Monday, March 23, 2009

PRESIDEN PAS AKAN UMUM CALON PAS BK. GANTANG 23 MAC INI.

Calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang akan diisytiharkan dalam satu majlis Ceramah Besar-besaran yang akan diadakan pada 23hb Mac 2009 ini. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan membuat perisytiharan tersebut. PAS Perak akan memohon menggunakan tempat yang sama digunakan oleh Datuk Najib sewaktu mengumumkan calon BN. tempat tersebut adalah premis awam, kalau calon BN boleh diumumkan di situ, tidak ada sebab calon PAS tidak boleh diumumkan di tempat yang sama.

Semalam, ceramah Datuk Seri Anwar bersama Dato' Seri Nizar diharamkan menggunakan kawasan yang telah disewa oleh PAS di Simpang bagi tujuan majlis-majlis ceramah sempena kempen pilihanraya Bk. Gantang. Permohonan permit telah tidak diluluskan oleh IPD Taiping. Ceramah terpaksa dipindahkan ke Markaz PAS, Bukit Cempedak. Walau bagaimanapun perpindahan tempat tidak menjejaskan kehadiran orang ramai. Sementara itu, ratusan FRU dan pihak polis telah mengepong dan membuat sekatan jalanraya bagi menghalang ceramah tersebut diadakan di Simpang.-misabah blogspot com

1 ulasan:

azmykelanajaya said...

DEMOKRSI BERPARLIMEN ADALAH DEMOKRASI TERPIMPIN MELALUI KEPATUHAN TERHADAP UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN SESEBUAH NEGARA UNTUK MEWUJUDKAN KEAMANAN SEPANJANG MASA.
IA BUKANNYA KEBEBASAN MEMBUTA TULI DAN TAFSIRAN MENGIKUT NAFSU HATI SERTA HUKUM AKAL YANG CETEK TANPA MENGHORMATI KEMULIAAN UNDANG-UNDANG.
ALLAH SWT MENGHANTAR MANUSIA KE DUNIA BUKAN UNTUK HIDUP DENGAN PERATURAN SENDIRI DAN BEBAS LAKUKAN APASAJA. MANUSIA DIPIMPIN OLEH UTUSAN ALLAH SWT IAITU PARA NABI DAN RASUL.
DEMOKRASI YANG DIPIMPIN OLEH NABI DAN RASUL TELAH MELAHIRKAN MANUSIA YANG BERAKHLAK MULIA MALAH MAMPU MENARIK RAHMAT DAN BANTUAN DARI ALLAH SWT WALAUPUN RASUL SAW TIDAK BERSAMA MEREKA.
ALLAH SWT PERKENAN SOLAT DAN DOA SAHABAT,SAAD ABI WAQAS R.A BERSAMA JEMAAH DAKWAHNYA KE CINA MELINTASI SUNGAI BERSAMA KUDA MEREKA TANPA SETITIK AIR PUN TERKENA PADA KAKI KUDA SAHABAT. MALAH BANYAK LAGI KISAH SAHABAT YANG MENDAPAT NUSRAH(BANTUAN) DARI ALLAH SWT TANPA RASUL SAW DISISI MEREKA.
INILAH HASIL MANUSIA YANG DIDIDIK MELALUI PROSES DEMOKRASI TERPIMPIN. SEBALIKNYA,MANA-MANA MANUSIA YANG CUBA HIDUP DENGAN PRINSIP "KEBEBASAN TERSENDIRI" MAKA KAUM TERSEBUT BUKAN MENUJU KEJAYAAN TAPI SEBENARNYA MEREKA MENUJU KEHANCURAN DAN NASIB MEREKA SAMALAH DENGAN NASIB KAUM YANG TERDAHULU.
KENAPA PIHAK PERIKATAN RAKYAT YANG BERPAKSIKAN ISLAM SEBAGAI TERAS HANYA BERDIAM DIRI BILA RAKAN KONGSI MEREKA DENGAN LANTANG AGAR DIBERIKAN "KEBEBASAN" SEPENUHNYA?
HALALKAH FITNAH MELULU DAN ADAKAH IANYA TERMASUK KEBEBASAN HAK INDIVIDU YANG TIDAK BOLEH DICABUL?
DARI SUDUT PERSPEKTIF MANA YANG DILIHAT OLEH PAKATAN RAKYAT MENGENAI ISU KEBEBASAN MUTLAK?HARUSKAH DIKETEPIKAN KETETAPAN HUKUM ILAHI BILA BERBICARA SOAL KEBEBASAN?
JAUH DI SUDUT HATI KARPAL SINGH,KETETAPAN ALLAH SWT PUN MUNGKIN DIPERSOALKAN KERANA DIALAH SELALUNYA MEMBANTAH DENGAN KERAS ISU PERLEMBAGAAN DAN PERUNDANGAN ISLAM YANG CUBA DI KETENGAHKAN OLEH PARTI PAS,SEOLAH OLAH ISLAM TIDAK BEBAS.
SIAPA KARPAL YANG BEGITU BEBAS MENGKRITIK SULTAN DAN MEMPERSOALKAN KREDIBILITI RAJA YANG DI PERTUAN AGONG.
HEBAT SANGATKAH BELIAU HINGGA BOLEH MENGHENTAM SIAPA SAJA,ADAKAH KERANA BELIAU BERKERUSI RODA MAKA SINDIRANNYA TIDAK PERLU DIAMBIL KIRA.
GOLONGAN INILAH YANG LANTANG MEMEKIK MERAUNG AGAR "KEBEBASAN MUTLAK" DIBERIKAN DAN MINTA AGAR SEMUA AKTA YANG TERLIBAT DIHAPUSKAN,UNTUK APA?SUPAYA LAHIRNYA KEBEBASAN KEPADA TUKANG-TUKANG FITNAH DAN BERI LALUAN KEPADA MEREKA UNTUK JADI PENGLIPURLARA ZAMAN INI.
LIHATLAH SENDIRI TUKANG-TUKANG FITNAH YANG SEWENANGNYA MENABUR FITNAH DAN MENGOLAH CERITA,SAMA SEPERTI ZAMAN NABI DAN RASUL TERDAHULU,MISI MEREKA HANYA SATU;MEMESONGKAN KEPERCAYAAN YANG DIBINA DARI ALLAH YANG ESA KEPADA MENYEMBAH KEMBALI BATU DAN KAYU DAN SEGALA BERHALA YANG ADA BAHKAN MENYEMBAH BINATANG PELIHARAAN. INILAH KEHENDAK TUKANG FITNAH,MENGAUT KEUNTUNGAN DARI PENDERITAAN ORANG LAIN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH ZAMAN INI SEKADAR MENULIS MENGIKUT RASA,SANGGUP BERSENGKANG MATA SEMATA MATA HENDAK MENGHASILKAN NUKILAN HALWA TELINGA TANPA FIKIR KESAN KEPADA YANG DIFITNAH SERTA KESAN KEPADA AHLI KELUARGA MEREKA TANPA MENERIMA APA-APA BAYARAN.
MUSTAHIL TUKANG FITNAH YANG UMUR DAH SENJA TIDAK MEMPUNYAI SIMPANAN LANGSUNG,DIMANA DIHABISKAN SIMPANAN MASA MUDA-MUDA DULU?
5000 "PENJAMIN" INI SANGGUPKAH BERSUBAHAT DEMI SEBUAH PENIPUAN?
5000"PENJAMIN" INI MUNGKIN BERTINDAK ATAS DASAR KESIAN,PERSOALANNYA CERDIKKAH KITA?MASA DIA DAPAT UPAH YANG LUMAYAN,INGAT KAH DIA KEPADA KITA SEMUA?
KIRANYA KITA SEMUA BERTINDAK SEBAGAI PENJAMIN MAKA SETIAP KALI PEMBOHONGAN YANG NYATA DAN DISENGAJAKAN KITA JUGA AKAN MENERIMA "SAHAM" YANG SAMA DI AKHIRAT KELAK,LUPAKAH KITA PADA ALLAH SWT YANG MENCIPTAKAN KITA.
SEOLAH OLAH KITA SEBAGAI PENCETUS SEMANGAT UNTUK TUKANG KARUT INI TERUS MENGHASILKAN KARYA "SI TONGGONG DENGAN LABUNYA".
SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG WARAS MAKA BERFIKIRLAH DI TAHAP KEWAJARAN YANG PALING TINGGI DEMI SEBUAH NEGARA YANG KERDIL,YANG PUNYA CITA CITA MURNI UNTUK MEMBANGUN BERSAMA RAKYATNYA DENGAN AMAN DAN MAKMUR.