Wednesday, March 18, 2009

Akhirnya Ali Rustam tersungkur dipintu Syurga ( PWTC )


17.03.09
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati terlibat dengan politik wang.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah. Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun.- mstar-

Akhirnya berakhir teka teki keputusan sudah dibuat mangsa sudah dihukum. Ketua Menteri Melaka yang sudah berangan - angan menjadi Timbalan Perdana menteri berkecai sudah.

Jika sebelum ini beliau begitu bongkak mengeluarkan kenyataan menghentam Pakatan Rakyat . Hari ini baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah .

Bagaimana calon yang lain apakah bersih 100 % , Ali tentu ada caranya mahu membalas dendam.
Nantikan adegan seterusnya …begitulah nasib ‘ bendahara ‘ negeri yang tiada bersultan itu.Semangat yang Hang Tuah sentiasa bersama Ali.

Jika berita penyingkiran Ali Rustam ini diketahui Shah Rukh Khan pasti bintang Bollywood itu kecewa .

www.telokbakong.com
www.telokbakong.blogspot.com

0 ulasan: