Monday, March 2, 2009
Sivakumar : Sidang Tergempar ikut undang-undang
Speaker DUN Perak, V. Sivakumar akan meneruskan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak pada Selasa 3 Mac ini walaupun Setiausaha dewan, Abdullah Antong menyatakan tindakan Sivakumar itu menyalahi perlembagaan undang tubuh negeri Perak.
Peguam-peguam Sivakumar berkata sidang tergempar DUN Perak akan diteruskan mengikut sebagaimana yang dirancangkan pada Selasa 3 Mac ini kerana ianya adalah sah dibawah perlembagaan negeri Perak dan menurut sebagaimana yang diamal parlimen negera-negara komonwel.
Walau bagaimana pun, Abdullah Antong berkata , sidang tergempar tersebut tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan pihak Istana .
Kelmarin, Najib Abdul Razak berkata, Sivakumar tidak boleh memanggil sidang dewan kerana menantikan Mahkamah membuat keputusan tentang status kerajaan negeri sekarang.
Menurut peguam Sivakumar, Chan Kok Keong dan Augustine Anthony , sidang dewan telah ditangguhkan pada November lalu dan pada yang demikian itu, Speaker mempunyai kuasa untuk meneruskan semula satu persidangan yang baru.
" Walau bagaimana pun, sekiranya Yang Kebawah Duli Tuanku menggantung atau membubarkan Dewan Undangan Negeri ke-12, maka , Yang Dipertua Dewan perlu mendapatkan perkenan kebawah Duli Sultan untuk mengadakan persidangan Dewan Negeri ke-13.
Chan berkata, yang demikian adalah jelas bahawa, Sivakumar mempunyai hak sebagai Speaker Dewan dibawah Seksyen 90 , Standing Orders Perlembagaan Negeri Perak untuk memanggil persidangan dewan tanpa perlu merujuk kepada kebawah Duli Sultan Perak.
Kenyatan Chan tersebut turut diperkuatkan lagi oleh peguam perlembagaan Tommy Thomas yang menghantarkan 7 muka surat ‘fax’ untuk edaran kepada pihak media yang memuatkan kenyataan :
“Adalah mudah dan jelas bahawa Speaker yang dilantik bagi Dewan Parlimen British , Dewan Rakyat, mempunyai budi bicaranya sendiri untuk memanggil semula persidangan dewan yang sedang dalam penangguhan .-alhusseyn

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 ulasan:
Terus pertahankan Perlembagaan dan Undang-undang Kerajaan Negeri Perak...Kebenaran Pasti Datang.
Post a Comment