Monday, March 2, 2009

KEMELUT POLITIK DI PERAK SEMAKIN RUNCING

Najib Tun Razak menyatakan bahawa sidang DUN Perak tidak boleh diadakan dan tidak sah sekiranya diadakan juga. Hari ini Najib mula berkata sah dan tidak sah sesuatu yang dilihat pada pandangannya tidak mengikut Perlembagaan. Sebelum ini Najib tidak menghiraukan sah ataupun tidak perlantikan Zambry sebagai MB Perak sedangkan MB yang sedia masih memegang jawatan secara sah. Hj Nizar dilantik oleh Tuanku, tetapi Tuanku tidak ada kuasa melucutkan jawatan MB setelah dilantik. Jawatan Hj Nizar sebagai MB akan terlucut hanya apabila DUN dibubarkan, Hj Nizar meletakan jawatan dan juga melalui usul undi tidak percaya di DUN ataupun Hj Nizar hilang kelayakan sebagai ADUN. Semua proses tersebut tidak berlaku ke atas Hj Nizar. Ini bermakna beliau masih sah sebagai MB Kerajaan Pakatan Rakyat sehingga sekarang.

Pada tahun 1974 telah berlaku kemelut atau krisis seumpama ini di Perak. Ghazali Jawi tidak diperkenan oleh Sultan Idris sebagai MB. Tuanku diperdaya kononnya Ghazali Jawi menjadi MB selama 2 tahun sahaja. Ada yang menasihati Tuanku bahawa tidak ada peruntukan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak seorang MB dilantik hanya untuk tempoh 2 tahun. Tuanku Sultan Idris murka di atas kerja licik UMNO yang memperdayakannya. Tuanku minta Ghazali Jawi letak jawatan, tetapi tidak dihiraukan. Krisis semakin parah ketika itu. Tuanku bernazar selagi Ghazali Jawi tidak letakkan jawatan, baginda tidak akan mencukur janggut, jambang dan misai. Ada yang memberitahu saya, sebagai tanda protes Tuanku telah membawa keretapi dari Ipoh ke Tg. Malim seorang diri (cerita ini tidak ada yang mengesahkan kebenarannya). Pemuda UMNO ketika itu dengan lantang menyatakan kepada Tuanku bahawa Sultan mempunyai kuasa melantik MB, tetapi tidak ada kuasa melucutkan jawatan MB.

Najib memberi alasan sidang DUN tidak boleh diadakan kerana kes kesahihan kerajaan BN masih dalam perbicaraan di mahkamah. Kalau itu alasannya, Zambry juga tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB, menggunakan semua kemudahan sebagai MB, menerima apa-apa elaun sebagai MB, kerana Zambry juga sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Kalau begitu, selama menunggu kes tersebut diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, yang lebih berhak sebagai MB bagi mengurus tadbir negeri Perak ialah Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin.

Semalam, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong mengatakan bahawa Sidang Tergempar DUN Perak tidak sah diadakan kerana tidak mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Dua sebab yang berbeza, Najib kata tidak sah kerana masih dibicarakan di mahkamah tinggi, Abdullah Antong kata tidak sah keranan tidak mendapat perkenan Tuanku.

Jawapannya dua-dua tidak betul. Speaker Sivakumar lebih betul kerana inilah kuasa Speaker yang sebenar. Mungkin terdapat berbagai-bagai tafsiran dalam memahami kuasa Speaker, tetapi menurut Perintah-perintah Tetap DUN Perak, fasal 89 bahawa Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah tetap ini atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu, adalah muktamad, dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa, boleh mengeluarkan keputusan-keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

Jelas sidang tergempar DUN pada 3hb Mac ini adalah sah dan muktamad. Tidak ada pihak lain boleh pertikaikan, sila bawa ke mahkamah sekiranya didapati melanggar peraturan. Sewaktu Speaker sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengambil keputusan mengantung Zambry selama 18 bulan dan 6 exco haram selama 12 bulan daripada menghadiri sidang dewan, mereka juga yang mempertikaikan, sehingga sekarang mereka tidak seret Sivakumar ke mahkamah, sebaliknya SPRM pula yang menyiasat Speaker.

Saya percaya krisis perlembagaan dan politik Perak akan berpanjangan, tidak ada jalan terbaik melainkan Tuanku perkenan bubar DUN supaya rakyat memilih semula kerajaan baru bagi menerajui negeri Perak. Bila ada pilihanraya 2 kemungkinan sahaja samada Pakatan Rakyat Menang Besar atau BN kalah teruk.-misabah blogspot com

2 ulasan:

malayamuda said...

BN akan kalah teruk kalau DUN dibubarkan....

sebab itu mereka takut !

NAK JUMPE OKU KAT LUAR PARLIMEN SANGGUP

NAK JUMPE RAKYAT UTK MANDAT BARU ------- T A K U T ------------

Malaysian Sabahan said...

Well said Malaya