah dapat di pelihara atau dihindari. Namun jika mana-mana tiga perkara atau ketiga2nya sekali bermasaalah, maka peluang untuk manusia mensyirikan Allah cukup luas dan besar.


Untuk itu dalam persiapan/excersise untuk menghadapi maut ini di didik dan di kursuskan bahawa yang utama bila bertemu ajal ialah "laa syari kalak, (tiada sekutu bagi Engkau).

3 perkara tersebut yang mesti i'tiqad sempurna adalah:


i. segala kepujian hak & milik Allah
ii. segala nikmat hak & milik Allah
iii. segala kerajaan hak & milik Allah.

Maka hendaklah dituju serta diusahakan dalam setiap ketika agar ketiga2 perkara itu milik Allah.

Beri puji pada makhluk (orang, benda, sistem, parti politik, institusi, alat,saham, perniagaan, kaum, bangsa, kabilah, sejarah, dll) menjurus kepada syirik.

Beri ruang atau iktiraf bahawa nikmat dari selain Allah (seperti dari makhluk- benda, orang, kemegahan, sihat, muda, kelapangan, idealogi, fahaman, kepandaian, kemahiran, kebolihan, cerdik, senang, dll) menjurus kepada syirik.

Beri kerajaan selain Allah (pentadbiran negeri, pemerintahan, pengurusan, kemerdekaan, dasar2 semua aspek kehidupan, pilihanraya, demokrasi, dll) menjurus kepada syirik.

Maka para2 hujjaj yang berada di Mekah dituntut sangat supaya pastikan ketiga2 unsur atau perkara tersebut milik Allah setiap ketika. Pulang ketanah air masing2 nanti kena usahakan tuntutan dan fahaman tersebut. Yang tak kesempatan pergi ke tanah haram juga di tuntut membersihkan i'tikad tersebut dan usahakan kesempurnaanya untuk Allah semata2.

Itu sebabnya soalan yang akan pasti ditanya Allah setiap orang,sewaktu kita bangun dari kuburan setelah di tiup sangkakala nanti dan sebelum dihalau ke padang mahsyar ialah, "hari ini siapa kerajaan?" (jawapanya surah Ghafir, 40:16- lillahi waahidul qahar).

Penyembelihan binatang korban sebagai tanda simbolik ujian kesayangan dan kasih kita pada Allah bagi menunjuk kesucian aqeedah kita pada Allah.

Itu sebab binatang sembelihan itu mesti yang telah dibelai mesra oleh tuanya (yang mahu berkorban itu) agar binatang itu kenal dan sayang dia, diapun kenal dan sayang binatang tersebut yang hendak disembelihnya. Bukan seperti sekarang seolah2 ada geram, marah kepada binatang tersebut.

Pengorbanan mesti diuji dengan kesayangan. Maka ujian inilah yang dihadapi nabi Ibrahim, sekali gus anaknya nabi Ismail dan istrinya Siti Hajar.

Kesemua mereka redha untuk proses penyembelihan tersebut tanpa wasangka atau was was. Inilah puncak mengesakan Allah SWT, ia itu sayangkan Allah melebihi kasih dan sayang segala2nya.

allahu akbar, allahu akbar , allahu akbar walillahil hamd.
wallah'alam.

http://kamparinn.blogspot.com/

0 ulasan: