Wednesday, March 11, 2009
ADA APA BILA BERTEMU MATA?
POSTING saya (SAYUTI)sekejap tadi mengenai pertemuan yang memungkin terselit mini perundingan antara Anwar Ibrahim dengan Abdullah Ahmad Badawi dinafikan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim dalam blognya. Anwar sendiri juga membuat penjelasan segera berhubung berita bersifat spekulatif tetapi berfakta itu juga menerusi blognya.
Kata Iskandar, Anwar dan Abdullah hanya bertemu dan makan tengah yang dinamakan makan untuk keamaan dunia? Tidak ada perundingan selepas itu.
Manakala menurut Anwar pula pertemuan itu biasa yang menyempatkan dia ngobrol perkara-perkara biasa sahaja dengan Abdullah. Apakah perkara biasa itu?
Shamsul menampilkan gambar menunjukkan Anwar sedang santap bersama Abdullah dengan Sheikh Mahmud Majzub sedang makan ditengah. Jelas lauk pauk yang dihidang untuk dua negawaran itu makan berbeza dengan apa yang dihidang di luar untuk para tetamu lain.
Sepanjang peristiwa itu Sheikh Mahmud senantiasa berada di tengah manakala Anwar dan Abdullah di sisi.
Dalam konteks dan suasana hari ini tidak salah kalaupun Anwar mengadakan rundingan dengan Abdullah. Dan jika berlaku mini rundingan itu mestilah berhubung dengan pelan peralihan kuasa yang bakal berlaku dalam Umno selepas Mac nanti.
Anwar berhak menyatakan apa-apa pandangannya kepada Abdullah sebagai sahabat dan atas kapasitinya sebagai ketua pembangkang pada pertemuan seperti itu.
Sebagai ketua pembangkang Anwar tentu mempunyai maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk diketahui dan dikongsi oleh Abdullah sebagai perdana menteri untuk kebaikan bangsa dan negara.
Setidak-tidaknya Anwar menasihati Abdullah agar jangan begitu mudah menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Mohd Najib Razak. Sekiranya Anwar meluahkan itu atau membuat rayuan begitu ia juga bukan perkara baru, kerana dalam parlimen Anwar pernah menyatakan kesediaan untuk menyokong Abdullah terhadap apa-apa tindakan dan keputusannya yang memerlukan suara ahli parlimen.
Bahkan Anwar sempat bangun dan meminta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat ikut bangun menunjukkan menyatakan sokongan kepada Abdullah. Mesej yang ditunjukkan oleh ketua pembangkang itu jelas bagi Abdullah.
Kalaupun Anwar membuat rayuan itu dalam mini prundingan ia berpandukan kepada perkembangan terkini di sekitar Najib. Dan adalah wajar kalau Abdullah mendengar apa yang mungkin disuarakan oleh Anwar pada pertemuan tadi, baik ketika di meja makan ataupun di dalam bilik.
Shamsul Iskandar mendedahkan bahawa pertemuan Anwar dengan Abdullah itu sekadar di mejakan makan sahaja. Itulah yang hendak ditegaskan oleh Shamsul.
Apakah selepas makan itu sementara menunggu solat Zohor mereka tidak berganjak ke dalam bilik berdekatan meja makan itu? Dan apakah Iskandar juga turut sama menyelit ke dalam bilik berkenaan dan mendengar kesemua butir bicara mereka? Dan apakah keperluannya dari segi politik untuk Shamsul menafikannya?
Saya difahamkan sendiri oleh seorang ahli MPT PKR yang turut hadir, (berkedudukan seperti Shamsul di dalam rumah itu) menurutnya ada berlaku pertemuan enam biji mata antara mereka bertiga; Anwar, Abdullah dan Sheikh Mahmud. Pastilah Shekh Mahmud berada ditengah.
Menurut ahli MPT itu Sheikh Mahmud ada mengatakan sesutau yang penting untuk kedua pemimpin itu. Tidak terniat untuk saya mencatatkan antara dialog Sheikh Mahmud dalam bilik itu seperti mana dituturkan oleh ahli MPT berkenaan, tetapi cukuplah kalau dikatakan ia sangat menarik. Iya sangat menarik.
Pasti esok wartawan akan memburu Abdullah untuk mendapat ulasan daripadanya. Sama-samalah pula kita dengar apa yang dikatakan Abdullah dan sama-sama kita padan dengan apa yang diucapkan oleh Anwar dan Shamsul itu.
Takdirnya sama, maka terimalah persamaan itu.
Mengenai Shamsul Iskandar, sekiranya kedatangan Abdullah itu tidak ada mengada mengapa beliau bersusah berlari anak untuk menyambut Abdullah sebaik mengetahui ketibaan Abdullah. Apakah sambutan itu sebagai mnghormati pemimpin nombor satu negara? Ataupun sambutan itu kerana menghormati kedatangan delagasi pertama untuk bertemu dan berunding secara tidak langsung?
Ketika ditanya apakah yang dibicarakan (ngobrol) oleh Anwar dan Abdullah semasa mereka makan, Shamsul hanya berkata no comment? Apakah no comment itu beliau mendengar sesuatu atau tidak mendengar apa-apa? Atau tidak mahu menjelaskan apa yang diketahui kerana sebab-sebab tertentu?
Logiknya untuk apa Abdullah beriya hadir pada waktu itu sedangkan majlis untuknya diaturkan besok. Hari ini yang menjadi tetamu utama ialah Anwar Ibrahim. Kehadiran Anwar itu dicatatkan dalam kad jemputan kehormatan yang saya terima. Selain nama Anwar, kad jemputan itu mencatat nama Drs H Muhammad Yusuf Kala, Naib Presiden Indonesia.
Nama lain dalam kad jemputan itu ialah, Dr Bohkin Bhalakula, timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Thailand.
Ingatlah kepada bidalan lama yang masih relevan sekiranya tidak ada mengada tempua tidak akan bersarang rendah. Pastinya kehadiran Abdullah dan Anwar ke madrasah Nurul Iman itu ada rahmat dan yang pastinya mereka dihantar oleh Allah untuk bertemu, bertentangan mata dan berjabat salam.
Apa yang dapat disaksikan dan dirasakan ia sungguh memberi erti besar. Tidak mustahil dalam menghuraikan erti dan hikmah pertemuan Abdullah – Anwar tengah hari tadi ia menyebabkan selesama Najib semasa membentang minit bajet di parlimen tadi semakin melarat dan mungkin akan membawa kepada demam dan panas kepada pula. [wm.kl 9:30 pm 10/03/09]-anak sengat
0 ulasan:
Post a Comment