Monday, March 2, 2009

BN semakin pening.

IPOH : Pagi ini rakan media memaklumkan kepada saya satu injuksi di mahkamah akan dilakukan oleh BN bagi menghalang Sidang DUN Tergempar yang akan diadakan esok.

Kalau benar berita ini bererti BN sudah dalam keadaan tersepit dan terdesak. Mereka menyedari segala tindakan yang dilakukan untuk menghalang sidang DUN itu tidak akan berjaya.

Walaupun mereka berjaya mengkambing hitamkan SU Dewan, mereka juga menyedari Speaker boleh melantik SU yang baru bagi menjalankan tugas tersebut.

Mencabar di mahkamah adalah lucu seperti kata Tun Dr. Mahadhir. demikianlah lucunya jika berlaku usaha untuk menghalang Sidang DUN Tergempar Perak.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.-
cinaIslam blogspot com

1 ulasan:

Raudhatul Quran said...

tahniah kepada kerajaan sah perak....semoga Allah lindungi kamu dari malapetaka.....daulat tuanku