Thursday, March 19, 2009

ANWAR IBRAHIM, MAT SABU & HJ NIZAR CERAMAH SERENTAK DI BK. GANTANG

Ketiga-tiga pemimpin yang disayangi rakyat ini akan berceramah di Bukit Gantang serentak 19hb esok. Anwar Ibrahim akan berceramah di Simpang, DUN Changkat Jering, manakala Mat Sabu akan berceramah di Sg. Kerang, DUN Trong. Hj Nizar pula akan berceramah di DUN Kuala Sepetang bersama masyarakat Cina. Selepas program bersama masyarakat Cina, Hj Nizar akan berceramah sama dengan Anwar Ibrahim di Simpang.

Dijangka puluhan ribu rakyat akan hadir terutama pengundi Bk. Gantang. Mereka akan menjawab semua tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin UMNO, di samping mengulas isu-isu nasional yang melanda negara. Melalui siri ceramah inilah rakyat Bk. Gantang berpeluang mendengar sendiri penjelasan-penjelasan dari pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang suara mereka tidak pernah diberi liputan yang adil oleh media arus perdana negara.

Rakyat Bk. Gantang terutamanya penyokong BN diharap dapat mengambil kesempatan untuk mendengar ceramah ini. Mereka boleh mendengar ceramah BN sebelum dan selepas ini. Kemudian buatlah keputusan dengan penuh bijakana untuk menilai kebenaran hujah-hujah yang dikemukakan oleh penceramah-penceramah tersebut. Datang dengan niat untuk mencari kebenaran, Insyaallah kebenaran pasti akan ditemui dengan syarat berlapang dada, terbuka fikiran dan berfikir secara rasional.-misabah blogspot com

0 ulasan: